Tags Yang Digunakan Bebas Hutang


82 Comments
Apabila Agen Pengutip hutang datang "menziarahi" anda dirumah atau pejabat, jangan rasa takut atau malu dengan jiran dan kawan kawan pejabat. Kita dah buat hutang maka harus menghadapi masalah ini dengan cara berdepan dan professional. Jiran jiran dan rakan sekerja maupun bos kita pun ada hutang jugak. Cuma tak tahu hutang setakat keliling pinggang atau dah sampai ke lubang hidung. So relax. Hari ni hari kita, esok lusa hari dia pulak kantoi.

PANDUAN MENANGANI AGEN KUTIP HUTANG


8 Comments
Sekarang kita dah sampai kepada suatu topik yang “popular” iaitu tindakan undang undang berkenaan dengan pinjaman kereta.  Kenapa? Sebab ramai orang yang memiliki kereta samada yang dibeli baru atau yang terpakai dan kebanyakannya dibeli secara berhutang. Kereta “baru” hari ini akan menjadi “terpakai” apabila ia didaftarkan dan ada yang membuat pinjaman 7 hingga 8 tahun lalu pun belum habis lagi hutang atau membuat hutang baru dengan membuat “refinancing” (kalau ada harga lagi la) atau membeli kereta baru bila hutang lama dah habis. Sebelum kita pergi ke prosedur tindakan undang undang bagi pinjaman kereta, ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui.   Semua pembelian kereta yang dibuat melalui pinjaman Bank perlu mematuhi peruntukan peruntukan yang telah ditetapkan oleh Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan terbaru 2010) yang dikawal selia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Akta ini telah mengalami beberapa pindaan utama sejak 1967 dan bertujuan untuk melindungi pengguna atau lebih tepat lagi […]

Prosedur Tindakan Undang Undang Pinjaman Kereta (Sewa Beli) Bahagian 1 ...


460 Comments
Sekarang kita telah sampai ke topik yang ditunggu tunggu. Tatacara pelaksanaan tindakan undang undang keatas peminjam yang gagal menjelaskan tunggakan ansuran bulanan. Kita akan mulakan dengan tindakan undang undang keatas peminjam yang gagal membayar hutang peribadi. Mengapa mula dengan hutang peribadi? Kerana hutang ini yang “paling rendah martabatnya” iaitu “kekuatan” sandaran pinjaman adalah kepada individu itu sendiri iaitu pendapatan bulanannya. Kalau ada pun cagaran lain ialah penjamin kepada pinjaman itu. Bagi pinjaman kereta dan rumah, cagaran adalah kereta dan rumah itu sendiri selain dari pendapatan individu dan juga penjamin jika ada. Sebab itu selalunya pinjaman jenis ini dipanggil “unsecured loan” atau secara bebasnya diterjemahkan kepada pinjaman “tak berapa selamat”. Dalam kes peminjam mempunyai banyak hutang dengan beberapa Bank misalnya dan telah jatuh muflis dan setelah berlakunya lelongan segala harta yang dimilikinya, keutamaan akan diberi kepada Bank pemiutang yang mempunyai cagaran dalam bentuk harta benda dan yang terakhir sekali yang akan […]

Proses Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi/Persendirian Bahagian 1



11 Comments
Semasa saya “muda muda” dulu, saya merasa kagum apabila pertama kali menjejakkan kaki kedalam Bank. Sebelum itu cuma melihat “transaksi” Bank Simpanan Pejabat Pos yang tak nampak glamer dengan tempat yang sempit dan bercampur baur dengan transaksi setem, “Money Order” dan “Postal Order”. Bila nengok kaunter Bank dan kerani kerani dibarisan hadapan dan dibelakang mereka ada “pegawai” atau “pengurus” yang nampak rilek sahaja macam takde kerja dan sekali sekala akan “menyain” voucher yang diberikan oleh kerani lalu hati saya terdetik “kalau dapat kerja kat Bank bagus jugak, kerja senang, glamer pulak tu, saham bagus” sehinggalah ditakdirkan saya dapat bekerja disuatu institusi kewangan bertaraf “pegawai” dan bertali leher tapi gaji separuh dari kerani. Masa itu baru tahu disebalik “pintu depan” kerani kaunter dan pegawai kat belakang tu ada ruang yang lebih luas dan “macam macam ada” dan diantara bahagian yang ada ialah bahagian kutipan hutang dan kerjanya bukanlah “senang” seperti yang […]

BAHAGIAN 5 – BAHAGIAN KUTIPAN HUTANG


ULANGKAJI BAHAGIAN SEBELUM INI   BAHAGIAN 4  – JENIS JENIS TUNGGAKAN HUTANG   https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/06/29/bahagian-4-jenis-jenis-tunggakan-hutang/   Bahagian 2   https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/06/27/bahagian-2-jenis-jenis-peminjam/   Bahagian 1   https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/06/26/bank-dan-agensi-pengutip-hutang-kutipan-hutang-semasa-dan-hutang-lapuk/

BAHAGIAN 3 – JENIS JENIS HUTANG ISIRUMAH