MASALAH KAD KREDIT


Home Forums CERITA KAD KREDIT MASALAH KAD KREDIT

This topic contains 384 replies, has 4 voices, and was last updated by  uknownname 3 days, 2 hours ago.

  • Author
    Posts
  • #720 Reply

    Abu Ammar
    Keymaster

    Untuk pertanyaan yang ringkas dan perbincangan umum, sila gunakan forum ini. Bagi yang perlu untuk penyemakan dokumen dalam kes kes yang perlu ke Mahkamah, Sila gunakan ruangan komen ditopik yang berkaitan.

  • #857 Reply

    ahmad

    Salam tuan,
    Sy ada bbrp kad kredit dgn berbagai limit dari 2k hingga 20k.Menyesal sbb byk hutang… Sy pernah masuk dlm program DMP dgn AKPK dan bayaran pun baik tiap2 bulan sehinggalah gaji sy dikurangkan oleh majikan kerana tiada projek.Sy sempat byr AKPK selama 2 tahun.Baru2 ni sy dikeluarkan dari program kerana gagal bayar.Lebih kurang 4-5 bulan dah tak dapat bayar…kalau ada pun sikit2.Surat dr agensi kutip hutang dah mula sampai.Sy dah cek ctos dan ada satu.

    Apa yang harus saya buat tuan?

    • #1074 Reply

      Abu Ammar
      Keymaster

      Tuan

      Saya sudah terima salinan CTOS dan surat penarikan balik AKPK. Cuma dalam lapuran CTOS tiada tarikh bagi Writ Saman terbabit. Sila buat semakan diMahkamah dimana Writ Saman itu dikeluarkan (melalui nombor rujukan Mahkamah) untuk mengetahui status sebenar tindakan undang undang yang telah dikenakan.

  • #858 Reply

    Abu Ammar
    Keymaster

    Wa’alaikumussalam.

    Berapa soalan

    1) Dengan program DMP AKPK, berapa Bank yang terlibat?

    2) Berapa banyak yang telah dibayar dan berapa lagi baki (atau baki baki) yang tinggal?

    3) adakah Tuan mempunyai aset lain diatas nama Tuan seperti Rumah dan kereta dan kalau ada, berapa baki yang tinggal dan nilai semasa kedua duanya, (agak agak ajelah)

    Sila detailkan satu persatu. Kalau ada surat menyurat AKPK tentang penurunan kadar faedah dan terma terma syarat penstrukturan semula dengan AKPK boleh emailkan pada saya.

    Tuan tak perlu beri full detail disini. Sila emailkan:

    1) Lapuran CTOS
    2) Agreement AKPK dengan Bank
    3) Surat cinta dari Agen Collection Hutang (kalau ada)

    Boleh emailkan ke codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Maklumat ini akan dirahsiakan dan kalau nak guna untuk memberi panduan kepada orang lain, nama nama dan butir butir akan dipadamkan seperti yang Tuan boleh lihat di blog ini.

  • #1031 Reply

    Jeff Lee

    @ ahmad

    Sy dah cek ctos dan ada satu.
    Apa hal yang di catit di CTOS?
    Tindakan saman di Makhamah?

    Q’s
    1/ Your current address is the same as in bank mailing records?
    2/ Anda masih ada “statement of ac” dari AKPK. Tlg email kepada Tuan Abu Ammar juga.

    When even you have defaulted on 2 months payments to AKPK, once a bank opt out, the whole DMP collapses. The banks would try to “revert” back to the old exhorbitant high interests rates. Do keep the agreements between you, AKPK and the banks. In the event of a lawsuit, these docs is proof of your attempt to repay debts which is a “plus” in the eyes of the law.

    Do also go to BNM to extract a copy of your CCRIS there. It can help Tuan Ammar to assess your situation better.

    Amaran
    Jika ada tindakan di Makhamah (saman), anda mesti pergi. Jika tidak, perkhimatan(Judgement) yang tidak adil akan di jatuhkan kepada anda.

  • #1032 Reply

    Ibnu Al Mukhtar

    Assalamualaikum.

    Pada tahun 2012 saya buat pinjaman kad kredit (limit 5k). Hutang asal saya RM 3000 tapi setelah gagal membuat pembayaran minimum (julai 2013-sekarang), hutang saya telah meningkat kepada RM 9000.

    Soalan saya,

    Apakah cara terbaik utk sy selesaikan hutang ni dan clearkan nama sy daripada blacklist?

    1. Menghubungi akpk dan buat bayaran bulanan selama 10 tahun?
    2. Membuat pembayaran lumpsum RM 4000 setelah berunding dgn manager bank tempat sy buat loan?

  • #1033 Reply

    Jeff Lee

    @ Ibnu

    clearkan nama sy daripada blacklist?
    Siapa suda blacklist awak?

    1. Menghubungi akpk dan buat bayaran bulanan selama 10 tahun?
    Bolih juga. Tapi mesti faham bila anda adalah di dalam DMP AKPK, apabila awak nak meminta pinjaman baru dari bank lain, kemungkinan application anda akan di tolakan.

    2. Membuat pembayaran lumpsum RM 4000 setelah berunding dgn manager bank tempat sy buat loan?
    Bolih cuba. Tapi saya rasa bank akan tolak “tawaran” ini.

    Tertungak ini suda lama. Awak mesti pastikan adakah tindakan Makhamah di lakukan olih bank tersebut. Semak status kamu dari CTOS.

  • #1070 Reply

    Ibnu Al Mukhtar

    Tqvm kpd admin & en jeff lee

    Apakah cara utk sy hentikan kadar faedah yg semakin meningkat setiap bulan?

    Setakat ini belum ada apa apa surat dari mahkamah @ pihak bank. Hanya surat penyata setiap bulan drpd bank dan juga debt collector.

    • #1072 Reply

      Jeff Lee

      @ ahmad
      Tlg scan kopi CTOS dan hanter ke Tuan Abu Ammar.

      Jgn bagi alamat tinggalan baru kepada bank atau bill collectors skrg. Suda bolih dapat surat2 sudah cukup. Mest ambil berat kpd surat dari bank2 tersebut. Email ke forum ini bila dapat surat lowyer. Yang buat skrg, tukar nombor talipon lebih senang hati.

    • #1073 Reply

      Jeff Lee

      @ Ibnu

      Personal Opinion
      Cara 1
      Cuba nego dgn bank direct untuk “tawaran”. Jika bank tak terima “tawaran” buat

      Cara 2
      Approach AKPK. masuk AKPK DMP
      Kurangkan faedah ke 9% per annum str line basis.
      Bila suda masuk DMP, bank tak bolih masuk “Late payment Charges” atau 18% daily rest compounded interests dan 1% “Penalty” charges. Skrg ikut undang2 di Cardmember Application Form yang anda suda tandakan, bank bolih buat begitu secara legal. Interests gila tu bolih mati sesiapa pun.
      Work out, based on your ability to pay according to your declared income, the shortest number of instalments, maybe make a larger “downpayment”.

      Your BNM CCRIS is already “bad” it would take at least 12 months to clear this “blacklisting”. So, try to reschedule to at least 12 months repayments.

  • #1071 Reply

    ahmad

    Terima kasih Tuan Abu Ammar dan Mr. Jeff Lee

    Saya tiada harta,yg ada cuma sebuah kereta proton iswara lama..rumah yang saya tinggal sekarang adalah kepunyaan abang saya.Dia suruh saya jaga rumah tu.Alamat surat-menyurat adalah di rumah bapa saya lbh kurang 3 km saja.
    Saya memang nak bayar tp masa tu tak mampu…dan skrg bila dah tertunggak lagilah susah.
    Saya dah email detail Akpk.

    • #1075 Reply

      Jeff Lee

      @ Ahmad

      http://efiling.kehakiman.gov.my

      Masuk website ini and masukan file nomber yang di dalam CTOS mengikut tempatan Makhamah. Cuba semak adakan tarikh tak.

  • #1076 Reply

    ahmad

    tq mr. jeff lee

    sy dah email pada tuan.

  • #1599 Reply

    huda

    Tuan,

    Last week, saya ada terima call Dari sykt pemiutang wakil Maybank utk tunggakan kad kdt saya sebanyak sRM3.8k. Utk pengetahuan tuan, saya tidak lagi bekerja sejak Januari 2015. Dan bru memulakan pekerjaan baru pada 1/9/15. Mereka meminta saya bankin rm2k utk hold saman. Tapi saya nego dgn byr rm500 dahulu. Tapi dgn syarat STP ari isnin, saya perlu bankin rm200-300 me akaun kad kredit saya. Tapi bila saya cek statement via online, tunggakkan minimum yg saya perlu byr ada rm830. Perlukan ke saya membuat byrn STP minggu wlpn is melebihi tunggakan minimum?

    Yg kedua, suami saya turut alami kes yg sama. Tunggakan DLM 7k. Kami dh buat byrn last week rm500. Dan 2 ari lepas, ada org call cakap dia dri jbtn pendaftaran mahkamah mitak suami saya buat byrn lgi 1.7k DLM masa 48jam. Kalo x, dia akan dtg lelong BRG DLM rumah. Mslhnya kami Cuba nak nego mcm kes saya iaitu byrn rm200-300 stp minggu tapi mereka tetap paksa kami banking 1.7k by jumaat ni. Dan kami mmg xde duit langsung. Brg kemas pun xde. Ugutan beku akaun, dtg pjbt ITU pun mereka ada mention jgkjgk. Skrg tidur mlm pn x Lena SBB asik pk mcmn nk dptkan DLM masa terdekat. Mohon nasihat tuan mengenai half ni.

    Dan utk pengetahuan tuan,esok saya akan call akpk utk buat appointment kerana masih ada bbrp bank yg saya tertunggak hutang. Dan stakat ni belum ada notis DRI bank lain kecuali Maybank. Adakah akpk dpt membantu DLM masa terdekat?

  • #1602 Reply

    Abu Ammar
    Keymaster

    Assalamualaikum Puan Huda

    Yang call Puan dan suami Puan adalah Agen Pengutip Hutang. Kalau minimum Payment RM830, bayar saja RM830.00. Tak perlu bayar tiap tiap minggu macam dia cakap. Cuma kalau boleh jangan amalkan minimum payment sebab interest akan naik bersama finance charges. Saya faham dalam kesempitan sekarang itu yang termampu tetapi untuk jangka masa panjang ia akan “menggigit” Puan dan suami dengan lebih teruk lagi dan Agen ini sentiasa akan mengganggu Puan dan suami.

    Bab nak lelong barang barang dalam rumah memang TEMBERANG utama dan “senjata” utama untuk menakut nakutkan peminjam. Baca komen komen dalam bahagian Prosedur Tindakan Undang Undang Pinjaman Peribadi Bahagian 3 untuk maklumat yang lebih lengkap tentang TEMBERANG Agen Kutip Hutang. Atau boleh ke Page saya di https://www.facebook.com/ceritahutang yang banyak memaparkan perangai Agen Kutip Hutang.

    Dengan baki hutang yang masih boleh ditangani, AKPK mungkin boleh membantu. Jangan bimbang dengan Agen Agen tu, semuanya TEMBERANG sahaja.

  • #1699 Reply

    Suhana

    Blh jelaskan lagi jika suami saya bankrap benarkan brg2 yg hak milik saya dgn nama saya akan disita sekali krn kami satu rumah sdgkan motor itu nama saya.Thankss

  • #1700 Reply

    Abu Ammar
    Keymaster

    Puan Suhana

    Kebankrapan akan hanya melibatkan individu yang dikenakan tindakan tersebut. Apa jua aset beliau seperti kereta, rumah tanah (termasuk nama bersama) akan ditadbir dan dikawal selia oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Selain dari itu harta lain seperti hartA isteri terutamanya yang mempunyai catatan/resit hakmilik tiada kena mengena dengan sisuami yang Bankrap. Siapa buat cerita Doraemon tu? Kalau agen memang sah sah TEMBERANG.

  • #1723 Reply

    Suhana

    Terima kasih tuan..harta milik bersama hanyalah rumah dan kereta saya adalah nama kedua.Itupun masih berhutang dlm loan bank tisp2 bulan byr.Jika sudah habis byr nanti Adakah pihak JPH akan melelongnya utk membayar hutang pd bank yg dihutang.Jika benar apa perlu saya buat utk mengelakkan rumah saya dilelong bank?

  • #1727 Reply

    Abu Ammar
    Keymaster

    Puan, adakah suami Puan dalam proses KeBankrapan? Berapa jumlah hutang beliau sebenarnya? Yang saya baca diatas hutang Kad Kredit masih berbaki RM7,000 dan untuk tindakan Kebankrapan, jumlah hutang campur faedah dan kos mesti melebihi RM30K. Sudahkah suami Puan menerima Writ Saman, Penghakiman atau Notis KeBankrapan?

  • #1736 Reply

    Suhana

    Saya tak pasti tapi rasanya sudah dan Surat mahkamah pun sudah dpt.Suami saya sudahpun pergi ke sana utk tujuan blacklist itu saja.Skrg kami sudah mula diserangi dgn ugutan membekuan account dan lawatan pegawai ke rumah.Adakah is benar?Jika benar adakah pembekuan itu memerlukan bnyk proses or meteka ambik mcm tu jer.Kami mmg takde duit sbnyk itu.Perlukah kami ke AKPK or serah dirijer sahaja pd JPH.Adakah benar mereka blh menolong kami?

  • #1737 Reply

    codetyco

    Assalamualaikum Puan Suhana

    Apakah maksud Puan dengan:

    Saya tak pasti tapi rasanya sudah dan Surat mahkamah pun sudah dpt.

    Surat Mahkamah yang macamana? Writ Saman? Salinan Penghakiman? Notis Kebankrapan? Sila beri maklumat yang jelas.

    Begitu juga dengan yang ini:

    Suami saya sudahpun pergi ke sana utk tujuan blacklist itu saja

    Suami Puan pergi kemana? Saya tak pernah tahu ada orang pergi kesuatu tempat untuk tujuan blacklist. Balcklist dibuat melalui komputer sahaja.

    Yang ini pulak:

    Skrg kami sudah mula diserangi dgn ugutan membekuan account dan lawatan pegawai ke rumah

    Kalau ugutan beku akaun dan lawatan tu biasanya Agen Kutip Hutang. Jangan gabra dengan ugutan mereka.

    Kalau boleh, tolong scankan “Surat Mahkamah” dan apa apa lagi yang berkenaan dan email kepada saya. Kalau tidak mahir dalam hal ini, bawak dokumen tu ke cyber cafe dan minta tolong budak dikedai tu scan dan enailkan kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com SEGERA. Saya perlu tahu situasi sebenar baru boleh memberi pandangan.

  • #1741 Reply

    Suhana

    Katanya writ saman dlm tahun 2008 mcm tulah.Then kami berpindah segala2 surat2 yg ada dr tempoh tu hingga skrg ada yg dpt ada yg hilang krn bnyk tangan kat rumah tu!Kalau kita pergi ke mahkamah utk writ smn tu if tak dpt hadir krn bekerja or anything apa akan jadi pd defaulters ye tuan?Apa SOP/SOC undang2 yg bkl suami saya lalui.MBF bank dlm rm40 ribu yg lain2 nya tak pasti.Sila beri tunjuk ajar…Perlukah suami saya serahkan diri pd JPH?

  • #1742 Reply

    Abu Ammar
    Keymaster

    Writ Saman pada tahun 2008 dan saya pasti Penghakiman telah dijatuhkan. Tidak perlu pergi ke Mahkamah untuk Writ Saman tu. Untuk menyemak apa apa dokumen termasuk Writ Saman dan Penghakiman boleh ke Kaunter Mahkamah tapi mesti ada no rujukan kes Mahkamah.

    Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Lepas dapat ID boleh check dengan smartphone, sms atau online. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan. Hmm… “promosi” CTOS tapi tak dapat apa apa pun. 🙂

    JANGAN TERTPU dengan KELENTONG Agen Pengutip Hutang. Buat semakan betul betul dan rujuk semula kepada saya.

  • #1755 Reply

    Suhana

    RM0.00 PERINGATAN TERAKHIR! Tunggakan anda dengan Pihak MBF masih lagi tiada pembayaran diterima setakat 05 Oct 15. Sila jelaskan pembayaran sebelum tindakan undang-undang dan caj guaman di kenakan. Sila hubungi pegawai kami dengan segera untuk sebarang perbincangan.MASNITA 03-2724 2409.
    Tuannn..saya baru je menelephone pegawai tersebut.Semua hutang suami saya dlm 40k.Mereka akan ambik tindakan susulan krn kes ni sudah lama dan tiada bayaran langsung kpd pihak bank.Saya merayu supaya dpt membayar hutang secara ansuran.Pegawai tersebut suruh buat rayuan di wisma ambank sblm process bankruptcy akan dilakukan.Perlukah saya menyerah diri ke JPH or tunggu bank sendiri jatuhkan hukuman.

  • #1756 Reply

    Abu Ammar
    Keymaster

    Puan

    Sudahkah Puan membuat semakan di CTOS? Bila tarikh Penghakiman? Dan pakah maksud ayat ini:

    Perlukah saya menyerah diri ke JPH or tunggu bank sendiri jatuhkan hukuman.

    JPH tu apa? Jika Puan mendapat Notis Kebankrapan sekalipun, tidak perlu serah diri kepada siapa siapa. Hanya perlu hadir diMahkamah. Bank tak boleh jatuhkan hukuman apa apa. Diaorang cuma ambil tindakan undang undang. Proses Bankrapsi (kalau ada) akan memakan masa sekurang kurangnya 8 bulan dari tarikh penyerahan Notis Kebankrapan. Itupun kalau tiada banthan. Sila buat semakan CTOS dahulu.

  • #1758 Reply

    Suhana

    Tuan…jika kata MBF dah buat report utk bankruptcy kan suami saya apa jadi dgn hutang2 pd bank yg lain?Saya sdg usahakan laporan CTOS tu.Jika benar jatuh bankruptcy automatik bank2 lain tu akan tahukan.So JPH sendiri akan mentadbirkan semua hutang2 yg ada mengikut pengiraan sendiri?

  • #1759 Reply

    Suhana

    JPH tu jabatan pemegegang harta or insolvensi kan?

  • #1760 Reply

    Abu Ammar
    Keymaster

    Puan Suhana

    Bank atau mana mana Pemiutang TIDAK MEREPOTKAN kebankrapan. Mereka hanya boleh mengambil tindakan Mahkamah dan salah satu daripada tindakan tersebut adalah proses kebankrapan.

    Secara ringkasnya proses Kebankrapan adalah seperti berikut:

    1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam

    2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

    3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan.

    4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan.

    5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

    Selepas diisytiharkan Bankrap barulah perlu melapur diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) bukan JPH (bukan menyerah diri, tak ada siapa yang nak tangkap) Selepas melapur diri ke Jabatan Insolvensi dan mengisi borang borang yang diperlukan, Puan boleh memohon untuk pelepasan semua akaun yang telah dibekukan, pengeluaran dan penutupan akaun dan memilih akaun mana yang hendak dikekalkan. Biasanya kita akan kekalkan akaun yang digunakan untuk kemasukan gaji. InsyaALLAH kebenaran akan diberi berdasarkan perbincangan dengan Pegawai Insolvensi. Berapa lama saya tidak boleh memberi kepastian cuma apabila melapur diri bawalah bukti bukti pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap supaya boleh dipastikan berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan kepada Jabatan Insolvensi.

    Untuk seseorang Bankrap melapurkan kepada JIM, lebih banyak maklumat peribadi akan ditanya berbanding dengan pinjaman biasa. Ini adalah kerana perbelanjaan anak anak (tempat tinggal, sara hidup,pembelajaran, bas sekolah) boleh dimasukkan kedalam Kos Sara Hidup seorang Bankrup. Sebahagian kecil perbelanjaan untuk ibu bapa yang telah uzur juga dibenarkan. Jika seorang Bankrup melapurkan diri kepada JIM dan membuat bayaran bulanan, beliau mungkin boleh mendapat kebenaran untuk menggunakan Kad Kredit (had RM1000) dan juga boleh memiliki kereta (mungkin kereta lama) dengan nilai tidak melebihi RM5K untuk kegunaan keluarga. Tapi harus diingat,kenalah mendapat kebenaran JIM.

    Jadi, lebih ramai anak dan tanggungan , kurang “sikit” Tuan perlu bayar kepada JIM. Kadang kadang Tuan mungkin hanya diminta membayar RM50 sebulan. Jauh lebih murah dari ansuran bulanan pinjaman Kad Kredit Tuan, kan?

  • #1764 Reply

    Suhana

    Tuan….apa yg perlu saya perlu buat utk menyelamatkan kereta buruk dan rumah pangsa saya dr diambil bank.Adakah benar nanti aset tersebut setelah di habis bayar nanti akan jadi hak bank yg berhutang.Sedangkan kedua2 aset tersebut saya adalah nama kedua.Bagaimanakah utk menyelamatkan aset itu.Tolonglah tuan itulah yg saya ada.Saya nak duduk mana nanti.Anak saya sorang cacat..

  • #1766 Reply

    Suhana

    Bilakah membekuan account akan berlaku?

    • #1767 Reply

      Jeff Lee

      @ Suhana

      Alamak..!! Anda di SERANG olih Pengutip Hutang.

      Tenang sikit. Tidak ada hal serius lagi. Betul saya belum study case anda tapi ingat hal ini

      1/ MBF suda MATI, Finance Company itu da macam Bankrupted.
      2/ Nak membeku bank akaun, panggil mereka “buat la”.. Malam ini pergi ambil semua wang baki RM10 shj.
      3/ Jika betul ada writ saman, cepat semak dari CTOS adakah hal ini benar tak. Jangan perchaya kata2 bill collectors, mereka manyaknya ada jiwa mental rosak. esok mereka pun bolih cakap pada tahun 2009 awak ada hutang rm100k.
      4/ Jangan ambil talipon mereka lagi. Buat apa yang Tuan Abu Ammar minta dari kamu dahulu.

      Pergi sini, check guna K/P anda dan suami, adakah kamu di Blacklist dari pergi Luar Negeri

      http://sspi2.imi.gov.my/Default.aspx

      Bertenang.. oke??

      Saya pun ada senarai blacklist manyak talipon Pengutip Hutang. Blog ini pun ada ma…

  • #1768 Reply

    Abu Ammar
    Keymaster

    Puan Suhana

    Sila jawab soalan saya dahulu. Berdasarkan kepada jawapan saya yang terdahulu, adakah proses keBankrapan telah berlaku seperti menerima Notis KeBankrapan dan sudahkan Puan membuat semakan CTOS. Sukar bagi saya memberikan pandangan atas maklumat yang tidak lengkap.

  • #1771 Reply

    Suhana

    Thanks Tuan Jeff Lee and Tuan Abu Ammar saya akan dapatkan laporan CTOS secepat yg mungkin.Thanks.

  • #1794 Reply

    nini

    Salam tuan,

    Saya mempunyai 3 kredit kad dan satu personal loan yang saya baru memasuki bulan ke 4 tidak dapat bayar oleh kerana sedang jobless sekarang.saya tidak dapat membayar jumlah minimum yang dipinta tetapi saya berusaha membayar sedikit2 kepada semua bank tersebut . Personal loan saya pernah direstruktur sebelum ini tetapi bayaran bulanan yang dijadualkan bank saya tidak mampu bayar jumlah itu tetapi bank tidak mahu mengurangkan lagi bayaran bulanan tersebut.Sekarang bank sudah mula menghantar surat lawyer dan rasa nya pengutip hutang juga sudah mula ber’tugas’ kerana saya selalu dapat sms nak buat lawatan ke rumah/pejabat dan juga pasal bankrupsi. Apakah kaedah terbaik utk saya dalam menyelesaikan masalah ini. Adakah jika saya ke AKPK, AKPK dapat membantu? Jujur saya katakan selagi saya belum mendapat pekerjaan baru yang tetap, saya hanya mampu membayar dalam RM300 sahaja sebulan untuk semua hutang saya buat masa ni. Saya buntu.

  • #1799 Reply

    Abu Ammar
    Keymaster

    Wa’alaikumussalam Nini

    Kalau nak ikut priority, kad kredit perlu diselesaikan dahulu kerana kadar faedahnya sangat tinggi. Cik ada tiga kredit kad bermakna kalau dihimpunkan kesemuanya termasuk “finance charges” sudah menghampiri 8% – 9% SEBULAN. Berapa jumlah semua baki terkumpul? Personal Loan berapa jumlah baki?

    Adakah alamat sekarang sama dengan SEMUA rekod Bank yang Cik berhutang? Kalau sama baguslah sebab Cik akan menerima surat surat dari Bank dan mungkin Tuan Loyar dengan tindakan Mahkamah. Sentiasa peka dengan Writ Saman yang mungkin akan dihantar lebih lebih lagi untuk Kad Kredit dimana Cik kena pergo ke Mahkamah dan menbantah kadar faedah selepas Penghakiman jika ianya lebih dari 5%. Kalau tidak, Hutang akan naik dengan cepat dan dengan mudah mencecah tahap tindakan KeBankrapan iaitu RM30K.

    Untuk mendapatkan bantuan AKPK, Cik perlu ada pekerjaan tetap supaya boleh dibuat perancangan pembayaran balik kepada Bank. Buat masa ni Cik akan diganggu oleh Pengutip Hutang. Akan tetapi Cik dah tahu taktik mereka jadi tidak perlu risau sangat. Cuma kena dapatkan kerja dan sentiasa berwaspada tentang tindakan undang undang yang mungkin diambil. Saya doakan Cik mendapat pekerjaan dengan segera dan dimurahkan rezeki supaya masalah ini boleh diselesaikan. Aameen

  • #2120 Reply

    naini