Tags Yang Digunakan Blacklist


SOALAN CEPUMAS: KALAU DAH TAK DAPAT BAYAR HUTANG, PERLUKAH MINTA PERTOLONGAN AKPK? KENA BLACKLIST KE? NANTI TAK DAPAT BUAT LOAN LAGI… Assalamualaikum. Saya selalu mendapat soalan berkenaan keraguan untuk mendapatkan khidmat AKPK bagi mentadbir dan mengawal hutang yang sudah tidak dapat dikawal lagi. HARUS DIINGAT saya tak kerja dengan AKPK dan saya bukan promosi AKPK. Tak dapat apa apa pun sebab khidmat AKPK adalah PERCUMA. Saya cuma memberi pilihan jika dah “jem kreng” tak tahu nak buat apa dah bila sangkut bab hutang. Berikut adalah antara sedutan soalan dan jawapan yang diterima: SEDUTAN JAWAPAN Apa maksud “dia yg x setuju coz kalau dah under AKPK mmg x dpt nak apa2 nanti .. tapi belum tentu AKPK dpt kurangkan jugak byran… ” Adakah beliau memikirkan kalau pergi AKPK takde harapan nak dapat loan lagi? Kalau tak pergi dan dibiarkan loan tertunggak dan cuba selesaikan sendiri “pada suatu hari nanti” ada harapan […]

PERGI AKPK KENA BLACKLIST KE?


1155 Comments
BAHAGIAN 3 – PROSES TINDAKAN PENGHAKIMAN   SESI ULANGKAJI   PROSES TINDAKAN UNDANG UNDANG PINJAMAN PERIBADI BAHAGIAN 1: https://www.ceritahutangbankdananda.com/2014/08/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-1/   PROSES TINDAKAN UNDANG UNDANG PINJAMAN PERIBADI BAHAGIAN 2: https://www.ceritahutangbankdananda.com/2014/08/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-2/  

Proses Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi/Persendirian Bahagian 3


460 Comments
Sekarang kita telah sampai ke topik yang ditunggu tunggu. Tatacara pelaksanaan tindakan undang undang keatas peminjam yang gagal menjelaskan tunggakan ansuran bulanan. Kita akan mulakan dengan tindakan undang undang keatas peminjam yang gagal membayar hutang peribadi. Mengapa mula dengan hutang peribadi? Kerana hutang ini yang “paling rendah martabatnya” iaitu “kekuatan” sandaran pinjaman adalah kepada individu itu sendiri iaitu pendapatan bulanannya. Kalau ada pun cagaran lain ialah penjamin kepada pinjaman itu. Bagi pinjaman kereta dan rumah, cagaran adalah kereta dan rumah itu sendiri selain dari pendapatan individu dan juga penjamin jika ada. Sebab itu selalunya pinjaman jenis ini dipanggil “unsecured loan” atau secara bebasnya diterjemahkan kepada pinjaman “tak berapa selamat”. Dalam kes peminjam mempunyai banyak hutang dengan beberapa Bank misalnya dan telah jatuh muflis dan setelah berlakunya lelongan segala harta yang dimilikinya, keutamaan akan diberi kepada Bank pemiutang yang mempunyai cagaran dalam bentuk harta benda dan yang terakhir sekali yang akan […]

Proses Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi/Persendirian Bahagian 1