Tags Yang Digunakan #HutangCourts


2 Comments
Hari ni kita nak kongsikan satu masalah yang dikemukakan oleh seorang peminjam yang dah Bankrap. Beliau telah diganggu oleh Agen Kutip Hutang yang seperti biasa menggunakan ugutan ugutan popular seperti akaun nak dibekukan, nak sita barang barang rumah malah nak keluar waran tangkap lagi. Kita lihat antara “screen shot” perbualan diantara Agen dan Peminjam: Inilah masalahnya bila Agen Agen Kutip Hutang yang tidak diberi latihan yang sepatutnya. Bila peminjam kata dia Bankrap, mintak bukti (kut kut dia kelentong aje dia Bankrap) iaitu pengesahan dari Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan boleh buat carian sendiri di Jabatan Insolvensi. Bukannya mahal pun nak buat carian. Tak payah kedekut nak keluar duit daripada buat kerja sia sia. Kalau dah confirm Bankrap, bagitau Bos atau Principal (Pemiutang Asal) supaya boleh memfailkan Bukti Keberhutangan (terjemahan bebas) iaitu Proof of Debt kepada Jabatan Insolvensi. Fail ditutup dan tak payah buang masa nak call dan sms dan Whatsapp […]

Orang Dah Bankrap Tak Payah Ugut Ugut La… Ada Faham?


2 Comments
  TEMBERANG TEMBERANG AGEN KUTIP HUTANG PALING TOP BAGI TAHUN 2016 Pada tahun lepas kita telah kumpulkan beberapa TEMBERANG PALING TOP 2015 seperti yang ada di link ini: https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/564105717080962/?type=3&theater   Tahun ini masih ada yang menggunakan taktik yang sama dengan beberapa perubahan “taktikal” akan tetapi ada beberapa TEMBERANG “baru” yang perlu diketengahkan untuk panduan bersama: 1. “Surat loyar” tipu menyamar pakai nama dan letterhead Loyar betul betul. Ini adalah satu kesalahan yang amat serius yang boleh menjejaskan reputasi para Loyar. Sila berhenti kalau taknak kena Saman dan dikenakan tindakan undang undang. https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/715949868563212/?type=3&theater   2. Agen panggil kata dari “Syarikat Penyitaan”. Bila pulak ada syarikat buat kerja penyitaan. Penyamun berdaftar? Boleh geng dengan “Lori Penyitaan” di nombor 6 dibawah. Sama satu kepala. https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/740921742732691/?type=3&theater   3. SMS yang penuh budi bahasa ikut surat rasmi tapi TEMBERANG jugak. Suruh lapur diri pulak macam nak masuk asrama pulak. https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/682176018607264/?type=3&theater   4. Penggunaan istilah undang […]

HIMPUNAN TEMBERANG TEMBERANG AGEN KUTIP HUTANG 2015 DAN 2016


SOALAN CEPUMAS: KALAU DAH TAK DAPAT BAYAR HUTANG, PERLUKAH MINTA PERTOLONGAN AKPK? KENA BLACKLIST KE? NANTI TAK DAPAT BUAT LOAN LAGI… Assalamualaikum. Saya selalu mendapat soalan berkenaan keraguan untuk mendapatkan khidmat AKPK bagi mentadbir dan mengawal hutang yang sudah tidak dapat dikawal lagi. HARUS DIINGAT saya tak kerja dengan AKPK dan saya bukan promosi AKPK. Tak dapat apa apa pun sebab khidmat AKPK adalah PERCUMA. Saya cuma memberi pilihan jika dah “jem kreng” tak tahu nak buat apa dah bila sangkut bab hutang. Berikut adalah antara sedutan soalan dan jawapan yang diterima: SEDUTAN JAWAPAN Apa maksud “dia yg x setuju coz kalau dah under AKPK mmg x dpt nak apa2 nanti .. tapi belum tentu AKPK dpt kurangkan jugak byran… ” Adakah beliau memikirkan kalau pergi AKPK takde harapan nak dapat loan lagi? Kalau tak pergi dan dibiarkan loan tertunggak dan cuba selesaikan sendiri “pada suatu hari nanti” ada harapan […]

PERGI AKPK KENA BLACKLIST KE?



15 Comments
  SATU LAGI KHIDMAT PESANAN MASYARAKAT. SEBARKAN SUPAYA FAHAM TINDAKAN UNDANG UNDANG YANG SEBENAR DAN ISTILAH ISTILAH YANG DIGUNAKAN. AGEN PUN BOLEH BELAJAR SEKALI SUPAYA TIDAK TERSERLAH TEMBERANG ANDA.   Assalamualaikum. Saya selalu mendapat soalan soalan tentang tindakan undang undang yang sedang dilaksanakan atau “tindakan undang undang” yang digembar gemburkan oleh Agen Kutip Hutang. Masih ramai yang tidak tahu proses dan istilah istilah yang sebenar termasuklah Agen Kutip Hutang itu sendiri. Tapi bila penghutang pun tak tahu jadi taktik gempaq akan menjadi tapi kalau yang dikejar tahu undang undang macamana? Mesti kantoi punya. Upgrade lah pengetahuan tu jangan main sedap mulut aje. Baru baru ini ada yang menghantar screenshot dalam grafik yang saya paparkan disini yang menarik perhatian saya. Anda semua boleh baca sendiri. Dibawah saya berikan istilah istilah yang betul supaya tidak keliru.   LANGKAH LANGKAH TINDAKAN UNDANG UNDANG DAN ISTILAH YANG DIGUNAKAN Notis atau Surat Tuntutan Loyar (NOD […]

FAHAMI ISTILAH ISTILAH TINDAKAN UNDANG UNDANG


5 Comments
Sebelum ini saya ada kongsikan sebuah surat yang sekali pandang macam surat loyar tapi lebih kepada surat amaran yang memberitahu apakah kesan kalau tindakan undang undang dikenakan kepada peminjam. Tetapi ia di”rekacipta” untuk memberi gambaran bahawa ia adalah tuntutan dari Loyar yang sebenar dan tindakan undang undang TELAH PUN DIMULAKAN Kalau baca betul betul dan ada kefahaman sedikit tentang proses tindakan undang undang, anda akan boleh melihat bahawa ia bukan Notis Tuntutan yang sebenar. Perhatikan ayat “SEKIRANYA Peguamcara … membawa TINDAKAN PROSIDING MAHKAMAH… dan sekiranya bla bla bla…” yang membawa maksud “SEKIRANYA tapi belum buat lagi” Ini adalah kerana tuntutan adalah sedikit iaitu dalam RM5K lebih sahaja dan jika perkara ini dibawa keMahkamah, perbelanjaan sehingga keperingkat Saman atau sehingga mendapatkan Penghakiman pun dah boleh mencecah RM1K lebih. Dapat tak dapat duit balik belanja kena keluar. Bak kata omputeh “Good Money Chasing Bad Money” Oleh itu kebanyakan Syarikat yang memberi hutang […]

SURAT LOYAR KE SURAT AMARAN ATAU SURAT NASIHAT?


2 Comments
LAGI CERITA AGEN KANTOI DAN KURANG AJAQ… WAHAI AGENSI PENGUTIP HUTANG! BERILAH LATIHAN SECUKUPNYA KEPADA STAFF ANDA SEBELUM MEREKA MEMALUKAN SYARIKAT ANDA DENGAN FAKTA FAKTA BOHONG MALAH MENUNJUKKAN BETAPA MEREKA SENDIRI TIDAK ARIF TENTANG TINDAKAN UNDANG UNDANG. INI ZAMAN INTERNET, ABANG GOOGLE KAN ADA.. Kita tengok screenshot ini: Ayat pertama kira oklah macam biasa. Ayat Kedua: “Pihak Bank boleh mengambil tindakan CCRIS serta tindakan WSS (sita) jika tunggakan tidak dijelaskan sebelum tarikh yang ditetapkan” Tindakan CCRIS? Bank tidak perlu ambik “tindakan CCRIS” kerana setiap orang yang ambik loan, Bank Bank MESTI hantar lapuran ke Bank Negara setiap bulan tentang “kelakuan” peminjam mereka. CCRIS ialah (Central Credit Reference Information System) iaitu pengkalan data yang dikawal selia oleh Bank Negara dan akan memberikan rekod peminjam pada tempoh 12 bulan yang terkini termasuk tindakan undang undang yang telah diambil pada tempoh tersebut. Ia dibuat secara auto tak kira bagus atau tidak peminjam tu. […]

ADOI! KANTOI LAGI. KES AGEN KUTIP HUTANG MENGAJI TAK ABIH



460 Comments
Sekarang kita telah sampai ke topik yang ditunggu tunggu. Tatacara pelaksanaan tindakan undang undang keatas peminjam yang gagal menjelaskan tunggakan ansuran bulanan. Kita akan mulakan dengan tindakan undang undang keatas peminjam yang gagal membayar hutang peribadi. Mengapa mula dengan hutang peribadi? Kerana hutang ini yang “paling rendah martabatnya” iaitu “kekuatan” sandaran pinjaman adalah kepada individu itu sendiri iaitu pendapatan bulanannya. Kalau ada pun cagaran lain ialah penjamin kepada pinjaman itu. Bagi pinjaman kereta dan rumah, cagaran adalah kereta dan rumah itu sendiri selain dari pendapatan individu dan juga penjamin jika ada. Sebab itu selalunya pinjaman jenis ini dipanggil “unsecured loan” atau secara bebasnya diterjemahkan kepada pinjaman “tak berapa selamat”. Dalam kes peminjam mempunyai banyak hutang dengan beberapa Bank misalnya dan telah jatuh muflis dan setelah berlakunya lelongan segala harta yang dimilikinya, keutamaan akan diberi kepada Bank pemiutang yang mempunyai cagaran dalam bentuk harta benda dan yang terakhir sekali yang akan […]

Proses Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi/Persendirian Bahagian 1