BANK JUAL HUTANG KEPADA SYARIKAT AGEN KUTIP HUTANG


HUTANG KAD KREDIT DAH KENA JUAL? APA KUASA AGEN PEMBELI HUTANG DAN BEZA DENGAN AGEN YANG DILANTIK YANG “POWER”NYA HANYA BUAT BISING SAHAJA?

 

Assalamualaikum. Masih lagi dengan cerita Kad Kredit. Kali ini kita kongsikan email blog di codetyco@ceritahutangbankdananda.com berkenaan dengan hutang Kad Kredit yang telah dibeli oleh Syarikat Agen Kutip Hutang. Agen Kutip Hutang telah memaklumkan bahawa Bank telah menjual hutang kepada mereka dengan segala hak untuk Saman dan tindakan undang undang. Bayaran pun kena bayar kepada mereka dan Bank tak ada kena mengena lagi dengan hutang ini. Adakah Bank boleh berbuat demikian? Sila rujuk kepada pautan ini:

 
http://bnmnewsanalysis.blogspot.my/2012/06/bank-jual-rm25b-npl-kepada-syarikat.html
 
dan juga disini:
 
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press&ac=2855&lang=bm
 

Garis Panduan Penjualan/Pembelian Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) oleh Institusi Perbankan

 

Untuk membolehkan institusi perbankan menguruskan kunci kira-kira masing-masing dan mengagihkan semula sumber dengan lebih fleksibel bagi memperkukuh potensi dan daya saing perniagaan mereka, Garis Panduan Penjualan/Pembelian Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) oleh Institusi Perbankan dikeluarkan pada bulan Disember 2005.
 
Garis Panduan itu membenarkan institusi perbankan menjalankan penjualan langsung NPL kepada pihak ketiga yang layak, serta membeli NPL daripada institusi perbankan lain. Garis Panduan itu juga menetapkan syarat am, keperluan dan proses serta peranan dan tanggungjawab Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan institusi perbankan yang ingin menjalankan penjualan atau pembelian seperti itu. Garis Panduan itu menetapkan bahawa NPL hanya boleh dijual kepada institusi perbankan domestik atau institusi perbankan asing yang diperbadankan di Malaysia, pelabur dalam negeri atau pelabur asing melalui Jentera Tujuan Khas (Special Purpose Vehicle) dengan penyertaan ekuiti asing dihadkan pada 49%. Semua NPL yang dijual kepada pihak ketiga yang layak hendaklah mengikut asas tanpa rekursa (non-recourse basis).

 

Nota: Non Recourse ini maksudnya lebih kurang “non refundable” atau tak boleh pulang balik. Beli atas risiko sendiri. Dalam bahasa hari hari, “Aku dah jual kat Ko, pandai pandailah Ko nak Kutip dan kalau Ko tak dapat kutip, itu Ko punya pasal”

 
Berbalik kepada kisah yang ingin dipaparkan, berikut adalah “snapshot” email yang diterima:

 

 
 
Biasanya jumlah hutang yang “dijual” adalah lebih rendah dari baki asal iaitu jumlah “kerugian sebenar” yang dialami oleh Bank. Bank “jual murah” pun tak apa sebab ia telah pun diklasifikasi sebagai “rugi” jadi bila ada pembelian ada “writeback” iaitu “keuntungan” dari jualan tersebut. Selalunya penjualan ini disertakan dengan segala hak untuk menyaman dan mengambil tindakan undang undang. Jumlah yang dituntut oleh Agen Kutip Hutang adalah berdasarkan kepada perjanjian asal iaitu faedah masih berjalan contohnya:

 

  • 1) Hutang asal RM3000 + kos seperti kos setem pos dan lain lain = RM3200
  •  

  • 2) Bank dah isytihar sebagai “rugi” dalam akaun sebanyak RM3200. Faedah/Interest/RIBA yang terkumpul sebanyak RM30,000 tidak dikira.
  •  

  • 3) Bank jual hutang dengan segala hak kutipan termasuk hak tindakan undang undang sebanyak 50% diskaun menjadi RM1600. Bank “untung” balik atas “loss write back” sebanyak RM1600.
  •  

  • 4) Syarikat pembeli hutang ada modal asal belian hutang RM1,600 tapi sekarang boleh mintak RM31,600 dan Faedah/Interest/RIBA yang seterusnya.
  •  

  • 5) Jadi syarikat boleh minta puluh puluh ribu tapi dengan “baik hatinya” bagi diskaun cuma kena bayar RM5000 aje. Bayar RM3000 dulu yang lain dengan ansuran sebagai contoh. Apapun dah untung RM1400 atau lebih lagi selepas itu.

 

BERIKUT ADALAH CARTA ALIRAN PROSES KUTIPAN HUTANG MELALUI AGEN KUTIP HUTANG

 

BANK JUAL HUTANG KEPADA AGEN

 
Berbalik kepada “power” nak ambil tindakan undang undang, memang boleh tapi kos tindakan undang undang bukan murah kalau sampai tahap Penghakiman pun dah RM1000++. Kalau setakat hantar surat loyar bolehlah dapat murah murah dalam RM15 – RM30 sekeping lebih lebih lagi Firma yang baru baru nak bertapak. Kebanyakan hutang begini adalah hutang lapuk dan dah basi dan kalau peminjam diberi ilmu untuk lawan sendiri tanpa pakai Loyar atas dasar luput had masa memang tindakan undang undang oleh Syarikat adalah tindakan yang berisiko tinggi. Ada bran?

Nak tau beza “power” Agen Kutip Hutang dengan “Power” Bank, boleh tengok kat sini:

https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/743606322464233/?type=3&theater

 

 
Kandungan email asal (kalau susah nak baca dari gambar)
 

SOALAN 1

 
Assalamualaikum…encik saya perlukan nasihat dan pandangan berkenaan hutang creit card SCB.bank dah jual debt saya ke aiqon dan betul ke saya tak boleh membuat aturan pembayaran bila acct kita dijual kepada aiqon direct?
Harap encik dpt membantu saya.
 

JAWAPAN

 
Wa’alaikumussalam

Dah berapa lama hutang ni? Berapa jumlah hutang asal dan berapa jumlah yang dituntut? Kalau dah jual dan diberi hak penuh untuk SAMAN, sudahkah mereka membuat tuntutan? Pernahkah SCB buat tindakan undang undang sebelum ini? Dah check CTOS kalau ada tindakan undang undang? Kalau Aiqon ada hak membuat tindakan undang undang, mereka mungkin tidak melakukannya kerana kosnya tinggi. Tentang bab AKPK tu sudahkah Noni bertanya sendiri dengan AKPK? Saya tidak tahu tentang prosedur mereka.
Terima kasih kerana membalas.saya kurang pasti berapa jumlah asal sebab SCB tidak mahu berkerjasama dan macam cuci tangan.Customer service mereka minta saya deal direct dgn Aiqon Direct.Aiqon Direct pun tak nak reveal actual amount.Tp amount yg mereka bagi macam betul2 buat saya terkejut.Di sini saya sertakan screenshot email dr pihak mereka dan laporan ctos saya skali.

 

SOALAN SUSULAN

 
Assalamualaikum…buat pengetahuan encik saya tak ada pun sampai 4 card seperti yg dlm email tu.tolong la bantu saya sbb mereka mengugut utk dtg ke tempat saya berkerja.

 

JAWAPAN

 
Wa’alaikumussalam

Kalau datang pun layan elok elok. Kalau semua hutang ni dah lebih 6 tahun tertunggak, suruh diaorang SAMAN supaya boleh lawan di Mahkamah. Datang ofis pun kalau bising bising report kat Bank Negara atau KPDNKK. No choice. Kena hadapi benda ni. Tak perlu malu. Semua kawan kawan you, bos pun ada hutang jugak dan mungkin mereka juga ada masalah. Bukan sesuatu yang pelik pun zaman sekarang ni.

 

SOALAN SUSULAN

Terima kasih Encik.tenang sikit bila dpt nasihat mcm ni.

 
Berkenaan dengan Bank yang tidak menjual hutang mereka, mereka akan melantik Agen Kutip Hutang dan akan terus menerus melantik Agen Kutip Hutang sekiranya Agen yang dilantik sebelumnya tidak berjaya sehingga tempoh masa yang tertentu.

 

BANK MELANTIK AGEN KUTIP HUTANG

 

Leave a Reply / Masukkan Komen Anda