Hutang Lapuk – Kalau Nak Nego, Nego Sampai Lebam

SILA AMBIL PERHATIAN
 
Panduan ini adalah untuk pinjaman Bank sahaja kerana rundingan melibatkan pihak Bank dan juga melalui Bank Negara. Pinjaman dengan Syarikat Persendirian yang memberi hutang bukan dibawah selenggaraan Bank Negara kena runding terus dengan mereka.

Ada banyak pertanyaan berkenaan dengan hutang hutang lapuk yang sudah melepasi Had Masa seperti hutang Kad Kredit dan hutang kereta yang telah ditarik dan dilelong bertahun tahun lamanya. Bank telah menyerahkan urusan kutipan hutang kepada Agen Kutip Hutang yang seperti biasa dengan modus operandi yang selalu saya dedahkan. Itu hak mereka cuma peringatan saya supaya mengikuti etika yang ditetapkan.

Hutang hutang lama akan mempunyai “baki” yang tinggi hasil dari kiraan RIBA yang bertompok tompok (compounded interest) terutamanya Kad Kredit yang boleh mencecah ratusan ribu ringgit. Inilah “lubuk emas” bagi Agensi Pengutip Hutang kerana apa yang “dijual” oleh Bank adalah baki hutang sebenar dengan diskaun dan diberi juga “baki semasa” yang berpuluh kali ganda jumlahnya. Disinilah Agen boleh mengaut keuntungan yang banyak dengan mengugut peminjam dengan baki semasa dan memberikan “diskaun penyelesaian penuh” yang berkali ganda dari baki hutang yang “dibeli” atau diberikan oleh Bank.

Contohnya baki asal RM3,000 campur jumlah RIBA/FAEDAH/BUNGA RM100,000.

Bank “jual” atau bagi baki minimum untuk kutip RM2,000.

Agen gempaq dengan baki RM103,000 dengan ugutan beku akaun, beku KWSP, Sita, tak boleh keluar negara dan Waran Tangkap masuk penjara. Peminjam yang buta prosedur undang-undang pun panik dan mintak runding penyelesaian. Agen dengan “murah hati” atas dasar “memahami” dan “kesian” kat peminjam pun menawarkan “diskaun” sehingga RM95,000. Cuma perlu bayar RM9,000 katanya dan kes selesai.

Saya harus ingatkan bahawa walaupun peminjam bersetuju untuk membayar, pastikan ada PENGESAHAN BERTULIS DARI BANK kerana telah banyak kes peminjam kena “kencing” dengan Agen. Bila dah bayar ingatkan dah settle, tak lama lepas tu ada Agen lain pulak yang call ugut macam macam. Perkara ini telah saya bangkitkan sebelum ini. Boleh baca kat sini:

Cerita Kena Game dengan Agen Kutip Hutang

Kebanyakan peminjam yang mempunyai hutang lapuk telah mengalami masalah kewangan ketika krisis ekonomi tahun 1997 dan sekarang kebanyakan mereka dah lebih stabil dari segi kewangan dan ada yang dah boleh keluar duit KWSP. Kebanyakan mereka ingin menyelesaikan hutang ini tapi terbantut kerana beberapa sebab utama:

1) Bila nego dengan Bank, Bank mintak berkali ganda dari baki asal dan tak mahu berganjak. Harus diingat bahawa Bank telah mengklasifikasikan pinjaman itu sebagai hutang lapuk dan melaporkan kepada Bank Negara kerugian sebenar seperti contoh diatas sebagai RM3,000. Pada saya kalau nak charge double RM6,000 pun peminjam boleh terima. Bank pun dapat balik kerugian dan untung balik sebagai “write back” kepada akaun. Kes boleh tutup

2) Nego dengan Agen Kutip Hutang. Agen Kutip Hutang pendapatannya melalui komisen jadi lagi susah nak nego sebab mereka mahu memaksimakan keuntungan. Kalau nego dan setuju pun ada risiko kena “kencing” seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini

Apa yang saya sarankan ialah membuat rayuan melalui Bank Negara seperti contoh yang saya berikan dan baru baru ini seorang pembaca berjaya mendapat diskaun dan perlu membayar hampir kepada hutang pokok sahaja setelah berkali-kali membuat rayuan tanpa jemu. Bank sepatutnya lebih bertolak ansur kerana ramai yang ingin menyelesaikan hutang lama tanpa membayar faedah yang melampau dan boleh menerima sedikit lebihan bayaran sebagai “denda”.

Contoh yang diberikan adalah dari perkongsian oleh seorang pembaca bernama Encik Ahmad yang tidak putus asa merundingkan kesnya melalui Bank Negara. Link tentang kes Encik Ahmad boleh didapati disini untuk bacaan lanjut

Klik sini untuk baca kes Encik Ahmad

RINGKASAN SITUASI ENCIK AHMAD

A. Pinjaman Peribadi 25k (baki pinjaman RM8100 dgn tunggakan 7 bulan setelah diberhentikan kerja, company tutup)
 
B. Akaun simpanan Maybank di bekukan(Court Garnishee Order) apabila mahu membuat bayaran melalui interbank giro drpd Maybank ke Alrajhi ( Pengajaran – Bayar pakai deposit machine di bank pemiutang untuk elak dikesan dimana duit kita disimpan)
 
Tindakan setelah dptkn nasihat dari tuan Abu Ammar dan Mr.Jeff dari site ini :-
 
Nota : Usaha dibawah boleh dilakukan sekiranya peminjam berniat atau berkemampuan untuk menyelesaikan baki pinjaman
 
1. Buat surat rasmi bersama cadangan penyelesaian pinjaman
 
2. Pergi ke cawangan bank peminjam berdekatan dan minta untuk bercakap dengan pegawai bank(bahagian debt collector) yang uruskan kes anda
 
3. Berbincang, sekiranya diterima Alhamdulillah dan sekiranya di tolak, bawa surat cadangan anda ke Bank Negara ( Block D, BNM telelink)
 
4. DI Bank Negara pula, print CCRIS report dahulu sebelum berjumpa pegawai BNM. Ambil angka giliran.
 
5. Cerita semua masalah kewangan anda secara jujur kepada pegawai BNM dan juga usaha2 yang telah anda lakukan untuk berbincang dengan pihak bank.
 
6. Anda mungkin akan diminta oleh BNM untuk hantar semula surat rasmi cadangan penyelesaian pinjaman melalui saluran BNM.
 
7. ATAU anda mungkin juga diminta oleh BNM untuk ke AKPK untuk nasihat/atur semula bayaran pinjaman2 anda (atas budi bicara anda dan BNM)
 
8. Setelah surat cadangan dihantar kepada bank melaui BNM, satu pegawai khas BNM akan uruskan kes anda.Hubungi talian BNMTeLELINK(1-300-88-5465) untuk disambungkan kepada pegawai BNM yg uruskan kes anda. (Cadangan : Guna email bukan surat menyurat biasa kerana cara ini lebih pantas & sentiasa CC BNM(bnmtelelink@bnm.gov.my) dalam komunikasi anda kepada bank)
 
9. Sekiranya rayuan anda ditolak, hubungi pegawai BNM minta nasihat seterusnya. Dalam kes saya, setelah kali kedua ditolak pegawai BNM tersebut telah meminta bank buat pertimbangan semula. Kali ke-3 rayuan saya diterima dgn bantuan BNM. ( Nota : Rayu seberapa byk kali yg boleh melalui BNM)
 
10. Berkenaan Garnishee Order, ianya hanya kuat untuk di lawan sekiranya akaun gaji. Sekiranya tidak, boleh juga buat rayuan untuk pelepasan separuh atau sebahagian kecil dari jumlah yang dibekukan tapi ianya makan masa 1-2 bulan bukan segera, kerana bukan mudah untuk bank dapatkan Garnishee Order dari Makamah untuk bekukan akaun peminjam. Kos2 guaman perlu dijelaskan oleh peminjam(Masukkan juga dlm proposal anda kepada bank untuk diserapkan ke dalam baki pinjaman).
 
11. Sekiranya akaun yang dibekukan bukan akaun Gaji, jangan dedahkan akaun Gaji anda pada pihak bank walaupn diminta oleh pihak bank. Hanya serahkan salinan penyata Gaji/Salary Slip yang baru pada pihak bank sebagai bukti pendapatan.
 
12. Hubungi bank2 lain dimana anda ada buat pinjaman(sekira ada), beritahu masalah kewangan anda dan buat surat rasmi untuk cadangan anda bagi menyelesaikan baki tertunggak. Dalam erti kata lain, biar lah kita kejar bank dari bank kejar kita.
 
Contoh : bayaran bulanan sebelum masalah kewangan adalah sebanyak RM600, dan sekarang hanya mampu RM350 atau kurang. Buat surat rasmi kepada bank,sekiranya ditolak oleh bank, anda hubungi BNMTelelink. Ulang proses2 diatas. InshaAllah ada jalan penyelesaian. BNM akan lihat anda ada usaha nak selelsaikan tapi bank yang menolak.
 
Sekian, harap maklumat atau pengalaman saya dapat dimanfaatkan bersama.


CONTOH SURAT CADANGAN

Baca link yang saya berikan dibawah. Ada link contoh surat cadangan bayaran.

Klik Sini Untuk Tengok Surat Cadangan Bayaran

PERKONGSIAN TERBARU PEMBACA NEGO SAMPAI LEBAM

Disini saya kongsikan pengalaman seorang peminjam yang telah berjaya membuat rundingan melalui Bank Negara tanpa putus asa.

RINGKASAN KES

Saya ada hutang kad kredit berjumlah RM7700. Saya cuba nego dengan collector dapat diskaun dan jumlah yang perlu dibayar selepas diskaun RM5000. Dalam ctos report, hutang kad kredit tersebut telah difailkan sebagai bad debt berjumlah RM3000.kad tersebut telah terminate tahun 2014. Menurut pihak bank RM4700 adalah interest selepas kad diterminate. Saya berhajat bak langsaikan hutang tersebut secara lump sum tetapi RM5000 di luar kemampuan saya sekarang. Apa yang perlu saya lakukan?
 
NOTA: Setelah nego berkali kali, dapat pembayaran akhir RM3800


Ni screen shot tentang perkara ini:

Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Leave a Reply / Masukkan Komen Anda