TINDAKAN MAHKAMAH TAK PAKAI SMS, EMAIL. FAHAMI PROSES SITA MENYITA YANG SEBENAR

temberangsita

SATU LAGI KHIDMAT PESANAN MASYARAKAT. SEBARKAN SUPAYA FAHAM TINDAKAN UNDANG UNDANG YANG SEBENAR. HUTANG MEMANG KENA BAYAR TAPI ADA SALURAN UNTUK BUAT RUNDINGAN DENGAN BETUL. JANGAN JADI MANGSA TEMBERANG AGEN KUTIP HUTANG.

Assalamualaikum. Kita kongsikan satu lagi episod GEMPAQ Agen Kutip Hutang dalam bab sita menyita ni. Saya dah banyak kali cerita pasal ni tapi upload lagi buat manfaat bersama.

SEDUTAN SOALAN

“Pegawai yag call tu jgk bgtau kalau beliau xde terima call dr peguam terbabit sblm pukul 5ptg, proses untuk dtg rumah dan bg writ saman akan diteruskan..(dtg ptg smlm atau isnin ni 29/8/16).saye call peguam tersebut dan peguam tu bgtau blh setel kes luar mahkamah tp kne call pegawai yg pegang fail case saye untuk tau jumlah yg perlu bayar untuk tarik balik writ saman tersebut..peguam tersebut ade bg no phone pegawai tu..saye call pegawai tu dan disuruh bayar jumlah penuh pinjaman ptg tu jgk dan hntr gambar bukti pembayaran untuk beliau email kat mahkamah utk batalkan writ saman tersebut..saye ade buat pembayaran ptg tu tp bkn full payment..katenye kne jgk bayar full tuk tarik kes saye tu..pegawai tu gtau jumlah yg saye bayar ptg tu cukup untuk tangguhkan sementara je..(sampai isnin 29/8/16 ptg je)kalau xterima full payment isnin tu,pegawai mahkamah akn dtg umh tuk bg writ saman”

SEDUTAN JAWAPAN

“Ini semua TEMBERANG Agen Kutip Hutang. Tindakan Undang Undang tak pakai sms dan email. Mahkamah dan “peguam” jadi jadian ni. Satu lagi, Lawyer TIDAK call peminjam. Pegawai Mahkamah TIDAK call peminjam. Mahkmah TIDAK ADA nombor telefon peminjam. Lawyer TIDAK BEKERJA untuk Mahkamah. Memang ada sistem e-kehakiman tapi bukan senang senang nak main email email macam tu je. Kalau kata guna Whatsapp lagi haru. Bank Negara pun boleh email jugak untuk “padamkan” rekod? Power betul “peguam” ni.”

 

LINK PENUH SOALAN:

http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/12/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-1/comment-page-3/#comment-2245

LINK JAWAPAN PENUH:

http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/12/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-1/comment-page-3/#comment-2246

 

LINK TENTANG SITA MENYITA:

https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/627586317399568/?type=3&theater

Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

  1. Salam

    Nak tanya, baru-baru ni ada individu call di office mengatakan akan menghantar “judgement notice” “surat merah’ “legal”. Adakah ni taktik dari agen kutip hutang? Ya, memang saya ada sangkut dengan kad kredit, dan surat baru je dapat dari pihak bank mengatakan akan melantik pihak ketiga untuk mengutip hutang, tapi pantas betul sampai dah bagi judgement notice.

    • Wa’alaikumussalam SHEIKH JAMADIL ADZANY

      Kalau Loyar dia TIDAK AKAN call nak hantar “Judgment Notice” atau surat merah ala ala TNB nak potong api. Loyar betul akan hantar aje mula mula Saman ke Mahkamah tak hadir baru ada Penghakiman dan salinan Penghakiman pulak akan dihantar. Pendek cerita memang confirm agen Kutip hutang. Dah cuba rundingkan hutang Kad Kredit dengan AKPK?

  2. salam,,,,

    saya mohon bantuan penerangan saya mempunyai hutang kad kredit bsn islamik sebanyak rm3400.00+++ … masalahnya saya dapat panggilan mengatakan ianya dari pihak bank bsn ingin saya selesaikan masalah hutang kad kredit saya.. jika saya tidak selesaikan bayaran hutang saya tindakan berikut akan diambil:-

    – tindakan saman mahkamah akan diambil bagi menyita harta benda rumah saya…
    – tindakan hantar surat melalui jabatan pdrm , utk pengetahuan saya kerja di jabatan pdrm .. untuk dikenakan tindakan tatatertib

    mohon bantuan penerangan kadar segera kerana pihak bank bsn kata akan ambil tindakan segera … tindakan hanya ditangguh jika saya selesaikan bayaran separuh … mohon pm saya pun takpe …0193125878 .mohon sangat sebab saya dalam tempoh nak menyelamatkan rumah tangga saya

  3. Salam…

    Saya ada kemusykilan dan kesulitan yg ingin ditanya… ini berkenaan tunggakan pinjaman peribadi adik saya .. ini kes adik beradiklah… dua-dua nak guna tapi sy yg tanggung sebab guna nama dia …jadi dipendekkan cerita..semlm dia ada terima surat dr bank rakyat (surat warna merah)yg dyorg letak dekat depan pintu rumah adik sy berkenaan untuk suruh settlekan yg tertunggak sebyk 12k dlm tempoh 7 hari. Jika tidak tidakan kebankrapan/ sitaan) akan diteruskan .. sy masih usaha juga untuk buat settlement yg tertuggak tu tapi blm mencukupi … jadi nak tanya mcm mana prosesnya yg akan pihak bank lakukan jika dlm tempoh 7 hari belum spt settlekan yg tertunggak dan apa yang perlu saya lakukan…mohon penerangan daripada pihak tuan …

    • Wa’alaikumussalam Anna

      Ini semua TEMBERANG Agen Kutip Hutang. Sitaan adalah tindakan Mahkamah bukan main letak surat tak ada setem depan rumah.

      Fahami tindakan undang undang yang sebenar. Berikut adalah prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html . Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Jika Bank susah nak beri kerjasama dalam bab rundingan, boleh minta pertolongan melalui Bank Negara seperti yang disarankan oleh Encik Ahmad disini:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/comment-page-5/#comment-1520

      Tiada salahnya juga untuk mencuba membuat rundingan dengan AKPK bagi mendapatkan cadangan penyelesaian dan butir butir lengkap rekod pembayaran yang telah dibuat. Semak dulu rekod tindakan undang undang melalui CTOS. Atau boleh pergi ke cawangan Bank Negara terdekat untuk mendapatkan lapuran CCRIS supaya jelas kedudukan sebenar. Kalau tidak jadi mangsa buli Agen Kutip Hutang dengan ugutan ugutan yang tidak berasas.

      Sila baca disini tentang bab TEMBERANG sita menyita dan cara menangani Agen Kutip Hutang

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

      Ini pula TEMBERANG paling top Agen Kutip Hutang:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/564105717080962/?type=3&theater

      • Tapi surat tu dr bank rakyat dan nyatakan peringatan terakhir …. itu yg cuak ..bkn xnak bayar n mengelak cuma blm cukup untuk buat byran byk tu .. mcm mana tu yer tn … coz yg dinyatakan bagi tempoh 7 hari nak settlekan tu yg bingung jugak nih… tq.

        • Assalamualaikum Anna

          Kalau ya pun dari Bank Rakyat, baca prosedur undang undang yang saya bagi. Ia tidak memakan masa 7 hari. Bagi masa 7 hari sebelum tindakan undang undang diambil. Cuba saranan saya tentang AKPK atau rundingan dan juga baca TEMBERANG dan taktik Agen Kutip Hutang.

          • Terima kasih atas penerangan …. sy dah maklumkan dekat adik sy dulu tapi dia yg x setuju coz kalau dah under AKPK mmg x dpt nak apa2 nanti .. tapi belum tentu AKPK dpt kurangkan jugak byran… dah byk kali sarankan kat dia sbb atas nama dia …. tapi nak ucapkan terima kasih atas segala penerangan yang diberikan … jika saya memerlukan nasihat dr tuan sy akan maklum tuan …cuma nak tanya sikt….jika dpt membuat byran separuh dr yg sepatutnya yg tertunggak… apa pulak tindakan pihak bank yg akan dilakukan ? Terima kasih sekali lagi ..

          • Assalamualaikum Anna

            Apa maksud “dia yg x setuju coz kalau dah under AKPK mmg x dpt nak apa2 nanti .. tapi belum tentu AKPK dpt kurangkan jugak byran… ”

            Adakah beliau memikirkan kalau pergi AKPK takde harapan nak dapat loan lagi? Kalau tak pergi dan dibiarkan loan tertunggak dan cuba selesaikan sendiri “pada suatu hari nanti” ada harapan dapat loan? Sekarang ni pun dah masuk dalam CTOS dan CCRIS memang dah tak dapat loan dah. Pada saya jumlah baki masih boleh diuruskan pada tahap RM12K dan setelah selesai hutang jika dibawah kawal selia AKPK masih boleh memohon untuk pinjaman atas dasar “berkelakuan baik” atau telah menunjukkan kesungguhan dan inisiatif untuk mengakui bahawa kita ada masalah hutang dan berjaya menyelesaikannya daripada memilih untuk berdiam diri dan lari dari tanggungjawab dan pada masa yang sama berharap untuk membuat hutang lagi padahal rekod kita dah ada dalam CTOS dan CCRIS.

  4. Assalam.
    saya azdin dan baru menemui blog saudara dan alhamdulillah ianya ada manfaat utk saya dan kepada org yg memerlukan pendapat atau pertolongan.
    di ringkaskan di sini masalah saya, iaitu mengenai pinjaman perumahan tertunggak. dalam kes saya tidaklah serious. tapi jika tidak selesaikan dgn bijak boleh membebankan di kemudian hari. di dalam kemelut kos sara hidup zaman sekarang ini saya telah di duga dgn di berhentikan kerja. agak sukar utk saya maintain bayaran pinjaman rumah saya. tapi saya tetap bayar walaupun jumlahnya bukanlah yang d tetapkan. bulanan saya RM861 tetapi saya mampu membayar RM 400 sahaja. dan iannya baru 3bulan. dan biasalah pihak bank memburu saya. saya ada terangkan kepada pegawai yg menelefon saya tapi seboleh2 nya dia mahu saya membayar penuh. sejak itu saya terpaksa ignore panggilan dari pihal bank @ pihak pemungut hutang ini. jadi adakah jika dalam tempoh 5 atau 1tahun jika saya tetap membayar separuh daripadan pinjaman yang sepatutnya akan menyebabkan saya di kenakan tindakan hingga ke mahkamah? sekarang saya sedang mencari kerja partime utk recover balik kewangan saya. kerja baru yang saya dapat ini tidak mencukupi untuk menampuang perbelanjaan saya yang lain2.
    TERIMA KASIH diatas pendapat dan tips2 yang di berikan.
    Maaf kerana mungkin soalan saya lari dari tajuk dalam blog ini tapi saya berpendapat mungkin dalam blog ni ada yang sesuai utk saya.
    Bank: AFFIN BANK BERHAD
    LOAN: PINJAMAN PERUMAHAN ISLAMIC
    JUMLAH LOAN. 262K
    TUNGGAKAN: 3BULAN

    • Wa’alaikumussalam Azdin

      Bank akan mula mengambil tindakan undang undang seawal 2 – 3 bulan tunggakan. Dalam kes Tuan, jika bayar separuh macam ni, setelah enam bulan ia telah dikira sebagai tunggakan 3 bulan. memandangkan Bank Bank sudah desperate untuk mengutip semula pinjaman (ada yang tertunggak sebulan pun dah kejar macam tak bayar setahun) kerana keadaan ekonomi yang tidak baik, saya rasa mereka sudah pun mula “mengorak langkah”.

      Kalau dah rasa tertekan sangat, baik pergi berbincang dengan Bank untuk penstrukturan semula atau minta bantuan AKPK untuk membuat rundingan. Baki hutang banyak lagi dan harga hartanah pun tak berapa bagus pada masa sekarang jika kena lelong besar kemungkinan akan ada baki yang tinggi yang memungkinkan tindakan keBankrapan jika ianya lebih dari RM30,000 dan Bank ini tidak teragak agak berbuat demikian tak kira pinjaman “Islamik” atau sebaliknya.