Tags Yang Digunakan Akta Sewa Beli


Assalamualaikum. Soalan ni selalu saya dapat dan kali ini kita bagi penjelasan supaya dapat faham dengan jelas. Pertama sekali yang kena faham, dalam Perjanjian Sewa Beli, perkataan yang akan digunakan adalah PEMILIK dan PENYEWA. PEMILIK adalah Bank atau Syarikat Kredit yang memberikan pinjaman untuk pembelian kereta. PENYEWA pulak ialah, orang yang “menyewa” kereta dengan pilihan untuk “membeli” kereta bila habis bayar. Jadi kereta bukanlah milik orang yang “menyewa” dalam erti kata lain “peminjam”. Jadi kereta yang kita bawak hari hari, “make up” macam macam dan jaga dan bersihkan itu bukanlah kita yang punya. “BANK YANG PUNYA” (Buat suara macam Jin dalam Gua dalam cerita Ahmad Albab). Kita dah faham dan tersedar dari mimpi yang indah kita berbalik kepada soalan cepumas tadi: BERBALIK KEPADA SOALAN BETUL KE KALAU DAH BAYAR 75% DARI HARGA KERETA DALAM PERJANJIAN SEWA BELI BANK TAK BOLEH TARIK KERETA? KALAU BETUL BAGUSLAH. BOLEH “BERNAFAS” SEKEJAP. BETUL KA […]

DAH BAYAR 75% ANSURAN BANK TAK BOLEH TARIK KERETA?


Saya harap jika ada peminjam peminjam dari mana mana Institusi Kewangan atau Bank yang telah "meninggal" yang mengalami masalah yang sama atau merasa ragu tentang jumlah tuntutan hutang yang lama, boleh email saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com dan kalau boleh sertakan dokumen dokumen sokongan untuk analisa dan perkongsian bersama.

KES NAYA LAGI: Kisah Graf Misteri – Yang Mana Satu ...


88 Comments
LANGKAH SELEPAS KERETA BERJAYA DIJUAL   Setelah selesai lelongan awam, katakan kereta telah berjaya dijual dan harga jualan tidak mencukupi untuk melangsaikan hutang yang tertunggak. Bank akan menghubungi Penyewa untuk memberitahu tunggakan yang masih ada dan meminta penyewa untuk membuat cadangan pembayaran. Jika tiada maklumbalas dari Penyewa, Bank akan memulakan proses tindakan undang undang dengan menghantar surat atau notis tuntutan (Notice/Letter of Demand) melalui Tuan Loyar dan jika tiada maklumbalas pada masa yang ditetapkan, tindakan Saman akan dimulakan. Untuk ulangkaji tentang proses “Surat Loyar” dan Saman, anda boleh rujuk prosesnya di Proses Tindakan Undang Undang Pinjaman Peribadi Bahagian 1 dan Proses Tindakan Undang Undang Pinjaman Peribadi Bahagian 2 untuk pemahaman yang lebih baik. Saya rasa tidak perlu mengulanginya lagi disini sebab prosedurnya adalah sama.       6 Setelah proses “ding dong” sana sini selesai, dianggarkan “umur” tunggakan sudah pun mencecah enam atau menghampiri tujuh bulan. Siasatan oleh team “CSI” masih berjalan untuk langkah […]

Prosedur Undang Undang Pinjaman Kereta (Sewa Beli) Bahagian 4 – ...



108 Comments
Sekarang kita telah sampai ke topik yang ditunggu tunggu. Tatacara pelaksanaan tindakan undang undang keatas peminjam yang gagal menjelaskan tunggakan ansuran bulanan. Kita akan mulakan dengan tindakan undang undang keatas peminjam yang gagal membayar hutang peribadi. Mengapa mula dengan hutang peribadi? Kerana hutang ini yang “paling rendah martabatnya” iaitu “kekuatan” sandaran pinjaman adalah kepada individu itu sendiri iaitu pendapatan bulanannya. Kalau ada pun cagaran lain ialah penjamin kepada pinjaman itu. Bagi pinjaman kereta dan rumah, cagaran adalah kereta dan rumah itu sendiri selain dari pendapatan individu dan juga penjamin jika ada. Sebab itu selalunya pinjaman jenis ini dipanggil “unsecured loan” atau secara bebasnya diterjemahkan kepada pinjaman “tak berapa selamat”. Dalam kes peminjam mempunyai banyak hutang dengan beberapa Bank misalnya dan telah jatuh muflis dan setelah berlakunya lelongan segala harta yang dimilikinya, keutamaan akan diberi kepada Bank pemiutang yang mempunyai cagaran dalam bentuk harta benda dan yang terakhir sekali yang akan […]

Prosedur Undang Undang Pinjaman Kereta (Sewa Beli) Bahagian 3