PERHATIAN PARA LOYAR: AGEN KUTIP HUTANG GUNAKAN LETTERHEAD LOYAR SEBENAR


SATU LAGI KHIDMAT PESANAN MASYARAKAT. AGEN KUTIP HUTANG MENYAMAR JADI LOYAR? HANTAR SURAT TUNTUTAN DENGAN “LETTERHEAD” LOYAR BETUL TAPI NAMA SEBENAR ADA “SDN BHD” KAT UJUNG? MEMANG BIJAK TAPI BOLEH MENGUNDANG MASALAH DIKEMUDIAN HARI.

Kita telah dedahkan sebelum ini taktik menghantar “Surat Tuntutan” ala ala “Surat Loyar” yang sebenarnya dari Agen Kutip Hutang. Yelah, susah sangat nak bayor jadi nak guna Loyar sebenar mahal jadi kena buat surat “menyamar” untuk memberi “buah takut” kepada para para peminjam Courts Mammoths dan AEON Credit dan seumpamanya yang mempunyai hutang yang kecik kecik. Sebelum ini kita dedahkan tentang penggunaan nama seolah olah Loyar tapi bukan Loyar. Anda boleh baca kat sini untuk ulangkaji:

 

Bagaimana nak bezakan surat loyar betul dengan surat loye tiruan

http://www.ceritahutangbankdananda.com/2015/12/surat-loyar-ke-surat-amaran-atau-surat-nasihat/

 

Mari fahami dokumen dokumen undang undang yang ori dan yang palsu

http://www.ceritahutangbankdananda.com/2015/09/mari-fahami-dokumen-dokumen-undang-undang-yang-ori-dan-yang-palsu/

 

 

Kali ini secara kebetulan atau disengajakan (yang boleh mengundang marah firma Loyar yang sebenar dan juga Majlis Peguam) ada yang menggunakan nama Loyar yang sebenar tetapi dengan cara begini menggunakan Letterhead nama loyar sebenar yang berdaftar dengan Majlis Peguam. Contohnya begini:

Nama Firma Loyar Sebenar: Loyar Lawyer & Peguam (berdaftar dengan Majlis Peguam)

 

Nama Syarikat Loyar Menyamar : Loyar Lawyer & Peguam Pengutip Hutang Sdn Bhd

 

Bila buat surat tuntutan, buat “letter head” atas nama “Loyar Lawyer & Peguam” siap dengan title “Advocates & Solicitors” dan tambah lagi dengan “Commissioner of Oaths” memberikan impressi atau persepsi yang surat itu memang datang dari Loyar yang sebenar. Kita tengok surat ini (Maaf gambar yang saya terima memang begini) tapi yang penting ialah letterhead yang digunakan:

surat_loyar_sabarudin

 

Kalau mengikut nama atas letterhead tu bila kita semak dengan website majlis peguam (http://www.malaysianbar.org.my/find_a_lawyer.html) memang ujud seperti yang saya tunjukkan dibawah ini:

sabaruddin_othman-melaka

Carian di Internet juga mendapat padanan dengan dua lagi nama yang sama tetapi beralamat yang berlainan seperti dibawah.

sabarudin_ho_kl

Carian tentang “Syarikat Guaman” yang beralamat di Sentul mendapatkan “hit” yang ini:

sabarudin_ho_receivables

Jadi berdasarkan padanan alamat dengan surat yang kita tunjukkan diatas, jelas bahawa nama sebenar penghantar surat ini adalah Xyzabcde Othman & Fghi Klmnop Sdn Bhd yang mengiklankan pekerjaan sebagai “Tele Collector”. Saya cuma memberi peringatan bahawa menggunakan letterhead sedemikian dengan mengaku sebagai Loyar boleh mengakibatkan syarikat Agen Kutip Hutang ini didakwa oleh Firma Guaman yang sebenar atas dasar memutarbelitkan fakta dan lain lain cas (Loyar betul akan ada banyak cas lain seperti gangguan emosi bla bla bla…:) ).

Satu lagi petanda yang ini BUKAN SURAT PERINGATAN LOYAR yang sebenar ialah bahagian ini:

surat_loyar_sabarudin2

Loyar hanya akan mengeluarkan surat atau Notis Tuntutan. TIDAK AKAN bagi nombor untuk call Loyar pulak. LOYAR bukan kerja kutip hutang. Carilah mana mana Surat Tuntutan loyar memang TAK ADA nombor suruh contact sesiapa kecuali kat letter head ada butir butir alamat dan nombor telefon. Kalau telefon pejabat Loyar pun dia akan rujuk kepada Bank bukan tiba tiba jadi “consultant” atau “perunding” hutang.

 

 

Tak takut ke mengaku “Advocates & Solicitors” dan “Commissioner of Oaths”? Kalau betul ada dalam tu boleh jugak “tai-chi” sedikit sebanyak. Kalau ada hubungan dengan Firma Guaman yang sebenar takpelah sebagai salah satu cabang bisness (mungkin?) tapi kenapa sorok “Sdn Bhd”? Boleh saja keluarkan surat tuntutan dengan “harga runtuh” tapi kena ada “volume”lah. Tapi kalau Loyar TEMBERANG bersedialah untuk diambil tindakan. Majlis Peguam mengambil serius tentang perkara ini.

Leave a Reply / Masukkan Komen Anda