Tags Yang Digunakan Hutang Isirumah


69 Comments
Ramai yang bertanya apa yang harus dibuat jika dikenakan tindakan Bankrapsi. Tidak kurang juga yang bertanya adakah cara untuk “melawan” atau “mengenepikan” tindakan ini. Jawapannya “Ya” dan “Tidak” iaitu agak subjektif dan bergantung kepada keadaan kerana setiap kes adalah secara umumnya agak unik dan mempunyai sedikit sebanyak perbezaan. Akan tetapi proses Bankrapsi perlu melalui beberapa prosedur yang perlu dipatuhi oleh Bank dan Loyarnya dengan terperinci. Kalau ada yang tersilap boleh mengakibatkan tindakan perlu dimulakan semula dari awal. Jadi “melawan” dari segi teknikal boleh untuk “melambat lambatkan permainan” atau mungkin juga DEFENDAN (Peminjam) mempunyai alasan yang sangat sangat kukuh seperti sedang dalam proses menjual aset untuk menyelesaikan hutang dan sebagainya tapi itupun bergantung kepada budibicara Mahkamah. Pokoknya untuk melambatkan atau membatalkan proses Bankrapsi. Malangnya apabila tiada apa lagi yang boleh dilakukan maka terpaksalah akur dengan status Bankrap. Saya ada menerima satu perkongsian dari seorang Bankrap diruangan forum di blog yang mungkin […]

PERKONGSIAN SEORANG BANKRAP


12 Comments
SATU LAGI KHIDMAT PESANAN MASYARAKAT. SEBARKAN SUPAYA FAHAM TINDAKAN UNDANG UNDANG YANG SEBENAR. HUTANG MEMANG KENA BAYAR TAPI ADA SALURAN UNTUK BUAT RUNDINGAN DENGAN BETUL. JANGAN JADI MANGSA TEMBERANG AGEN KUTIP HUTANG. Assalamualaikum. Kita kongsikan satu lagi episod GEMPAQ Agen Kutip Hutang dalam bab sita menyita ni. Saya dah banyak kali cerita pasal ni tapi upload lagi buat manfaat bersama. SEDUTAN SOALAN “Pegawai yag call tu jgk bgtau kalau beliau xde terima call dr peguam terbabit sblm pukul 5ptg, proses untuk dtg rumah dan bg writ saman akan diteruskan..(dtg ptg smlm atau isnin ni 29/8/16).saye call peguam tersebut dan peguam tu bgtau blh setel kes luar mahkamah tp kne call pegawai yg pegang fail case saye untuk tau jumlah yg perlu bayar untuk tarik balik writ saman tersebut..peguam tersebut ade bg no phone pegawai tu..saye call pegawai tu dan disuruh bayar jumlah penuh pinjaman ptg tu jgk dan hntr gambar […]

TINDAKAN MAHKAMAH TAK PAKAI SMS, EMAIL. FAHAMI PROSES SITA MENYITA ...


15 Comments
  SATU LAGI KHIDMAT PESANAN MASYARAKAT. SEBARKAN SUPAYA FAHAM TINDAKAN UNDANG UNDANG YANG SEBENAR DAN ISTILAH ISTILAH YANG DIGUNAKAN. AGEN PUN BOLEH BELAJAR SEKALI SUPAYA TIDAK TERSERLAH TEMBERANG ANDA.   Assalamualaikum. Saya selalu mendapat soalan soalan tentang tindakan undang undang yang sedang dilaksanakan atau “tindakan undang undang” yang digembar gemburkan oleh Agen Kutip Hutang. Masih ramai yang tidak tahu proses dan istilah istilah yang sebenar termasuklah Agen Kutip Hutang itu sendiri. Tapi bila penghutang pun tak tahu jadi taktik gempaq akan menjadi tapi kalau yang dikejar tahu undang undang macamana? Mesti kantoi punya. Upgrade lah pengetahuan tu jangan main sedap mulut aje. Baru baru ini ada yang menghantar screenshot dalam grafik yang saya paparkan disini yang menarik perhatian saya. Anda semua boleh baca sendiri. Dibawah saya berikan istilah istilah yang betul supaya tidak keliru.   LANGKAH LANGKAH TINDAKAN UNDANG UNDANG DAN ISTILAH YANG DIGUNAKAN Notis atau Surat Tuntutan Loyar (NOD […]

FAHAMI ISTILAH ISTILAH TINDAKAN UNDANG UNDANG



82 Comments
Apabila Agen Pengutip hutang datang "menziarahi" anda dirumah atau pejabat, jangan rasa takut atau malu dengan jiran dan kawan kawan pejabat. Kita dah buat hutang maka harus menghadapi masalah ini dengan cara berdepan dan professional. Jiran jiran dan rakan sekerja maupun bos kita pun ada hutang jugak. Cuma tak tahu hutang setakat keliling pinggang atau dah sampai ke lubang hidung. So relax. Hari ni hari kita, esok lusa hari dia pulak kantoi.

PANDUAN MENANGANI AGEN KUTIP HUTANG


8 Comments
Sekarang kita dah sampai kepada suatu topik yang “popular” iaitu tindakan undang undang berkenaan dengan pinjaman kereta.  Kenapa? Sebab ramai orang yang memiliki kereta samada yang dibeli baru atau yang terpakai dan kebanyakannya dibeli secara berhutang. Kereta “baru” hari ini akan menjadi “terpakai” apabila ia didaftarkan dan ada yang membuat pinjaman 7 hingga 8 tahun lalu pun belum habis lagi hutang atau membuat hutang baru dengan membuat “refinancing” (kalau ada harga lagi la) atau membeli kereta baru bila hutang lama dah habis. Sebelum kita pergi ke prosedur tindakan undang undang bagi pinjaman kereta, ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui.   Semua pembelian kereta yang dibuat melalui pinjaman Bank perlu mematuhi peruntukan peruntukan yang telah ditetapkan oleh Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan terbaru 2010) yang dikawal selia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Akta ini telah mengalami beberapa pindaan utama sejak 1967 dan bertujuan untuk melindungi pengguna atau lebih tepat lagi […]

Prosedur Tindakan Undang Undang Pinjaman Kereta (Sewa Beli) Bahagian 1 ...




11 Comments
Semasa saya “muda muda” dulu, saya merasa kagum apabila pertama kali menjejakkan kaki kedalam Bank. Sebelum itu cuma melihat “transaksi” Bank Simpanan Pejabat Pos yang tak nampak glamer dengan tempat yang sempit dan bercampur baur dengan transaksi setem, “Money Order” dan “Postal Order”. Bila nengok kaunter Bank dan kerani kerani dibarisan hadapan dan dibelakang mereka ada “pegawai” atau “pengurus” yang nampak rilek sahaja macam takde kerja dan sekali sekala akan “menyain” voucher yang diberikan oleh kerani lalu hati saya terdetik “kalau dapat kerja kat Bank bagus jugak, kerja senang, glamer pulak tu, saham bagus” sehinggalah ditakdirkan saya dapat bekerja disuatu institusi kewangan bertaraf “pegawai” dan bertali leher tapi gaji separuh dari kerani. Masa itu baru tahu disebalik “pintu depan” kerani kaunter dan pegawai kat belakang tu ada ruang yang lebih luas dan “macam macam ada” dan diantara bahagian yang ada ialah bahagian kutipan hutang dan kerjanya bukanlah “senang” seperti yang […]

BAHAGIAN 5 – BAHAGIAN KUTIPAN HUTANG


14 Comments
Seperti yang saya telah katakan sebelum ini, walaupun dalam situasi ekonomi yang “sihat” dan “normal”, tunggakan bayaran akan tetap terjadi kerana “acuan”nya adalah begitu. “Duit baru” mengejar “duit lama” atau “Duit Baru yang lain” yang semuanya berasal dari kosong, semata mata untuk membayar “faedah” atau RIBA yang “mencuri” dari bekalan wang sedia ada. “Acuan” RIBA yang memastikan hutang hutang baru terpaksa dibuat untuk menampung bayaran hutang lama yang sentiasa tidak mencukupi. Yang berkedudukan lemah dari segi pendapatan akan gagal dahulu membayar ansuran diikuti dengan yang lain akibat tekanan inflasi yang sentiasa meningkat. Untuk ulangkaji fakta acuan ini, sila ke link dibawah: Fakta Tentang Bank, Duit Digital dan RIBA from Abu Ammar Pada masa krisis kewangan berlaku, kadar hutang tertunggak akan bertambah dengan kadar yang lebih tinggi. Disinilah kakitangan bahagian kutipan hutang dan Agensi Kutipan Hutang akan menggandakan usaha pengutipan hutang untuk kekal “hidup” kerana apabila tidak dapat mengutip pulangan dari […]

BAHAGIAN 4 – JENIS JENIS TUNGGAKAN HUTANG


ULANGKAJI BAHAGIAN SEBELUM INI   BAHAGIAN 4  – JENIS JENIS TUNGGAKAN HUTANG   https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/06/29/bahagian-4-jenis-jenis-tunggakan-hutang/   Bahagian 2   https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/06/27/bahagian-2-jenis-jenis-peminjam/   Bahagian 1   https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/06/26/bank-dan-agensi-pengutip-hutang-kutipan-hutang-semasa-dan-hutang-lapuk/

BAHAGIAN 3 – JENIS JENIS HUTANG ISIRUMAH



Satu lagi faktor yang kita perlu faham bahawa Bank Bank memberikan pinjaman kepada pelbagai jenis peminjam berdasarkan kepada “keupayaan kewangan” masing masing dan keupayaan untuk membayar balik pinjaman. Sudah semestinya pihak Bank akan sentiasa berhati hati dalam menyiasat latar belakang peminjam sebelum memberikan pinjaman tetapi akan ujud kes kes “atas pagar ” atau “terlompat pagar” ” atau “budi bicara” atas sebab sebab tertentu yang kadangkala berdasarkan kepada andaian bahawa pendapatan mereka akan meningkat pada masa akan datang.   Faktor inflasi, pengurangan kuasa beli duit kertas, kitaran kemelesetan ekonomi global dan tempatan tidak selalunya diambilkira kerana ekonomi Negara dijangka akan mengalami “pertumbuhan” yang berterusan dengan inflasi sebagai kesan sampingan yang tidak dapat dielakkan.   Dalam pada itu, ada juga pinjaman yang berasaskan siapa yang kita kenal dalam Bank bak kata omputeh “technology know who” walaupun keadaan kewangannya tidak “kuat” seperti kuatnya A-A-A-A-Ali Cafe. Kadangkala ia berlaku dimana peminjam sebegini mendapat kadar […]

BAHAGIAN 2 – JENIS JENIS PEMINJAM


7 Comments
HUTANG ISIRUMAH MALAYSIA MENCAPAI TAHAP MEMBIMBANGKAN Berdasarkan kepada lapuran Bank Negara, hutang isirumah Malaysia sudah mencecah 86% dari KDNK, yang paling tinggi di Asia (Yabedabedu! Kita Nombor 1!)  iaitu melebihi RM755 billion++ (RM755,000,000,000). Angka ini sentiasa berubah dan mungkin sudah melebihi jumlah ini. Apa yang penting ia merupakan jumlah yang sangat besar dan membimbangkan. KDNK pun sebenarnya bersifat subjektif dan dibiayai oleh hutang  juga tapi kita akan cerita di blog post yang lain. Ini merupakan suatu angka yang membimbangkan dimana hampir kesemua warga kerja dan peniaga dibebani dengan beban hutang. Jumlah ini mungkin sudah mencecah hampir RM1 trillion (RM1,000,000,000,000) jika hutang Along turut diambilkira.       BAHAGIAN 2 – JENIS DAN “MUTU’ PEMINJAM   https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/06/27/bahagian-2-jenis-jenis-peminjam/   Bahagian 4 https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/06/29/bahagian-4-jenis-jenis-tunggakan-hutang/  

BANK DAN AGENSI PENGUTIP HUTANG – KUTIPAN HUTANG SEMASA DAN ...