SOALAN SOALAN LAZIM 4 Comments


topik_pilihan_soalanlazim

Assalamualaikum/Salam Sejahtera. Saya selalu menerima soalan soalan yang hampir sama dan untuk memudahkan anda mencari jawapan jika saya tidak sempat untuk menjawab soalan anda dengan segera atau saya sedang sibuk dengan urusan lain, saya sediakan dibawah link link untuk rujukan anda yang boleh menjawab persoalan anda.

SOALAN SOALAN LAZIM

CHECK DENGAN CTOS SITUASI ANDA

Buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html . Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

Jika Bank susah nak beri kerjasama dalam bab rundingan, boleh minta pertolongan melalui Bank Negara seperti yang disarankan oleh Encik Ahmad disini:

http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/comment-page-5/#comment-1520

 

MASALAH KAD KREDIT

http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/forums/topic/masalah-kad-kredit/

MASALAH AGEN KUTIP HUTANG

https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965

http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

Ini pula TEMBERANG paling top Agen Kutip Hutang:

https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/564105717080962/?type=3&theater

https://www.ceritahutangbankdananda.com/2017/01/himpunan-temberang-temberang-agen-kutip-hutang-2015-dan-2016/

 

MASALAH SITA DAN WSS

http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2016/09/01/tindakan-mahkamah-tak-pakai-sms-email-fahami-proses-sita-menyita-yang-sebenar/

MASALAH KETULENAN SURAT LOYAR

http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2016/09/25/bagaimana-nak-bezakan-surat-loyar-betul-dengan-surat-loye-tiruan/

http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/12/18/surat-loyar-ke-surat-amaran-atau-surat-nasihat/


Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

4 thoughts on “SOALAN SOALAN LAZIM

  • Adam

    Assalamualaikum Tuan,
    Sy pernah ambil barangan di court mamoth pada tahun 2000. Tetapi selepas bebrapa bulan, pembayaran tertunggak dan pihak court dh pn tarik balik barangan elektrik yg sy sewa beli tu. Cuma selepas 12 tahun hingga sekarang pihak pemungut hutang selalu fon di alamat lama saya dan minta bayaran 3 ribu ganti rugi. Apa yg perlu saya buat sebab barang elektrik tu dh di tarik balik. Dan sekarang dah 16 tahun pihak kutip hutang sms, call & hantar surat untuk sy langsaikan duit barang tu. Barang dh di tarik. Minta pendapat tuan. TQ

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Adam

      Ini semua kerja Agen Kutip Hutang mencuba nasib. Hutang dah lapuk sampai nak reput pun mintak lagi. Bila barang dah tarik sepatutnya peminjam dimaklumkan tentang baki hutang setelah barang dilelong. Kalau betul betul nak mintak, suruh diaorang saman di Mahkamah supaya boleh diketepikan dengan Akta Had Masa yang saya yakin mereka tidak akan berbuat demikian.

  • Mohd fazil

    Assalamualaikum tuan.. saya ada membuat pinjaman peribadi.. dan baru2 ini saya kehilangan kerja.. banyak usaha membayar sudah dibuat.. saya dah miss banyak payment.. sekiranya saya diistiharkan muflis.. adakah rumah nama bersama isteri akan dilelong? Loan rumah hanya nama isteri dengan govt loan. Nama saya hanya ditambah sekali… saya harap tuan dapat membantu..

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Tuan Mohd Fazil

      Tuan perlu memahami proses dan prosedur tindakan undang undang hingga ke peringkat Bankrapsi:

      Prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi. Jika pindaan Akta Bankrapsi kepada Akta Insolvensi diluluskan, had ini dinaikan kepada RM50K

      Secara ringkasnya proses Kebankrapan adalah seperti berikut:

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (seperti diatas)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

      Setelah Bankrap

      Seorang Bankrap perlu melapurkan diri ke Jabatan Insolvensi terdekat. Selepas melapur diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan mengisi borang borang yang diperlukan, Cik/Tuan/Puan boleh memohon untuk pelepasan semua akaun yang telah dibekukan, pengeluaran dan penutupan akaun dan memilih akaun mana yang hendak dikekalkan. Biasanya kita akan kekalkan akaun yang digunakan untuk kemasukan gaji. InsyaALLAH kebenaran akan diberi berdasarkan perbincangan dengan Pegawai Insolvensi. Berapa lama saya tidak boleh memberi kepastian cuma apabila melapur diri bawalah bukti bukti pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap supaya boleh dipastikan berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan kepada Jabatan Insolvensi.

      Untuk seseorang Bankrap melapurkan kepada JIM, lebih banyak maklumat peribadi akan ditanya berbanding dengan pinjaman biasa. Ini adalah kerana perbelanjaan anak anak (tempat tinggal, sara hidup,pembelajaran, bas sekolah jika ada) boleh dimasukkan kedalam Kos Sara Hidup seorang Bankrap. Sebahagian kecil perbelanjaan untuk ibu bapa yang telah uzur juga dibenarkan. Jika seorang Bankrap melapurkan diri kepada JIM dan membuat bayaran bulanan, beliau mungkin boleh mendapat kebenaran untuk menggunakan Kad Kredit (had RM1000) dan juga boleh memiliki kereta (mungkin kereta lama) dengan nilai tidak melebihi RM5K untuk kegunaan keluarga. Tapi harus diingat,kenalah mendapat kebenaran JIM.

      Jadi, lebih ramai anak dan tanggungan , jumlah yang Cik/Tuan/Puan perlu bayar kepada JIM akan berkurangan. Kadang kadang Cik/Tuan/Puan mungkin hanya diminta membayar RM50 sebulan. Jauh lebih murah dari ansuran bulanan pinjaman peribadi Cik/Tuan/Puan, kan?

      Dalam perkara memindahkan hakmilik rumah atas nama bersama, ia tidak dibenarkan dalam Akta Kebankrapan dan segala pemindahan dalam masa 2 tahun sebelum dari tarikh Bankrap akan terbatal. Lagipun jumlah nilai rumah dengan hutang Bank mungkin tidak mencukupi untuk “cover” hutang keseluruhan. Budi bicara Pegawai Insolvensi amat diperlukan pada ketika melapurkan diri supaya tidak melelong rumah tersebut lagipun atas nama bersama. Bagi Bank Bank yang lain, mereka hanya perlu menfailkan “Proof of Debt” iaitu bukti keberhutangan siBankrap kepada JIM dan jumlah ini akan dikumpulkan sebagai jumlah yang terhutang.

      Bagi si Bankrap:

      (a) Masih boleh bekerja seperti biasa atau berniaga asalkan tidak mendaftar sebagai pengarah, rakan kongsi atau pemilik tunggal. (ramai yang berniaga “online” atau berniaga atas “proxy” atau nama orang lain.

      (b) Masih boleh mempunyai akaun Bank (satu sahaja). Pihak Jabatan Insolvensi akan mengeluarkan surat kebenaran untuk mebuka akaun dengan mana mana Bank atau memberi arahan untuk membuka semula akaun yang telah dibekukan akibat Banrupsi.

      (c) Tidak boleh keluar negara tanpa kebenaran Jabatan Insolvensi.

      (d) Boleh memiliki kereta yang bernilai RM5,000 kebawah

      (e) Boleh menggunakan Kad Kredit dengan had RM1,000 (ada ke Bank nak bagi Kad Kredit, ada kut sebab ada peruntukan mengenainya)

      (e) Yang utama sekali, Tuan/Puan tidak lagi akan diganggu oleh Bank atau Agensi Pengutip Hutang.

      Tuan boleh baca disini tentang pengalaman seseorang yang telah dikenakan tindakan KeBankrapan:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/2016/09/perkongsian-seorang-bankrap/