Tags Yang Digunakan #Riba


PENGAKUAN/CONFESSION PEMBACA. MIMPI NGERI HAMPIR DIBANKRAPKAN OLEH BANK ATAS KESILAPAN BANK SENDIRI   Assalamualaikum. Kali ini kita kongsikan pulak satu pengalaman dari seorang pembaca Page FB https://www.facebook.com/ceritahutang/ dan Blog http://www.ceritahutangbankdananda.com/ yang hampir diBankrapkan oleh Bank bukan atas salah beliau sepenuhnya tetapi atas kesilapan Bank sendiri dan ikuti kegigihan beliau mempertahankan diri beliau di Mahkamah setelah hampir satu tahun yang akhirnya kemenangan berpihak kepada beliau apabila dilepaskan oleh Mahkamah. Ikuti kisah beliau supaya boleh menjadi panduan bagi mereka yang mempunyai masalah yang sama.   Assalamualaikum.. Berikut adalah kronologi kes saya berkenaan kes keBankrapan yang saya lalui di Mahkamah Tinggi dari tahun 2015 hingga penghujung 2016 dan Bank menarik balik kes. Saya harap agar perkongsian saya ini memberi manfaat dan membuka mata kepada semua yang menerima nasib yang sama seperti saya.   PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERIBADI ISLAMIC. Pada tahun Mac 2011, saya telah membuat pinjaman peribadi Islamic di sebuah Bank. Perjanjian pembiayaan yang […]

PENGAKUAN/CONFESSION PEMBACA YANG HAMPIR DIBANKRAPKAN ATAS KESILAPAN BANK



16 Comments
OBJEKTIF 1.1 ini saya setuju 100%. Seperti yang saya katakan sebelum ini dan saya ULANGI sekali lagi. Saya TIDAK ADA MASALAH dengan Bank menjual NPL mereka. Saya ADA MASALAH dengan Agen Kutip Hutang yang TIDAK BERETIKA dan MENIPU peminjam untuk mendapatkan bayaran. Saya juga TIDAK ADA MASALAH dengan Bank yang mengambil tindakan undang undang keatas peminjam yang tidak membayar huang mereka. Saya ADA MASALAH dengan Bank yang masih mengambil tindakan undang undang keatas akaun yang sebenarnya telah LUPUT HAD MASA (mungkin atas kecuaian atau "terlepas pandang" tidak mengambil tindakan lebih awal secara sengaja atau tidak) dan MENGAMBIL KESEMPATAN keatas peminjam yang jahil tentang tatacara undang undang.

PENDEDAHAN EKSKLUSIF Bahagian 2: Cerita Agen Pengutip Hutang / Debt ...



  Assalamualaikum. Hari ni nak kongsi pengalaman Tuan Megat Zainurul Anuar dengan Ambank. Saya telah mendapat keizinan beliau untuk berkongsi kisah ini. Lagipun blog ni kan pasal cerita hutang. Jadi inilah dia: Kisah Saya di AmBank   02. Di AmBank Jalan Yap Kwan Seng   Saya ke kaunter bayaran di 1st foor dan beritahu saya nak mintak turunkan interest sebab interest asal sekitar 1.5% sahaja tapi sekarang AmBank dah naikkan ke 9.35%, ini bermakna saya kena bayar RM1,145++ setiap bulan dan sekarang dah kena bayar RM1,876++ setiap bulan, beza dalam RM700 sebulan akibat kenaikan interest. Kaunter beritahu saya kena buat full payment dahulu lepastu terus ke tingkat 3 untuk pengurangan. Saya terus ke tingkat 3 untuk dapatkan penjelasan sebelum saya buat pembayaran penuh.   04. Di Tingkat 1 AmBank YKS   Saya tanya kaunter berapa amount pending, officer tu cakap RM4,548.52. Saya beritahu saya nak buat full payment RM4,548.52. Lepas […]

KONGSI CERITA KES NAYA PINJAMAN PERUMAHAN (RIBA TERSEMBUNYI DAN TERMA ...


50 Comments
  KUALA LUMPUR: Purata 68 individu diisytiharkan muflis setiap hari di negara ini, meningkat 13 peratus daripada 60 orang bankrap setiap hari, tahun lalu. Statistik terkini Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) menunjukkan dari Januari hingga Jun lalu, seramai 12,381 individu sudah diisytiharkan muflis atas pelbagai sebab, sekali gus membayangkan isu kebankrapan yang semakin membelenggu sebilangan rakyat Malaysia. Malah statistik MdI sejak tahun 2007 juga menunjukkan aliran peningkatan individu muflis daripada 13,238 pada 2007, 13,855 (2008), 16,228 (2009), 18,119 (2010), 19,167 (2011), 19,575 (2012) dan 21,987 (2013) dengan keseluruhan kes bankrap bagi tempoh itu mencecah 134,550 orang.   Berita penuh di : http://www.bharian.com.my/node/6267   Fuh!  Suatu jumlah yang banyak.  Akan tetapi ada yang telah di Bankrapkan dengan cara yang tidak betul, cara yang menyeleweng kerana mengambil kesempatan terhadap peminjam yang tidak faham tentang prosedur undang undang. Apakah cara yang menyeleweng itu? Iaitu dalam sesetengah kes (mungkin berjumlah ribuan), Bank dan para Loyarnya telah: […]

KES NAYA: DIAMBANG KEBANKRAPAN – Hutang Pokok RM3,000, Faedah/RIBA Ikut ...


460 Comments
Sekarang kita telah sampai ke topik yang ditunggu tunggu. Tatacara pelaksanaan tindakan undang undang keatas peminjam yang gagal menjelaskan tunggakan ansuran bulanan. Kita akan mulakan dengan tindakan undang undang keatas peminjam yang gagal membayar hutang peribadi. Mengapa mula dengan hutang peribadi? Kerana hutang ini yang “paling rendah martabatnya” iaitu “kekuatan” sandaran pinjaman adalah kepada individu itu sendiri iaitu pendapatan bulanannya. Kalau ada pun cagaran lain ialah penjamin kepada pinjaman itu. Bagi pinjaman kereta dan rumah, cagaran adalah kereta dan rumah itu sendiri selain dari pendapatan individu dan juga penjamin jika ada. Sebab itu selalunya pinjaman jenis ini dipanggil “unsecured loan” atau secara bebasnya diterjemahkan kepada pinjaman “tak berapa selamat”. Dalam kes peminjam mempunyai banyak hutang dengan beberapa Bank misalnya dan telah jatuh muflis dan setelah berlakunya lelongan segala harta yang dimilikinya, keutamaan akan diberi kepada Bank pemiutang yang mempunyai cagaran dalam bentuk harta benda dan yang terakhir sekali yang akan […]

Proses Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi/Persendirian Bahagian 1



14 Comments
Seperti yang saya telah katakan sebelum ini, walaupun dalam situasi ekonomi yang “sihat” dan “normal”, tunggakan bayaran akan tetap terjadi kerana “acuan”nya adalah begitu. “Duit baru” mengejar “duit lama” atau “Duit Baru yang lain” yang semuanya berasal dari kosong, semata mata untuk membayar “faedah” atau RIBA yang “mencuri” dari bekalan wang sedia ada. “Acuan” RIBA yang memastikan hutang hutang baru terpaksa dibuat untuk menampung bayaran hutang lama yang sentiasa tidak mencukupi. Yang berkedudukan lemah dari segi pendapatan akan gagal dahulu membayar ansuran diikuti dengan yang lain akibat tekanan inflasi yang sentiasa meningkat. Untuk ulangkaji fakta acuan ini, sila ke link dibawah: Fakta Tentang Bank, Duit Digital dan RIBA from Abu Ammar Pada masa krisis kewangan berlaku, kadar hutang tertunggak akan bertambah dengan kadar yang lebih tinggi. Disinilah kakitangan bahagian kutipan hutang dan Agensi Kutipan Hutang akan menggandakan usaha pengutipan hutang untuk kekal “hidup” kerana apabila tidak dapat mengutip pulangan dari […]

BAHAGIAN 4 – JENIS JENIS TUNGGAKAN HUTANG


7 Comments
HUTANG ISIRUMAH MALAYSIA MENCAPAI TAHAP MEMBIMBANGKAN Berdasarkan kepada lapuran Bank Negara, hutang isirumah Malaysia sudah mencecah 86% dari KDNK, yang paling tinggi di Asia (Yabedabedu! Kita Nombor 1!)  iaitu melebihi RM755 billion++ (RM755,000,000,000). Angka ini sentiasa berubah dan mungkin sudah melebihi jumlah ini. Apa yang penting ia merupakan jumlah yang sangat besar dan membimbangkan. KDNK pun sebenarnya bersifat subjektif dan dibiayai oleh hutang  juga tapi kita akan cerita di blog post yang lain. Ini merupakan suatu angka yang membimbangkan dimana hampir kesemua warga kerja dan peniaga dibebani dengan beban hutang. Jumlah ini mungkin sudah mencecah hampir RM1 trillion (RM1,000,000,000,000) jika hutang Along turut diambilkira.       BAHAGIAN 2 – JENIS DAN “MUTU’ PEMINJAM   https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/06/27/bahagian-2-jenis-jenis-peminjam/   Bahagian 4 https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/06/29/bahagian-4-jenis-jenis-tunggakan-hutang/  

BANK DAN AGENSI PENGUTIP HUTANG – KUTIPAN HUTANG SEMASA DAN ...


Welcome to the blog “Debt Tales: The Bank and You”. This blog shares stories about debt. Between “Taking Debt to Live” and “Living for Debt”. There are sad, funny, sometimes downright scary and many more stories about debt. The endless cycles and shackles of debt. Stories of the tactics employed by Banks to collect debt. Tactics used by borrowers to escape paying off debt (not really successful as you can never delete the computer data) as well as the tactics used to cheat the Banks into giving out loans will also be discussed as guidance and lesson for everybody concerned to be more careful in the future. By the word “Bank”, it shall cover all lending or financial institutions, cooperatives and credit companies since most of their fundings can be traced back to the banks. This Blog shall focus on loans from the points of views of the Banks and […]

Blog Introduction



Huraian tentang jenis jenis hutang dan teknik teknik Bank dalam mencari penghutang tegar. Juga perkongsian pengalaman dalam mengutip hutang.

Jenis Jenis Hutang