Monthly Archives: November 2016


SATU LAGI KHIDMAT PESANAN MASYARAKAT. AGEN KUTIP HUTANG MENYAMAR JADI LOYAR? HANTAR SURAT TUNTUTAN DENGAN “LETTERHEAD” LOYAR BETUL TAPI NAMA SEBENAR ADA “SDN BHD” KAT UJUNG? MEMANG BIJAK TAPI BOLEH MENGUNDANG MASALAH DIKEMUDIAN HARI. Kita telah dedahkan sebelum ini taktik menghantar “Surat Tuntutan” ala ala “Surat Loyar” yang sebenarnya dari Agen Kutip Hutang. Yelah, susah sangat nak bayor jadi nak guna Loyar sebenar mahal jadi kena buat surat “menyamar” untuk memberi “buah takut” kepada para para peminjam Courts Mammoths dan AEON Credit dan seumpamanya yang mempunyai hutang yang kecik kecik. Sebelum ini kita dedahkan tentang penggunaan nama seolah olah Loyar tapi bukan Loyar. Anda boleh baca kat sini untuk ulangkaji:   Bagaimana nak bezakan surat loyar betul dengan surat loye tiruan

PERHATIAN PARA LOYAR: AGEN KUTIP HUTANG GUNAKAN LETTERHEAD LOYAR SEBENAR