HIMPUNAN TEMBERANG TEMBERANG AGEN KUTIP HUTANG 2015 DAN 2016


 

TEMBERANG TEMBERANG AGEN KUTIP HUTANG PALING TOP BAGI TAHUN 2016

Pada tahun lepas kita telah kumpulkan beberapa TEMBERANG PALING TOP 2015 seperti yang ada di link ini:

https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/564105717080962/?type=3&theater

 

Tahun ini masih ada yang menggunakan taktik yang sama dengan beberapa perubahan “taktikal” akan tetapi ada beberapa TEMBERANG “baru” yang perlu diketengahkan untuk panduan bersama:

1. “Surat loyar” tipu menyamar pakai nama dan letterhead Loyar betul betul. Ini adalah satu kesalahan yang amat serius yang boleh menjejaskan reputasi para Loyar. Sila berhenti kalau taknak kena Saman dan dikenakan tindakan undang undang.

https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/715949868563212/?type=3&theater

 

2. Agen panggil kata dari “Syarikat Penyitaan”. Bila pulak ada syarikat buat kerja penyitaan. Penyamun berdaftar? Boleh geng dengan “Lori Penyitaan” di nombor 6 dibawah. Sama satu kepala.

https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/740921742732691/?type=3&theater

 

3. SMS yang penuh budi bahasa ikut surat rasmi tapi TEMBERANG jugak. Suruh lapur diri pulak macam nak masuk asrama pulak.

https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/682176018607264/?type=3&theater

 

4. Penggunaan istilah undang undang yang caca merba. Siapalah bagi training kat budak budak ni…

https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/668276256663907/?type=3&theater

 

5. Salinan Kad Pengenalan hantar ke PDRM untuk Waran Tangkap. Ada “prosedur baru” hantar salinan MyKad (tak tahu secara online atau salinan fotostat) suruh polis tangkap orang.

https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/679188725572660/?type=3&theater

 

6. Agen Kot Mamot kantoi – caj lori dengan caj loyar RM5000? Sita betul betul pun tak bawak lori siap siap. Tanda barang aje. Mungkin subsidiari “Syarikat Penyitaan”

https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/627613404063526/?type=3&theater

 

7. SITA MENYITA masih lagi menjadi modal utama. “Petisyen SiPiutang akan ditampal di Mahkamah Jalan Duta”, “Mahkamah” dan “Loyar” telefon masih menjadi “modus operandi” yang popular.

https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/544433755714825/?type=3&theater

 

Leave a Reply / Masukkan Komen Anda