Tags Yang Digunakan #DebtCollectionAgencies


7 Comments
  ASSALAMUALAIKUM. KISAH INI BOLEH DIKATAKAN SAMBUNGAN KEPADA ARTIKEL “ADU MENGADU: BERBALOIKAH MEMBUAT ADUAN?” (https://www.ceritahutangbankdananda.com/2017/02/adakah-adu-mengadu-ke-head-office-bank-negara-dan-lain-lain-ada-manfaatnya/) BARU BARU INI. RINGKASAN KISAH INI:   Kita namakan pengadu kita sebagai Cik Lita yang telah menjadi penjamin kepada adiknya untuk membeli sebuah kereta dan pinjaman dibuat di Bank RNR. Pinjaman dibuat pada tahun 2005. Setahun kemudian (Nota: tahun 2006 – ingat tu. Sekarang dah 2017) Kereta telah ditarik dan dilelong pada tahun 2006 juga. Setelah 10 tahun berlalu (cerita ni tahun 2016) tiba tiba ada panggilan dari Agen Kutip Hutang ‘Koo Tip Hoo Tang” yang agak “famous” dengan cara kutipan yang agak kasar dan sangatlah tidak berbudi bahasa. Cik Lita telah membuat pengaduan kepada Bank Negara tentang Agen dan juga mempersoalkan kenapa hanya selepas 10 tahun Bank mengambil tindakan. Kita ikuti “perbualan” dan perbincangan saya dengan Cik Lita dan kesudahan dari tindakan ini:   As salam, Saya amat memerlukan bantuan dari Encik Ammar. Bagaimana […]

KES HUTANG LAPUK KERETA. AKHIRNYA BANK MENGAKU TAK BOLEH AMBIL ...


2 Comments
ASSALAMUALAIKUM. KALI NI SAYA KONGSIKAN SATU KOMEN DARI SEORANG AGEN KUTIP HUTANG YANG SUNGGUH “BERSOPAN SANTUN”. BAGI SALAM TIDAK, HELLO PUN TIDAK, “KU TANYA APA KHABAR’ PUN TIDAK. MAIN “SEMBUR” MACAM TU AJE. KALAU LELAKI KITA KIRA “BIASA” ATAU “EXPECTED” TAPI YANG INI PEREMPUAN. “TERKEZUT” JUGAKLAH. MARAH BEBENO NAMPAKNYA. KITA TAK MAHU BERBURUK SANGKA TAPI MACAMANA AGAKNYA BELIAU HANDLE “CUSTOMER” BELIAU? SAYA ULANGTAYANG JAWAPAN SAYA KEPADA “SERGAHAN” BELIAU SUPAYA BOLEH MENJADI PANDUAN BAGI AGEN AGEN DILUAR SANA YANG MERASA TERTEKAN DENGAN PENDEDAHAN YANG TELAH DILAKUKAN.     KOMEN BELIAU ADALAH SEPERTI BERIKUT:   kau ni menutup periuk nasi org je bro org yg buat keje halal hanya kutip hutang tu xsalah ape2,yg salah tu penghasut dan ajaran sesat mcam lu ni bro (hutang wajib dibayar sebelum tinggalkan muka bumi) lu simpan la tips2 ajaran sesat lu bro…chill   JAWAPAN SAYA:   Assalamualaikum Zalila / Nadia Pertama sekali saya ingin mengucapkan […]

MENJAWAB “SERGAHAN” DARI AGEN KUTIP HUTANG


1 Comment
AGEN OH AGEN KUTIP HUTANG… BILA SURUH BAYAR HUTANG, GEMPAQ MACAM MACAM. BILA ADA YANG NAK BAYAR, BEGINI PULAK JADINYA… BANK PULAK BILA CALL SURUH “DEAL” DENGAN AGEN, BILA AGEN “DEAL” DENGAN CUSTOMER, CUSTOMER YANG KENA “GAME”. APA CERITA SEBENARNYA?   KRONOLOGI KES Kisah mastercard BANK RNR Kredit limit: 4k   May 2015 – agensi kutip hutang 1 (telah ditamatkan perkhidmatan oleh BANK RNR)   Dalam bulan May 2016 agensi telefon menuntut hutang. Selesai perbincangan keputusan penyelesaian adalah RM 3k mesti dibuat pada hari yang sama iaitu pada 25 may 2016 dan telah saya tunaikan. Bayaran seterusnya secara ansuran RM 800 x 2. Juga telah selesaikan. Saya meminta offer letter, sejak dari hari pertama saya buay bayaran tetapi pelbagai alasan diberi termasuk sistem down, surat masih diproses oleh BANK RNR sehingga saya selesai bayar ansuran ke-2 pada Julai 2015. (Jumlah =RM 4,600)   2. Sekitar bulan October 2015, agensi lain […]

HATI HATI BILA BUAT “SETTLEMENT” DENGAN AGEN KUTIP HUTANG TANPA ...



2 Comments
  TEMBERANG TEMBERANG AGEN KUTIP HUTANG PALING TOP BAGI TAHUN 2016 Pada tahun lepas kita telah kumpulkan beberapa TEMBERANG PALING TOP 2015 seperti yang ada di link ini: https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/564105717080962/?type=3&theater   Tahun ini masih ada yang menggunakan taktik yang sama dengan beberapa perubahan “taktikal” akan tetapi ada beberapa TEMBERANG “baru” yang perlu diketengahkan untuk panduan bersama: 1. “Surat loyar” tipu menyamar pakai nama dan letterhead Loyar betul betul. Ini adalah satu kesalahan yang amat serius yang boleh menjejaskan reputasi para Loyar. Sila berhenti kalau taknak kena Saman dan dikenakan tindakan undang undang. https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/715949868563212/?type=3&theater   2. Agen panggil kata dari “Syarikat Penyitaan”. Bila pulak ada syarikat buat kerja penyitaan. Penyamun berdaftar? Boleh geng dengan “Lori Penyitaan” di nombor 6 dibawah. Sama satu kepala. https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/740921742732691/?type=3&theater   3. SMS yang penuh budi bahasa ikut surat rasmi tapi TEMBERANG jugak. Suruh lapur diri pulak macam nak masuk asrama pulak. https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/682176018607264/?type=3&theater   4. Penggunaan istilah undang […]

HIMPUNAN TEMBERANG TEMBERANG AGEN KUTIP HUTANG 2015 DAN 2016


SATU LAGI KHIDMAT PESANAN MASYARAKAT. AGEN KUTIP HUTANG MENYAMAR JADI LOYAR? HANTAR SURAT TUNTUTAN DENGAN “LETTERHEAD” LOYAR BETUL TAPI NAMA SEBENAR ADA “SDN BHD” KAT UJUNG? MEMANG BIJAK TAPI BOLEH MENGUNDANG MASALAH DIKEMUDIAN HARI. Kita telah dedahkan sebelum ini taktik menghantar “Surat Tuntutan” ala ala “Surat Loyar” yang sebenarnya dari Agen Kutip Hutang. Yelah, susah sangat nak bayor jadi nak guna Loyar sebenar mahal jadi kena buat surat “menyamar” untuk memberi “buah takut” kepada para para peminjam Courts Mammoths dan AEON Credit dan seumpamanya yang mempunyai hutang yang kecik kecik. Sebelum ini kita dedahkan tentang penggunaan nama seolah olah Loyar tapi bukan Loyar. Anda boleh baca kat sini untuk ulangkaji:   Bagaimana nak bezakan surat loyar betul dengan surat loye tiruan

PERHATIAN PARA LOYAR: AGEN KUTIP HUTANG GUNAKAN LETTERHEAD LOYAR SEBENAR


2 Comments
LAGI CERITA AGEN KANTOI DAN KURANG AJAQ… WAHAI AGENSI PENGUTIP HUTANG! BERILAH LATIHAN SECUKUPNYA KEPADA STAFF ANDA SEBELUM MEREKA MEMALUKAN SYARIKAT ANDA DENGAN FAKTA FAKTA BOHONG MALAH MENUNJUKKAN BETAPA MEREKA SENDIRI TIDAK ARIF TENTANG TINDAKAN UNDANG UNDANG. INI ZAMAN INTERNET, ABANG GOOGLE KAN ADA.. Kita tengok screenshot ini: Ayat pertama kira oklah macam biasa. Ayat Kedua: “Pihak Bank boleh mengambil tindakan CCRIS serta tindakan WSS (sita) jika tunggakan tidak dijelaskan sebelum tarikh yang ditetapkan” Tindakan CCRIS? Bank tidak perlu ambik “tindakan CCRIS” kerana setiap orang yang ambik loan, Bank Bank MESTI hantar lapuran ke Bank Negara setiap bulan tentang “kelakuan” peminjam mereka. CCRIS ialah (Central Credit Reference Information System) iaitu pengkalan data yang dikawal selia oleh Bank Negara dan akan memberikan rekod peminjam pada tempoh 12 bulan yang terkini termasuk tindakan undang undang yang telah diambil pada tempoh tersebut. Ia dibuat secara auto tak kira bagus atau tidak peminjam tu. […]

ADOI! KANTOI LAGI. KES AGEN KUTIP HUTANG MENGAJI TAK ABIH



4 Comments
Hari ni saya dapat satu “screenshot” smartphone yang dipaparkan dibawah ini: Saya juga dapat sambungan dari perbualan “mesra” diatas tetapi tiada “screenshot” pulak. Jadi dibawah ini sambungan dialog dengan “gambaran” saya sendiri. Perbualan adalah benar dan tidak diedit sama sekali.     ULASAN Kita lihat “Rangkap Pembukaan” atau “Muqaddimah” mesej Agen Pengutip Hutang diatas: PERHATIAN! satu (1) Pertuduhan Mahkamah akan difailkan atas Nama: Si Fulan bin Si Fulan No k/p : ABCDEF -XX-GHIJ Tuduhan Kes DIBAWAH AKTA PENGHUTANG 1957 (256) dilampirkan bersama AKTA 197 PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956 SUBSEKSYEN (1) AKTA (2) Harap Maklum. Mula mula nampak “ok”lah sikit sebut Akta Penghutang sebab ada jugak kena mengena tapi bila “dilampirkan bersama” pulak dengan AKTA 197 PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956 SUBSEKSYEN (1) AKTA (2) apa ada kena mengena? Apa ada kena mengena Pendaftaran Perniagaan dengan Hutang diatas? Subseksyen (1) daripada Seksyen mana? Akta (2) ada kat mana dalam Akta 197? Nak menipu pun patut patut […]

EDISI KANTOI AGEN PENGUTIP HUTANG DAN CONTOH MENEPIS GEMPAQ MEREKA


82 Comments
Apabila Agen Pengutip hutang datang "menziarahi" anda dirumah atau pejabat, jangan rasa takut atau malu dengan jiran dan kawan kawan pejabat. Kita dah buat hutang maka harus menghadapi masalah ini dengan cara berdepan dan professional. Jiran jiran dan rakan sekerja maupun bos kita pun ada hutang jugak. Cuma tak tahu hutang setakat keliling pinggang atau dah sampai ke lubang hidung. So relax. Hari ni hari kita, esok lusa hari dia pulak kantoi.

PANDUAN MENANGANI AGEN KUTIP HUTANG


102 Comments
GARIS PANDUAN AMALAN KUTIPAN HUTANG BERHEMAH/ADIL PENCEROBOHAN PERIBADI DAN PENGELIRUAN PEMINJAM Garis panduan ini pula tentang pencerobohan peribadi. Tak payah nak highlight, semuanya penting.     Intipati dari garis panduan diatas ialah: TIDAK BOLEH mengugut untuk menyiarkan atau menyebarkan butir butir hutang pada pihak ketiga. Maksudnya “pukul canang” satu taman perumahan atau kampung tentang hutang si Penghutang TIDAK BOLEH tampal poster tentang penghutang kat rumah bagi memalukan peminjam. TIDAK BOLEH menghubungi Penghutang dari pukul 9:01 malam hingga 7.59 pagi dan hanya boleh menghubungi peminjam 3 kali seminggu atau 12 kali sebulan. TIDAK BOLEH berada dikawasan rumah atau tempat kerja penghutang lama lama KENA BEREDAR BILA DIMINTA MENGELIRUKAN PEMINJAM Melihat kepada yang diatas, mari kita lihat apa yang telah diadukan di blog saya berkenaan dengan garis panduan 6.5.3 ini dan anda tidak perlu ada CGPA 3.87 untuk melihat berapa banyak pelanggaran garis panduan ini telah dilakukan oleh Agen Pengutip Hutang. Bukan setakat […]

Bahagian AKHIR: PENDEDAHAN EKSKLUSIF Cerita Agen Pengutip Hutang / ...



16 Comments
OBJEKTIF 1.1 ini saya setuju 100%. Seperti yang saya katakan sebelum ini dan saya ULANGI sekali lagi. Saya TIDAK ADA MASALAH dengan Bank menjual NPL mereka. Saya ADA MASALAH dengan Agen Kutip Hutang yang TIDAK BERETIKA dan MENIPU peminjam untuk mendapatkan bayaran. Saya juga TIDAK ADA MASALAH dengan Bank yang mengambil tindakan undang undang keatas peminjam yang tidak membayar huang mereka. Saya ADA MASALAH dengan Bank yang masih mengambil tindakan undang undang keatas akaun yang sebenarnya telah LUPUT HAD MASA (mungkin atas kecuaian atau "terlepas pandang" tidak mengambil tindakan lebih awal secara sengaja atau tidak) dan MENGAMBIL KESEMPATAN keatas peminjam yang jahil tentang tatacara undang undang.

PENDEDAHAN EKSKLUSIF Bahagian 2: Cerita Agen Pengutip Hutang / Debt ...


43 Comments
SILA SHARE DAN VIRALKAN ARTIKEL INI SUPAYA SAMPAI KEPADA WARGA HUTANG YANG MUNGKIN ATAU SEDANG DIGANGGU OLEH AGEN PENGUTIP HUTANG…   Alhamdulillah dapat juga saya siapkan cerita pasal AGEN KUTIP HUTANG YANG TIDAK BERETIKA ini. Semuga setelah artikel ini keluar tiada lagi ketakutan dan kerisauan yang “meruntun jiwa” setelah mengetahui apa yang Agen Agen ini boleh dan tak boleh buat dan selepas ini kita hanya mahu melihat Agen Agen yang professional dalam melakukan kerja mereka dan tiada lagi cerita ugutan ugutan TEMBERANG yang dilakukan. Sebelum menyanbung dengan lebih panjang, seperti biasa mesti ada Penafian/Disclaimer   SIAPAKAN AGEN PENGUTIP HUTANG?   Mereka adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dengan operasi utama menguruskan kutipan hutang (hutang semasa dan hutang lapuk) termasuklah menjejak penhutang yang “hilang” bagi syarikat syarikat yang memerlukan khidmat mereka termasuk Bank Bank perdagangan.  Agen Pengutip Hutang bukan perkara baru, mereka telah lama ujud lebih lebih lagi setelah krisis kewangan 1997 dan […]

PENDEDAHAN EKSKLUSIF Bahagian 1: Cerita Agen Pengutip Hutang / Debt ...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya sedang menulis tentang  masalah Agen Pengutip Hutang yang tidak beretika yang perlu diambil perhatian oleh Bank Negara, KPDNKK dan Persatuan Persatuan Pengguna dan NGO yang berkaitan.   Sementara itu, saya rasa aduan serentak yang banyak dan suara yang “ramai” akan lebih memberi impak kepada pihak pihak yang berkenaan berbanding dengan aduan  sorang sorang “terkonteng konteng” walaupun ia juga mendapat perhatian. Bayangkan ada group nak buat “Bersih 4.0A” dan yang ada hanya tiga orang bawak sepanduk bagai dan “berhimpun” di satu tempat. Habis kuat pihak berkuasa hantar seorang anggota polis atau rela untuk memantau berbanding kalau ramai yang pergi dan pihak berkuasa terpaksa bersedia dengan peralatan dan anggota yang ramai. Contoh la…   Jadi saya ada sediakan borang aduan ini supaya boleh diisi dan diemailkan balik kepada saya. NAMA TAK PAYAH LETAK. Cuma beberapa perkara penting seperti yang ditunjukkan dibawah ini:     Anda boleh muat turun atau […]

JOM BUAT ADUAN KES AGEN PENGUTIP HUTANG YANG TIDAK BERETIKA



5 Comments
Suatu usaha yang "baik" dari segi memainkan faktor "psikologi" iaitu memberi persepsi bahawa tindakan Mahkamah telah pun bermula. Jadi kita lihat surat tuntutan ini yang sebenarnya adalah surat yang serupa dengan yang diatas tetapi di olah sedemikian rupa supaya boleh memberikan "impak ketakutan" yang maksima.

ANTARA NOTIS TUNTUTAN LOYAR YANG KREATIF DAN MENGELIRUKAN


7 Comments
HUTANG ISIRUMAH MALAYSIA MENCAPAI TAHAP MEMBIMBANGKAN Berdasarkan kepada lapuran Bank Negara, hutang isirumah Malaysia sudah mencecah 86% dari KDNK, yang paling tinggi di Asia (Yabedabedu! Kita Nombor 1!)  iaitu melebihi RM755 billion++ (RM755,000,000,000). Angka ini sentiasa berubah dan mungkin sudah melebihi jumlah ini. Apa yang penting ia merupakan jumlah yang sangat besar dan membimbangkan. KDNK pun sebenarnya bersifat subjektif dan dibiayai oleh hutang  juga tapi kita akan cerita di blog post yang lain. Ini merupakan suatu angka yang membimbangkan dimana hampir kesemua warga kerja dan peniaga dibebani dengan beban hutang. Jumlah ini mungkin sudah mencecah hampir RM1 trillion (RM1,000,000,000,000) jika hutang Along turut diambilkira.       BAHAGIAN 2 – JENIS DAN “MUTU’ PEMINJAM   https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/06/27/bahagian-2-jenis-jenis-peminjam/   Bahagian 4 https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/06/29/bahagian-4-jenis-jenis-tunggakan-hutang/  

BANK DAN AGENSI PENGUTIP HUTANG – KUTIPAN HUTANG SEMASA DAN ...


Selamat datang ke blog Cerita Hutang: Bank dan Anda.  Cerita tentang hutang. Antara “Berhutang Untuk Hidup” dan “Hidup Untuk Berhutang”. Cerita sedih, lucu, kadangkala menyeramkan dan banyak lagi cerita tentang hutang. Belengu dan kitaran hutang yang tidak berkesudahan. Cerita tentang taktik pengutipan hutang oleh Bank. Taktik melarikan diri dari membayar hutang Bank oleh peminjam (selalunya kantoi sebab tak boleh padam rekod dalam komputer) dan juga taktik menipu untuk mendapatkan pinjaman juga akan dibincangkan sebagai panduan dan tauladan untuk semua pihak supaya lebih berhati hati dimasa hadapan. Perkataan “Bank” disini merangkumi semua institusi kewangan, koperasi, dan syarikat kredit memandangkan hampir semua pembiayaan boleh dikesan salasilahnya ke Bank.  Blog ini akan memfokuskan tentang hutang dari sudut proses pemberian hutang dan pengutipan hutang dan proses undang  undang yang melibatkan peminjam dan juga Bank.  Secara khususnya, maklumat dan perkongsian pengalaman dari blog ini menjurus kepada merapatkan “jurang perbezaan” diantara Bank dan para penghutang dalam […]

Pengenalan Blog



Welcome to the blog “Debt Tales: The Bank and You”. This blog shares stories about debt. Between “Taking Debt to Live” and “Living for Debt”. There are sad, funny, sometimes downright scary and many more stories about debt. The endless cycles and shackles of debt. Stories of the tactics employed by Banks to collect debt. Tactics used by borrowers to escape paying off debt (not really successful as you can never delete the computer data) as well as the tactics used to cheat the Banks into giving out loans will also be discussed as guidance and lesson for everybody concerned to be more careful in the future. By the word “Bank”, it shall cover all lending or financial institutions, cooperatives and credit companies since most of their fundings can be traced back to the banks. This Blog shall focus on loans from the points of views of the Banks and […]

Blog Introduction


Huraian tentang jenis jenis hutang dan teknik teknik Bank dalam mencari penghutang tegar. Juga perkongsian pengalaman dalam mengutip hutang.

Jenis Jenis Hutang