AKHIRNYA RANG UNDANG UNDANG KEBANKRAPAN (PINDAAN) 2016 DILULUSKAN! 11 Comments


 
Akhirnya RANG UNDANG UNDANG KEBANKRAPAN (PINDAAN) 2016 telah diluluskan Parlimen pada 29hb Mac 2017. Perkara ini telah saya sebutkan dahulu. Berikut adalah intipati daripada pindaan Rang Undang Undang tersebut:

 

  1. Had KeBankrapan dinaikkan dari RM30,000 ke RM50,000
  2. Sebelum Mesyuarat Petisyen Pemiutang, Penghutang boleh memohon untuk memasuki progran Penyusunan Sukarela (Voluntary Arrangement – VA) atau Pelan Pembayaran Semula (Debt Repayment Plan – DRP) melalui Nominee berdaftar seperti Peguam, Juruaudit Berlesen dan Akauntan Berdaftar atau sesiapa yang dilantik oleh Jabatan Insolvensi.
  3. Penghutang boleh memohon ke Mahkamah melalui Notis Niat untuk memasuki VA dan Mahkamah akan keluarkan Perintah Interim (Interim Order) bagi tempoh 3 bulan untuk persetujuan pihak-pihak mengikat VA dan Perintah Interim ini mempunyai kesan moratorium iaitu tiada prosiding kebankrapan atau proses undang-undang boleh dimulakan atau diteruskan terhadap penghutang kecuali dengan kebenaran mahkamah
  4. Tiada lagi KeBankrapan bagi “Penjamin sosial” iaitu penjamin yang tidak mendapat apa apa faedah dari jaminannya seperti penjamin biasiswa, penjamin kereta dan rumah persendirian yang bukan suami/isteri peminjam iaitu dalam bahasa “kasar”nya penjamin “biawak hidup”. Bagi penjamin yang lain juga syarat untuk diBankrupkan ialah Bank mesti membuktikan bahawa segala usaha telah dibuat dari segi pelaksanaan undang undang untuk mengutip hutang dari peminjam dulu.
  5. Cara penyerahan Notis KeBankrapan adalah lebih ketat iaitu penyerahan kediri dan hanya boleh melalui penyampaian ganti jika penghutang dengan sengaja mengelak untuk menerima penyerahan tersebut.
  6. Pertimbangan untuk pelepasan siBankrap juga dipendekkan kepada 3 (TIGA) tahun dari 5 (LIMA) tahun atas budi bicara Pengarah Jabatan Insolvensi jika siBankrap telah melaporkan diri dan menyerahkan borang pendapatan dan perbelanjaan dan telah membayar jumlah yang telah dipersetujui dengan Jabatan Insolvensi secara bulanan sehingga mencapai “target” jumlah tersebut.
  7. Pelepasan juga akan diberikan kepada Bankrap yang sudah meninggal, yang disenaraikan sebagai OKU, Bankrap yang mengidap penyakit yang kritikal dan juga Penjamin Sosial
  8. Penjamin sosial boleh dibenarkan pelepasan daripada keBankrapan atas budi bicara Pengarah Jabatan Insolvensi

 
Ini yang kita tunggu tunggu setelah sekian lama. Walaubagaimanapun, penjamin sosial pun tidak terlepas dari tindakan pelaksanaan undang undang yang lain seperti WSS, Garnishee dan Saman Penghutang Penghakiman. Alhamdulillah. “Better Late Than Never” bak kata omputeh.
 
Yang nampak dalam surat khabar dan media cetak (sebab jarang baca kut) ialah Berita Harian dan New Straits Times. Yelah masa ni banyak isu isu “panas” yang perlu dilapurkan seprti cerita artis, result pertandingan program realiti dan cerita viral hantaran perkahwinan bla bla bla..
 
BERITA HARIAN 30HB MAC 2017 MS 14
 

 
NEW STRAITS TIMES 30HB MAC 2017 MS 8
 

 
 
THE STAR ONLINE 29HB MAC 2017
 

KLIK GAMBAR UNTUK BERITA PENUH
 
Kepada sesiapa yang berminat dan rajin (kalau rajinlah) untuk membaca perbahasan penuh Rang Undang Undang ini boleh download disini:
 


 
Saya hargai komen komen Yang Berhormat dalam membahaskan Rang Undang Undang ini. Kebanyakannya ok dan dikaji dan buat “research” yang baik namun begitu ada juga komen yang “off tangent” atau komen yang “kelaut” yang menunjukkan tiada semakan yang teliti dibuat iaitu statement ini:
 

“Pertamanya, saya hendak menyentuh perkara yang kecil sahaja sebagai contoh.
Umpamanya seorang pemilik kereta. Apabila tiga bulan sahaja tidak membayar kereta, maka namanya tersenarai dalam insolvensi. Apabila tersenarai, dia membayar sebanyak satu bulan hutang. Maknanya dia tinggal lagi dua bulan sahaja hutang tetapi namanya masih tetap kekal dalam insolvensi itu. Ini juga perlu mengambil kira dalam hal ini. Mungkin ramai yang berlaku kes sedemikian rupa, sudah pastilah beliau tidak mampu untuk membayar terus hutangnya selama tiga bulan. Akan tetapi walau bagaimanapun beliau tetap membayar bulan-bulan sehinggakan hanya tertunggak dua bulan sahaja. Akan tetapi ini juga dianggap beliau sebagai telah disenaraihitam kan oleh pihak insolvensi itu sendiri.”


 
Bila pulak masuk list JIM bila tak bayar ansuran kereta? Saya harap ahli ahli yang berhormat lebih peka apabila membuat perbahasan dan tidak buat statement seperti diatas.
 
Yang rajin nak tengok draf pindaan dan tatacara lengkap yang disediakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia boleh download kat sini:
 


 
Boleh juga rujuk kepada link ini untuk rujukan (bahasa inggeris) dari themalaysianlawyer.com

The New Bankruptcy Bill: The 10 Changes to Bankruptcy Law in Malaysia
 

BILAKAH RANG UNDANG UNDANG INI AKAN BERKUATKUASA?

Ada yang bertanya soalan ini jadi ini jawapannya… Daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Rang_undang-undang

PROSES PENGGUBALAN RANG UNDANG UNDANG

    1. Menteri berkaitan merangka dasar.
     
    2. Menteri menyediakan usul rang undang-undang dan dihantar ke Jabatan Peguam Negara, berbincang dengan Perbendaharaan dan kementerian berkaitan.
     
    3. Draf rang undang-undang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara.
     
    4. Bacaan Kali PERTAMA – Notis pemberitahuan tentang usul kepada Setiausaha Dewan Rakyat & Dewan Negara. Menteri membaca tajuk.
     
    5. Bacaan Kali KEDUA – rang undang-undang dibahaskan di Dewan Rakyat:

    • Meneliti kepentingan dan kesan usul kepada rakyat
    • Menteri menjelaskan sebarang persoalan
    • Membuat undian sama ada menerima atau menolak undang-undang oleh Dewan Rakyat

     
    6. Peringkat jawatankuasa

    • meneliti setiap fasa, jadual dan panduan secara terperinci
    • membuat pindaan yang sesuai

     
    7. Bacaan Kali KETIGA – dibaca di Dewan Rakyat dan Dewan Negara

    • dihantar untuk kelulusan
    • mendapat undian majoriti untuk diluluskan sebagai akta

     
    8. Diperkenan oleh YDPA dalam tempoh 30 hari jika tidak diperkenan, rang undang-undang akan menjadi undang-undang mengikut Perkara 66 Fasa 4.
     
    9. Warta kerajaan ; dicatatkan sebagai rang undang-undang sah dan dibangunan Parlimen. Dinyatakan tarikh penguatkuasaan untuk diamalkan.

 

Jadi sekarang tunggu No (8) dan (9)


Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

11 thoughts on “AKHIRNYA RANG UNDANG UNDANG KEBANKRAPAN (PINDAAN) 2016 DILULUSKAN!

  • jesica

    Salam sejahtera Tuan,
    Setahu saya had kebankrapan adalah RM 30,000.
    Tetapi ada saudara saya yang menjadi penjamin kereta dibankrapkan dengan RM 27,000..
    Dan beliau sedang membayar secara bulanan kepada Pihak Insolvensi RM 150
    Bolehkah dibankrapkan walaupun kurang dari RM 30,000?
    Terima kasih Tuan kerana sudi menjawab soalan saya.

    • Abu Ammar Post author

      Salam sejahtera Jessica

      Saya rasa memang hutang asal adalah RM27,000 tetapi setelah jumlah Penghakiman dicampur interest dan lain lain kos dan semuanya mencecah RM30,000, barulah Bank menfailkan tindakan Bankrapsi. Kalau tidak Loyar TIDAK AKAN menfailkan tindakan Bankrapsi kerana peraturan ini SANGAT JELAS dan spesifik bagi tindakan keBankrapan.

  • Anitha

    Salam sejahtera,, Tuan..saya adalah penjamin untuk kereta yang dibeli atas nama suami saya.Kereta telah ditarik kerana tidak mampu dibayar.Saya telah disahkan status bankrup pada tahun 2000. Hanya pada February 2014 saya pergi kejabatan insolvensi untuk serahkan diri untuk buat bayaran kerana passport ditahan semasa hendak diperbahrui. Saya rela hati untuk bayar setiap bulan RM 200..TAPI MALANGNYA MARCH 2014 SUAMI SAYA SUDAH MENINGGAL DUNIA(PEMILIK KERETA).Tapi saya masih lagi membayar seperti biasa kepada pihak insolvensi..Saya dibankrupkan dengan jumlah RM 28,000..
    Tuan, adakah saya mempunyai peluang untuk pelepasan dengan AKTA BARU INI…
    Terima kasih kerana sudi menjawab pertanyaan saya.

    • Abu Ammar Post author

      Salam Sejahtera Anitha

      Saya perlukan kepastian. KeBankrapan atas baki hutang kereta yang telah dilelong? Suami pada masa itu tidak diBankrapkan? Dalam bab pelepasan ini bergantung kepada beberapa faktor antaranya siBankrap melapurkan diri dengan segera dan bekerjasama sepenuhnya dengan JIM dalam ertikata lain telah “berkelakuan baik”. Melaporkan diri selepas 14 tahun Bankrap mungkin adalah “negative points” tetapi ini tidak bermakna tiada ruang untuk rayuan. Cuba tanyakan kepada pegawai JIM Anitha.

  • Anuar Bin Razali

    saya salah seorang penjamin sosial iaitu kereta kepada kawan yang tiada kpentingan… ingin bertanya pindaan ni utk juga yg sedang bankrap atau untuk yg akan datang sahaja…

    TQ

    • Abu Ammar Post author

      Assalamualaikum Tuan Anuar

      Pindaan belum di sahkan oleh Yang DiPertuan Agung dan belum lagi di’gazetkan” dan tak tahu tarikh mula kuatkuasa. Ini untuk kes Bankrapsi sahaja dan Bank masih boleh mengambil tindakan lain seperti WSS, Saman Penhutang Penghakiman dan Garnisi.

  • Edde

    Assalamualaikum Tuan Abu Ammar,

    Adakah status penjamin kepada personal loan? Di kategori sebagai penjamin sosial @ penjamin korporat.

    Saya merupakan penjamin kepada personal loan rakan sekerja 13 tahun dulu. Total loan RM13.5K, total outstanding sekarang lebih kurang RM22K.
    Peminjam masih bayar tapi RM50@RM100 sebulan. Ada juga bulan2 yang skip. Agent kutip hutang dah mula kacau hidup saya. So far tak da ugutan yang serius lagi.

    Terima Kasih

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Enche Embun

      Daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Rang_undang-undang

      Proses penggubalan rang undang-undang

      1. Menteri berkaitan merangka dasar.

      2. Menteri menyediakan usul rang undang-undang dan dihantar ke Jabatan Peguam Negara, berbincang dengan Perbendaharaan dan kementerian berkaitan.

      3. Draf rang undang-undang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara.

      4. Bacaan Kali PERTAMA – Notis pemberitahuan tentang usul kepada Setiausaha Dewan Rakyat & Dewan Negara. Menteri membaca tajuk.

      5. Bacaan Kali KEDUA – rang undang-undang dibahaskan di Dewan Rakyat:

      • Meneliti kepentingan dan kesan usul kepada rakyat
      • Menteri menjelaskan sebarang persoalan
      • Membuat undian sama ada menerima atau menolak undang-undang oleh Dewan Rakyat

      6. Peringkat jawatankuasa

      • meneliti setiap fasa, jadual dan panduan secara terperinci
      • membuat pindaan yang sesuai

      7. Bacaan Kali KETIGA – dibaca di Dewan Rakyat dan Dewan Negara

      • dihantar untuk kelulusan
      • mendapat undian majoriti untuk diluluskan sebagai akta

      8. Diperkenan oleh YDPA dalam tempoh 30 hari jika tidak diperkenan, rang undang-undang akan menjadi undang-undang mengikut Perkara 66 Fasa 4.

      9. Warta kerajaan ; dicatatkan sebagai rang undang-undang sah dan dibangunan Parlimen. Dinyatakan tarikh penguatkuasaan untuk diamalkan.

      Jadi sekarang tunggu No (8) dan (9)