Tags Yang Digunakan RangUndangUndangPindaanBankrapsi


11 Comments
  Akhirnya RANG UNDANG UNDANG KEBANKRAPAN (PINDAAN) 2016 telah diluluskan Parlimen pada 29hb Mac 2017. Perkara ini telah saya sebutkan dahulu. Berikut adalah intipati daripada pindaan Rang Undang Undang tersebut:   Had KeBankrapan dinaikkan dari RM30,000 ke RM50,000 Sebelum Mesyuarat Petisyen Pemiutang, Penghutang boleh memohon untuk memasuki progran Penyusunan Sukarela (Voluntary Arrangement – VA) atau Pelan Pembayaran Semula (Debt Repayment Plan – DRP) melalui Nominee berdaftar seperti Peguam, Juruaudit Berlesen dan Akauntan Berdaftar atau sesiapa yang dilantik oleh Jabatan Insolvensi. Penghutang boleh memohon ke Mahkamah melalui Notis Niat untuk memasuki VA dan Mahkamah akan keluarkan Perintah Interim (Interim Order) bagi tempoh 3 bulan untuk persetujuan pihak-pihak mengikat VA dan Perintah Interim ini mempunyai kesan moratorium iaitu tiada prosiding kebankrapan atau proses undang-undang boleh dimulakan atau diteruskan terhadap penghutang kecuali dengan kebenaran mahkamah Tiada lagi KeBankrapan bagi “Penjamin sosial” iaitu penjamin yang tidak mendapat apa apa faedah dari jaminannya seperti penjamin […]

AKHIRNYA RANG UNDANG UNDANG KEBANKRAPAN (PINDAAN) 2016 DILULUSKAN!