Tags Yang Digunakan Pinjaman Peribadi


1 Comment
  ASSALAMULAIKUM. HARI NI KITA CERITA BAB MENGADU. MASA KECIK KECIK KITA MENGADU DENGAN MAK, AYAH DAN JUGA CIKGU SURUH DIAORANG “TENGOK” ORANG YANG “BUAT KITA”. ADA ORANG KATA JANGAN CEREWET SANGAT. SIKIT SIKIT NAK MENGADU SIKIT SIKIT NAK MENGADU TAPI KALAU DAH MENGGANGGU KETENTERAM JIWA DAN RASA TIDAK DIPERLAKU DENGAN ADIL, ADUKANLAH SUPAYA DAPAT PEMBELAAN DAN TIDAK TERJADI KEPADA ORANG LAIN.   KISAH YANG DIKONGSIKAN ADALAH TENTANG PENTINGNYA MEMBUAT PENGADUAN KEPADA PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB TENTANG KETIDAKADILAN YANG TELAH BERLAKU. KALAU RASA CAWANGAN BANK TIDAK BERLAKU ADIL, BOLEH ADUKAN KEBAHAGIAN HAL EHWAL KORPORAT DAN PENGGUNA, BANK NEGARA DAN JUGA KPDNKK JIKA IA JUGA MENGAITKAN PELANGGARAN SYARAT DAN PERUNTUKAN DALAM AKTA SEWA BELI.   NAK ADUKAN KE PERSATUAN PENGGUNA SEPERTI PPIM DAN PUSAT KHIDMAT ADUAN PENGGUNA NASIONAL (NCCC) PUN BOLEH. YANG PENTING KEADILAN PERLU DITEGAKKAN WALAUPUN KITA YANG BERHUTANG. JANGAN JADI MANGSA “BULI” KAKITANGAN YANG TER”OVER” “EFFICIENT” SAMPAI TAK PAKAI COMMON […]

ADAKAH ADU MENGADU KE HEAD OFFICE, BANK NEGARA DAN LAIN ...


1 Comment
AGEN OH AGEN KUTIP HUTANG… BILA SURUH BAYAR HUTANG, GEMPAQ MACAM MACAM. BILA ADA YANG NAK BAYAR, BEGINI PULAK JADINYA… BANK PULAK BILA CALL SURUH “DEAL” DENGAN AGEN, BILA AGEN “DEAL” DENGAN CUSTOMER, CUSTOMER YANG KENA “GAME”. APA CERITA SEBENARNYA?   KRONOLOGI KES Kisah mastercard BANK RNR Kredit limit: 4k   May 2015 – agensi kutip hutang 1 (telah ditamatkan perkhidmatan oleh BANK RNR)   Dalam bulan May 2016 agensi telefon menuntut hutang. Selesai perbincangan keputusan penyelesaian adalah RM 3k mesti dibuat pada hari yang sama iaitu pada 25 may 2016 dan telah saya tunaikan. Bayaran seterusnya secara ansuran RM 800 x 2. Juga telah selesaikan. Saya meminta offer letter, sejak dari hari pertama saya buay bayaran tetapi pelbagai alasan diberi termasuk sistem down, surat masih diproses oleh BANK RNR sehingga saya selesai bayar ansuran ke-2 pada Julai 2015. (Jumlah =RM 4,600)   2. Sekitar bulan October 2015, agensi lain […]

HATI HATI BILA BUAT “SETTLEMENT” DENGAN AGEN KUTIP HUTANG TANPA ...


SATU LAGI KHIDMAT PESANAN MASYARAKAT. AGEN KUTIP HUTANG MENYAMAR JADI LOYAR? HANTAR SURAT TUNTUTAN DENGAN “LETTERHEAD” LOYAR BETUL TAPI NAMA SEBENAR ADA “SDN BHD” KAT UJUNG? MEMANG BIJAK TAPI BOLEH MENGUNDANG MASALAH DIKEMUDIAN HARI. Kita telah dedahkan sebelum ini taktik menghantar “Surat Tuntutan” ala ala “Surat Loyar” yang sebenarnya dari Agen Kutip Hutang. Yelah, susah sangat nak bayor jadi nak guna Loyar sebenar mahal jadi kena buat surat “menyamar” untuk memberi “buah takut” kepada para para peminjam Courts Mammoths dan AEON Credit dan seumpamanya yang mempunyai hutang yang kecik kecik. Sebelum ini kita dedahkan tentang penggunaan nama seolah olah Loyar tapi bukan Loyar. Anda boleh baca kat sini untuk ulangkaji:   Bagaimana nak bezakan surat loyar betul dengan surat loye tiruan

PERHATIAN PARA LOYAR: AGEN KUTIP HUTANG GUNAKAN LETTERHEAD LOYAR SEBENAR



4 Comments
Assalamualaikum/Salam Sejahtera. Saya selalu menerima soalan soalan yang hampir sama dan untuk memudahkan anda mencari jawapan jika saya tidak sempat untuk menjawab soalan anda dengan segera atau saya sedang sibuk dengan urusan lain, saya sediakan dibawah link link untuk rujukan anda yang boleh menjawab persoalan anda. SOALAN SOALAN LAZIM CHECK DENGAN CTOS SITUASI ANDA Buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html . Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang. Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan. Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan. http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/ […]

SOALAN SOALAN LAZIM


69 Comments
Ramai yang bertanya apa yang harus dibuat jika dikenakan tindakan Bankrapsi. Tidak kurang juga yang bertanya adakah cara untuk “melawan” atau “mengenepikan” tindakan ini. Jawapannya “Ya” dan “Tidak” iaitu agak subjektif dan bergantung kepada keadaan kerana setiap kes adalah secara umumnya agak unik dan mempunyai sedikit sebanyak perbezaan. Akan tetapi proses Bankrapsi perlu melalui beberapa prosedur yang perlu dipatuhi oleh Bank dan Loyarnya dengan terperinci. Kalau ada yang tersilap boleh mengakibatkan tindakan perlu dimulakan semula dari awal. Jadi “melawan” dari segi teknikal boleh untuk “melambat lambatkan permainan” atau mungkin juga DEFENDAN (Peminjam) mempunyai alasan yang sangat sangat kukuh seperti sedang dalam proses menjual aset untuk menyelesaikan hutang dan sebagainya tapi itupun bergantung kepada budibicara Mahkamah. Pokoknya untuk melambatkan atau membatalkan proses Bankrapsi. Malangnya apabila tiada apa lagi yang boleh dilakukan maka terpaksalah akur dengan status Bankrap. Saya ada menerima satu perkongsian dari seorang Bankrap diruangan forum di blog yang mungkin […]

PERKONGSIAN SEORANG BANKRAP


4 Comments
Hari ni saya dapat satu “screenshot” smartphone yang dipaparkan dibawah ini: Saya juga dapat sambungan dari perbualan “mesra” diatas tetapi tiada “screenshot” pulak. Jadi dibawah ini sambungan dialog dengan “gambaran” saya sendiri. Perbualan adalah benar dan tidak diedit sama sekali.     ULASAN Kita lihat “Rangkap Pembukaan” atau “Muqaddimah” mesej Agen Pengutip Hutang diatas: PERHATIAN! satu (1) Pertuduhan Mahkamah akan difailkan atas Nama: Si Fulan bin Si Fulan No k/p : ABCDEF -XX-GHIJ Tuduhan Kes DIBAWAH AKTA PENGHUTANG 1957 (256) dilampirkan bersama AKTA 197 PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956 SUBSEKSYEN (1) AKTA (2) Harap Maklum. Mula mula nampak “ok”lah sikit sebut Akta Penghutang sebab ada jugak kena mengena tapi bila “dilampirkan bersama” pulak dengan AKTA 197 PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956 SUBSEKSYEN (1) AKTA (2) apa ada kena mengena? Apa ada kena mengena Pendaftaran Perniagaan dengan Hutang diatas? Subseksyen (1) daripada Seksyen mana? Akta (2) ada kat mana dalam Akta 197? Nak menipu pun patut patut […]

EDISI KANTOI AGEN PENGUTIP HUTANG DAN CONTOH MENEPIS GEMPAQ MEREKA



82 Comments
Apabila Agen Pengutip hutang datang "menziarahi" anda dirumah atau pejabat, jangan rasa takut atau malu dengan jiran dan kawan kawan pejabat. Kita dah buat hutang maka harus menghadapi masalah ini dengan cara berdepan dan professional. Jiran jiran dan rakan sekerja maupun bos kita pun ada hutang jugak. Cuma tak tahu hutang setakat keliling pinggang atau dah sampai ke lubang hidung. So relax. Hari ni hari kita, esok lusa hari dia pulak kantoi.

PANDUAN MENANGANI AGEN KUTIP HUTANG


1155 Comments
BAHAGIAN 3 – PROSES TINDAKAN PENGHAKIMAN   SESI ULANGKAJI   PROSES TINDAKAN UNDANG UNDANG PINJAMAN PERIBADI BAHAGIAN 1: https://www.ceritahutangbankdananda.com/2014/08/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-1/   PROSES TINDAKAN UNDANG UNDANG PINJAMAN PERIBADI BAHAGIAN 2: https://www.ceritahutangbankdananda.com/2014/08/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-2/  

Proses Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi/Persendirian Bahagian 3




460 Comments
Sekarang kita telah sampai ke topik yang ditunggu tunggu. Tatacara pelaksanaan tindakan undang undang keatas peminjam yang gagal menjelaskan tunggakan ansuran bulanan. Kita akan mulakan dengan tindakan undang undang keatas peminjam yang gagal membayar hutang peribadi. Mengapa mula dengan hutang peribadi? Kerana hutang ini yang “paling rendah martabatnya” iaitu “kekuatan” sandaran pinjaman adalah kepada individu itu sendiri iaitu pendapatan bulanannya. Kalau ada pun cagaran lain ialah penjamin kepada pinjaman itu. Bagi pinjaman kereta dan rumah, cagaran adalah kereta dan rumah itu sendiri selain dari pendapatan individu dan juga penjamin jika ada. Sebab itu selalunya pinjaman jenis ini dipanggil “unsecured loan” atau secara bebasnya diterjemahkan kepada pinjaman “tak berapa selamat”. Dalam kes peminjam mempunyai banyak hutang dengan beberapa Bank misalnya dan telah jatuh muflis dan setelah berlakunya lelongan segala harta yang dimilikinya, keutamaan akan diberi kepada Bank pemiutang yang mempunyai cagaran dalam bentuk harta benda dan yang terakhir sekali yang akan […]

Proses Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi/Persendirian Bahagian 1