Monthly Archives: August 2018


SILA AMBIL PERHATIAN   Panduan ini adalah untuk pinjaman Bank sahaja kerana rundingan melibatkan pihak Bank dan juga melalui Bank Negara. Pinjaman dengan Syarikat Persendirian yang memberi hutang bukan dibawah selenggaraan Bank Negara kena runding terus dengan mereka. Ada banyak pertanyaan berkenaan dengan hutang hutang lapuk yang sudah melepasi Had Masa seperti hutang Kad Kredit dan hutang kereta yang telah ditarik dan dilelong bertahun tahun lamanya. Bank telah menyerahkan urusan kutipan hutang kepada Agen Kutip Hutang yang seperti biasa dengan modus operandi yang selalu saya dedahkan. Itu hak mereka cuma peringatan saya supaya mengikuti etika yang ditetapkan. Hutang hutang lama akan mempunyai “baki” yang tinggi hasil dari kiraan RIBA yang bertompok tompok (compounded interest) terutamanya Kad Kredit yang boleh mencecah ratusan ribu ringgit. Inilah “lubuk emas” bagi Agensi Pengutip Hutang kerana apa yang “dijual” oleh Bank adalah baki hutang sebenar dengan diskaun dan diberi juga “baki semasa” yang berpuluh kali […]

Hutang Lapuk – Kalau Nak Nego, Nego Sampai Lebam


22 Comments
Saya selalu mendapat soalan tentang ugutan Agen Kutip Hutang untuk “melawat” rumah kediaman atau pejabat. Ada yang kata nak ambik gambar rumah kononnya nak buat Sitaan (nak lelong rumah ke nak sita barang dalam rumah? Konpius jugak) Nak ambik alih kerja majlis daerah ke update plan rumah? Ni contoh mesej yang selalu diterima: Ada pulak nak datang jumpa HR supaya boleh potong gaji konon. Kalau datang jumpa HR atau pukul canang kat opis kononnya nak bagi malu memang cari nahas sebab dah melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi. HR pulak kena bertegas sebab dia menjaga data peribadi para pekerja. Jangan tak reti pulak nak layan Agen Kutip Hutang. Inilah Agen Kutip Hutang yang tak ada etika atau takde latihan yang secukupnya atau saja buat bebal. Ada yang hantar sms dan ada yang hantar surat. Kebanyakannya adalah taktik “memancing” iaitu biasanya peminjam akan merasa risau dan bimbang “lawatan” akan dilakukan dan akan […]

Ugutan Agen Nak Buat “Lawatan”… Betul Ke?