KAD KREDIT: APA JADI BILA BAYAR SIKIT SIKIT? BAYAR SAMPAI MATI?


SITUASI BAYAR HUTANG BULANAN KAD KREDIT “SIKIT SIKIT” ATAU BAYAR JUMLAH MINIMA. ANDA PERNAH TERTANYA TANYA APA KESANNYA? BOLEH HABIS BAYAR ATAU BAYAR SAMPAI MATI ATAU SAMPAI 7 KETURUNAN?

 
Assalamualaikum. Kali ni kita buat analisa sikit tentang perangai membuat bayaran minima atau bayar “sikit sikit” bagi Kad Kredit. Kita ambil jumlah hutang RM10,000 dengan kadar faedah 1.5% sebulan. Start bayar pada umur 30 tahun. Ini merupakan beberapa contoh yang agak “extreme” atau melampau tapi ianya memang boleh berlaku.

 

NOTA: KIRAAN FAEDAH MENGGUNAKAN KIRAAN BULANAN PADA KADAR 1.5% SEBULAN DAN BAKI FAEDAH JIKA ADA DITAMBAH KEPADA BAKI ASAL (KOMPAUN). ADA BEBERAPA CARA KIRAAN IAITU PADA KADAR BAKI HARIAN DAN JUMLAH HARI 360 ATAU 365 HARI SETAHUN. BEBERAPA LAGI FAKTOR SEPERTI DENDA LEWAT BAYAR (BERGANTUNG KEPADA PERJANJIAN SAMADA 1% ATAU FLAT RATE RM1000 ATAU YANG LAIN) DAN CAJ UNTUK “CASH ADVANCE” YANG BOLEH MENCECAH 24% SETAHUN TIDAK DIAMBILKIRA. JIKA DIAMBILKIRA, JUMLAH BAYARAN DAN TEMPOH AKAN MENJADI LEBIH BANYAK DAN LEBIH LAMA. DEMONTRASI “PEMBUNUHAN” OLEH FAEDAH DAN “KOS PENGURUSAN” BAGI YANG “ISLAMIK” SUDAH MEMADAI.

 
Kita bahagikan situasi bayaran kepada TIGA bahagian:
 

SITUASI 1

 
BAYAR 5% TANPA BERBELANJA APA APA LAGI
 
Ini kategori dah tobat dan tak mahu guna Kad Kredit dan akan bayar bayaran minimum 5% sampai habis. Berapa tahun boleh habis?

 
Baki Asal : RM10,000
Tempoh Bayaran : 68 Bulan (5 tahun 8 bulan atau kurang lagi jika dekat nak habis bayar lebih dari 5%)
Jumlah bayaran : RM13,752.45
Faedah kena bayar : RM3,752.45

 

 

SITUASI 2

 
Menggunakan trick atau helah “bayar dan guna balik” supaya boleh mengekalkan kegunaan kad kredit. Contohnya bayaran minimum RM400++ tapi guna balik RM300 untuk beli minyak atau belanja lain. Had kredit sentiasa maintain dalam RM2000 kurang dari jumlah maksima. “Bijak” kan? Bila pulak boleh habis ni?

 

 

SITUASI 3

Ikut “nasihat” Agen Kutip Hutang bayar RM100 je sebulan asalkan tak kena kacau nak beku akaun, sita barang rumah atau potong gaji. Contoh yang agak “terlampau” atau “extreme” tetapi bagi tujuan demonstrasi sahaja akibat bayar faedah pun tak lepas.
 

 

KESIMPULAN

 
Kesimpulannya JANGAN TERPERANGKAP dengan ketiga tiga situasi diatas. Kalau dah rasa dah ‘jam” dan “dok rok cetong” lebih baik negotiate dengan Bank takpun negotiate dengan AKPK sebab besar kemungkinan boleh dapat pengecualian daripada dikenakan interest yang banyak. Boleh rujuk kat sini tentang cara cara memohon penstrukturan semula hutang Kad Kredit dengan AKPK. Hutang RM4000 bayar RM80 sebulan.
 
https://www.ceritahutangbankdananda.com/2017/01/pengakuanconfession-pembaca-menyertai-program-akpk/
 
Bank pulak tak payahlah nak buat “sombong” atau “timing badak” bila menerima cadangan pembayaran. Modal asal bukan besar sangat pun. Sebelum ni pun ada yang dah “sapu” interest lebih dari “modal asal” atau had kredit yang diberikan. Kalau nak “untung” dikemudian hari dari segi interest atau “kos pengurusan” baik saman dan dapatkan Penghakiman supaya boleh “extend” hak untuk menuntut hutang 12 tahun lagi daripada tak buat apa apa sampai 10 tahun dan gempaq nak saman walaupun tahu tidak lagi dibenarkan dari segi undang undang untuk berbuat demikian sebab peminjam jahil atau tak tahu pun kena saman.
 
Lepas tu buat orang Bankrap atas timbunan interest yang sebenarnya tidak boleh dicaj. Bila peminjam lawan kan dah kantoi. Kalau semua pihak boleh bertolak ansur takdelah jadi haru biru macam sekarang ni dengan Agen Kutip Hutang yang tidak beretika dan sebagainya. Kalau tuntut hutang dengan modal dan kos yang menasabah dan sedikit “denda’ saya rasa ramai yang akan datang bayar kerana HUTANG MEMANG WAJIB DIBAYAR tapi kalau faedah dah 1000 kali ganda dari hutang asal dan Bank sendiri dah melapurkan kerugian pada Bank Negara dengan hutang asal tidakkah MENIPU namanya? Kebanyakan peminjam sanggup untuk membayar “HUTANG ASAL” dan kos yang menasabah. Kalau cadangan diterima, ia akan menjadi 100% writeback bagi Bank tapi saya tak pasti kalau Bank Bank kita boleh bersetuju dengan cadangan ini melainkan Bank Negara campur tangan dan mengarahkan mereka berbuat demikian.

Leave a Reply / Masukkan Komen Anda