Pinjaman Peribadi RHB Easy


Home Forums Pinjaman Peribadi Pinjaman Peribadi RHB Easy

This topic contains 2 replies, has 1 voice, and was last updated by  NUR MASLINA BINTI BILAL 3 months ago.

  • Author
    Posts
  • #4493 Reply

    Mohammad

    Salam Sejahtera tuan ,

    Saya ingin bertanya apakah tindakan seterusnya yang perlu saya buat mengenai hutang personal loan saya yang tertunggak ?. Saya telah tertunggak bayaran bulan 5 bulan kerana telah berhenti kerja dan baru-baru ini sahaja telah mendapat pekerjaan baru . Dan mampu untuk membayar loan / pinjaman saya .

    Berikut merupakan detail pinjaman saya berdasarkan Panduan Membuat Pertanyaan di dalam laman tuan . Persoalan saya ialah :

    i) Adakah saya mempunyai hak untuk boleh membuat rundingan dengan pihak bank untuk menjelaskan baki tertunggak saya ? (Contoh : Bulanan RM300 , tertunggak 5 bulan RM1500 . Adakah saya boleh membayar sebahagian dahulu baki tertunggak memandangkan saya baru mendapat keupayaan membayar pinjaman saya) .

    ii) Adakah saya akan diisytiharkan muflis sekiranya pihak bank ingin saya menjelaskan semua RM1500 tersebut kerana saya tidak mempunyai wang tersebut .

    ——————————————————–

    Nama Bank : RHB BANK (RHB EASY)
    Jumlah Pinjaman : RM11,000
    Jenis Pinjaman : Personal Loan
    Baki Pinjaman : Rm10,000
    Tarikh Akhir Bayaran : 26th April 2016

    Alamat Surat Menyurat -: Sama dengan alamat yang diduduki sekarang . Rumah (Sewa).

    Tidak pasti samada telah dikenakan tindakan undang-undang , tetapi berdasarkan mesej yang diterima daripada RHB , perlu menghadiri “Court Hearing” . Tiada detail yang diberikan , hanya diberikan no telefon RHB untuk berbincang .

    Simpanan saya habis untuk membayar dua pinjaman dibawah ini dan tidak mampu untuk membayar pinjaman RHB semasa saya berhenti kerja .
    Hutang Kereta – Baik dan tidak tertunggak .
    Hutan Aeon Barangan – Baik dan tidak tertunggak .

    Rumah yang diduduki sekarang adalah rumah sewa dan tinggal bersama penyewa lain (Sewaan bilik) .

    Tiada menerima dokumen / surat loyar .

    Hanya menerima mesej daripada nombor peribadi agensi kutip hutang yang menyatakan perlu menjelaskan Rm580 sebelum pukul 5 petang 27th August 2016 kerana hutang tertunggak 5 bulan (bulanan RM300) . Sekiranya tiada bayaran , agensi akan melawat rumah / pejabat dan akan dikenakan tindakan pihak guaman (black list atau mencadangkan bankcruptcy serta segala aset dibekukan .

    Sekian Terima Kasih .

  • #38397 Reply

    ABDULLAH BIN JIMLAN

    Saya ingin membuat semakan pembayaran tertunggak bagi personel loan rhb easy.

  • #44822 Reply

    NUR MASLINA BINTI BILAL

    Boleh ke saya teruskan bayar bulanan pinjaman walaupun personal loan easy rhb saya sudah sampai kes mahkamah? atau cara macam mana untuk saya selesaikan dari tidak membayar. Nak bayar penuh tidak mampu dan tidak bayar sebelum ini pun sangkut dengan masalah lain.

Reply To: Pinjaman Peribadi RHB Easy
Your information: