Tags Yang Digunakan Hire Purchase


Assalamualaikum. Soalan ni selalu saya dapat dan kali ini kita bagi penjelasan supaya dapat faham dengan jelas. Pertama sekali yang kena faham, dalam Perjanjian Sewa Beli, perkataan yang akan digunakan adalah PEMILIK dan PENYEWA. PEMILIK adalah Bank atau Syarikat Kredit yang memberikan pinjaman untuk pembelian kereta. PENYEWA pulak ialah, orang yang “menyewa” kereta dengan pilihan untuk “membeli” kereta bila habis bayar. Jadi kereta bukanlah milik orang yang “menyewa” dalam erti kata lain “peminjam”. Jadi kereta yang kita bawak hari hari, “make up” macam macam dan jaga dan bersihkan itu bukanlah kita yang punya. “BANK YANG PUNYA” (Buat suara macam Jin dalam Gua dalam cerita Ahmad Albab). Kita dah faham dan tersedar dari mimpi yang indah kita berbalik kepada soalan cepumas tadi: BERBALIK KEPADA SOALAN BETUL KE KALAU DAH BAYAR 75% DARI HARGA KERETA DALAM PERJANJIAN SEWA BELI BANK TAK BOLEH TARIK KERETA? KALAU BETUL BAGUSLAH. BOLEH “BERNAFAS” SEKEJAP. BETUL KA […]

DAH BAYAR 75% ANSURAN BANK TAK BOLEH TARIK KERETA?


Saya harap jika ada peminjam peminjam dari mana mana Institusi Kewangan atau Bank yang telah "meninggal" yang mengalami masalah yang sama atau merasa ragu tentang jumlah tuntutan hutang yang lama, boleh email saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com dan kalau boleh sertakan dokumen dokumen sokongan untuk analisa dan perkongsian bersama.

KES NAYA LAGI: Kisah Graf Misteri – Yang Mana Satu ...


161 Comments
  SAMBUNG BAYAR DULU DAN SEKARANG   Suatu “perkhidmatan” yang agak “popular” dikalangan masyarakat yang boleh dikategorikan sebagai “niche market” ialah perkhidmatan “sambung bayar” kereta. Benda ni dah wujud sejak sekian lama dahulu biasanya berlaku apabila seorang Penyewa sudah tidak mampu membayar ansuran bulanan dan meminta orang lain untuk “menyambung” bayaran ansuran dengan  Bank . “Pembeli” atau si “Penyambung Bayar” akan diminta membayar sejumlah wang sebagai deposit atau diminta untuk melunaskan tunggakan bulanan sebagai “deposit” dan suatu perjanjian akan dimeterai diantara mereka iaitu “Penyambung Bayar” akan meneruskan pembayaran sehingga tamat tempoh ansuran, urusan cukai jalan akan diuruskan oleh Penyewa asal atau “broker”kerana masih lagi terikat dengan nama dan hutang di Bank dan beberapa syarat yang telah dipersetujui bersama. Surat perjanjian ada yang ditulis dengan tangan sahaja ditandatangani oleh kedua dua pihak beserta dengan saksi. Ada dalam sesetengah kes “Penyambung Bayar” adalah syarikat kereta terpakai yang telah “membeli” kereta dari Penyewa.   Dulu […]

Prosedur Undang Undang Pinjaman Kereta (Sewa Beli) Bahagian 4 – ...



88 Comments
LANGKAH SELEPAS KERETA BERJAYA DIJUAL   Setelah selesai lelongan awam, katakan kereta telah berjaya dijual dan harga jualan tidak mencukupi untuk melangsaikan hutang yang tertunggak. Bank akan menghubungi Penyewa untuk memberitahu tunggakan yang masih ada dan meminta penyewa untuk membuat cadangan pembayaran. Jika tiada maklumbalas dari Penyewa, Bank akan memulakan proses tindakan undang undang dengan menghantar surat atau notis tuntutan (Notice/Letter of Demand) melalui Tuan Loyar dan jika tiada maklumbalas pada masa yang ditetapkan, tindakan Saman akan dimulakan. Untuk ulangkaji tentang proses “Surat Loyar” dan Saman, anda boleh rujuk prosesnya di Proses Tindakan Undang Undang Pinjaman Peribadi Bahagian 1 dan Proses Tindakan Undang Undang Pinjaman Peribadi Bahagian 2 untuk pemahaman yang lebih baik. Saya rasa tidak perlu mengulanginya lagi disini sebab prosedurnya adalah sama.       6 Setelah proses “ding dong” sana sini selesai, dianggarkan “umur” tunggakan sudah pun mencecah enam atau menghampiri tujuh bulan. Siasatan oleh team “CSI” masih berjalan untuk langkah […]

Prosedur Undang Undang Pinjaman Kereta (Sewa Beli) Bahagian 4 – ...