Tags Yang Digunakan CourtsMammoth


2 Comments
Hari ni kita nak kongsikan satu masalah yang dikemukakan oleh seorang peminjam yang dah Bankrap. Beliau telah diganggu oleh Agen Kutip Hutang yang seperti biasa menggunakan ugutan ugutan popular seperti akaun nak dibekukan, nak sita barang barang rumah malah nak keluar waran tangkap lagi. Kita lihat antara “screen shot” perbualan diantara Agen dan Peminjam: Inilah masalahnya bila Agen Agen Kutip Hutang yang tidak diberi latihan yang sepatutnya. Bila peminjam kata dia Bankrap, mintak bukti (kut kut dia kelentong aje dia Bankrap) iaitu pengesahan dari Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan boleh buat carian sendiri di Jabatan Insolvensi. Bukannya mahal pun nak buat carian. Tak payah kedekut nak keluar duit daripada buat kerja sia sia. Kalau dah confirm Bankrap, bagitau Bos atau Principal (Pemiutang Asal) supaya boleh memfailkan Bukti Keberhutangan (terjemahan bebas) iaitu Proof of Debt kepada Jabatan Insolvensi. Fail ditutup dan tak payah buang masa nak call dan sms dan Whatsapp […]

Orang Dah Bankrap Tak Payah Ugut Ugut La… Ada Faham?


460 Comments
Sekarang kita telah sampai ke topik yang ditunggu tunggu. Tatacara pelaksanaan tindakan undang undang keatas peminjam yang gagal menjelaskan tunggakan ansuran bulanan. Kita akan mulakan dengan tindakan undang undang keatas peminjam yang gagal membayar hutang peribadi. Mengapa mula dengan hutang peribadi? Kerana hutang ini yang “paling rendah martabatnya” iaitu “kekuatan” sandaran pinjaman adalah kepada individu itu sendiri iaitu pendapatan bulanannya. Kalau ada pun cagaran lain ialah penjamin kepada pinjaman itu. Bagi pinjaman kereta dan rumah, cagaran adalah kereta dan rumah itu sendiri selain dari pendapatan individu dan juga penjamin jika ada. Sebab itu selalunya pinjaman jenis ini dipanggil “unsecured loan” atau secara bebasnya diterjemahkan kepada pinjaman “tak berapa selamat”. Dalam kes peminjam mempunyai banyak hutang dengan beberapa Bank misalnya dan telah jatuh muflis dan setelah berlakunya lelongan segala harta yang dimilikinya, keutamaan akan diberi kepada Bank pemiutang yang mempunyai cagaran dalam bentuk harta benda dan yang terakhir sekali yang akan […]

Proses Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi/Persendirian Bahagian 1