DAH BAYAR 75% ANSURAN BANK TAK BOLEH TARIK KERETA?


Assalamualaikum. Soalan ni selalu saya dapat dan kali ini kita bagi penjelasan supaya dapat faham dengan jelas. Pertama sekali yang kena faham, dalam Perjanjian Sewa Beli, perkataan yang akan digunakan adalah PEMILIK dan PENYEWA. PEMILIK adalah Bank atau Syarikat Kredit yang memberikan pinjaman untuk pembelian kereta. PENYEWA pulak ialah, orang yang “menyewa” kereta dengan pilihan untuk “membeli” kereta bila habis bayar. Jadi kereta bukanlah milik orang yang “menyewa” dalam erti kata lain “peminjam”. Jadi kereta yang kita bawak hari hari, “make up” macam macam dan jaga dan bersihkan itu bukanlah kita yang punya. “BANK YANG PUNYA” (Buat suara macam Jin dalam Gua dalam cerita Ahmad Albab). Kita dah faham dan tersedar dari mimpi yang indah kita berbalik kepada soalan cepumas tadi:

BERBALIK KEPADA SOALAN BETUL KE KALAU DAH BAYAR 75% DARI HARGA KERETA DALAM PERJANJIAN SEWA BELI BANK TAK BOLEH TARIK KERETA? KALAU BETUL BAGUSLAH. BOLEH “BERNAFAS” SEKEJAP. BETUL KA MACAM TU ATAU MACAMANA?

JAWAPANNYA “YA” DAN “TAK JUGAK” (YES AND NO BAK KATA OMPUTEH). IKUTI PENJELASAN SELANJUTNYA…

JAWAPAN “YA”

Memang benar kerana:

DIBAWAH SEKSYEN 16(1A) ADA PERUNTUKAN
 
16(1A) Notwithstanding subsection (1), if the payment of instalments made amounts to more than seventy-five percent of the total cash price of the goods comprised in a hire-purchase agreement and there had been two successive defaults of payment by the hirer, an owner shall not exercise any power of taking possession of the goods comprised in the hire-purchase agreement arising out of any breach of the agreement relating to the payment of instalments unless he has obtained an order of the court to that effect.

TERJEMAHAN BEBAS TAK LARI TAJUK

16(1A) Meskipun ada sub Seksyen 16(1) (iaitu peruntukan untuk menarik balik kenderaan), jikalau ansuran yang telah dibuat melebihi 75% daripada jumlah harga tunai barangan yang termaktub dalam Perjanjian Sewa Beli dan ada tunggakan ansuran sekurang kurangnya dua bulan oleh Penyewa, Pemilik (Bank lah tu) TIDAK BOLEH menguatkuasakan haknya untuk mengambil semula barangan yang ada dalam Perjanjian Sewa Beli akibat dari pelanggaran perjanjian berkaitan dengan bayaran ansuran MELAINKAN dia (Banklah, siapa lagi) mendapatkan Perintah Mahkamah untuk berbuat demikian.


JAWAPAN “TAK JUGAK”

DIBAWAH SEKSYEN 16(1B) ADA PERUNTUKAN
 
16(1B) Where an owner has obtained an order of the court under subsection (1A) and he has served on the hirer a notice, in writing, in the form set out in the Fourth Schedule and the period fixed by the notice has expired, which shall not be less than twenty-one days after the service of the notice, the owner may exercise the power of taking possession of goods referred to in subsection (1A).

TERJEMAHAN BEBAS TAK LARI TAJUK

16(1B) Dimana Pemilik telah mendapatkan Perintah Mahkamah dibawah Sub Seksyen 16(1A) dan dia (pemilik iaitu Bank) telah menyerahkan kepada penyewa satu notis, iaitu notis bertulis, seperti yang telah disediakan dalam bentuk Jadual Keempat dan tempoh yang ditetapkan pada notis telah tamat, iaitu tidak kurang dari dua-puluh-satu hari dari penyerahan notis tersebut, pemilik (Bank) boleh menggunakan kuasa untuk mengambil semula barangan seperti yang dirujuk dalam Sub Seksyen 16(1A).


Selepas mendapat Perintah ini Bank akan menghantar Jadual Keempat kepada Penyewa dan selepas tamat tempoh 21 hari yang diberi, Bank boleh keluarkan SURAT TARIK kepada Agen Perolehannya. Kesimpulannya Bank boleh ambik balik tapi kena “buat kerja” sikit dan keluar belanja dan “belanja” ini akan dicaj kepada Penyewa termasuklah kos tarik dan kos stor dan lain lain selepas kereta dapat ditarik balik. Macamana “ghope” atau rupa Perintah ini? Saya telah dapat salinan ini dari salah seorang pembaca blog yang bertanyakan soalan yang sama. Seperti biasa, segala maklumat peribadi telah ditutup. Terima kasih kepada pembaca kita.

CONTOH PERINTAH MAHKAMAH TENTANG KEBENARAN PENARIKAN BALIK KERETA


 

 
Oleh itu jangan terlampau “over confident” yang Bank tak boleh tarik. Balance dah tak banyak bayor ajelah Yop!

Leave a Reply / Masukkan Komen Anda