Tags Yang Digunakan #CreditCardDebt


SITUASI BAYAR HUTANG BULANAN KAD KREDIT “SIKIT SIKIT” ATAU BAYAR JUMLAH MINIMA. ANDA PERNAH TERTANYA TANYA APA KESANNYA? BOLEH HABIS BAYAR ATAU BAYAR SAMPAI MATI ATAU SAMPAI 7 KETURUNAN?   Assalamualaikum. Kali ni kita buat analisa sikit tentang perangai membuat bayaran minima atau bayar “sikit sikit” bagi Kad Kredit. Kita ambil jumlah hutang RM10,000 dengan kadar faedah 1.5% sebulan. Start bayar pada umur 30 tahun. Ini merupakan beberapa contoh yang agak “extreme” atau melampau tapi ianya memang boleh berlaku.   NOTA: KIRAAN FAEDAH MENGGUNAKAN KIRAAN BULANAN PADA KADAR 1.5% SEBULAN DAN BAKI FAEDAH JIKA ADA DITAMBAH KEPADA BAKI ASAL (KOMPAUN). ADA BEBERAPA CARA KIRAAN IAITU PADA KADAR BAKI HARIAN DAN JUMLAH HARI 360 ATAU 365 HARI SETAHUN. BEBERAPA LAGI FAKTOR SEPERTI DENDA LEWAT BAYAR (BERGANTUNG KEPADA PERJANJIAN SAMADA 1% ATAU FLAT RATE RM1000 ATAU YANG LAIN) DAN CAJ UNTUK “CASH ADVANCE” YANG BOLEH MENCECAH 24% SETAHUN TIDAK DIAMBILKIRA. JIKA DIAMBILKIRA, […]

KAD KREDIT: APA JADI BILA BAYAR SIKIT SIKIT? BAYAR SAMPAI ...


4 Comments
  Assalamualaikum. Kali ini kita akan siarkan pengalaman seorang pembaca blog yang telah menyertai program AKPK. Kita namakan beliau “Pembaca Budiman” yang telah sudi berkongsi pengalaman beliau setelah tidak tahan dengan ugutan dan TEMBERANG Agen Kutip Hutang. Beliau mempunyai hutang Kad Kredit yang asalnya berjumlah RM4K tetapi sudah “membelon” ke RM9K. Sekarang beliau hanya perlu membayar RM80 sebulan dan dapat pengurangan faedah (dan tidak lagi ada faedah kehadapan) sebanyak RM5K berbanding dengan permintaan dari Agen Kutip Hutang yang mintak ribu ribu dalam masa “24 jam” dengan ugutan ugutan kosong. Ini saya sokong kerana peminjam memang ingin menyelesaikan hutangnya dan Bank boleh bertolak ansur jadi tidak timbul banyak masalah dikemudian hari seperti yang selalu saya suarakan sebelum ini yang mana Bank “membiarkan” faedah hutang kad kredit “membelon” bertahun tahun dan SAMAN peminjam atas jumlah yang tidak adil untuk dikutip kerana telah melepasi HAD MASA seperti yang telah diperuntukkan oleh undang undang […]

PENGAKUAN/CONFESSION PEMBACA MENYERTAI PROGRAM AKPK


  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya sedang menyediakan satu artikel mengenai Kad Kredit yang merangkumi cara cara pengiraan faedah, tindakan undang undang dan alasan alasan yang digunakan oleh Bank untuk memaksimakan keuntungan dan cuba mengatasi pembelaan dari segi faktor melebihi Had Masa untuk mengambil tindakan undang undang. Jikalau anda sedang disaman oleh Bank atas baki Kad Kredit anda dan anda rasa tindakan Bank telah melampaui had masa atau faedah yang dikenakan atas Notis Tuntutan pada Writ Saman melebihi 5%, pastikan bahawa:   1) Writ Saman baru diterima dan tarikh pendengaran kes masih belum berakhir 2) Penghakiman baru diterima dan tempoh 30 hari untuk bantahan masih belum tamat.   Sila beri saya dokumen dokumen berikut:   1) Salinan Writ Saman dan segala dokumen berkaitan seperti Notis Tuntutan 2) Salinan Penghakiman 3) Salinan Perjanjian Kad Kredit. 4) Salinan Penyata bulanan Kad Kredit (ini penting. Selepas ini JANGAN BUANG penyata yang diterma, ia boleh […]

TOLONG! BANTU SAYA DAPATKAN DOKUMEN DOKUMEN KAD KREDIT UNTUK MANFAAT ...



119 Comments
Saya pasti bagi sesiapa yang telah membaca kisah En Idris di sini (kes-naya-diambang-kebankrapan-hutang-pokok-rm3000-faedahriba-ikut-pintu-belakang-rm53000), telah mengetahui apa yang telah berlaku. Saya ingin tahu berapa ramaikah lagi “En Idris” yang berada diluar sana dan sedang menghadapi Writ Saman, Penghakiman atau mungkin sedang berada diambang Bankrapsi atau telah pun Bankrap atas tindakan yang tidak bermoral Bank dan Loyar Loyarnya yang menuntut hutang lapuk yang telah melebihi had masa. Saya mohon jika anda mempunyai hutang yang tidak berbayar (terutamanya Kad Kredit) dan merasakan anda telah teraniaya dengan tindakan seperti ini, anda boleh memasukkan butir butir seperti berikut dibahagian komen: 1) Nama Bank 2) Jenis Pinjaman 3) Jumlah baki hutang terakhir 4) Tarikh akhir bayaran 5) Tindakan yang dikenakan termasuk tarikh Notis Tuntutan, Writ Saman, Notis Kebankrapan dan Petisyen Pemiutang Sebelum itu, anda mesti memastikan bahawa: 1) Hutang tidak berbayar dalam tempoh enam tahun dari tarikh akhir bayaran dan tidak menerima apa apa dokumen dari Bank, Tuan Loyar atau […]

JEJAK HUTANG LAPUK: Mencari Yang Senasib Dengan EN Idris


7 Comments
HUTANG ISIRUMAH MALAYSIA MENCAPAI TAHAP MEMBIMBANGKAN Berdasarkan kepada lapuran Bank Negara, hutang isirumah Malaysia sudah mencecah 86% dari KDNK, yang paling tinggi di Asia (Yabedabedu! Kita Nombor 1!)  iaitu melebihi RM755 billion++ (RM755,000,000,000). Angka ini sentiasa berubah dan mungkin sudah melebihi jumlah ini. Apa yang penting ia merupakan jumlah yang sangat besar dan membimbangkan. KDNK pun sebenarnya bersifat subjektif dan dibiayai oleh hutang  juga tapi kita akan cerita di blog post yang lain. Ini merupakan suatu angka yang membimbangkan dimana hampir kesemua warga kerja dan peniaga dibebani dengan beban hutang. Jumlah ini mungkin sudah mencecah hampir RM1 trillion (RM1,000,000,000,000) jika hutang Along turut diambilkira.       BAHAGIAN 2 – JENIS DAN “MUTU’ PEMINJAM   https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/06/27/bahagian-2-jenis-jenis-peminjam/   Bahagian 4 https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/06/29/bahagian-4-jenis-jenis-tunggakan-hutang/  

BANK DAN AGENSI PENGUTIP HUTANG – KUTIPAN HUTANG SEMASA DAN ...


Selamat datang ke blog Cerita Hutang: Bank dan Anda.  Cerita tentang hutang. Antara “Berhutang Untuk Hidup” dan “Hidup Untuk Berhutang”. Cerita sedih, lucu, kadangkala menyeramkan dan banyak lagi cerita tentang hutang. Belengu dan kitaran hutang yang tidak berkesudahan. Cerita tentang taktik pengutipan hutang oleh Bank. Taktik melarikan diri dari membayar hutang Bank oleh peminjam (selalunya kantoi sebab tak boleh padam rekod dalam komputer) dan juga taktik menipu untuk mendapatkan pinjaman juga akan dibincangkan sebagai panduan dan tauladan untuk semua pihak supaya lebih berhati hati dimasa hadapan. Perkataan “Bank” disini merangkumi semua institusi kewangan, koperasi, dan syarikat kredit memandangkan hampir semua pembiayaan boleh dikesan salasilahnya ke Bank.  Blog ini akan memfokuskan tentang hutang dari sudut proses pemberian hutang dan pengutipan hutang dan proses undang  undang yang melibatkan peminjam dan juga Bank.  Secara khususnya, maklumat dan perkongsian pengalaman dari blog ini menjurus kepada merapatkan “jurang perbezaan” diantara Bank dan para penghutang dalam […]

Pengenalan Blog



Welcome to the blog “Debt Tales: The Bank and You”. This blog shares stories about debt. Between “Taking Debt to Live” and “Living for Debt”. There are sad, funny, sometimes downright scary and many more stories about debt. The endless cycles and shackles of debt. Stories of the tactics employed by Banks to collect debt. Tactics used by borrowers to escape paying off debt (not really successful as you can never delete the computer data) as well as the tactics used to cheat the Banks into giving out loans will also be discussed as guidance and lesson for everybody concerned to be more careful in the future. By the word “Bank”, it shall cover all lending or financial institutions, cooperatives and credit companies since most of their fundings can be traced back to the banks. This Blog shall focus on loans from the points of views of the Banks and […]

Blog Introduction


Huraian tentang jenis jenis hutang dan teknik teknik Bank dalam mencari penghutang tegar. Juga perkongsian pengalaman dalam mengutip hutang.

Jenis Jenis Hutang