PENGAKUAN/CONFESSION PEMBACA MENYERTAI PROGRAM AKPK 4 Comments


 

Assalamualaikum. Kali ini kita akan siarkan pengalaman seorang pembaca blog yang telah menyertai program AKPK. Kita namakan beliau “Pembaca Budiman” yang telah sudi berkongsi pengalaman beliau setelah tidak tahan dengan ugutan dan TEMBERANG Agen Kutip Hutang. Beliau mempunyai hutang Kad Kredit yang asalnya berjumlah RM4K tetapi sudah “membelon” ke RM9K. Sekarang beliau hanya perlu membayar RM80 sebulan dan dapat pengurangan faedah (dan tidak lagi ada faedah kehadapan) sebanyak RM5K berbanding dengan permintaan dari Agen Kutip Hutang yang mintak ribu ribu dalam masa “24 jam” dengan ugutan ugutan kosong.

Ini saya sokong kerana peminjam memang ingin menyelesaikan hutangnya dan Bank boleh bertolak ansur jadi tidak timbul banyak masalah dikemudian hari seperti yang selalu saya suarakan sebelum ini yang mana Bank “membiarkan” faedah hutang kad kredit “membelon” bertahun tahun dan SAMAN peminjam atas jumlah yang tidak adil untuk dikutip kerana telah melepasi HAD MASA seperti yang telah diperuntukkan oleh undang undang dalam Akta Had Masa.

 

Kita ikuti pengalaman beliau:

 

SALAM … ni sedikit pengalaman saya utk mengikuti program DMP AKPK … kesedaran berlaku apabila di ganggu oleh debt collector yang mengaku lawyer … yang hendak sita barang2 … dan ingin datang rumah untuk hantar surat … saya terus call AKPK sebab ada kawan yang pernah join program AKPK sebelum ni .. saya juga amat terima kasih dengan Tuan Abu Ammar melalui blognya yang banyak bagi ilmu dan penerangan detail tentang Akta2 Bank dan pengalaman berdepan dengan situasi sebenar berdepan dengan debt collector. Ni antara langkah-langkah perlu di buat untuk mengikuti program DMP AKPK …

Saya telah melayari laman web AKPK di https://www.akpk.org.my/my dan juga telah pergi ke laman Facebook AKPK di https://www.facebook.com/AKPKofficial/. (Nota: Kalau ada apa apa persoalan boleh rujuk ke FB AKPK. Diaorang akan jawab dan staff pun friendly. Rasanya dalam 30 minit je appointment siap.. Kalau belum join seminar ada seminar dalam 30 minit … Saya telah membuat panggilan telefon dan bercakap dengan pegawai AKPK. Beliau telah menghantar email kepada saya seperti berikut:

 

PENERIMAAN EMAIL DARI AKPK

 

 

Dokumen yang boleh di download adalah:

 
Download disini :


 

 
Download disini :

 

Isi kandungan email yang selanjutnya adalah seperti berikut:

Dear Customer,

Tuan/Puan
Salam Sejahtera daripada AKPK
Program Pengurusan Kredit

Program Pengurusan Kredit membantu individu dalam menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan. Pelan tersebut akan membantu individu membayar balik pinjaman dan mengawal semula kewangan mereka dengan cara yang baik.

Pinjaman-pinjaman atas nama individu yang di luluskan oleh pemiutang-pemiutang berikut layak untuk dipertimbangkan di bawah PPK:

 

  • Bank Perdagangan
  • Perbankan Islam
  • Penyedia Insuran Hayat
  • Penyedia Takaful
  • Institusi Bank pembangunan
  • Penyedia Kad kredit/kad caj
  • Malaysia Building Society Berhad (MBSB)
  • Koperasi Bank Persatuan
  • PTPTN (Perbandanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)

 

Walau bagamanapun, syarat-syarat tambahan dikenakan bergantung kepada keadaan kes untuk melayakkan pinjaman bercagar (seperti pinjaman perumahan dan sewa beli) dipertimbangkan di bawah PPK. Sementara itu, kelayakkan pinjaman yang dibayar melalui potongan Biro Angkasa untuk dipertimbangkan di bawah PPK adalah terhad kepada beberapa jenis pinjaman sahaja. Semua keputusan tertakluk kepada terma dan syarat

 

Langkah- Langkah untuk pendaftaran Program Pengurusan Kredit (PPK)

 

  • Pendaftaran Customer Portal ( ID dan Kata Kunci/Password)
  • Pendaftaran Program Pengurusan Kredit (PPK)
  • Pilih tarikh dan cawangan AKPK untuk temujanji
  • Sediakan dokumen seperti yang disenaraikan dibawah
  • Sesi kaunseling
  • Proses (PPK)
  • Bayaran pertama untuk PPK
  • Setelah PPK anda diluluskan sila muat turun surat perjanjian PPK anda

 

Sila layari:

https://customer.akpk.org.my/customerindex.html#/AccountCustomer/CustomerLogin

Muat turun panduan pendaftaran diatas



 

Dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum menghadiri sesi kaunseling

 

  • Laporan Kredit terkini dari Bank Negara Malaysia / CCRIS.
  • Laporan terkini bagi semua pinjaman dari institusi kewangan yang berkenaan
  • Nama Bank
  • Baki terkini
  • Faedah
  • Nombor Kad/ Nombor Akaun
  • Slip gaji terkini jika bekerja / bukti pendapatan seperti pengisytiharan pendapatan dari mana-mana Pesuruhjaya Sumpah.
  • Penyata terkini KWSP
  • Dokumen undang-undang / Penyata Cukai Pendapatan (jika ada)
  • Nom Akaun simpanan
  • Alamat e-mel

 

LANGKAH SETERUSNYA…

 

Saya telah mengisi borang melalui laman web AKPK sebelum membuat temujanji dengan Pegawai AKPK dan proses tersebut berjalan dengan mudah kerana borang telah diisi sebelumnya dan dokumen yang lengkap telah dibawa bersama. di AKPK … Printout CCRIS dan KWSP kios pun ada di AKPK.

Sekarang AKPK dah moden … kelulusan on the spot … boleh tau time tu je … sebab sistem dia link direct degn Bank untuk nego .. melainkan kita mintak kurangkan bayaran bunga tu … lepas 5 hari kita akan tau result tu .. tapi bayaran awal tetap sama .. Saya perlu bayar RM80 sebulan..Semua data dan detail pembayaran ada di dalam portal https://customer.akpk.org.my/customerindex.html#/accountcustomer/customerlogin

 

 

Saya nak tambah sikit pasal termination atau pembatalan program akan berlaku jika 2 bulan tak bayar berturut turut .. jika bayar lebih, balance AKPK bawak dan hold ke bulan depan sebab AKPK akan bayar jumlah yang telah dijanjikan.

 

PROSEDUR PEMBAYARAN

 

Bagi Pemegang Akaun Maybank -Pindahan internet di Maybank2U>http://www.maybank2u.com

 

  • Sila pilih menu “Bill Payment”
  • Pilih “AKPK (Make DMP payment)”
  • Kemudian pilih “AKPK: Payment Type”
  • Pilih “DMP Monthly Instalment”
  • Masukkan nombor MyKad, nombor telefon dan bayaran yang telah dipersetujui.

 

Mesin ATM- hanya untuk pemegang kad ATM (Maybankad)

 

  • Sila pilih menu “Paybills” di paparan menu utama;
  • Seterusnya pilih “AKPK’;
  • Masukkan nombor Mykad, nombor telefon serta depositkan bayaran yang perlu dibuat.

 

Bagi Pemegang /Bukan Pemegang Akaun Maybank – Mesin Deposit Tunai (Cash Deposit Machine-CDM)

 

  • Sila pilih “ Cash payment”
  • Pilih Agensi Kerajaan”
  • Kemudian masukkan AKPK nombor Kod ‘001”;
  • Masukkan nombor MyKad, nombor telefon serta depositkan bayaran yang perlu dibuat.

 

Kaunter Maybank

 

  • Dapatkan slip bayaran/deposit di cawangan Maybank di seluruh Negara
  • Lengkapkan slip tersebut dengan maklumat berikut:
  • i) Nama: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit
  • ii) No Akaun: 514312345678
  • iii) Keterangan Urusniaga : Nama Peserta DMP
  • iv) Nombor MyKad di ruang sebelahnya;
  • v) Tuliskan jumlah bayaran bulanan: (contoh: RM2500.00) yang telah dipersetujui
  • vi) Tunai sahaja.

 

Terima kasih sekali lagi Tuan .. Suasana AKPK Maju Junction tadi … memang saya nengok agak ramai orang .. kaunter diaorang pun ade belas2 … so kesedaran makin tinggi .. Ini surat pengesahan yang saya dapat…

 

 


Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

4 thoughts on “PENGAKUAN/CONFESSION PEMBACA MENYERTAI PROGRAM AKPK

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam. Itu kena refer kepada AKPK. Saya bukan AKPK. Saya cuma bagi cadangan sahaja, mereka yang buat keputusan. Tidak salah jika cuba dan bertanya.

  • Suriyani senin

    Saya ada buat DMP di AKPK pulau pinang tetapi setelah 14 hari permohonan saya direject bank kerana alasannya saya kritikal untuk tindakan undang undang..bagaimana untuk langkah seterusnya?

    • Abu Ammar Post author

      Assalamualaikum Suriyani

      Sila beri lebih detail. Apakah jenis pinjaman? Berapa jumlah tunggakan? Apakah peringkat tindakan undang undang? Saman? Penghakiman? Tindakan Bankrapsi?