Daily archives: January 4, 2017


4 Comments
  Assalamualaikum. Kali ini kita akan siarkan pengalaman seorang pembaca blog yang telah menyertai program AKPK. Kita namakan beliau “Pembaca Budiman” yang telah sudi berkongsi pengalaman beliau setelah tidak tahan dengan ugutan dan TEMBERANG Agen Kutip Hutang. Beliau mempunyai hutang Kad Kredit yang asalnya berjumlah RM4K tetapi sudah “membelon” ke RM9K. Sekarang beliau hanya perlu membayar RM80 sebulan dan dapat pengurangan faedah (dan tidak lagi ada faedah kehadapan) sebanyak RM5K berbanding dengan permintaan dari Agen Kutip Hutang yang mintak ribu ribu dalam masa “24 jam” dengan ugutan ugutan kosong. Ini saya sokong kerana peminjam memang ingin menyelesaikan hutangnya dan Bank boleh bertolak ansur jadi tidak timbul banyak masalah dikemudian hari seperti yang selalu saya suarakan sebelum ini yang mana Bank “membiarkan” faedah hutang kad kredit “membelon” bertahun tahun dan SAMAN peminjam atas jumlah yang tidak adil untuk dikutip kerana telah melepasi HAD MASA seperti yang telah diperuntukkan oleh undang undang […]

PENGAKUAN/CONFESSION PEMBACA MENYERTAI PROGRAM AKPK