Tags Yang Digunakan #Bankrapsi


11 Comments
  Akhirnya RANG UNDANG UNDANG KEBANKRAPAN (PINDAAN) 2016 telah diluluskan Parlimen pada 29hb Mac 2017. Perkara ini telah saya sebutkan dahulu. Berikut adalah intipati daripada pindaan Rang Undang Undang tersebut:   Had KeBankrapan dinaikkan dari RM30,000 ke RM50,000 Sebelum Mesyuarat Petisyen Pemiutang, Penghutang boleh memohon untuk memasuki progran Penyusunan Sukarela (Voluntary Arrangement – VA) atau Pelan Pembayaran Semula (Debt Repayment Plan – DRP) melalui Nominee berdaftar seperti Peguam, Juruaudit Berlesen dan Akauntan Berdaftar atau sesiapa yang dilantik oleh Jabatan Insolvensi. Penghutang boleh memohon ke Mahkamah melalui Notis Niat untuk memasuki VA dan Mahkamah akan keluarkan Perintah Interim (Interim Order) bagi tempoh 3 bulan untuk persetujuan pihak-pihak mengikat VA dan Perintah Interim ini mempunyai kesan moratorium iaitu tiada prosiding kebankrapan atau proses undang-undang boleh dimulakan atau diteruskan terhadap penghutang kecuali dengan kebenaran mahkamah Tiada lagi KeBankrapan bagi “Penjamin sosial” iaitu penjamin yang tidak mendapat apa apa faedah dari jaminannya seperti penjamin […]

AKHIRNYA RANG UNDANG UNDANG KEBANKRAPAN (PINDAAN) 2016 DILULUSKAN!





4 Comments
  Assalamualaikum. Kali ini kita akan siarkan pengalaman seorang pembaca blog yang telah menyertai program AKPK. Kita namakan beliau “Pembaca Budiman” yang telah sudi berkongsi pengalaman beliau setelah tidak tahan dengan ugutan dan TEMBERANG Agen Kutip Hutang. Beliau mempunyai hutang Kad Kredit yang asalnya berjumlah RM4K tetapi sudah “membelon” ke RM9K. Sekarang beliau hanya perlu membayar RM80 sebulan dan dapat pengurangan faedah (dan tidak lagi ada faedah kehadapan) sebanyak RM5K berbanding dengan permintaan dari Agen Kutip Hutang yang mintak ribu ribu dalam masa “24 jam” dengan ugutan ugutan kosong. Ini saya sokong kerana peminjam memang ingin menyelesaikan hutangnya dan Bank boleh bertolak ansur jadi tidak timbul banyak masalah dikemudian hari seperti yang selalu saya suarakan sebelum ini yang mana Bank “membiarkan” faedah hutang kad kredit “membelon” bertahun tahun dan SAMAN peminjam atas jumlah yang tidak adil untuk dikutip kerana telah melepasi HAD MASA seperti yang telah diperuntukkan oleh undang undang […]

PENGAKUAN/CONFESSION PEMBACA MENYERTAI PROGRAM AKPK


SOALAN CEPUMAS: KALAU DAH TAK DAPAT BAYAR HUTANG, PERLUKAH MINTA PERTOLONGAN AKPK? KENA BLACKLIST KE? NANTI TAK DAPAT BUAT LOAN LAGI… Assalamualaikum. Saya selalu mendapat soalan berkenaan keraguan untuk mendapatkan khidmat AKPK bagi mentadbir dan mengawal hutang yang sudah tidak dapat dikawal lagi. HARUS DIINGAT saya tak kerja dengan AKPK dan saya bukan promosi AKPK. Tak dapat apa apa pun sebab khidmat AKPK adalah PERCUMA. Saya cuma memberi pilihan jika dah “jem kreng” tak tahu nak buat apa dah bila sangkut bab hutang. Berikut adalah antara sedutan soalan dan jawapan yang diterima: SEDUTAN JAWAPAN Apa maksud “dia yg x setuju coz kalau dah under AKPK mmg x dpt nak apa2 nanti .. tapi belum tentu AKPK dpt kurangkan jugak byran… ” Adakah beliau memikirkan kalau pergi AKPK takde harapan nak dapat loan lagi? Kalau tak pergi dan dibiarkan loan tertunggak dan cuba selesaikan sendiri “pada suatu hari nanti” ada harapan […]

PERGI AKPK KENA BLACKLIST KE?


15 Comments
  SATU LAGI KHIDMAT PESANAN MASYARAKAT. SEBARKAN SUPAYA FAHAM TINDAKAN UNDANG UNDANG YANG SEBENAR DAN ISTILAH ISTILAH YANG DIGUNAKAN. AGEN PUN BOLEH BELAJAR SEKALI SUPAYA TIDAK TERSERLAH TEMBERANG ANDA.   Assalamualaikum. Saya selalu mendapat soalan soalan tentang tindakan undang undang yang sedang dilaksanakan atau “tindakan undang undang” yang digembar gemburkan oleh Agen Kutip Hutang. Masih ramai yang tidak tahu proses dan istilah istilah yang sebenar termasuklah Agen Kutip Hutang itu sendiri. Tapi bila penghutang pun tak tahu jadi taktik gempaq akan menjadi tapi kalau yang dikejar tahu undang undang macamana? Mesti kantoi punya. Upgrade lah pengetahuan tu jangan main sedap mulut aje. Baru baru ini ada yang menghantar screenshot dalam grafik yang saya paparkan disini yang menarik perhatian saya. Anda semua boleh baca sendiri. Dibawah saya berikan istilah istilah yang betul supaya tidak keliru.   LANGKAH LANGKAH TINDAKAN UNDANG UNDANG DAN ISTILAH YANG DIGUNAKAN Notis atau Surat Tuntutan Loyar (NOD […]

FAHAMI ISTILAH ISTILAH TINDAKAN UNDANG UNDANG



119 Comments
Saya pasti bagi sesiapa yang telah membaca kisah En Idris di sini (kes-naya-diambang-kebankrapan-hutang-pokok-rm3000-faedahriba-ikut-pintu-belakang-rm53000), telah mengetahui apa yang telah berlaku. Saya ingin tahu berapa ramaikah lagi “En Idris” yang berada diluar sana dan sedang menghadapi Writ Saman, Penghakiman atau mungkin sedang berada diambang Bankrapsi atau telah pun Bankrap atas tindakan yang tidak bermoral Bank dan Loyar Loyarnya yang menuntut hutang lapuk yang telah melebihi had masa. Saya mohon jika anda mempunyai hutang yang tidak berbayar (terutamanya Kad Kredit) dan merasakan anda telah teraniaya dengan tindakan seperti ini, anda boleh memasukkan butir butir seperti berikut dibahagian komen: 1) Nama Bank 2) Jenis Pinjaman 3) Jumlah baki hutang terakhir 4) Tarikh akhir bayaran 5) Tindakan yang dikenakan termasuk tarikh Notis Tuntutan, Writ Saman, Notis Kebankrapan dan Petisyen Pemiutang Sebelum itu, anda mesti memastikan bahawa: 1) Hutang tidak berbayar dalam tempoh enam tahun dari tarikh akhir bayaran dan tidak menerima apa apa dokumen dari Bank, Tuan Loyar atau […]

JEJAK HUTANG LAPUK: Mencari Yang Senasib Dengan EN Idris


50 Comments
  KUALA LUMPUR: Purata 68 individu diisytiharkan muflis setiap hari di negara ini, meningkat 13 peratus daripada 60 orang bankrap setiap hari, tahun lalu. Statistik terkini Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) menunjukkan dari Januari hingga Jun lalu, seramai 12,381 individu sudah diisytiharkan muflis atas pelbagai sebab, sekali gus membayangkan isu kebankrapan yang semakin membelenggu sebilangan rakyat Malaysia. Malah statistik MdI sejak tahun 2007 juga menunjukkan aliran peningkatan individu muflis daripada 13,238 pada 2007, 13,855 (2008), 16,228 (2009), 18,119 (2010), 19,167 (2011), 19,575 (2012) dan 21,987 (2013) dengan keseluruhan kes bankrap bagi tempoh itu mencecah 134,550 orang.   Berita penuh di : http://www.bharian.com.my/node/6267   Fuh!  Suatu jumlah yang banyak.  Akan tetapi ada yang telah di Bankrapkan dengan cara yang tidak betul, cara yang menyeleweng kerana mengambil kesempatan terhadap peminjam yang tidak faham tentang prosedur undang undang. Apakah cara yang menyeleweng itu? Iaitu dalam sesetengah kes (mungkin berjumlah ribuan), Bank dan para Loyarnya telah: […]

KES NAYA: DIAMBANG KEBANKRAPAN – Hutang Pokok RM3,000, Faedah/RIBA Ikut ...


1155 Comments
BAHAGIAN 3 – PROSES TINDAKAN PENGHAKIMAN   SESI ULANGKAJI   PROSES TINDAKAN UNDANG UNDANG PINJAMAN PERIBADI BAHAGIAN 1: https://www.ceritahutangbankdananda.com/2014/08/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-1/   PROSES TINDAKAN UNDANG UNDANG PINJAMAN PERIBADI BAHAGIAN 2: https://www.ceritahutangbankdananda.com/2014/08/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-2/  

Proses Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi/Persendirian Bahagian 3



460 Comments
Sekarang kita telah sampai ke topik yang ditunggu tunggu. Tatacara pelaksanaan tindakan undang undang keatas peminjam yang gagal menjelaskan tunggakan ansuran bulanan. Kita akan mulakan dengan tindakan undang undang keatas peminjam yang gagal membayar hutang peribadi. Mengapa mula dengan hutang peribadi? Kerana hutang ini yang “paling rendah martabatnya” iaitu “kekuatan” sandaran pinjaman adalah kepada individu itu sendiri iaitu pendapatan bulanannya. Kalau ada pun cagaran lain ialah penjamin kepada pinjaman itu. Bagi pinjaman kereta dan rumah, cagaran adalah kereta dan rumah itu sendiri selain dari pendapatan individu dan juga penjamin jika ada. Sebab itu selalunya pinjaman jenis ini dipanggil “unsecured loan” atau secara bebasnya diterjemahkan kepada pinjaman “tak berapa selamat”. Dalam kes peminjam mempunyai banyak hutang dengan beberapa Bank misalnya dan telah jatuh muflis dan setelah berlakunya lelongan segala harta yang dimilikinya, keutamaan akan diberi kepada Bank pemiutang yang mempunyai cagaran dalam bentuk harta benda dan yang terakhir sekali yang akan […]

Proses Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi/Persendirian Bahagian 1


Satu lagi faktor yang kita perlu faham bahawa Bank Bank memberikan pinjaman kepada pelbagai jenis peminjam berdasarkan kepada “keupayaan kewangan” masing masing dan keupayaan untuk membayar balik pinjaman. Sudah semestinya pihak Bank akan sentiasa berhati hati dalam menyiasat latar belakang peminjam sebelum memberikan pinjaman tetapi akan ujud kes kes “atas pagar ” atau “terlompat pagar” ” atau “budi bicara” atas sebab sebab tertentu yang kadangkala berdasarkan kepada andaian bahawa pendapatan mereka akan meningkat pada masa akan datang.   Faktor inflasi, pengurangan kuasa beli duit kertas, kitaran kemelesetan ekonomi global dan tempatan tidak selalunya diambilkira kerana ekonomi Negara dijangka akan mengalami “pertumbuhan” yang berterusan dengan inflasi sebagai kesan sampingan yang tidak dapat dielakkan.   Dalam pada itu, ada juga pinjaman yang berasaskan siapa yang kita kenal dalam Bank bak kata omputeh “technology know who” walaupun keadaan kewangannya tidak “kuat” seperti kuatnya A-A-A-A-Ali Cafe. Kadangkala ia berlaku dimana peminjam sebegini mendapat kadar […]

BAHAGIAN 2 – JENIS JENIS PEMINJAM