Ugutan Agen Nak Buat “Lawatan”… Betul Ke?

Saya selalu mendapat soalan tentang ugutan Agen Kutip Hutang untuk “melawat” rumah kediaman atau pejabat. Ada yang kata nak ambik gambar rumah kononnya nak buat Sitaan (nak lelong rumah ke nak sita barang dalam rumah? Konpius jugak) Nak ambik alih kerja majlis daerah ke update plan rumah?

Ni contoh mesej yang selalu diterima:

Ada pulak nak datang jumpa HR supaya boleh potong gaji konon. Kalau datang jumpa HR atau pukul canang kat opis kononnya nak bagi malu memang cari nahas sebab dah melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi. HR pulak kena bertegas sebab dia menjaga data peribadi para pekerja. Jangan tak reti pulak nak layan Agen Kutip Hutang.

Inilah Agen Kutip Hutang yang tak ada etika atau takde latihan yang secukupnya atau saja buat bebal. Ada yang hantar sms dan ada yang hantar surat. Kebanyakannya adalah taktik “memancing” iaitu biasanya peminjam akan merasa risau dan bimbang “lawatan” akan dilakukan dan akan menghubungi Agen Kutip Hutang yang akan memainkan peranan seterusnya iaitu menambah ketakutan peminjam dengan ugutan Sita, Beku Akaun dan Waran Tangkap dan nak bagi “sedap dan lemak berkrim” lagi gempak diaorang suruh pulak hubungi “Loyar” dengan gelaran “Tuan Haji”, “Datuk” atau “Puan Hajah” yang akan lebih menggetarkan jiwa yang biasanya TEMBERANG aje.

Itulah kebanyakan Agen sms nak melawat supaya peminjam panik dan call mereka dan mereka boleh tambah gempaq jadi tak payah pergi melawat. Jimat kos dari pergi betul betul.

Kalau dari segi gerak kerja kutipan hutang, lawatan ni biasanya dibuat bagi peminjam yang tak dapat dihubungi melalui telefon atau surat menyurat takde respon.

Pertama sekali untuk memastikan Peminjam masih ada di alamat tersebut dan juga sebagai misi mendapatkan maklumat terkini bagi peminjam. Kalau ada boleh bincang dan sembang sembang tentang bayaran dan update maklumat seperti nombor phone terbaru dan lain-lain. Kalau tak ada boleh kutip maklumat dari jiran jiran yang sangat prihatin tentang hal ehwal kejiranan. Itu tujuan lawatan samada di rumah atau pejabat.

Agen kutip hutang pun boleh buat begitu asalkan tak merapu macam saya cakap diatas. Masa saya kerja dulu saya takkan bagitau nak lawat, saya pergi aje. Banyak maklumat boleh dapat terutamanya dari jiran jiran yang prihatin. 😃

Kesan dari lawatan ini sangat besar kerana ada unsur unsur “kejutan” atau bak kata omputih “element of surprise” dan bila ada pertemuan sedemikian kita juga boleh baca sedikit sebanyak tindakbalas peminjam dan masalah yang dihadapi. Kebanyakannya memberikan hasil positif. Sekian panduan buat kali ini.

Leave a Reply / Masukkan Komen Anda