KES HUTANG LAPUK KERETA. AKHIRNYA BANK MENGAKU TAK BOLEH AMBIL TINDAKAN UNDANG UNDANG LAGI MENGIKUT AKTA HAD MASA


 

ASSALAMUALAIKUM. KISAH INI BOLEH DIKATAKAN SAMBUNGAN KEPADA ARTIKEL “ADU MENGADU: BERBALOIKAH MEMBUAT ADUAN?” (https://www.ceritahutangbankdananda.com/2017/02/adakah-adu-mengadu-ke-head-office-bank-negara-dan-lain-lain-ada-manfaatnya/) BARU BARU INI. RINGKASAN KISAH INI:

 
Kita namakan pengadu kita sebagai Cik Lita yang telah menjadi penjamin kepada adiknya untuk membeli sebuah kereta dan pinjaman dibuat di Bank RNR. Pinjaman dibuat pada tahun 2005. Setahun kemudian (Nota: tahun 2006 – ingat tu. Sekarang dah 2017) Kereta telah ditarik dan dilelong pada tahun 2006 juga. Setelah 10 tahun berlalu (cerita ni tahun 2016) tiba tiba ada panggilan dari Agen Kutip Hutang ‘Koo Tip Hoo Tang” yang agak “famous” dengan cara kutipan yang agak kasar dan sangatlah tidak berbudi bahasa. Cik Lita telah membuat pengaduan kepada Bank Negara tentang Agen dan juga mempersoalkan kenapa hanya selepas 10 tahun Bank mengambil tindakan. Kita ikuti “perbualan” dan perbincangan saya dengan Cik Lita dan kesudahan dari tindakan ini:

 

Cerita Hutang

As salam, Saya amat memerlukan bantuan dari Encik Ammar. Bagaimana saya boleh menghubungi Encik kerana untuk menceritakan masalah berkenaan tentang perkara ini agak panjang. Kes – saya guarantor untuk sewa beli kereta. Kereta dibeli pada tahun 2005, setahun selepas itu ditarik dan dilelong. 2015 April collector mula mengganggu saya. Pelbagai ugutan seperti yang Encik ceritakan dalam blog Encik sehingga pada Oktober 2016 saya membuat aduan kepada Bank Negara. Bank Negara telah email kepada Bank RNR untuk reply tentang aduan saya dan baru petang tadi saya menerima salinan surat melalui email dari Bank RNR mengatakan last surat dihantar kepada saya bulan June 2016.

Bank RNR tidak menjawab persoalan saya kenapa selepas 10 tahun baru menghubungi saya dan kenapa tidak 10 tahun lepas . Malah peminjam kenderaan ini telah berjaya mendapat loan baru dari pihak Agro Bank sebanyak 200k. Dalam surat terbaru Bank RNR itu meminta saya menyediakan propsal untuk pembayaran balik kepada Bank dan sekiranya mereka tidak menerimanya dalam tempoh 14 hari mereka akan proceed kes ini ke Mahkamah. Saya amat memerlukan bantuan nasihat Encik pada ketika ini. Terima kasih


CONTOH (“LAKONAN SEMULA”) EMAIL BANK NEGARA KEPADA BANK RNR

 
Setelah Cik Lita membuat aduan melalui telefon kepada Bank Negara, Bank Negara telah menghantar email kepada Bank RNR tentang aduan tersebut.
 

 
Kalau sakit mata nak baca salinan “lakonan semula” email diatas, ini kandungannya:

Nombor Rujukan : XOXO/2016/123456
 
 
Tuan / Puan,
 
Aduan terhadap Bank RNR Berhad
 
Kami merujuk e-mel Cik Lita bertarikh 25 Oktober 2016 berhubung perkara di atas.
 
Tuan/Puan dikehendaki mengambil tindakan berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh pengadu dan memberi maklum balas terus kepada pengadu berkenaan dalam tempoh dua minggu dari tarikh e-mel ini. Sila kemukakan sesalinan surat maklum balas tersebut kepada Bank Negara Malaysia untuk tindakan kami. Kami akan memberi maklum balas kepada pengadu, sekiranya perlu.
 
Sekian, terima kasih.

 

RESPON DARI BANK RNR TENTANG ADUAN PERTAMA CIK LITA KEPADA BANK NEGARA

 

 

 

Cerita Hutang

Wa’alaikumussalam
 
Kes dah lebih 9 tahun. Kalau ikut Akta Had Masa 1953 tunggakan 6 tahun tanpa ada apa tindakan undang undang pun dah dikira tidak boleh dakwa apa apa lagi. Bank cuma mencuba nasib dengan menggunakan Agen Kutip Hutang.
 
Yang paling penting, JANGAN BAYAR APA APA walau satu sen pun. Ini akan membuatkan akaun “aktif” semua kerana Cik Lita telah “mengakui semula” hutang tersebut. Kalau Bank gertak nak saman, dengan HORMATNYA DIPERSILAKAN supaya boleh lawan di Mahkamah atas dasar sudah luput had masa.
 
Tak payah pakai Loyar, lawan sendiri aje. Untuk memastikan Loyar dan Bank tak “main kotor” dengan menggunakan alamat lama, berikan alamat terkini dengan menulis kepada Bank supaya menggunakan alamat tersebut untuk tindakan undang undang. Ramai yang dah lawan dan menang. Ramai yang terpaksa tanggung hutang yang mereka tidak perlu bayar terutamanya interest yang menimbun kerana tidak tahu prosedur undang undang.

Cerita Hutang
 

Bagaimana saya nak forward email yang saya terima dari Bank RNR pada Encik? At least Encik boleh beri sedikit sebanyak nasihat memandangkan saya amat tertekan sekali dengan masalah yang saya tak jangka ini. Alamat yang digunakan oleh Bank adalah sama dengan alamat di ic saya sekarang walaupun saya sudah tidak tinggal ditempat tersebut. So if I get back to BNM (Bank Negara Malaysia)..agak2 apa BNM (Bank Negara Malaysia) akan advice I erk? Sebab I akan check dengan BNM (Bank Negara Malaysia) balik since I dah buat aduan ni so nak jugak tengok advice BNM (Bank Negara Malaysia).. wat say u?

 
Cerita Hutang

Most probably BNM (Bank Negara Malaysia) will advise you to negotiate with the Bank (again) which is wasting your time and kalau ada pun will advice the Bank to remind the agents untuk lebih “berhemah”. Biasanya idak le especially Koo Tip Hoo Tang and Partners yang tetap dengan amalan biadap mereka. Don’t worry too much about it. Bukan boleh buat apa pun. Install App True Caller and True Messenger and block all their calls.

 
Cerita Hutang

Ooo…ok kalau macam tu…if THE Bank nak proceed with ‘their’ legal action…just let it go la kan..hmm…baru rasa macam bersemangat sikit..hehehe. Tq yer…kurang sikit tension pasal ni…

 
 
Cerita Hutang

The best thing is, encourage them to proceed. Boleh lawan dan viralkan kemenangan tu. Ada satu ongoing case saya tak cerita lagi. Bank dah withdraw Saman. Kes Kad Kredit. Limit asal RM3K mintak RM76K++. Tau nak kalah withdraw. Waiting for final black and white from the Bank. Diaorang ni tau ramai yang buta undang undang. Buli orang ikut suka hati Tok Nenek dia aje. Smile and enjoy your day.

 
Cerita Hutang

SALINAN EMAIL TO BNM (Bank Negara Malaysia)


 

Disertakan disini salinan surat Bank RNR kepada saya yang bertarikh 28hb November 2016. Bank RNR masih tidak menjawab persoalan saya kenapa dan mengapa selepas 10 tahun dan kenapa mesti ada unsur ugutan dari pihak Koo Tip Hoo Tang and Partners. Dan di mana bukti mereka pernah menghubungi saya 10 tahun yang lepas selepas lelongan kereta dibuat.
 
Yang lebih mengelirukan kenapa saya masih perlu menghubungi pihak Koo Tip Hoo Tang and Partners? Adakah fail pinjaman saya telah dijual kepada agensi ini memandangkan kes jni telah diklasifikasikan sebagai ‘bad debts’? Kerana mengikut pengetahuan saya selepas merujuk kes ini kepada pihak peguam, mengikut Akta Had Masa 1953, kes ini telah diklasifikasikan sebagai hutang lapuk dan kes telah di ‘write off’ dan memandangkan kerana itu lah peminjam telah berjaya membuat pinjaman daripada Agro Bank sebanyak RM200k.
 
Untuk pengetahuan pihak BNM (Bank Negara Malaysia) juga, saya telah melaporkan kes ini kepada pihak polis memandangkan ada unsur ugutan dari pihak pengutip hutang Koo Tip Hoo Tang and Partners kepada saya pada 25hb Oktober 2016. Dan pada tarikh yang sama juga saya telah melaporkan kes ini kepada pihak NGO Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
 
Seperti yang saya maklumkan kepada Pegawai Bank Negara, Puan Margarita dari Bank RNR pernah mengeluarkan kenyataan bahawa ‘PERLU ADA UNSUR UGUTAN UNTUK MENGUTIP HUTANG DARI PEMINJAM, JIKA TIDAK PEMINJAM TIDAK AKAN MEMBAYAR’. Beliau membuat kenyataan tersebut ketika bercakap dengan salah seorang pegawai PPIM dan saya mendengarnya melalui penggunaan ‘Loud Speaker’. Adakah patut seorang pegawai Bank mengeluarkan kenyataan tersebut? Saya pasti pihak Bank RNR boleh mendapatkan rekod kenyataan itu dari perakam untuk perbualan telefon antara pihak Bank. Kejadian itu berlaku pada tarikh yang sama iaitu 25hb Oktober 2016.
 
Diharap pihak BNM (Bank Negara Malaysia) dapat menyiasat perkara ini sedalam dalamnya kerana bagi saya ini perkara seperti ini amat menganiaya kepada mereka yang tidak tahu hak mereka mengikut undang-undang di Malaysia. Saya juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih menerima ugutan dan panggilan dari pengutip hutang Koo Tip Hoo Tang and Partners kerana tindakan mereka ini lebih dasyat dari AH LONG.

 

CONTOH (“LAKONAN SEMULA”) EMAIL YANG DIHANTAR KEPADA BANK NEGARA

 

 

Cerita Hutang

As salam Encik Abu Ammar…just nak inform pasal aduan saya sebelum ni pada Encik. Saya baru dapat tahu yang Bank RNR ader reply email saya melalui Bank Negara tapi surat tu saya masih belum dapat. Mengikut customer service, Bank RNR still arahkan saya untuk buat payment pada mereka dan akan proceed dengan legal action. So saya nak dapatkan nasihat Encik berkenaan dengan perkara ini. Apa yang perlu saya buat.


 

SALINAN SURAT BANK RNR BERTARIKH 28HB NOVEMBER 2016

 

 

PENJELASAN KOMEN DALAM SURAT BANK CAKAP OMPUTEH

 
Memandangkan surat dari Bank cakap OMPUTEH, saya pun komen cakap OMPUTEH. Bagi manfaat mereka yang bahasa ibunda bukan cakap OMPUTEH saya bagi terjemahan. Terjemahan bebas (kalau tak setuju tulis blog sendiri)

“The account was then put in abeyance” maksudnya “Akaun (hutang) ini semenjak itu telah disimpan dalam fail kabinet untuk bertapa” dan komen saya “GETTING A JUDGMENT WITHIN THE 6 YEARS PERIOD OF “ABEYANCE” WOULD HAVE SAVED YOU A LOT OF TROUBLE.” bermaksud “KALAU SEBELUM CUKUP TEMPOH 6 TAHUN “PERTAPAAN” DAPATKAN PENGHAKIMAN TAKDELAH JADI MASALAH MACAM NI”

“We wish to share that any visitation by the ECA, if any, will be performed in accordance to normal business practice and within the regulators guidelines”
Terjemahan bebas – ” Kami ingin berkongsi maklumat bahawa apa jua lawatan dari Agen Kutip Hutang, jika ada, akan dilakukan menurut amalan perniagaan biasa dan dalam lingkungan garis panduan pengawalselia (Bank Negara).”

“THIS PARTICULAR AGENT HAS TONS OF COMPLAINTS ON NON COMPLIANT OF “NORMAL BUSINESS PRACTICE” AND NORMAL “REGULATORS GUIDELINES” AND YET STILL ENGAGED BY THE BANKS. DUE TO THEIR “EFFECTIVENESS”?”
“KOMPLEN KEATAS AGEN NI DAH BERBAKUL BAKUL TENTANG TIDAK BERETIKA DALAM “TATACARA PERNIAGAAN BIASA” DAN “GARIS PANDUAN PENGAWALSELIA (BANK NEGARA)” DAN MASIH LAGI MENJADI PILIHAN BANK BANK. KERANA CARA MEREKA “BERKESAN”?”

 

 

Cerita Hutang

Wa’alaikumussalam. Kalau Bank nak proceed dengan Saman, boleh lawan dengan Akta Had Masa 1953. Dan juga dengan prosedur prosedur Akta Sewa Beli berkenaan dengan lelongan. Cuma kena confirm ada tak Penghakiman dalam tempoh 10 tahun ni. Kalau takde lagi senang kerja. Dah check dengan CTOS kan?

 
Cerita Hutang

CTOS tak tau pulak, tapi dalam CCRIS memang takder nama saya Dalam surat sebelum ni pun memang takder pulak dia mention pasal Penghakiman

 
 
Cerita Hutang

Ok. Insya Allah. Sekarang tulis surat pada Bank bagi alamat surat menyurat untuk tindakan undang undang. Ini untuk mengelakkan Bank menggunakan alamat lama yang besar kemungkinan tak dapat dan Bank menang tanpa bertanding. Surat ni kena bagi personaly kalau boleh dapatkan “acknowledge receipt” dari Bank. Very important. Lepas tu tunggu “tindakan undang undang” dan respond accordingly.

 
Cerita Hutang

Ok…Noted. Btw…apa beza CCRIS and CTOS? Sebab setahu saya apa2 tindakan Penghakiman atau sebutan selalunya akan dimasukkan ke CCRIS. Tetapi kenapa untuk kes ni dalam rekos CCRIS saya tidak terdapat sebarang maklumat berkenaan akaun ni. Saya baru print out CCRIS statement saya dalam 2-3 minggu lepas

 
Cerita Hutang

CTOS kutip maklumat tindakan undang undang. Kadang kadang dalam CCRIS takde. CCRIS rekod maklumat 12 bulan terkini dan kadang kadang ada mention “special attention account” tanpa ada maklumat samada ada saman atau penghakiman.

 
Cerita Hutang

Ok…Sekiranya Bank ambil tindakan undang2 apa pula saya perlu buat? Geram jugak saya pada adik saya yang terus lepas tangan tentang hutang dia..saya guarantor yang sakit kepala pulak tentang ni semua

 
 
Cerita Hutang

Lawan. Insya ALLAH I will help you the best I can

 
 
Cerita Hutang

Alhamdulillah…saya akan update pada En Ammar nanti..terima.kasih byk2 Encik Ammar…
Tu letter dari Bank RNR..they will not pursue with legal action tapi rasanya collector akan ganggu saya lagi lepas ni.

 

 

SURAT JAWAPAN BANK RNR KEPADA CIK LITA TENTANG ADUAN KEPADA BANK NEGARA

 

 

Cerita Hutang

Wa’alaikumussalam
 
Dari apa yang saya faham:
 
1) Bank TIDAK AKAN pursue legal action kerana dia tahu dia akan kalah kerana LIMITATION ACT
 
2) Bank telah mengeluarkan account dari program Agen kutip Hutang
 
3) Bank sekarang “open table” nak bincang secara direct untuk settle hutang.
 
So up to you to negotiate or question the account. Kalau settlement yang menasabah dan acceptable to you and the Bank, go ahead. Kalau nak tekan tekan then leave it as it is. Diaorang pun tahu adalah kesilapan diaorang tidak pursue dengan Penghakiman yang akan memberikan “extension” atas hak mereka mengutip hutang ini untuk 12 tahun lagi. Alhamdulillah, nevertheless a victory for you and a chance for other people to negotiate nicely.
 
Itulah bezanya tahu dan tak tahu hak kita disisi undang undang. Akhirnya Bank terpaksa mengalah dan balik kepada modal asal “masih berhutang dengan kami” dan hutang wajib dibayar dan sudah semesti boleh berbincang.
 
Izinkan saya share kes ini di Blog dan sudah semestinya details akan dirahsiakan. Surat menyurat pun saya rasa tak perlu disiarkan (siarkan jugak tapi edited kerana perlu kepada penjelasan dan kesinambungan cerita – :)) cuma bagitau intipati sahaja. Boleh?

 
Cerita Hutang

Boleh Encik Ammar. Terima kasih yer sebab banyak bagi nasihat. Berkenaan dengan hutang tu…saya serahkan pada adik saya kerana dia yang berhutang…


 

KESIMPULAN DAN APA YANG BOLEH KITA BELAJAR DARI KES INI.

1) Ketahui hak anda. Bukan galakkan orang tak bayar hutang tapi negotiate hutang asal tanpa faedah yang melampau. Sewa “simpan fail” ka? Bukan buat apa apa pun. Habis kuat check CCRIS atau CTOS sekali sekala. Tapi kalau check tak “nampak” kawan tu buat loan?

2) Polisi setiap Bank memang berbeza. Atas faktor kos guaman yang agak mahal memang bukan semua kena push dapatkan Penghakiman tapi adalah satu “good practice” (kalau ada budget tapi selalu Legal fees boleh bayar “lambat lambat” jadi sepatutnya tidak menjadi masalah kan? Loyar dia faham lah situasi ni. Biasanya nak bayar legal fees paling liat sekali. loyar nak marah tak boleh pulak nanti soru miss).

Kalau ada Penghakiman boleh extend 12 tahun lagi. Secara teorinya kalau kereta dah lelong dan sebelum luput tarikh 6 tahun failkan Saman dan dapatkan Penghakiman. Tambah 12 tahun lagi. Contohnya dalam kes ni boleh extend sampai tahun 2018. Bukan tak tahu dah luput had masa tapi guna taktik “untung sabut timbul untung batu tenggelam” gempaq “tindakan undang undang”. Dalam kes ni ia tidak dibuat jadi boleh dipersoalkan apasal tunggu lama sangat sampai luput had masa padahal ada ruang untuk extend. Ada juga kes Tuan Hakim atau Pendaftar atau Majistret akan tanya apasal lama sangat tunggu nak saman?

Bank guna pulak agen yang banyak kena komplen seantero Malaysia yang terkenal dengan sikap biadap. Tapi mungkin sebab “rekod cemerlang” dan “berkesan” jadi boleh “tutup sebelah mata”. Kalau kena komplen boleh kata “Kami akam menasihati agen kami supaya lebih berhemah dan telah mengeluarkan amaran keras”. Lepas tu guna agen yang sama.

Tapi taktik sedemikian memang macam sengaja cari masalah bagi “point” untuk kena komplen. Bila kena komplen baru nak mengaku ada sekatan Akta Had Masa dan masih “terbuka” untuk perbincangan yang sebelum ini ada Bank yang buat “pekak badak” untuk berbincang. Biasalah kan “you win some you lose some”. Kadang kadang kesilapan tu dari team collection yang lepas. Boss sekarang pulak kena pressure so “bedal” ajelah. Kalau “nasib baik” lepas. That is collection. I have been there before…:)

Untuk ulangkaji tentang AKTA HAD MASA 1953 dan melawannya di Mahkamah (jika cukup syaratnya) boleh rujuk kepada link ini:

https://www.ceritahutangbankdananda.com/2017/03/confession-lawan-hutang-lapuk-dengan-akta-had-masa-dan-bank-tarik-balik-kes/

Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

  1. Pingback: CONFESSION: LAWAN HUTANG LAPUK DENGAN AKTA HAD MASA DAN BANK TARIK BALIK KES | Cerita Hutang: Bank dan Anda