Maklumat Blog

racetocliffENGLISH

Blog ini diujudkan untuk berkongsi pengalaman saya sebagai bekas pegawai/pengurus bahagian kutipan hutang dengan beberapa institusi kewangan selama beberapa tahun dari sudut pandangan Penghutang dan Pemiutang. Saya akan kongsikan butir butir terperinci proses atau prosedur kutipan hutang untuk memberikan pemahaman bagaimana ia dilakukan.

Ini adalah kerana kebanyakan penghutang tidak tahu ataupun tidak peka kepada hak hak mereka dan peruntukan undang undang tentang kutipan hutang sehinggakan mereka selalu di”buli” oleh Pemiutang biasanya Bank termasuklah Agensi Pengutip Hutang dengan ancaman ancaman “tindakan undang undang” mereka. Dengan memahami prosedur yang dijalankan, adalah diharap para penghutang akan lebih berupaya menangani tekanan dan “stress” tunggakan hutang dengan lebih tenang, iaitu tidak sampai ke tahap “meroyan” dan melakukan sesuatu yang tidak waras.

Blog ini juga membincangkan lain lain hal berkenaan dengan hutang, cerita ekonomi, lebih lebih lagi ekonomi yang berasaskan hutang dan lain lain topik berkaitan yang menarik perhatian. Semuga memberi manfaat.

 

This blog is created to share my experience as a former debt collection officer/manager for a number of financial institutions for several years from  the point of views of both Debtors and Creditors. I shall be sharing the finer details of the collection process to give a better understanding on how it is done.

This is due to the fact that some Debtors are ignorant of their rights and laws regarding loan recovery and are often “bullied” by the Creditors normally Banks, especially Debt Collection Agencies with their threat of “legal action”. By understanding the procedures involved, it is hoped that Debtors would be able handle the stress of non payment of Debt in a calm manner, that is not resorting to manic depression tendencies.

The blog also discusses other Debt matters, economic matters especially the Debt based economy and other related topics of interest. Hopefully it would beneficial.

 

 

Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

  1. Assalammualaikum encik ammar, boleh sy contact encik ammar via msg or email? Sy mohon minta pendapat.

  2. Assalamualaikum
    Beberapa hari lepas sy ada mendapat pnggilan tlpn dr jabatan tindakan sivil.mengatakan yg sy ada tempoh 72jam utk menyelesaikan tunggakan hutang motorsikal dgn aeon brjumlah rm3845.50.jika tidak tndakan mahkahmah dan saman 8000 dan waran tangkap akan d knakn.dan mereka mengatakan bahawa sy dlm pemerhatian.dia menyuruh sy menghubungi pn seri pegawai dr mahkamah utk selesaikan kes sy.masalahnya sy bru mengetahui hal trsebut.kerana yg kwn yg menggunakan nama sy utk membuat loan trsebut.sy dn kwn tsebut pn da lama xbrhubung.kali trakhir yg sy tau kwn sy ada membuat laporan polis kehilangan motor tsebut.atas dasar pecaya sy tidak tau pn yg dia ada membuat pmbyaran atau tidak.masalah sy brasa takut sekiranya tangkapan d buat.tolong sy en.apa patut sy buat.tempoh 72jam pn telah berlalu.dn sy blm dpt duit utk mbyar hutang tersebut..

    • Wa’alaikumussalam Cik/Puan Rossa

      Ini satu lagi PENIPUAN yang klasik. “Jabatan Tindakan Sivil” bunyinya macam satu jabatan yang “besar” atau “jabatan kerajaan”.

      Satu lagi PENIPUAN:

      “jika tidak tindakan mahkahmah dan saman 8000 dan waran tangkap akan dikenakan.dan mereka mengatakan bahawa saya dalam pemerhatian. Dia menyuruh saya menghubungi PUAN SERI pegawai dari mahkamah untuk selesaikan kes saya”

      1) Waran Tangkap tidak akan dikeluarkan melainkan kes Judgment Debtor Saman (Saman Penghutang Penghakiman) Itupun jika setelah diberi Notis tapi tidak hadir Mahkamah. Kena ada Penghakiman dahulu dan saya yakin Penghakiman pun tak ada.

      2) Mahkamah TIDAK AKAN call peminjam. Nombor telefon peminjam tiada dalam rekod Mahkamah.

      3) Paling best ialah “Puan Seri” dari Mahkamah. Yang saya tahu “Puan Seri” gelaran bagi isteri “Tan Seri”. Memang “fail” Agen Kutip Hutang ni.

      Setakat hutang RM3K++ dan kos sehingga mendapat Penghakiman dalam RM700 – RM800 kena kelaur belanja, ada syarikat kredit yang menggunakan khidmat Agen Kutip Hutang sahaja. Agak tidak berbaloi nak kutip hutang RM3k kena keluar belanja 23%. Upah Agen dan bayar 5% – 7% lagi “untung”.

      JANGAN BIMBANG, takde orang nak datang tangkap Cik/Puan. KELENTONG aje tu.

      P/S Sesiapa saja yang merasakan blog ini memberi manfaat, sila “like” dan share Artikel ini dan sila like Facebook Page https://www.facebook.com/ceritahutang sebagai tanda sokongan dan dapat memberi “reach” yang lebih luas. Kita perlu suara yang ramai. Tingkatkan jumlah komuniti page ini.Ajak kawan kawan anda untuk “like” page dan artikel artikel di blog ini. Ini bagi membela mereka yang kena tindas oleh Bank kerana tidak tahu undang undang. Tekan juga butang “Follow” atau “Subscribe” by email supaya boleh diberitahu tentang apa apa maklumat baru dimasa hadapan. Sila “like” juga post ini. Terima kasih

  3. Assalamualaikum tuan..maaf sy ingin btnya pd tuan..ad kh tuan dpt notis bnkrup sy?setkat hari ini sy xprnh dgnggu oleh mna2 pengrp hutng..adkh sy prlu bjumpa dgn phak bank?

  4. Salam..nk minta pandangan dr phk encik..sy ada buat pinjaman peribadi dgn bank rakyat dgn jumlah skali bunga 224k…sy mmg xmampu nk byr bln2 sbb dh bhenti keja..kes saya mahkamah dh kluar kan notis kebankrapan pd bln april 2015 dan minta dtg ke mahkamah tganu pd 11mei..sy call pjabat guaman dorang bgtau xperlu hadir kan diri..juz lawyer saja..lps tu dh 2x dorang call kate nya dr bahagian tuntutan bank rkat call sy paksa sy byr tunggakan arini jgk bjumlah 6k.(sy rase phk agent) ..dan dorang dh beku kan acc sy..sy tpksa guna duit utk blnja rmh n susu ank utk byr..tu pn dpt 800 je..lps tu ari ni dorang call lg suh byr 10k sblum isnin..kalo x rmh sy dan brg2 akn di sita..mslh nya rmh n kete sume nama husbnd..blh ke dorang bt mcm ni….menurut phk tsebut sy x bace aggrment btl2 mase bt pnjaman dlu konon nye alamat ni akn di refer kalo jd ape2..phk mereka jgk akn ke rmh ibu bapa sy…ape yg action yg sy blh buat encik..trima ksh di ats perhatian phk tuan

    • Assalamualaikum Puan

      Pertama sekali, JANGAN BAYAR APA APA. Itu adalah Agen Kutipan Hutang. Bank telah memulakan tindakan keBankrapan terhadap Puan dan Puan tidak bekerja sekarang. Secara logiknya Puan tidak boleh membayar dan terpaksa menerima hakikat yang Puan akan diBankrapkan. Buat masa ini Puan belum Bankrap lagi. Agen telah mengambil kesempatan ini untuk “memeras” seberapa banyak yang mereka boleh dapat dari Puan sekarang sebab bila Puan dah Bankrap nanti, mereka tidak boleh buat apa apa lagi. Saya ulangi lagi taktik “gempaq” yang digunakan oleh Agen Pengutip Hutang:

      1) Nak sita barang rumah, nak sita rumah, rumah mak bapak dengan mak bapak sekali. Ini TEMBERANG. Mereka tak boleh buat. Bank sahaja yang boleh buat melalui tindakan Writ of Seizure and Sale. Itupun kalau diaorang betul betul confident barang barang tu milik Puan. Memandangkan Bank dah buat tindakan keBankrapan (tidak boleh ada dua tindakan pada satu masa) ia TIDAK AKAN berlaku. Lagipun rumah tu bukan atas nama Puan dan kalau tiada tindakan kebankrapan pun, dan Bank buat benda ni, ia boleh dipatahkan dengan mudah.

      2) Nak beku akaun. Ini pun TEMBERANG jugak melainkan Puan ada akaun dengan Bank yang sama. Akaun Bank lain boleh dibekukan bila Puan diBankrapkan.

      Buat masa sekarang, kita perlu mengetahui adakah BAnk dan Loyarnya mengikut prosedur yang betul dalam melakukan tindakan KeBankrapan ini.

      Kalau Puan boleh scan dokumen dokumen berikut dan email kepada saya (saya akan bagi email address secara peribadi):

      1) Salinan Writ Saman
      2) Salinan Penghakiman
      3) Salinan Notis Kebankrapan
      4) Salain Surat Tuntutan Peguam
      5) Apa apa dokumen lain termasuk dari Agen Kutip hutang

      Walaupun nampak macam sudah tiada harapan, kita masih boleh mempertikaikan tindakan ini jika pihak peguam Bank tidak mematuhi prosedur yang betul dan boleh mengenepikannya. Walaubagaimanapun Bank boleh menfailkan tindakan ini sekali lagi cuma ia akan memakan masa dan mungkin pada masa itu Puan sudah ada sumber pendapatan dan boleh buat rundingan lagi.

      Sila dapatkan salinan yang saya minta harap harap ada berlaku kesilapan. Puan juga perlu bersedia untuk menerima hakikat diBankrapkan dan mengetahui apa yang perlu dilakukan jika ia berlaku akan tetapi kita perlu semak dahulu dokumen yang ada sekurang kurangnya untuk “melambat lambatkan” permainan.

      Sila juga beri maklumat berikut:

      1) Jumlah pinjaman asal dan tarikh perjanjian
      2) Tarikh akhir bayaran dan jumlah tunggakan pada masa itu
      3) Lain Lain pinjaman yang ada dan status seperti (1) dan (2)

      Install app Truecaller di Smartphone Puan supaya boleh blok panggilan panggilan yang tidak diingini

      P/S Sesiapa saja yang merasakan blog ini memberi manfaat, sila like Facebook Page https://www.facebook.com/pages/Cerita-Hutang-Debt-Tales/323566051134931?ref=aymt_homepage_panel sebagai tanda sokongan dan dapat memberi “reach” yang lebih luas. Kita perlu suara yang ramai. Tingkatkan jumlah komuniti page ini.Ajak kawan kawan anda untuk “like” page ini. Ini bagi membela mereka yang kena tindas oleh Bank kerana tidak tahu undang undang. Tekan juga butang “Follow” by email supaya boleh diberitahu tentang apa apa maklumat baru dimasa hadapan. Terima kasih

      • Terima ksh byk2 encik…nnt sy scan dokumen tersebut email dkt encik..so saya x perlu call agent tu blk ke..sbb smlm die bgtau suruh sy call secepat mngkin..nk tnya lg satu,agak terlambat ke kalo sy rujuk akpk…

        • Tak payah call dia. Dia nak duit dia sebelum rasmi Puan Bankrap. Kalau dia call katakan Puan sudah bersedia untuk jadi Bankrap. Kalau nak sita pastikan datang dengan Bailiff Mahkamah. Kalau takde boleh report polis sebab menipu dan “criminal intimidation” Bab AKPK Puan boleh cuba cuma sekarang Puan tidak bekerja jadi agak sukar untuk penstrukturan semula.

      • Maaf encik..ada kemusykilan..sperti yg kita tau,lps kita di isytihar bkrap,acc kita akn di bekukan..in case kita xsempat nk clear kan acc,adakah baki dlm acc tu kita blh dpt blk slepas insolvnsi bg kebenaran utk kita buka 1acc..?? Brape lama pula proses utk aktif kn blk acc tersebut slepas buat prmohonan drp insolvensi…

        • Puan

          Selepas melapur diri ke Jabatan Insolvensi dan mengisi borang borang yang diperlukan, Puan boleh memohon untuk pelepasan semua akaun, pengeluaran dan penutupan akaun dan memilih akaun mana yang hendak dikekalkan. Biasanya kita akan kekalkan akaun yang digunakan untuk kemasukan gaji. InsyaALLAH kebenaran akan diberi berdasarkan perbincangan dengan Pegawai Insolvensi. Berapa lama saya tidak boleh memberi kepastian cuma apabila melapur diri bawalah bukti bukti pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap supaya boleh dipastikan berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan kepada Jabatan Insolvensi.

          Selepas ini Puan boleh komen diruangan komen disini https://ceritahutangbankdananda.wordpress.com/2015/07/27/kes-naya-diambang-kebankrapan-hutang-pokok-rm3000-faedahriba-ikut-pintu-belakang-rm53000/

          Sebabnya Puan telah komen dibahagian “About” jadi ia tidak keluar di blog. Terima kasih

          P/S Sesiapa saja yang merasakan blog ini memberi manfaat, sila like Facebook Page https://www.facebook.com/pages/Cerita-Hutang-Debt-Tales/323566051134931?ref=aymt_homepage_panel sebagai tanda sokongan dan dapat memberi “reach” yang lebih luas. Kita perlu suara yang ramai. Tingkatkan jumlah komuniti page ini.Ajak kawan kawan anda untuk “like” page ini. Ini bagi membela mereka yang kena tindas oleh Bank kerana tidak tahu undang undang. Tekan juga butang “Follow” by email supaya boleh diberitahu tentang apa apa maklumat baru dimasa hadapan. Terima kasih

  5. assalamualaikum tuan,
    terima kasih di atas kepantasan maklum balas dan nasihat tuan.
    Berkenaan soalan lanjutan tersbt:
    i. Kalau tidak silap saya, jumlah tunggakan dalam sekitar RM33k selepas lelongan dibuat. Skrg dh jadi rm39k, info dr jab insolvensi.
    ii. Berkaitan hutang² lain dengan bank, saya tiada hutang dari segi pinjaman perumahan ataupun kenderaan lain melainkan pinjaman peribadi yang dibuat secara potongan gaji. Selain daripada bank, hutang² dari pinjaman pelajaran, tunggakan bayaran TM yang tiba² dtg disaat kesukaran ini dah mcm “ibarat jatuh ditimpa tangga”. Adakah hutang² selain drpd bank diambil kira juga tuan semasa berurusan dgn pegawai Insolvensi nanti?
    iii. Pinjaman perumahan sy tiada, sbb skrg ni sy duk di rumah sewa. Alhamdulillah..

    saya dah contact dgn pegawai insolvensi. tarikh yg ditetapkan utk appointment adalah selepas hari raya dengan alasan, byk appointment yang telah dislotkan penuh sehingga pegawai tersebut cuti sempena hari raya. saya terima dgn hati terbuka walaupun perit utk menelannya. apa tidaknya cuma 3 keping note rm10 dan sekeping note rm5 dan 6 keping rm1 yg tggl dlm wallet sy utk bekalan hari raya tahun ini. Minta maaf anak-anak menakan, paksu xdpt nk bagi duit raya tahun ini, adik-adik sekalian abg minta maaf, tahun ini tiada rezeki utk adik-adik. tahun dpn in sha Allah. sy redha dengan ketentuan Ilahi, kerana ALLAH ada rahsianya tersendiri, sama ada Allah nk uji tahap keimanan kita. Apa yg pasti Allah menyayangi hambanya sbb itu diberi dugaan yg didlm kemampuan hambanya kerana rindu utk mendengar rintihan, rayuan dan pertolongan dr hambanya. TQ sgt2 tuan, sy doakan tuan sentiasa dlm lindungan Allah swt.

    Assalamualaikum.

  6. Assalamuaikum tuan,
    Saya ingin bertanya kan beberapa soalan:

    i. Pada tahun 2009, sy telah menjadi peminjam kpd public bank atas pembelian sebuah kereta. Tetapi pada tahun 2013, kereta tersebut telah diserahkan pd pihak bank kerana sy tidak mampu utk meneruskan pembayaran. Baru-baru ini sy terkejut dgn pembekuan semua akaun bank sy dan gaji pn disekat. Mmg dugaan hebat sy terima sbb kena seminggu sebelum hari raya. Sy tidak mendapat sebarang surat / notis dr pihak bank memandangkan alamat surat menyurat di alamat rumah sewa lama. Sy dah lama tak tinggal kt situ. Skrg ni, sy semak di jab insolvensi, mmg sy dh bankrap. Jumlah yg dikenalpasti adalah sebanyak rm39k. Soalan sy tuan, bagaimana sy nk membersihkan nama sy drpd status bankrap? Adakah status tersebut akan hilang selepas selesai hutang sy sbyk rm39k tersbt? Sy sbg penjawat awam, adakah sy akn dibuang keja? Adakah pihak bank boleh menyita brg2 di rumah sy. ?

    • Tuan

      Saya bersimpati dengan Tuan tentang apa yang berlaku. Masih ada beberapa hari lagi sebelum cuti panjang, jadi Tuan harus segera ke Jabatan Insolvensi untuk:

      1) Memberikan penyata pendapatan dan perbelanjaan dengan mengisi borang borang yang ditetapkan

      2) Selepas itu berbincanglah dengan pegawai Insolvensi berkenaan dengan jumlah bulanan yang mampu Tuan bayar.
      3) Minta surat pelepasan akaun akaun Bank yang dibekukan terutamanya yang melibatkan gaji.

      4) Berikan maklumat tentang semua hutang hutang Tuan yang lain.

      Soalan lanjutan

      1) Apabila kereta diserahkan semula, berapakah jumlah tunggakan?
      2) Senaraikan hutang hutang yang lain dan anggaran jumlah bakinya
      3) Adakah Tuan mempunyai pinjaman perumahan? Berapa bakinya? Pinjaman dengan Bank mana?
      4) Kalau ada pinjaman (3) diatas, kemungkinan besar Bank akan melelong rumah tersebut untuk mendapatkan semula wang mereka

      Apabila seseorang menjadi Bankrap, semua hal ehwal kewangannya akan ditadbir oleh Jabatan Insolvensi. Harus diingat bahawa:

      1) Tuan masih boleh bekerja seperti biasa

      2) Tuan tidak boleh keluar Negara melainkan dengan kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi

      3) Tidak boleh memegang apa jua jawatan dalam syarikat.

      4) Hanya boleh memegang SATU sahaja akaun Bank dan dalam hal ini, akaun yang akan dimasukkan gaji

      5) Barang barang rumah tidak akan disita kerana itu adalah tindakan Writ of Seizure and Sale dan Jabatan Insolvensi tidak sezalim itu. Asalkan Tuan mengikut jadual pembayaran, TIADA Agen Kutipan Hutang atau Bank akan mengganggu Tuan lagi.

      Untuk membersihkan nama Tuan, Tuan perlu membayar KESEMUA jumlah hutang RM39K tadi TERMASUK hutang hutang lain yang akan difailkan oleh Bank Bank lain terhadap Tuan diJabatan Insolvensi melalui “Proof of Debt” atau “Bukti Keberhutangan”. Pihak Insolvensi pula akan mengenakan “caj perkhidmatan” sebanyak 12% – 15% dari jumlah hutang sebelum boleh melepaskan Tuan. Pelepasan ini dbuat melalui permohonan diMahkamah dan Tuan membuat pemfailan sendiri atau melalui Peguam dengan caj dari RM500 – RM1,500.

      Kalau tidak mampu, buatlah bayaran tanpa “miss” dan selepas 5 tahun buat permohonan dengan Jabatan Insolvensi untuk Pengurusan Kes Tuan atas dasar “berkelakuan baik”. Jadi kekalkan hubungan baik dengan Jabatan Insolvensi dan pegawai pegawainya.

      Buat masa ini, pergi keJabatan Insolvensi SEGERA untuk buka balik akaun Bank sebelum raya.

      P/S Sesiapa saja yang merasakan blog ini memberi manfaat, sila like Facebook Page https://www.facebook.com/pages/Cerita-Hutang-Debt-Tales/323566051134931?ref=aymt_homepage_panel sebagai tanda sokongan dan dapat memberi “reach” yang lebih luas. Kita perlu suara yang ramai. Tingkatkan jumlah komuniti page ini.Ajak kawan kawan anda untuk “like” page ini. Ini bagi membela mereka yang kena tindas oleh Bank kerana tidak tahu undang undang. Tekan juga butang “Follow” by email supaya boleh diberitahu tentang apa apa maklumat baru dimasa hadapan. Terima kasih

  7. Salam tuan. Saya ade beberapa soalan yang ingin saya bertanya pada pihak tuan.

    1). Saya mempunyai personal loan dengan 2 buah bank serta kredit kad dengan dua buah bank. Personal loan yg pertama ialah dgn CIMB BANK sebanyak rm10k. Dgn pihak CIMB tiada masalah kerana CIMB telah pun membuat standing instruction. Personal Loan kedua ialah dgn RHB BANK berjumlah rm18k. Manakala kredit kad pula satu dgn citibank dan satu lg dg RHB Bank. Kesemua loan yg saya buat adalah didaftarkan di atas alamat rumah ayah saya yg ketika itu saya belum berkahwin dan saya menetap di rumah ayah saya. Soalan saya adalah, bolehkah pihak bank mengeluarkan perintah WSS untuk menyita barang-barang di dalam rumah ayah saya sedangkan kesemua barang-barang tersebut bukanlah milik saya.

    2). Yang kedua pula ialah, saya telahpun menerima sebanyak 2 kali surat writ dr mahkamah memerintahkan saya untuk hadir ke mahkamah bagi membicarakan hal hutang saya. Namun bila saya hadir pihak peguam telah pun memfailkan ketidakhadiran atas alasan saya tidak membalas surat writ tersebut. Namun sebelum itu, saya ade menelefon pihak peguam sama ada saya perlu membalas surat ini ataupun tidak. pihak peguam mengatakan hanya perlu membawa surat tersebut ke mahkamah pada tarikh perbicaraan. Pada masa ini saya hanya mampu membayar setiap hutang yg telah pun saya buat dgn pihak RHB Bank sebanyak RM100 namun tidak diendahkan oleh pihak mereka dan mereka tetap bertegas dengan saya supaya membayar monthly commt dengan jumlah yg telah dijanjikan. saya telah pun memberitahu kepada mereka keadaan saya sebenar. Jadi saya ingin meminta nasihat dari pihak tuan bagaimana saya boleh menyelesaikan masalah saya seperti di atas. tuan boleh membalas komen saya di emel saya iaitu atoyai.toyai@gmail.com.

    Terima Kasih Tuan,

    • Tuan

      1) Bank hanya boleh membuat tindakan Writ of Seizure and Sale apabila telah mendapat Penghakiman keatas Peminjam. Tindakan Writ of Seizure and Sale akan dilakukan terhadap barang barang didalam rumah yang telah dikenalpasti milik peminjam. Jika ia benar benar berlaku, Bailiff Mahkamah akan datang samada dengan Tuan Loyar (yang betul betul, bukan cobaan) atau pegawai Bank untuk mengambil senarai barang barang didalam rumah Bapa Tuan dan memberi masa sehingga 14 hari untuk membayar jika tidak barang barang tersebut akan dilelong. “Serangan” ini boleh dipatahkan dengan mudah dengan memfailkan Permohonan “Penangguhan Pelaksanaan Perintah” (Stay of Exceution) di Mahkamah dan sertakan kenyataan bersumpah bahawa semua barangan dalam rumah adalah milik Ayah Tuan. Ini adalah tindakan yang berisiko untuk Bank lakukan atas sebab ia mungkin tidak berjaya dan merugikan masa dan kos Loyar.

      2) Namun bila saya hadir pihak peguam telah pun memfailkan ketidakhadiran atas alasan saya tidak membalas surat writ tersebut

      Sesiapa sahaja yang telah menerima Writ Saman perlu memfailkan Notis Kehadirannya 14 hari selepas menerima Writ tersebut di KAUNTER Mahkamah samada secara fizikal atau “E-Filing”. Jika tidak, ia dianggap tidak hadir dan Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan direkodkan walaupun Peminjam hadir pada hari itu. Ada beberapa kes yang saya tahu, Peguam telah secara licik memohon untuk perintah Penghakiman sehari sebelum tarikh ia disebut tanpa menyemak kehadiran peminjam melalui e-filing atau “menipu” peminjam bahawa tidak perlu memfailkan kehadiran seperti yang Tuan alami. Kalau tarikh Penghakiman sudah berlalu lebih dari 30 hari, tiada apa yang Tuan boleh lakukan

      3) Sudahkah Tuan menerima salinan Penghakiman tersebut? Kalau tempohnya kurang dari 30 hari Tuan boleh membuat permohonan untuk mengenepikan Penghakiman tersebut atau sekurang kurangnya membantah faedah selepas Penghakiman yang dikenakan yang sepatutnya 5% sahaja tetapi biasanya diminta oleh Bank berjalan seperti “biasa” iaitu 18% setahun ditambah 1% caj lewat bayar. Ini adalah sangat merbahaya kerana dalam masa yang singkat ia akan menjadi RM30,000 dan Tuan bakal diBankrapkan pulak

      4) Tuan masih berpeluang untuk memohon bantuan AKPK untuk berbincang dengan Bank. Masih belum terlambat.
      .
      Walaubagaimanapun, untuk kepastian. Tuan perlu menyemak status Tuan dengan CTOS Self Check di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html. Scan MyKad Tuan untuk tujuan pengesahan oleh CTOS dan bila dah dapat result nanti sila maklumkan kepada saya. Bertindak SEGERA terutamanya tentang Penghakiman diatas.

      P/S Sesiapa saja yang merasakan blog ini memberi manfaat, sila like Facebook Page https://www.facebook.com/pages/Cerita-Hutang-Debt-Tales/323566051134931?ref=aymt_homepage_panel sebagai tanda sokongan dan dapat memberi “reach” yang lebih luas. Kita perlu suara yang ramai. Tingkatkan jumlah komuniti page ini.Ajak kawan kawan anda untuk “like” page ini. Ini bagi membela mereka yang kena tindas oleh Bank kerana tidak tahu undang undang. Tekan juga butang “Follow” by email supaya boleh diberitahu tentang apa apa maklumat baru dimasa hadapan. Terima kasih