CONFESSION: LAWAN HUTANG LAPUK DENGAN AKTA HAD MASA DAN BANK TARIK BALIK KES

 

HUTANG DAH “BASI”. SUDAH MELEBIHI 6 TAHUN DARI TARIKH TUNGGAKAN BERMULA. BANK CUBA FAILKAN SAMAN ATAS ALASAN “TUNGGAKAN” BERMULA APABILA MEREKA MULA MEMBUAT TUNTUTAN PADAHAL KAD KREDIT TELAH DIGANTUNG DAN DITAMATKAN SEAWAL BULAN PERTAMA TUNGGAKAN DAN TIADA KAD BARU DIKELUARKAN YANG SECARA “EFFECTIVE” PENAMATAN PERJANJIAN TELAH PUN DILAKUKAN. INI BUKAN KES PERTAMA BERLAKU TETAPI BAGI KES YANG HAMPIR SAMA KEMENANGAN TELAH BERPIHAK KEPADA PEMINJAM.
DISCLAIMER/PENAFIAN:MACAM BIASA MESTI ADA DISCLAIMER ATAU PENAFIAN BAHAWA INI ADALAH BERDASARKAN KEPADA FAKTA DAN SITUASI SEBENAR DAN APA YANG DIPAPARKAN ADALAH MERUPAKAN HAK PEMINJAM UNTUK MEMBANTAH TINDAKAN BANK YANG TELAH LUPUT HAD MASA. BANK TELAH “MELEPASKAN” HAKNYA UNTUK MEMULAKAN TINDAKAN UNDANG UNDANG LEBIH AWAL SEPERTI MENDAPATKAN PENGHAKIMAN SECEPAT MUNGKIN ATAU SEKURANG KURANGNYA SEBELUM TEMPOH 6 TAHUN BERAKHIR DAN DAPAT “EXTENSION” SELAMA 12 TAHUN LAGI.
 
JADI APABILA TINDAKAN DILAKUKAN SETELAH BERBELAS MALAH PULUHAN TAHUN MAKA TIMBUL PERSOALAN ADAKAH INI ADIL LEBIH LEBIH LAGI TINDAKAN DIAMBIL KEATAS PEMINJAM YANG LANGSUNG TIDAK TAHU HAK MEREKA DAN RAMAI YANG KENA BANKRAP DAN LAIN LAIN TINDAKAN ATAS PERBUATAN YANG BOLEH DIKATAKAN “PUKUL CURI” SEPERTI INI.


JADI JANGAN NAK SALAHKAN SAYA PULAK MENDEDAHKAN PERKARA INI. BAK KATA OMPUTEH “YOU HAD YOUR CHANCE BUT YOU BLEW IT AND NOW YOU ARE HITTING BELOW THE BELT”

INI ADALAH SATU KES YANG SIMPLE DAN “STRAIGHTFORWARD” JIKALAU CUKUP SYARAT SYARATNYA BOLEH DIGUNAKAN SEBIJIK SEBIJIK. KALAU LAIN SIKIT BOLEH BINCANG SAMA SAMA. SEMUGA BERMANFAAT

 
Kali ini kita kongsikan satu kes dimana Akta Had Masa telah digunakan untuk melawan satu kes Kad Kredit yang telah luput had masa. Kemudahan Kad Kredit yang telah diambil pada 12/11/2001 dengan “Combined Credit Limit” RM3,000.00. Bayaran akhir bagi kad Visa ialah pada 14/11/2003 dan untuk Kad Master bayaran akhir dibuat pada 31/5/2010. Bank telah menfailkan SAMAN dan menuntut jumlah RM76,873.26 iaitu setelah hampir 14 dan 7 tahun yang sudah melepasi had masa yang dibenarkan oleh undang undang. Ikuti perbincangan saya dengan peminjam untuk menghadapi kes ini dibawah.

Kita namakan peminjam kita Encik Bukan Nama Sebenar dan Bank yang dilawan Bank XYZ. Saya paparkan kisah ini dalam bentuk “dialog” dan perbincangan yang sebenar supaya anda boleh tahu “flow” atau susunan cerita yang mana ia adalah perbincangan yang panjang dan banyak “ding-dong” bukan sesuatu yang mudah dan “straightforward” juga. Sebelum itu elok juga kita ulangkaji tentang peruntukan peruntukan yang ada dalam Akta Had Masa 1953 ini dan yang mana yang akan digunakan untuk membantah dan mengenepikan SAMAN dari Bank ini.

 

APAKAH AKTA HAD MASA 1953?

 
Akta Had Masa adalah Akta yang menghadkan beberapa tindakan undang undang kepada julat atau tempoh masa yang tertentu. Dalam bab hutang, ada dua julat masa yang telah ditetapkan iaitu:

 
1) Tidak boleh mengambil tindakan undang undang setelah berlangsung tempoh 6 tahun dari tarikh mula tunggakan iaitu tarikh mula Bank atau pemiutang boleh menjalankan tindakan undang undang dan “memenanginya” iaitu menfailkan SAMAN dan mendapatkan Penghakiman atas jumlah yang dituntut.
 
Ini diperuntukan dibawah Seksyen 6(1) seperti dibawah:
 

 
2) Setelah mendapatkan Penghakiman, Bank atau Pemiutang ada masa selama 12 TAHUN dari tarikh Penghakiman untuk melaksanakan TINDAKAN PENGHAKIMAN seperti Writ Penyitaan, Tindakan Garnisi, Saman Penghutang Penghakiman dan Bankrapsi seperti yang ditunjukkan dibawah:

 

Akan tetapi, perlu diingat bahawa pelupusan hak untuk bertindak kepada Penghutang ini ada syaratnya dan bukan SECARA AUTOMATIK iaitu MESTI dilawan atau dibantah ketika hari pendengaran kes SAMAN dan peminjam mesti mendaftar untuk hadir pada hari pendengaran kes dan mengemukakan bantahan pada hari tersebut.

 

NOTA: Jika Penghakiman telah dijatuhkan (maksudnya tak sempat nak bantah pada hari (1) diatas atau baru tahu) peminjam ada masa 30 hari dari tarikh Penghakiman untuk membuat bantahan.

Satu lagi perkara yang perlu diingat ialah jika pada bila bila masa selepas tamatnya tempoh had masa (1) dan (2) diatas, peminjam ada membuat bayaran kepada Bank atau Pemiutang maka tindakan boleh di”sambung” semula atas alasan Penghutang telah “mengakui” akan hutang tersebut:

 

 
Jadi perkara ini bukanlah satu perkara yang “straightforward” dan mudah. Ada Bank yang mengambil kesempatan keatas kejahilan peminjam atau peminjam yang telah berpindah atau “menghilangkan diri” menyebabkan Bank menghantar Saman ke alamat yang lama yang TIDAK AKAN diterima oleh Penghutang maka Penghakiman akan dibenarkan oleh Mahkamah atas alasan TIADA BANTAHAN atau Peminjam telah TIDAK HADIR untuk membantah.”

Akibatnya ada yang telah diBankrapkan atas jumlah asal hutang yang sedikit yang telah “membelon” sehingga puluhan malahan ratusan ribu Ringgit faedah yang dikenakan dan dikenakan tindakan keBankrapan. Contohnya seperti kisah En Idris dalam blog saya yang Tuan/Puan/cik semua boleh baca disini:
 
https://www.ceritahutangbankdananda.com/2015/07/kes-naya-diambang-kebankrapan-hutang-pokok-rm3000-faedahriba-ikut-pintu-belakang-rm53000-2/

 
Kalau sesiapa nak salinan Akta Had Masa 1953 ini, boleh download kat sini:

 


UNTUK DOWNLOAD, KLIK Akta Had Masa 1953 WARNA BIRU

 
Okay, bab yang berkenaan dengan Akta Had Masa 1953 dan dijelaskan dan kini kita ikuti proses yang telah dilalui oleh Encik BUKAN NAMA SEBENAR dalam menentang tindakan saman Bank XYZ. Ikuti soal jawab beliau dengan saya.
 

Cerita Hutang

Assalamualaikum Tuan,
 
Saya ingin mendapatkan pandangan, apakah yang perlu saya lakukan setelah saya mendapat surat lawyer ini. Surat ini untuk Penghakiman atau Kes Kebangkrapan? Adakah masih ada peluang untuk saya lawan dalam Had Masa? Saya ada lampirkan surat daripada lawyer tersebut.
 
Terima kasih


 

 

 

 

 

 

 


Cerita Hutang

Wa’alaikumussalam
 
Sila pergi ke Mahkamah dan failkan KEHADIRAN untuk tarikh 10 Oktober 2016. Pergi ke kaunter Mahkamah dan tunjukkan Writ Saman tu. Bayar yuran pendaftaran dan simpan resit. Maklumkan kepada Loyar Bank Tuan akan hadir. Ini kes lama ke? Bila tarikh akhir bayar? Kalau dah lebih enam tahun boleh lawan dengan had masa. Pergi daftar kehadiran dahulu kemudian boleh prepare untuk 10 Oktober 2016





Cerita Hutang

Terima kasih banyak-banyak Tuan membalas email saya. Saya akan pergi ke Mahkamah untuk failkan kehadiran tersebut. Kes ni dah lama. Lebih 6 tahun. Tarikh akhir bayar saya tak ingat. Dibawah ialah proses mendaftarkan dan mengesahkan KEHADIRAN di Mahkamah:


 

PROSES UNTUK PENGESAHAN KEHADIRAN DI MAHKAMAH KUALA LUMPUR, JALAN DUTA

 
1. Pergi ke Bahagian Biro Perkhidmatan Mahkamah Tinggi.
2. Ambil nombor untuk ke kaunter Pengesahan kehadiran Mahkamah
3. Setelah nombor dipanggil tunjukkan Surat yang difailkan oleh Loyer.
4. Kakitangan dikaunter akan memberi 2 borang yang perlu di isi iaitu Borang MEMORANDUM KEHADIRAN. Sila rujuk dilampiran “BORANG PENGESAHAN KEHADIRAN”
5. Setelah diisi kakitangan mahkamah akan suruh duduk sebentar untuk proses selanjutnya.
6. Bila dipanggil semula, tunjukkan “BORANG MEMORANDUM KEHADIRAN” untuk proses kemasukan data.
7. Setelah selesai kemasukan data, kakitangan mahkamah akan kepilkan dokumen untuk proses pembayaran. Sila rujuk dilampiran “DOKUMEN PENGESAHAN KEHADIRAN MAHKAMAH” – DOKUMEN 1.
8. Pergi ke BAHAGIAN KEWANGAN, MAHKAMAH SEKSYEN. Pergi ke kaunter bayaran & tunjukkan DOKUMEN 1 untuk pengeluaran DOKUMEN BAYARAN.
9. Apabila dokumen bayaran sudah dicetak “DOKUMEN 2”, ambil nombor lagi untuk pembayaran.
10. Seterusnya buat bayaran & Resit bayaran akan dikeluarkan “DOKUMEN 3”

 

Cerita Hutang

Proses saya mengesahkan kehadiran di Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. Tuan, minta jangan paparkan nama saya jika untuk rujukan orang lain.


NOTA: DOKUMEN DOKUMEN DIATAS ADA DITUNJUKKAN DIBAWAH SEBAGAI PANDUAN

 

 

 

 


Cerita Hutang

Saya ada menghubungi Bank XYZ untuk mintak penyata hutang tersebut. Pihak Bank XYZ telah email penyata yang terkini. Pihak Bank beritahu minta ke AKPK. Perlu ke saya ke AKPK? Daripada perbualan ditelefon dengan pegawai Bank tersebut, saya dapat serba sedikit maklumat berkenaan hutang tersebut.
 
1. Jumlah credit limit kad RM3,000.00 (Shared credit limit) Ada 2 kad kredit.
2. Jumlah terakhir bayaran pada 2012/2013
 
Penyata Bank XYZ seperti di lampiran.


 

 

Cerita Hutang

Tuan, kad kredit ini telah saya ambil pada 12/11/2001. Combined credit RM3,000.00. Untuk bayaran akhir kad Visa pada: 14/11/2003. Untuk kad master bayaran akhir 31/5/2010



Cerita Hutang

Terima kasih atas info. Of course saya TIDAK AKAN TUNJUKKAN nama Tuan. Boleh lihat post post saya dan grafik dalam Page dan Blog semua takde nama kalau ada pun nama KOO TIP HOO TANG. Nilah Bank yang menipu. Kad dah lama batal buat buat seolah seolah akaun masih “AKTIF”. Insya ALLAH kita cuba lawan. Nanti saya cari kes yang serupa dan argument argument yang diketengahkan. Bila Kad itu dikeluarkan?



Cerita Hutang

PEMBETULAN.. Jumlah terakhir bayaran adalah pada tahun *2002/2003*



Cerita Hutang

Ok. Alhamdulillah. Tarikh bayaran terakhir telah melebihi 6 tahun. Pada hari pendengaran kes nanti, minta kepada Majistret/Pendaftar untuk penangguhan masa sebab nak cari peguam kerana Tuan mahu melawan kes ini dan menfailkan Statement of Defence. Insya ALLAH Tuan akan diberi masa untuk berbuat demikian. skarang agak suntuk untuk menyediakan Defence. Kalau dia tanya apa defencenya katakan ia telah melebihi had masa.
 
Sebenarnya Tuan akan mewakili diri sendiri ke Mahkamah dan melawan kes ini secara sendiri. Loyar tidak akan sangka Tuan akan berbuat denikian kerana dalam 98% atau lebih semuanya “senang” aje dapat Penghakiman kerana defendan tidak hadir. Kita mahu “ajar” Bank Bank ini supaya tidak senang senang nak buli orang dengan faedah yang melampau.
 
Saya hanya cuba tolong dan saya bukan Loyar tapi saya tahu ada yang telah menang kes sebegini dan kita sama sama cuba menangani kes ini. Kalau Tuan baca Kes Encik Idries dalam Blog macam nilah tetapi dah sampai stage Bankrapsi. Bila dia lawan pandai pulak Bank bagi offer settle RM10K sahaja tetapi dah terlambat sebab dia dah kena Bankrap masa tu. Cuma saya minta jasa baik Tuan untuk merekodkan segala detail apa yang Tuan alami di Mahkamah supaya boleh menjadi panduan untuk orang lain. Itu sahaja yang saya minta.
 
Saya tidak boleh janjikan apa apa tetapi kita akan berusaha memberikan yang terbaik. Kalau Tuan rasa perlukan khidmat Loyar dipersilakan. Saya tak minta apa apa cuma memberi sumbangan amal jariah aje. Biarlah ALLAH yang menilainya. Berikan saya sedikit masa untuk mengumpulkan contoh contoh hujah yang akan digunakan.



Cerita Hutang

Terima kasih banyak-banyak diatas bantuan Tuan untuk guide saya dalam kes ini. Alhamdullilah… Allah tunjukkan jalan & kenalkan dengan Tuan. Sebelum ini saya beranggapan sudah tiada ruang atau jalan penyelesaian yang saya alami. Bertahun-tahun saya mencari jalan penyelesaiannya…
 
Tuan, boleh saya tahu, berapa caj bayaran lawyer kalau saya ambik untuk defence diri saya?
 
Kes En. Idries tu dia lawan sendiri atau guna khidmat lawyer? Saya rasa, hendak menggunakan Tuan punya argument yang boleh digunakan semasa perbicaraan. Insyallah saya akan membuat sumbangan keatas Tuan nanti. Saya bermula dengan guide Tuan & amat memerlukan lagi khidmat Tuan seterusnya..
 
Saya hendak cuba dahulu defence diri saya sendiri. Semoga Allah akan membuka jalan & memberi kekuatan lagi untuk saya berhadapan di Mahkamah nanti. Saya tidak berpuashati diatas caj yang tak masuk akal & kes pun dah terlalu lama…



Cerita Hutang

Sama sama. Caj Loyar ni subjektif. Cubalah tanya. Kalau setakat lawan dengan statement of defence mungkin murah kut. Kalau berlanjutan sampai full trial (yang saya fikir tidak). Tentang Website saya “slow” ni memang saya cuba cari penyelesaian sebab ia banyak grafik. Saya pun tengah belajar pelan pelan untuk improvement. Terima kasih. Thread ini boleh membantu sebab ia sebijik macam kes Tuan.
 
http://www.lawyerment.com/answers/questions/10228/mycredit-card-fight-with-af-bank?g=1#tab-top



Cerita Hutang

Tiada Tuan. Hanya itu sahaja saya ada. Surat yang saya dapat pun itu sahaja berkenaan kehadiran ke Mahkamah. Saya dapatkan penyata yang terkini melalui email yang telah diberi oleh Bank XYZ. Itu pun kalau tidak dia nak caj. Untuk mendapatkan butiran penyata mengenai pembayaran bulanan akan dicaj mengikut bulanan yang saya kehendaki. Saya tidak mintak penyata tersebut.
 
Butiran serba sedikit ada saya rakamkan semasa perbualan ditelefon dari Bank XYZ. Surat-surat dari Bank, lawyer sebelum ini saya tidak pernah dapat. Mungkin disebabkan saya tidak update. Kecuali awal tahun ini saya update di CTOS untuk mengetahui status saya. Daripada maklumat CTOS yang terkini mereka dapat alamat saya.



Cerita Hutang

Itu saja ke tuan? Takda Notis Tuntutan yang detail seperti bila tarikh mula kredit kad dan sebagainya?



Cerita Hutang

Ok, Tuan… Saya akan pergi ke Mahkamah minggu depan. Bagaimana dengan hujah-hujah yang saya akan kemukakan untuk defence diri saya?



Cerita Hutang

Ok. Kita follow skrip yang biasa. Bila Majistret tanya mengaku atau tidak atas tuntutan, katakan Tuan nak cari Loyar dulu kerana mempertikaikan jumlah dan pernyataan Tuntutan yang tidak lengkap dan tindakan yang telah melampaui had masa. Kalau baca thread Lawyerment yang saya bagi tu memang sebijik macam kes Tuan dan Bank XYZ kalah kes tu.



Cerita Hutang

Tuan, saya telah hadir pada hari ini di Mahkamah. Pihak pendaftar kehakiman telah mendapati ada keraguan disebabkan plaintif telah memfailkan keingkaran. Sungguh tak masuk akal, padahal saya telah menfailkan kehadiran tersebut pada 27/9/16 & saya telah telefon pihak Loyar pada hari tersebut yang saya akan hadir pada hari ini 10/10/16 & saya telah hadir.
 
Pihak pendaftar menolak keingkaran itu & memberi saya 2 minggu untuk defence & cari lawyer bagi pihak saya. Sebutan kes seterusnya pada 24/10/2016 jam 9.00am. Saya memberitahu pendaftar bahawa saya nak defence berkenaan saman yang tidak lengkap & had lebih masa.
 
Semasa saya keluar tadi loyer tu tanya ada bincang dengan pihak Bank ke? Saya cakap, Bank suruh ke AKPK. Selepas itu saya beritahu lagi, tak apa saya akan ke Mahkamah jugak untuk kes ini. Apa tindakan saya seterusnya & bagaimana saya hendak memfailkan defence saya..



Cerita Hutang

Assalamualaikum. Sorry lambat reply. Saya keluar tadi. Taktik failkan penghakiman ingkar tu memang selalu diaorang buat. Kalau Tuan takde bukti resit dan tak protes tadi memang kena naya. Taktik suruh pergi AKPK ialah jalan mudah supaya Tuan MENGAKUI hutang tersebut dan Bank akan dengan senang hati bagi “diskaun” contohnya 50%. Untung banyak lagi atas benda yang dah basi.
 
Untuk prepare defence, Tuan kena dapatkan teks penuh saman tersebut. Minta Dengan Loyar kalau boleh secara bertulis supaya ada bukti kalau dia tak mau bagi.
 
Kita kena prepare dan failkan sebelum tarikh pendengaran kes.



Cerita Hutang

Adakah teks yg ini, seperti dilampiran. Ada lagi beberapa mukasurat saya tak scan. Nanti saya scan & email kepada Tuan. Tuan boleh rujuk dilampiran..Saya sertakan surat saman berserta writ saman tersebut.
 
Saya dapati pada writ saman tersebut tidak dinyatakan bila tarikh kad diluluskan dan bila tarikh akhir bayaran tidak dinyatakan. Hanya jumlah yang terkini sahaja yang dinyatakan.
 
Berkenaan surat perjanjian asal kad kredit tersebut, saya tak ada menyimpannya. Tuan, kad kredit ini telah saya ambil pada 12/11/2001. Combined credit RM3,000.00. Untuk bayaran akhir kad Visa pada: 14/11/2003. Untuk kad Master bayaran akhir 31/5/2010
 
Selepas Penyataan Pembelaan & Notis Bertindak Sendiri, apakah langkah yang seterusnya. Adakah saya perlu pos surat tersebut kepada Loyar Bank XYZ? Notis Penyataan Pembelaan & Notis Bertindak Sendiri perlu di failkan
di Mahkamah semula ke?



 
Cerita Hutang

Hari tu Tuan dah bagitau nak cari Loyar kepada Pendaftar. Untuk memfailkan pembelaan biasanya Loyar yang akan buat jadi sebab Tuan nak lawan sendiri, kena failkan Notis Bertindak Sendiri. Jadi bila Pandaftar tanya nanti katakan tak mampu nak cari Loyar jadi buat sendiri. Mana dapat tahu? Saya belajar dari internet.
 
Bila dah confirm kandungan Statement of Defence, kena failkan sebelum tarikh pendengaran sekali dengan Notis Bertindak sendiri. Sediakan 4 salinan (to play safe) untuk meterai Mahkamah. Satu salinan Mahkamah simpan, satu bagi kat Bank atau Loyarnya dan 2 lagi salinan untuk Tuan. Loyar akan menjawab pembelaan dengan alasan mereka yang kita sudah maklum seperti dalam link lawyerment tu dan mungkin akan ditetapkan tarikh pendengaran seterusnya.



Cerita Hutang

Yang salinan meterai mahkamah untuk Bank/Loyar itu, kena bagi by hand masa perbicaraan 24/10/16 atau kena pos berdaftar? Berkenaan limit kad adalah rm3,000.00 untuk 2 kad tersebut iaitu combined kad. Jika saya guna master RM2,000.00, maka visa akan ada RM1,000.00 untuk digunakan. Untuk failkan pembelaan & notis bertindak sendiri saya kena daftar ke Mahkamah semula atau tunggu sahaja kehadiran pada 24/10/16.



Cerita Hutang

Assalamualaikum
 
Kawan Loyar saya dah tengok dan kata the SOD is OK. Cuma pada saya kena tambah secara specific limit bagi kedua dua kad tersebut adakah RM3K setiap satu atau combined credit limit. Failkan Notis Bertindak sendiri dan Penyataan Pembelaan dan serve Penyata Pembelaan (tak perlu meterai Mahkamah, cuma tandantangan) pada hari yang sama.
 
Pastikan wakil Loyar sign dan chop salinan Penyataan Pembelaan sebagai bukti penerimaan. Prepare 4 salinan dan double check dengan kerani dikaunter berapa keping yang kena didaftarkan. Saya expect mereka akan menggunakan klausa 20(2) dalam agreement (saya attach pdf) tetapi saya tidak pasti agreement tahun 2001 ada atau tidak klausa seperti itu. Takpa, study agreement tu dan prepare argument yang ada dalam thread hari tu.
 
Lebih kurang sama aje. Saya juga attach Limitation Act dan hafal atau fahami section 6(1). Sebelum fail sila beri final draf untuk semakan bersama dan saya mintak tolong Tuan detailkan event yang berlaku supaya kita boleh kumpulkan sebagai panduan am bagi orang lain. Selamat maju jaya dan menjadi “Loyar terjun” and defend yourself against Bank yang cuba “main kut belakang. Failkan saja. Tak perlu daftar kehadiran dah. Itu sudah menunjukkan yang Tuan akan hadir



Cerita Hutang

Tuan, maknanya saya hadirkan diri pada 24/10/16 dan bawa NOTIS BERTINDAK SENDIRI & PENYATAAN PEMBELAAN. Selepas itu saya kena tanya kerani berapa keping untuk didaftarkan. Seterusnya saya kena dapatkan tandatangan dari Loyar Bank pada penyataan pembelaan pada 4 salinan tersebut. Bagaimana ruangan kosong bahagian atas tu. No guaman. Adakah no fail kes tersebut ?
 
1. No fail guaman saya nak siap-siap taip sekali ke ?
2. Salinan pembelaan yang hendak diberi pada Loyar Bank melalui pos berdaftar atau by hand?



Cerita Hutang

Assalamualaikum
 
1) No guaman ialah no kes yang tertera di Saman
2) Failkan Notis Bertindak Sendiri dan Pembelaan pada hari Isnin ini. Dapatkan resit penerimaan dan bayaran
3) Salinan Pembelaan yang telah ditandatangani serah pada Loyar. Make sure dia acknowledge receipt. Tak perlu tunggu sealed copy Mahkamah. Hantar pada hari yang sama.
4) Hadirkan diri pada 24/10/2016. Loyar Bank akan minta masa untuk reply dan Pendaftar/Majistret akan tetapkan tarikh pendengaran kes. Prepare dan baca bab 6(1) Akta Had Masa dan respon Loyar Bank tentang pembelaan.
 
Sebelum file, email draft untuk review sekali lagi



Cerita Hutang

Assalamualaikum Tuan,
Saya lambat untuk email kepada Tuan perubahan tersebut. Saya akan ke Mahkamah esok untuk failkan. Bersama ini fail yang saya ada buat perubahan sedikit. Mintak Tuan semak sebelum saya failkan.
 
1. Cover letter kepada Loyar Bank
2. Penyataan Pembelaan
3. Notis Bertindak Sendiri


 

COVER LETTER KEPADA LOYAR BANK

 

 

PENYATAAN PEMBELAAN

 

 

 

NOTIS BERTINDAK SENDIRI

 


Cerita Hutang

1) Taip siap siap.
 
2) Deliver BY Hand. Kalau boleh buat covering letter supaya senang buat acknowledge receipt.



Cerita Hutang

Surat Cover letter ke Loyar Bank. Boleh ke macam ni.




Cerita Hutang

Cuma covering letter tu tak payah bagi Notis Bertindak sendiri. Itu untuk filing aje. Kalau nak letak ayat ” Sila akui penerimaan surat ini dan Penyataan Pembelaan yang dikepilkan (ubah ayat secukup rasa) boleh juga. Make sure diaorang cop “received” sign dengan nama dan masa. Detailkan proses pemfailan dan serahan kepada peguam. Saya doakan supaya ALLAH memudahkan segala urusan Tuan. Amin
 
Pada saya tidak perlu bubuh Aturan 10 tu. Just be plain and simple. Jangan make it appear kita being “too smart”. They will be more prepared. Better dia hantar junior loyar daripada hantar senior one kalau dia fikir kita ada kelebihan.



Cerita Hutang

Tuan, perkara yang saya perlu buat hari ini ialah:
 
1. Failkan dokumen Penyataan pembelaan bersama Notis Bertindak Sendiri di Mahkamah. Saya sediakan 4 salinan.
 
2. Setelah selesai failkan, hantar salinan (penyataan pembelaan) ke Loyar Bank bersama cover letter penerimaan keatas loyar Bank tersebut.
 
3. Tunggu untuk kehadiran pada 24/10/16 untuk perbicaraan.
 
Betul ke Tuan…



Cerita Hutang

Betul. Salinan untuk Loyar tidak perlu difailkan dan tidak perlu meterai Mahkamah. Itu menurut kawan Loyar saya bagitau. Try to look and speak as “innocent” as possible. Argue when the time comes. Buat bodoh aje.



Cerita Hutang

Saya sudah failkan notis bertindak sendiri & penyataan pembelaan (kerani scan dan simpan dalam sistem filing. Bayaran pun sudah dibuat sebanyak rm18 untuk 1 helai notis bertindak sendiri & 2 helai penyataan pembelaan. Selepas ini saya hendak betulkan cover letter tersebut & bagi ke Loyar Bank bersama penyataan pembelaan..



Cerita Hutang

Basically dia sedang memberi beberapa idea untuk menjawab pembelaan tersebut iaitu kegagalan untuk update info terkini. Dalam undang undang adalah memadai untuk mengeposkan apa jua surat menyurat kealamat terakhir dan kalau Bank itu bijak sepatutnya sebelum had masa luput, boleh saja dapatkan Penghakiman dan extend validity selama 12 tahun lagi.
 
Pada saya proceed dengan pendengaran kes. Bank akan panik kerana sudah ada dua yang melawan dan menang (yang saya tahu) dan kita harap dengan izin ALLAH kes ini menang, mereka tidak sewenang wenangnya menyaman peminjam yang telah luput masa dan membankrapkan mereka seperti yang terjadi kepada En idris. Last minit baru nak offer RM10K tapi sudah terlambat.
 
Mereka mengharapkan Tuan pergi ke AKPK (dan mengakui hutang) dan mereka masih dapat untung kalau bagi diskaun RM50K sekalipun. Rugi sebenar yang dilapurkan kepada Bank Negara pada saya tak sampai RM5K pun. Terpulang pada Tuan kerana Tuan boleh tengok betapa jarangnya orang yang melawan dan Loyar selama ini banyak kerja senang “letak fail ambik fail” dan menang tanpa bertanding.
 
Satu lagi, mengemukakan proposal adalah satu langkah mengakui hutang yang banyak tu. Boleh digunakan against you in court jika rundingan tidak berjaya. Ungkapan “dia boleh menasihati anak guamannya” tu boleh juga menasihati supaya withdraw case takpun seolah olah Bank nak dengar cakap dia. Dalam kes En idris, manager tak mau dengar nasihat Loyar dan berkeras nakkan RM30K++ until dia dan Loyar panik bila En Idris nak buat rayuan ke Mahkamah Agung. Tapi his earlier mistake MAY HAVE cost him the case.



Cerita Hutang

Tadi semasa hantar fail penyataan pembelaan, Loyar Bank ada berbincang dangan saya. Dia bagi tau jarang defendant datang office diaorang. Dia puji saya datang jumpa diaorang. Daripada perbincangan itu, dia suruh kemukakan proposal kepada Bank XYZ. Sama ada mintak pengurangan atau bayar prinsipal sahaja atau apa sahaja, dia suruh kemukakan pada cadangan tersebut. Dia tanya lagi, sepatutnya updated alamat & no terkini supaya Bank mudah untuk berurusan. Loyar tu juga ada bagi tau prosedur-prosedur seterusnya. Dia cakap kalau dapat diselesaikan diluar Mahkamah lagi bagus. Kalau ada jalan untuk penyelesaian diluar Mahkamah dia boleh menasihati anak guamannya. Pada pendapat Tuan, kenapa apakah perlu saya lakukan seterusnya ?
 
Tuan, saya akan meneruskan perbicaraan ini… Pada saya, jika saya ditakdirkan menang kes ini untuk dijadikan pengajaran pada Loyar Bank tersebut serta dapat menambah lagi Defence yang berjaya melawan kes tersebut dengan bertindak sendiri. Untuk fakta yang Tuan bagi “dalam undang undang adalah memadai untuk mengeposkan apa jua surat menyurat kealamat terakhir dan kalau Bank itu bijak sepatutnya sebelum had masa luput, boleh saja dapatkan Penghakiman dan extend validity selama 12 tahun lagi” dalam Seksyen berapa atau sememangnya ada dalam terma-terma & syarat perjanjian kad tersebut. Proposal yang mereka suruh buat itu, saya tak akan buat. Saya akan gunakan pada plan B, seandainya tidak memihak kepada saya untuk kes sekarang.
 
Daripada perbincangan dengan Loyar semalam, point yang saya nampak adalah kenapa tak updated maklumat saya ke Bank & Loyar cakap sebagai orang islam kena bayar hutang. Saya ada juga bagi tahu, bahawa saya tiada pendapatan tetap. Hanya kerja freelance (buat programming & design – lebih kepada IT) & banyak masa menguruskan anak-anak (Mr. Mama). Saya beritahu, isteri yang menanggung saya..
 
Sekarang, saya berada di Mahkamah. Adakah saya kena datang tempat yang sama untuk pendengaran kes. Hari tu pendaftar bagi tahu pukul 9am. Saya sampai pukul 9am, sampai sekarang pukul 9.40 masih tak ada dipaparkan diskrin. Betul ke tempat yang saya kena datang. Risau takut salah tempat untuk pendengaran kes…
 
Saya sudah terlepas tadi untuk pendengaran kes. Tersilap tempat saya pergi. Tapi tadi saya ada berjumpa Loyar Bank, dia bagi tahu seterusnya pada 7/11/16 jam 9am. Adakah saya perlu buat surat untuk ketidak hadiran hari ini?



Cerita Hutang

Alhamdulillah. Sebab kes dah ada dalam fail jadi tidak ada masalah. Next time make sure pergi ke bilik yang betul. Tanya kerani Mahkamah. Saya baru lepas minum dengan Loyar. Dia kata dia pun kena tanya jugak di Mahkamah tentang lokasi pendengaran kes.



Cerita Hutang

Tuan, tadi Bank XYZ ada telefon saya. Saya cakap tak free sekarang.. Petang nanti dia nak telefon semula. Apakah perkara yang dia hendak beritahu saya? Apakah perlu saya melayan panggilan dari Bank tersebut?



Cerita Hutang

Layan aje call tu. Tengok apa dia nak. Nak offer lower settlement ka apa ka. Don’t commit anything sebab perbualan mungkin dirakam. Katakan since benda dah masuk court why don’t kita proceed aje because dah banyak ruling in favour of borrower. Kalau tak berjaya pun ada banyak lagi peluang untuk appeal. You tak pakai Loyar jadi kos hanyalah masa dan tambang so just go with it.



Cerita Hutang

Assalamualaikum Tuan,
Hari ini seperti biasa saya menghadiri perbicaraan kes di Mahkamah. Saya sampai di Mahkamah lebih kurang pukul 8.30am. Pukul 9.00am saya masuk ke bilik Mahkamah. Saya lihat ada beberapa orang loyer keluar masuk dibilik berkenaan. Yang ada kelihatan defendan yang hadir saya dengan seorang lain untuk kes dia.
 
Saya duduk & tunggu Loyar Bank datang sampai pukul 9.40am. Tetapi Loyar Bank tak juga muncul. Saya bertanya pada kerani di Mahkamah saya tak boleh tunggu lagi, ada hal lain nak uruskan. Dia cakap ok & saya tinggalkan no telefon pada borang kehadiran. Saya pun keluar dari bilik Mahkamah. Pada pukul 9.45am saya dapat panggilan daripada Loyar Bank dia cakap datang. Dalam masa yang sama dia bagi tau NAK TARIK KES & TAK PERLU DATANG MAHKAMAH LAGI. Saya cakap dengan Loyar tersebut ok.
 
Adakah Loyar tersebut menarik kes untuk sementara waktu atau Loyar Bank ingin tutup kes. Apakah tindakan saya selanjutnya….Maaf.. PEMBETULAN..Pada pukul 9.45am saya dapat panggilan daripada Loyar Bank dia cakap tak datang. Untuk penyataan pembelaan saya Loyar Bank pun tak menjawab penyataan tersebut..



Cerita Hutang

Assalamualaikum Tuan. apa perkembangan terbaru kes Tuan?



Cerita Hutang

Assalamualaikum. Maaf Tuan baru bukak email petang tadi. Ada hal yang perlu diuruskan. Mungkin Bank tak mahu “kekalahan” menjadi contoh kepada orang lain dan kena bayar kos. Kalau nak withdraw mereka akan withdraw secara rasmi dan inform Tuan.



Cerita Hutang

Kalau berasa nak lawan dengan Loyar lain kita hanya perlu buat benda yang sama dan file defence. Apa pun ia adalah kejayaan bagi Tuan dan orang lain pada masa akan datang. Kena follow up dengan Loyar on this matter. Bank tak call?



Cerita Hutang

Waalaikumsalam…
Maknanya fail kes saya dekat Bank masih belum tutup lagi. Seandainya Bank nak failkan kes semula di Mahkamah adalah dibenarkan. Betul ke pandangan saya? Adakah kemungkinan Bank akan failkan semula di Mahkamah melalui Loyar yang lain? Atau Bank akan tutup kes sahaja? Untuk makluman Tuan, Bank tiada menghubungi saya lagi setakat ini. Pada awal minggu lepas ada menghubungi saya. Saya layankan sahaja panggilan tersebut… Pihak Bank atau Loyar akan memberikan makluman mengenai penarikan kes tersebut ke?



Cerita Hutang

Assalamualaikum Tuan. apa perkembangan terbaru kes Tuan?



Cerita Hutang

Waalaikumsalam…
Tuan, saya masih belum mendapat apa-apa maklumbalas sama ada daripada Loyar & Bank. Semenjak Loyar hari itu beritahu dia nak tarik kes, sampai sekarang tiada perkembangan daripada mereka..



Cerita Hutang

Assalamualaikum Tuan. apa perkembangan terbaru kes Tuan?



Cerita Hutang

Waalaikum salam.. Maaf Tuan lama saya tak reply. Sebenarnya saya masih menanti sehingga ke hari ini seandainya pihak Bank atau Loyar akan menghantar surat kepada saya. Tetapi sehingga hari tiada perkembangan dari pihak mereka. Selepas beberapa minggu Loyar tarik diri kes ini, saya ada menghubunginya dan bertanya kes ini. Loyar cakap memang dia dah tarik diri kes ini.
 
Selepas ini saya hendak check pada CTOS, ada tak kes ini dalam report CTOS. Memandangkan sebelum ini tiada apa-apa kes dalam CTOS tu. Kalau Tuan nak share pada orang lain, saya tiada masalah & benarkan. Cuma jangan highlight nama saya. Setelah saya renungkan kembali kes ini, saya dapat kesimpulannya ialah kena berani hadapi kes ini walaupun pada mulanya saya beranggapan sudah tak ada peluang atau tiada masa depan lagi.
 
Terima kasih banyak-banyak Tuan, telah membantu saya & Allah telah mengerakkan hati Tuan untuk membantu saya ketika itu. Jasa Tuan akan saya kenang sampai bila-bila. Nasihat Tuan agar saya hantar sendiri salinan surat kepada Loyar adalah satu tindakan yang betul sebenarnya. Saya dapat berbincang dengannya disamping saya mencari jalan keluar untuk kes ini berdasarkan fakta-fakta yang saya ada kumpulkan. Pada hemat saya Loyar manusia dan saya pun manusia, apa nak takut atau bersalah untuk berbincang dengannya.
 
Setakat hari ini perkembangan yang saya ada adalah seperti itu. Bila Tuan ada kelapangan, saya boleh jumpa..Kalau ada perkembangan lain saya akan maklumkan. Terima kasih lagi sekali kat Tuan, saya doakan semoga Tuan dipermudahkan mendapat rezeki yang lebih bernilai serta diberkati. Amin…


Itu dia Tuan Tuan, Puan Puan, Cik Adik dan Cik Abang satu “perjalanan” yang “jauh” untuk sampai ketahap ini. Banyak tenaga telah dicurahkan disini termasuk menyediakan artikel ini. Semuga sesiapa yang mengalami situasi yang serupa boleh mengambil manfaat. Kalau ada apa apa masalah boleh berhubung dengan email blog di codetyco@ceritahutangbankdananda.com atau boleh saja membuat pertanyaan atau membuat rujukan di:
 
http://www.lawyerment.com/answers/questions/10228/mycredit-card-fight-with-af-bank?g=1#tab-top

Kita buat sesi ulangkaji pulak…
 

ULANGKAJI

 
Kalau anda rasa tindakan Bank telah melebihi had masa, sila pastikan perkara perkara berikut dan syarat syarat berikut telah dipatuhi:
 
1) Bayaran terakhir telah melebihi 6 tahun dari tarikh Bank membuat tindakan SAMAN. Bagi kes Sewa Beli Kereta, tarikh selepas kereta dilelong dan tiada bayaran dan tuntutan dibuat selepas enam tahun dan tiba tiba Bank SAMAN anda buat tuntutan.
 
2) Kalau ada Penghakiman, pastikan pelaksanaan Penghakiman telah melepasi 12 TAHUN dari tarikh Penghakiman. Dalam bab ini, jarang berlaku tetapi mungkin boleh berlaku. Kita tumpukan kepada kes SAMAN sebab ia lebih “mudah”.
 
3) TIADA BAYARAN atau cadangan bayaran dalam tempoh 6 tahun tunggakan atau selepasnya lebih lebih lagi YANG BERTULIS yang boleh digunakan oleh pihak Bank untuk mengenepikan bantahan Had Masa kerana telah MENGAKUI akan hutang yang dah luput masa tersebut.
 
4) Bila dapat SAMAN dan syarat syarat (1), (3) telah dipenuhi, boleh isi borang kehadiran seperti yang telah diceritakan diatas
 
5) Tiba tarikh pendengaran kes, minta penangguhan dan katakan anda hendak membantah SAMAN tersebut samada melalui Loyar atau bertindak sendiri.
 
6) Selepas mendapatkan penangguhan, sediakan dokumen dokumen berikut:
 
(a) Notis Bertindak sendiri
(b) Penyataan Pembelaan
(c) Surat makluman kepada Loyar

 

NOTIS BERTINDAK SENDIRI

 

 
DOWNLOAD DISINI:

 

PENYATAAN PEMBELAAN

 

 

 
DOWNLOAD DISINI:

 

SURAT MAKLUMAN KEPADA LOYAR

 

 
DOWNLOAD DISINI:

Disini ada satu kes yang dah luput had masa mengikut AKTA HAD MASA 1953 tetapi Bank guna Agen Kutip Hutang kerana tahu tak boleh ambil tindakan undang undang lagi:

https://www.ceritahutangbankdananda.com/2017/03/kes-hutang-lapuk-kereta-akhirnya-bank-mengaku-tak-boleh-ambil-tindakan-undang-undang-lagi-mengikut-akta-had-masa/

 

NOTA: SAYA INGIN MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PARA “AVENGERS” DI LAMAN WEB http://www.lawyerment.com/answers/ YANG SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG MENYUMBANG KEPADA FAKTA FAKTA DAN RUJUKAN KEPADA KES INI. BAK KATA OMPUTEH, “GIVE CREDIT WHERE CREDIT IS DUE”. APA YANG DIPAPARKAN DISINI ADALAH JUGA ATAS USAHA ANDA SEMUA DAN TELAH CUBA SAYA GUNAKAN BAGI KES INI DAN MEMINTA JASA BAIK TUAN BUKAN NAMA SEBENAR UNTUK MEMBERIKAN BUTIR BUTIR TERPERINCI PROSES PROSES YANG BELIAU TELAH LALUI DAN CONTOH CONTOH DOKUMEN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SUPAYA BOLEH MENJADI PANDUAN YANG LENGKAP BAGI MEREKA YANG MENGHADAPI MASALAH YANG SAMA DAN PENYEDIAAN MENJADI ‘LOYAR TERJUN”

Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

  1. Salam

    Encik mohon pandangan.
    Akta ni diguna pakai utk singer ker?
    Selepas arwah ayah saya meninggal,pihak pemiutang dr singer menuntut hutang sbyk rm3k utk hutang pd thn 1996.Alasannya tidak dapat menghubungi arwah ayah saya sblm ini.Boleh pula cari bila dah meninggal.Pemiutang mengugut utk kami membuat pembayaran dlm tempoh masa tertentu utk elakkan bw kes ke mahkamah.
    Dan kos 3k itu utk cover kos kerugian selama ini dan kos guaman.Jika kami tidak jelaskan waris terdekat akan dibawa ke mahkamah.Apakah hak kami utk kesahihan hal ini,jika benar perlukah waris byr kos2 kerugian dan kos guaman selain dr kos brg tersebut saja.
    T.kasih

    • Wa’alaikumussalam Za

      akta ini boleh diguna untuk sebarang jenis perjanjian MELAINKAN yang melibatkan pihak KERAJAAN. Syaratnya ia mesti dilawan diMahkamah apabila pihak yang menuntut menfailkan SAMAN dan kes telah luput had masa seperti yang ditetapkan. Dalam tindakan undang undang pihak yang menuntut hanya perlu menghantar notis kepada alamat terakhir yang diketahui seperti didalam perjanjian dan ia sudah memadai seperti ia telah “disampaikan” jadi alasan “tidak boleh dihubungi” tidak boleh diterima.

      Nak bawa kes ke Mahkamah atas dasar apa? Adakah simati mempunyai harta yang banyak dan ada pentadbir yang dilantik untuk menguruskan harta beliau? Biasanya harta simati akan dibahagi bahagikan mengikut kuasa yang diberikan oleh Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil. Kalau nak tuntut boleh tuntut dengan Pentadbir harta tetapi ia akan memakan masa dan bukan sesuatu yang mudah. Kena keluar belanja guaman lagi. Cakap dengan diaorang tak payah nak cerita temberang bagai dan cuba cari jumlah bayaran yang adil supaya hutang arwah boleh diselesaikan tanpa kos kos temberang yang melampaui batas.

    • Wa’alaikumussalam Mashe

      Boleh. Syaratnya hutang dah luput had masa dan Courts Mammoth manfailkan saman selepas tempoh yang ditetapkan dan boleh lawan di Mahkamah. Masalahnya Courts Mammoth jarang saman sebab kos guaman agak tinggi berbanding dengan baki hutang.

  2. saya hendak bertanya jika saya ditelefone oleh lawyer tentang saman saya keatas moto yang diguna atas nama saya yang saya sudah tidak ingt bila tarikh last bayaran mungkin tahun lepas 2016 macam mana harus saya lakukan. saya sekarang amat lah tidak mampu membayar kerana saya ibu tunggal budak yang amik moto tu pon senyap dan tidak dapat dihubungi lagi. apa yang harus saya lakukan

  3. Pingback: KES HUTANG LAPUK KERETA. AKHIRNYA BANK MENGAKU TAK BOLEH AMBIL TINDAKAN UNDANG UNDANG LAGI MENGIKUT AKTA HAD MASA | Cerita Hutang: Bank dan Anda