Tags Yang Digunakan Sambung Bayar Kereta


4 Comments
Assalamualaikum/Salam Sejahtera. Saya selalu menerima soalan soalan yang hampir sama dan untuk memudahkan anda mencari jawapan jika saya tidak sempat untuk menjawab soalan anda dengan segera atau saya sedang sibuk dengan urusan lain, saya sediakan dibawah link link untuk rujukan anda yang boleh menjawab persoalan anda. SOALAN SOALAN LAZIM CHECK DENGAN CTOS SITUASI ANDA Buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html . Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang. Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan. Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan. http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/ […]

SOALAN SOALAN LAZIM


Saya harap jika ada peminjam peminjam dari mana mana Institusi Kewangan atau Bank yang telah "meninggal" yang mengalami masalah yang sama atau merasa ragu tentang jumlah tuntutan hutang yang lama, boleh email saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com dan kalau boleh sertakan dokumen dokumen sokongan untuk analisa dan perkongsian bersama.

KES NAYA LAGI: Kisah Graf Misteri – Yang Mana Satu ...


161 Comments
  SAMBUNG BAYAR DULU DAN SEKARANG   Suatu “perkhidmatan” yang agak “popular” dikalangan masyarakat yang boleh dikategorikan sebagai “niche market” ialah perkhidmatan “sambung bayar” kereta. Benda ni dah wujud sejak sekian lama dahulu biasanya berlaku apabila seorang Penyewa sudah tidak mampu membayar ansuran bulanan dan meminta orang lain untuk “menyambung” bayaran ansuran dengan  Bank . “Pembeli” atau si “Penyambung Bayar” akan diminta membayar sejumlah wang sebagai deposit atau diminta untuk melunaskan tunggakan bulanan sebagai “deposit” dan suatu perjanjian akan dimeterai diantara mereka iaitu “Penyambung Bayar” akan meneruskan pembayaran sehingga tamat tempoh ansuran, urusan cukai jalan akan diuruskan oleh Penyewa asal atau “broker”kerana masih lagi terikat dengan nama dan hutang di Bank dan beberapa syarat yang telah dipersetujui bersama. Surat perjanjian ada yang ditulis dengan tangan sahaja ditandatangani oleh kedua dua pihak beserta dengan saksi. Ada dalam sesetengah kes “Penyambung Bayar” adalah syarikat kereta terpakai yang telah “membeli” kereta dari Penyewa.   Dulu […]

Prosedur Undang Undang Pinjaman Kereta (Sewa Beli) Bahagian 4 – ...



88 Comments
LANGKAH SELEPAS KERETA BERJAYA DIJUAL   Setelah selesai lelongan awam, katakan kereta telah berjaya dijual dan harga jualan tidak mencukupi untuk melangsaikan hutang yang tertunggak. Bank akan menghubungi Penyewa untuk memberitahu tunggakan yang masih ada dan meminta penyewa untuk membuat cadangan pembayaran. Jika tiada maklumbalas dari Penyewa, Bank akan memulakan proses tindakan undang undang dengan menghantar surat atau notis tuntutan (Notice/Letter of Demand) melalui Tuan Loyar dan jika tiada maklumbalas pada masa yang ditetapkan, tindakan Saman akan dimulakan. Untuk ulangkaji tentang proses “Surat Loyar” dan Saman, anda boleh rujuk prosesnya di Proses Tindakan Undang Undang Pinjaman Peribadi Bahagian 1 dan Proses Tindakan Undang Undang Pinjaman Peribadi Bahagian 2 untuk pemahaman yang lebih baik. Saya rasa tidak perlu mengulanginya lagi disini sebab prosedurnya adalah sama.       6 Setelah proses “ding dong” sana sini selesai, dianggarkan “umur” tunggakan sudah pun mencecah enam atau menghampiri tujuh bulan. Siasatan oleh team “CSI” masih berjalan untuk langkah […]

Prosedur Undang Undang Pinjaman Kereta (Sewa Beli) Bahagian 4 – ...


8 Comments
Sekarang kita dah sampai kepada suatu topik yang “popular” iaitu tindakan undang undang berkenaan dengan pinjaman kereta.  Kenapa? Sebab ramai orang yang memiliki kereta samada yang dibeli baru atau yang terpakai dan kebanyakannya dibeli secara berhutang. Kereta “baru” hari ini akan menjadi “terpakai” apabila ia didaftarkan dan ada yang membuat pinjaman 7 hingga 8 tahun lalu pun belum habis lagi hutang atau membuat hutang baru dengan membuat “refinancing” (kalau ada harga lagi la) atau membeli kereta baru bila hutang lama dah habis. Sebelum kita pergi ke prosedur tindakan undang undang bagi pinjaman kereta, ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui.   Semua pembelian kereta yang dibuat melalui pinjaman Bank perlu mematuhi peruntukan peruntukan yang telah ditetapkan oleh Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan terbaru 2010) yang dikawal selia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Akta ini telah mengalami beberapa pindaan utama sejak 1967 dan bertujuan untuk melindungi pengguna atau lebih tepat lagi […]

Prosedur Tindakan Undang Undang Pinjaman Kereta (Sewa Beli) Bahagian 1 ...