Panduan Membuat Pertanyaan


komenmontage

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya ingin memberi beberapa panduan tentang tatacara bertanya soalan tentang masalah hutang anda. Ini adalah kerana ada yang memberikan maklumat yang tidak lengkap dan soalan soalan yang tergantung.

Ini menyukarkan saya untuk memahami situasi yang dihadapi dengan tepat. Jadi saya senaraikan beberapa panduan supaya saya dapat memberikan pandangan dan perkongsian dengan lebih baik.

 

PANDUAN BERTANYA SOALAN

  1. Nyatakan nama Bank, jumlah pinjaman, jenis pinjaman, baki hutang dan tarikh akhir bayaran dibuat (ini bagi membuat anggaran samada hutang sudah luput Had Masa jika tiada tindakan undang undang selama tempoh terbabit)
  2. Nyatakan samada alamat sekarang adalah sama atau berbeza dengan alamat yang ada dengan rekod Bank (ini akan menjelaskan kenapa surat menyurat Bank tidak sampai)
  3. Nyatakan jenis tindakan undang undang yang sedang dikenakan samada baru menerima Notis Tuntutan Loyar (yang ori, bukan tipu punya), Writ Saman, Salinan Penghakiman atau yang lebih berat lagi Notis Kebankrapan dan Petisyen Pemiutang.
  4. Nyatakan juga hutang hutang yang lain seperti hutang kereta, rumah dan kad kad kredit dan anggaran jumlah yang terhutang dan keadaan “kesihatan” hutang hutang tersebut
  5. Adakah Rumah yang diduduki atas nama sendiri, nama bersama, rumah Mak Bapak atau menyewa? Ini penting jika ada tindakan keBankrapan atau Writ of Seizure and Sale.
  6. Jika ada menerima dokumen dokumen yang meragukan samada dari Loyar atau agen Kutipan Hutang, boleh scan dan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com supaya boleh disemak dan disahkan.
  7. Jika anda diganggu oleh Agen Kutip Hutang, simpan apa jua surat mereka dan surat perlantikan mereka oleh Bank untuk rujukan dan boleh juga diemailkan kepada saya.
  8. Bagi Agen Kutip Hutang, kalau boleh ambil nama syarikat mereka dan jenis TEMBERANG yang mereka gunakan lebih lebih lagi yang menyamar sebagai “Mahkamah”, “Loye”, Bailiff, “Pegawai Bank” dan “Penilai Hartanah untuk dilelong” (yang suka ambik gambar rumah orang tu.) supaya boleh dibuat aduan kepada pihak yang mengawal selia kegiatan mereka.
  9. Sementara bertanya soalan boleh juga buat semakan di CTOS di di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

Demikian seberapa ringkas tips untuk membuat pertanyaan supaya mudah dibuat penelitian dan analisa masalah yang dihadapi. Cuma sekadar memberi pandangan dan mengenalpasti apa yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah. Terima kasih atas sokongan anda kepada Blog saya.