Daily archives: August 8, 2018


SILA AMBIL PERHATIAN   Panduan ini adalah untuk pinjaman Bank sahaja kerana rundingan melibatkan pihak Bank dan juga melalui Bank Negara. Pinjaman dengan Syarikat Persendirian yang memberi hutang bukan dibawah selenggaraan Bank Negara kena runding terus dengan mereka. Ada banyak pertanyaan berkenaan dengan hutang hutang lapuk yang sudah melepasi Had Masa seperti hutang Kad Kredit dan hutang kereta yang telah ditarik dan dilelong bertahun tahun lamanya. Bank telah menyerahkan urusan kutipan hutang kepada Agen Kutip Hutang yang seperti biasa dengan modus operandi yang selalu saya dedahkan. Itu hak mereka cuma peringatan saya supaya mengikuti etika yang ditetapkan. Hutang hutang lama akan mempunyai “baki” yang tinggi hasil dari kiraan RIBA yang bertompok tompok (compounded interest) terutamanya Kad Kredit yang boleh mencecah ratusan ribu ringgit. Inilah “lubuk emas” bagi Agensi Pengutip Hutang kerana apa yang “dijual” oleh Bank adalah baki hutang sebenar dengan diskaun dan diberi juga “baki semasa” yang berpuluh kali […]

Hutang Lapuk – Kalau Nak Nego, Nego Sampai Lebam