MENJAWAB “SERGAHAN” DARI AGEN KUTIP HUTANG 2 Comments


ASSALAMUALAIKUM. KALI NI SAYA KONGSIKAN SATU KOMEN DARI SEORANG AGEN KUTIP HUTANG YANG SUNGGUH “BERSOPAN SANTUN”. BAGI SALAM TIDAK, HELLO PUN TIDAK, “KU TANYA APA KHABAR’ PUN TIDAK. MAIN “SEMBUR” MACAM TU AJE. KALAU LELAKI KITA KIRA “BIASA” ATAU “EXPECTED” TAPI YANG INI PEREMPUAN. “TERKEZUT” JUGAKLAH. MARAH BEBENO NAMPAKNYA. KITA TAK MAHU BERBURUK SANGKA TAPI MACAMANA AGAKNYA BELIAU HANDLE “CUSTOMER” BELIAU? SAYA ULANGTAYANG JAWAPAN SAYA KEPADA “SERGAHAN” BELIAU SUPAYA BOLEH MENJADI PANDUAN BAGI AGEN AGEN DILUAR SANA YANG MERASA TERTEKAN DENGAN PENDEDAHAN YANG TELAH DILAKUKAN.
 

 

KOMEN BELIAU ADALAH SEPERTI BERIKUT:

 
kau ni menutup periuk nasi org je bro org yg buat keje halal hanya kutip hutang tu xsalah ape2,yg salah tu penghasut dan ajaran sesat mcam lu ni bro (hutang wajib dibayar sebelum tinggalkan muka bumi) lu simpan la tips2 ajaran sesat lu bro…chill
 

JAWAPAN SAYA:

 
Assalamualaikum Zalila / Nadia

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih atas maklumbalas Cik/Puan/Saudari. Saya rasa Cik/Puan/Saudari masih baru dalam bidang kutip mengutip hutang ini dan saya perlu menjelaskan beberapa perkara yang telah dibangkitkan dalam “luahan perasaan” Cik/Puan/Saudari.

Sila baca dulu “disclaimer” yang saya katakan dalam salah satu Blog post saya di https://www.ceritahutangbankdananda.com/2015/10/pendedahan-eksklusif-bahagian-1-cerita-agen-pengutip-hutang-debt-collection-agency/ yang berbunyi begini:

 

“Pertama sekali saya ingin menegaskan bahawa saya bukan anti Agen Pengutip Hutang secara total atau mutlak tetapi saya tidak bersetuju dengan cara yang digunakan oleh kebanyakan mereka yang agak keterlaluan iaitu mengada adakan cerita yang tidak benar atau mengugut dengan “tindakan undang undang” yang mereka sendiri tidak boleh lakukan. Kita faham bahawa kadang kadang hanya dengan cara ini Penghutang akan “tersedar dari tidur” tetapi pada saya matlamat tidak menghalalkan cara.
 
Meminta hutang dengan cara yang profesional juga berkesan kerana apabila “batu bertemu atau berlaga dengan batu” akan terjadi “spark” atau percikan api. Sama sama panas maka akan berlaku kebakaran. Paksaan boleh mendatangkan kesan atau perolehan yang negatif lebih lebih lagi untuk hutang lapuk. Mungkin ada yang pernah mendengar cerita bahawa angin tidak berupaya “memaksa” seseorang membuka bajunya tetapi matahari boleh dengan “memanaskan”nya secara perlahan lahan.
 
Oleh itu pendedahan ini perlu supaya Agen Kutip Hutang boleh beroperasi dengan lebih berhemah dan profesional dan tidak sewenang wenangnya menakut nakutkan orang dengan ugutan ugutan yang kosong dan menghentikan penyamaran sebagai “peguam”, “pegawai mahkamah” dan juga “pegawai bank” yang menyalahi undang undang dan Garis Panduan AMALAN KUTIPAN HUTANG YANG ADIL/BERHEMAH yang telah dikeluarkan oleh Bank Negara. Ada juga dikalangan mereka tidak tahu mereka melakukan kesalahan kerana menyangkakan ia hanyalah “gurauan manja” semata mata asalkan “berkesan” dan ia adalah sebahagian daripada rutin harian perkerjaan mereka yang telah diajarkan kepada mereka.”

 
Ada juga beranggapan tindakan mereka betul walaupun gempaq dan “bohong sunat” sebab peminjam begini memang patut dilayan sebegitu rupa. Saya akui ada yang memang hobinya berhutang dan tidak sedar bahawa sebenarnya mereka tidak mampu membayar tetapi panduan dan guideline sudah ada. Menyamar sebagai Loyar, Pegawai Mahkamah atau Polis atau penjawat awam adalah menyalahi undang undang dan boleh didakwa di Mahkamah.

Antara perkara yang dibangkitkan oleh Cik/Puan/Saudari adalah:
 

  • 1) Tutup periuk nasi para Agen Kutip Hutang
  • 2) Kerja halal kutip hutang tak salah apa apa
  • 3) Saya penghasut dan mengajar “ajaran sesat”
  • 4) Hutang wajib dibayar sebelum tinggalkan muka bumi

 
Mari kita lihat satu persatu perkara perkara yang telah dibangkitkan diatas:
 

TUTUP PERIUK NASI AGEN KUTIP HUTANG

 
Actually Agen tidak beretika ni yang tutup periuk nasi Agen yang professional. Tak perlu maki hamun orang dan berbahasa kasar nak kutip hutang ni walaupun kita kena marah atau kena maki. Itu sebahagian dari lumrah pekerjaan atau “job hazard”. Kalau tak tahan boleh cari kerja lain. Pengalaman saya kutip hutang semasa di Bank dulu tak perlu pun buat macam tu. Sampai masa bila ada tindakan undang undang atau bila dah “sangkut” seperti kena WSS, Bankrapsi atau tak boleh buat pinjaman baru datang nak buat cadangan pembayaran. Tapi sudah semestilah sebab Bank ada “power” untuk melaksanakan tindakan undang undang. Argue dengan customer yang marah marah tu biasa tapi biasanya tak balas balik sebab menjaga nama baik Bank. Berbeza dengan Agen Kutip Hutang tiada “power” untuk melaksanakan tindakan undang undang WALAUPUN kalau ada kuasa untuk melakukanya (beli dari Bank hutang dengan segala hak untuk Saman) tetapi atas faktor kos tidak berbaloi untuk keluar belanja atas benda yang belum tentu dapat. Jumlah penghutang adalah SANGAT RAMAI jadi kalau tak dapat banyak lagi peminjam lain. Beratus ribu malah berjuta lagi ada. Hutang isirumah semakin meningkat dan yang terbaru sudah melebihi RM1 TRILLION dan yang kantoi tak bayar kalau 10% pun dah RM100 BILLION. So no worry, “base” masih besar. Base besar macam ni bukan “periuk nasi” lagi tapi kawah gunung berapi. Again, don’t worry lah. Ramai lagi yang buta undang undang.

 

KERJA HALAL KUTIP HUTANG TAK SALAH APA APA

 
Kerja “halal” ni saya tak mahu komen kena rujuk pada pakar pakar yang berkenaan. Hutang tu sendiri pun status “halal”nya menjadi persoalan dari segi RIBA yang dikenakan tak kira yang “islamik” atau sebaliknya kerana “DNA”nya adalah sama iaitu duit kertas dan digital dan konsep “time value of money”. Cuma “TAK SALAH APA APA” tu yang saya nak komen. Saya tak pasti setakat mana pengalaman Cik/Puan/Saudari dan berapa lama dah buat kerja ni tapi adakah Cik/Puan/Saudari pernah melakukan apa apa perbuatan yang telah saya dedahkan sebagai TEMBERANG dalam blog dan Page saya? Jika ya maka saya rasa Cik/Puan/Saudari telah tidak mendapat latihan atau training yang betul tentang prosedur undang undang yang sebenar dan menjangkakan ia adalah prosedur yang sebenar kerana ia “berkesan” dalam kebanyakan kes. Belajarlah tentang prosedur undang undang yang sebenar bimbang kena “basuh” dengan orang yang tahu prosedur sebenar.

 

SAYA PENGHASUT DAN MENGAJAR AJARAN SESAT

 
Ini tuduhan yang paling kelakar bagi saya. Membetulkan fakta sebenar dan mendedahkan TEMBERANG dikatakan menghasut dan mengajar ajaran sesat? Seperti point no (3) diatas, mungkin Cik/Puan menyangkakan apa yang dibuat atau yang diajar selama ini adalah benar atau Cik/Puan/Saudari berada dalam “situasi penafian” atau “state of denial” dan tidak boleh menerima kenyataan. Itulah hakikat sebenarnya. Memang itulah cabaran menjadi pengutip hutang yang sepatutnya tahu bahawa “kuasa” untuk “menghukum” peminjam adalah terbatas dan yang hanya boleh buat ialah mengganggu emosi peminjam dengan ugutan ugutan yang Agen sendiri tahu dia tak boleh buat. Rujuk kepada posting dalam page saya tentang “Power” Agen Kutip Hutang dengan “Power” Bank disini:
 

SIAPA YANG LEBIH POWER SEBENARNYA? AGEN KUTIP HUTANG KE BANK?Assalamualaikum. Saya selalu dihujani soalan soalan…

Posted by Cerita Hutang / Debt Tales on 1hb Januari 2017

 
Terlampau banyak kes kes Agen memberikan fakta yang mengelirukan untuk menakut nakutkan peminjam sampai boleh buat kompilasi seperti yang telah saya kumpulkan. Adakah semua ini bukan “Ajaran Sesat”?
 

HUTANG WAJIB DIBAYAR SEBELUM TINGGALKAN DUNIA

 
Kenyataan ini adalah benar dan tidak dinafikan. Akan tetapi hutang yang mana satu? Hutang asal atau RIBA yang menimbun nimbun? Biasanya ada yang mengatakan bahawa dalam perjanjian dah “termaktub” ada faedah dan denda yang telah dipersetujui dan peminjam harus mematuhi undang undang. Betul jugak tu tapi SEMUA perjanjian dalam Malaysia ini pasti akan menyatakan bahawa perjanjian tertakluk dibawah UNDANG UNDANG MALAYSIA dan kalau ikut undang undang ada peruntukan yang menghadkan kiraan faedah dan masa yang menasabah untuk membuat kutipan.
 
Ramai yang menggunakan pendekatan ugama seperti ini tetapi mestilah juga mengambilkira bahawa yang anda kutip tu sebahagian besar daripanya adalah RIBA. Ada Agen yang “beli hutang” daripada Bank yang Bank dah klasifikasikan sebagai “rugi”. Agen ambik “modal” beli hutang contohnya RM1,500 dengan faedah “alam maya” sebanyak RM50,000 dan pura pura “jadi baik” offer diskaun gila gila sampai RM40,000 dan dapat bayaran RM10,000++. Kutip hutang ke kutip RIBA dan menipu untuk mendapatkannya? Sila kaji balik “modus operandi” begini “patuh syariah” ke tidak sebelum menggunakan “modal agama”. Saya tak tahu sebab bukan ostad dan tak layak menjatuhkan hukum. Tapi dari segi moralnya memang ada yang tidak kena. Contoh selanjutnya diberikan dibawah:
 
Kita ambik contoh Kad Kredit seperti post saya disini:
 

MASALAH KAD KREDIT. HUTANG DAH LEBIH ENAM TAHUN NAK KUTIP LAGI? BOLEH KA MACAM TU? HUTANG WAJIB DIBAYAR, TAPI JUMLAH…

Posted by Cerita Hutang / Debt Tales on 29hb Disember 2016

 
Ini kandungannya:
 
MASALAH KAD KREDIT. HUTANG DAH LEBIH ENAM TAHUN NAK KUTIP LAGI? BOLEH KA MACAM TU? HUTANG WAJIB DIBAYAR, TAPI JUMLAH YANG MANA SATU?

 

Hari ini kita kongsikan salah satu jawapan berkenaan hutang Kad Kredit yang “dah basi” iaitu tunggakan dah melebihi 6 tahun tapi Bank masih nak kutip lagi yang sepatutnya mereka boleh ambil tindakan undang undang, dapatkan Penghakiman dan boleh “extend” hak mereka untuk kutip hutang selama 12 tahun lagi. Tapi sengaja membiarkan faedah menimbun nimbun baru nak failkan saman walaupun sebenarnya tindakan mereka boleh dilawan dengan Akta Had Masa.
 
Oleh kerana peminjam buta undang undang, ramai yang kena Bankrap atas hutang yang asalnya hanya RM3000. Ya, hutang wajib dibayar dan kita perlu patuh kepada peruntukan undang undang, tapi peruntukkan undang undang juga melindungi peminjam dari membayar faedah yang tidak sepatutnya dikenakan dan Bank juga dari segi undang undang telah melepaskan “haknya” untuk membuat tuntutan, maka peminjam juga berhak untuk membayar hutang asal dan sedikit bayaran “denda” yang menasabah dan juga kos kos yang dibelanjakan.
 
Bank tidak boleh buat perangai “keras kepala” nak mintak tunggakan faedah yang mereka tidak perlu buat apa apa untuk mendapatkannya. Bukankah itu lebih adil jika Bank lebih bertolak ansur dan boleh tutup akaun atas “kerugian sebenar” yang dilapurkan ke Bank Negara dan buku akaun mereka?
 
Dalam “kerugian” yang dilapurkan, faedah/interest/RIBA tidak dimasukkan, kalau masuk sudah tentu Bank akan “rugi” berbillion billion setiap tahun. Berbalik kepada persoalan “hutang yang wajib dibayar”, jumlah yang mana nak dibayar? Bila peminjam nak bayar jumlah sebenar yang dipinjam tambah sedikit denda dan kos, ada Bank yang berkeras tak mahu terima. Camano tu?

 
Last sekali, tentang ungkapan ini:

 

“lu simpan la tips2 ajaran sesat lu bro…chill ??????”

 
Mintak maaf banyak banyak. Saya dah tak boleh “simpan” dah. Benda dah online. Saya tak boleh nak biarkan perkara ini yang mana Agen Agen baru diajar “ajaran yang betul betul sesat”. Bukan sikit tapi banyak dengan pelbagai variasi sampai boleh kumpul buat carta TEMBERANG “Bullshit Trophy” bagi 2 tahun berturut turut. Cik/Puan boleh tengok kat sini:
 

HIMPUNAN TEMBERANG TEMBERANG AGEN KUTIP HUTANG 2015 DAN 2016


 

CONTOH CONTOH TEMBERANG YANG LAIN:

 

AGEN OH AGEN KUTIP HUTANG… BILA SURUH BAYAR HUTANG, GEMPAQ MACAM MACAM. BILA ADA YANG NAK BAYAR, BEGINI PULAK…

Posted by Cerita Hutang / Debt Tales on 10hb Februari 2017

 

PERHATIAN!! SILA INSTALL APP UNTUK REKODKAN PERBUALAN ATAU JIKA DAH ADA PRE INSTALLED APP HIDUPKAN RECORDER APABILA ANDA…

Posted by Cerita Hutang / Debt Tales on 26hb Februari 2017

 
Kita ambil satu lagi pepatah iaitu pepatah Melayu “Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga” tetapi dalam konteks Agen Kutip Hutang bukan lagi “Nila Setitik” tapi ‘Nila Enam Tujuh Tong”…
 
Saya rasa respon pada ungkapan diatas ialah “STAY CALM – lu buangla segala TEMBERANG ajaran sesat tu sis..”. Walau apapun, tak perlu bimbang, ramai lagi yang tak tahu TEMBERANG TEMBERANG Agen yang tidak beretika macam ni. Satu lagi, jumlah hutang yang tertunggak termasuk faedah berjumlah berbillion Ringgit dengan jumlah peminjam yang sangat ramai jadi masih ramai yang tidak tahu prosedur undang undang yang sebenar dan berapa ramai sangatlah yang membaca Page FB dan Blog saya. Setakat ni cuma 100,000 lebih aje. Cuma satu sahaja yang perlu diingat, cara ini tidak selalunya berkesan kerana ada satu ungkapan omputeh yang berbunyi (Lincoln?), “You can fool all the people some of the time, and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time” yang lebih kurang bermaksud “Anda boleh TEMBERANG semua orang dalam sesetengah masa, sesetngah orang pada setiap masa tetapi tak boleh TEMBERANG semua orang pada setiap masa”. Bila SEMUA orang tahu TEMBERANG ni saya rasa Cik/Puan/Saudari kena cari kerjaya yang lain.

Link kepada komen asal kalau ada sesiapa nak komen kat situ:

PENDEDAHAN EKSKLUSIF Bahagian 1: Cerita Agen Pengutip Hutang / Debt Collection Agency

Link kepada jawapan ini:

PENDEDAHAN EKSKLUSIF Bahagian 1: Cerita Agen Pengutip Hutang / Debt Collection Agency


Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

2 thoughts on “MENJAWAB “SERGAHAN” DARI AGEN KUTIP HUTANG