HATI HATI BILA BUAT “SETTLEMENT” DENGAN AGEN KUTIP HUTANG TANPA DOKUMEN PENGESAHAN


AGEN OH AGEN KUTIP HUTANG… BILA SURUH BAYAR HUTANG, GEMPAQ MACAM MACAM. BILA ADA YANG NAK BAYAR, BEGINI PULAK JADINYA…

BANK PULAK BILA CALL SURUH “DEAL” DENGAN AGEN, BILA AGEN “DEAL” DENGAN CUSTOMER, CUSTOMER YANG KENA “GAME”. APA CERITA SEBENARNYA?

 

PERHATIAN: BILA NAK “SETTLE” AKAUN MELALUI AGEN KUTIP HUTANG, PASTIKAN ADA PENGESAHAN “BLACK & WHITE”. KALAU TIDAK JADI MACAM KES DIBAWAH HUTANG TAK HABIS HABIS WALAUPUN DIJANJIKAN “FULL SETTLEMENT”.

 

 

DISCLAIMER/PENAFIAN

Kisah kali ini bertujuan untuk mencari kebenaran. Jika apa yang diceritakan adalah benar, tindakan sewajarnya perlu diambil iaitu menarik balik perlantikan Agen Kutip Hutang dan di “blacklist” dari senarai Agen Agen Kutip Hutang yang boleh dilantik oleh Bank Bank. Inilah jenis Agen Kutip Hutang yang merosakkan imej Agen Kutip Hutang yang professional. Tak cukup dengan gempaq gempaq kosong dan penyamaran “Pegawai Bank”, “Loyar”, “Pegawai Polis Bukit Aman”, “Pegawai Mahkamah”, “Datuk” dan macam macam lagi, orang yang nak bayar pun di”kencing” lagi. Bagi Agen Agen Kutip Hutang yang “bengkek” dengan pendedahan kami, geng anda sendiri yang buat “tah*”. Jangan salahkan orang yang memberi kesedaran dan pendedahan.

 

KRONOLOGI KES

Kisah mastercard BANK RNR
Kredit limit: 4k

 
May 2015 – agensi kutip hutang 1 (telah ditamatkan perkhidmatan oleh BANK RNR)
 
Dalam bulan May 2016 agensi telefon menuntut hutang. Selesai perbincangan keputusan penyelesaian adalah RM 3k mesti dibuat pada hari yang sama iaitu pada 25 may 2016 dan telah saya tunaikan. Bayaran seterusnya secara ansuran RM 800 x 2. Juga telah selesaikan. Saya meminta offer letter, sejak dari hari pertama saya buay bayaran tetapi pelbagai alasan diberi termasuk sistem down, surat masih diproses oleh BANK RNR sehingga saya selesai bayar ansuran ke-2 pada Julai 2015. (Jumlah =RM 4,600)

 
2. Sekitar bulan October 2015, agensi lain pula telefon mengatakan saya sepatut buat 2x installment lagi. Saya protes dan suruh mereka semak semula sebab mereka cakap agensi lama telah ditamatkan perkhidmatan ??.

 
3. Bulan May 2016, agensi KOO TIP HOO TANG (agensi ke-3) telefon dan saya ulang cerita yg sama. Mereka kata ok, penyelesaian sy kena bayar lg RM1,600. Saya nego, jd installment RM200 ssebulan dari jun 2016 – jan 2017. Saya minta offer letter, cuma mereka tak kasi dgn janji lepas settle mereka akan bg release letter terus. Bln dec 16, saya terlewat buat bayaran, dan sekarang mereka dakwa offer dah laspe, skg amount sy kena bayar 4k lagi one ofg payment sebagai settlement (total sudah byr = RM 1450 – ada sekali saya bayar extra)
 
Saya rasa saya betul betul kena game dengan agen. Saya nak minta pendapat/saranan/nasihat bagaimana mahu selesaikan kes saya ni.
 
Saya dah pening dengan kes yg x kunjung settle ni.

 

NOTA:

 
Saya sudah nasihatkan pengadu untuk melapurkan kepada Bank Negara supaya siasatan menyeluruh boleh dijalankan. Saya percaya banyak lagi kes yang seumpamanya dan jika ada diantara pembaca yang telah mengalami nasib yang sama boleh membuat pengaduan supaya pihak Bank lebih bertanggungjawab dalam hal ini dan jangan “buat buat terkejut” pulak bila Bank Negara buat siasatan.

 

BERIKUT ADALAH CARTA ALIRAN PROSES KUTI[AN HUTANG MELALUI AGEN KUTIP HUTANG

 

BANK JUAL HUTANG KEPADA AGEN

 

BANK MELANTIK AGEN KUTIP HUTANG

 

Leave a Reply / Masukkan Komen Anda