PERKONGSIAN SEORANG BANKRAP

bythethread

Ramai yang bertanya apa yang harus dibuat jika dikenakan tindakan Bankrapsi. Tidak kurang juga yang bertanya adakah cara untuk “melawan” atau “mengenepikan” tindakan ini. Jawapannya “Ya” dan “Tidak” iaitu agak subjektif dan bergantung kepada keadaan kerana setiap kes adalah secara umumnya agak unik dan mempunyai sedikit sebanyak perbezaan. Akan tetapi proses Bankrapsi perlu melalui beberapa prosedur yang perlu dipatuhi oleh Bank dan Loyarnya dengan terperinci. Kalau ada yang tersilap boleh mengakibatkan tindakan perlu dimulakan semula dari awal. Jadi “melawan” dari segi teknikal boleh untuk “melambat lambatkan permainan” atau mungkin juga DEFENDAN (Peminjam) mempunyai alasan yang sangat sangat kukuh seperti sedang dalam proses menjual aset untuk menyelesaikan hutang dan sebagainya tapi itupun bergantung kepada budibicara Mahkamah. Pokoknya untuk melambatkan atau membatalkan proses Bankrapsi.

Malangnya apabila tiada apa lagi yang boleh dilakukan maka terpaksalah akur dengan status Bankrap. Saya ada menerima satu perkongsian dari seorang Bankrap diruangan forum di blog yang mungkin boleh menjadi panduan bagi yang menghadapi masalah yang sama. Perlu saya nyatakan bahawa setiap individu adalah berbeza dari segi pemilikan harta sebelum Bankrap dan jumlah pendapatan tetapi asasnya adalah sama iaitu melaporkan diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan berbincang secara baik kerana setiap perkara atau masalah masih ada jalan penyelesaian melalui budibicara pegawai JIM yang terbabit. Saya telah edit beberapa perkataan “shortcut” supaya mudah dibaca. (link asal boleh dibaca di link forum Masalah Kad Kredit

PENGALAMAN SEORANG BANKRAP

Saya ingin kongsikan pengalaman saya yang baru saja di BANKRUPkan oleh sebuah bank pada awal tahun ni (2016). Kisahnya saya hanya tahu saya bankrup bila nak ambik gaji kat ATM sebuah bank, akaun saya dibekukan dan bank tersebut beri surat pemberitahuan saya telah dibankrupkan oleh bank lain dan rujuk kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), pada saat tu dunia ni dah rasa kecik dah, dah macam gived up, tapi oleh kerana tiada jalan lain, saya beranikan diri ke JIM (sebab nanti waran tangkap plak keluar bila kita tak munculkan diri di Jabatan Insolvensi).

Alhamdulilah, pegawai pegawai Jabatan insolvensi semua nya mesra baik dan profesional, dan BIAR SAYA BERITAHU rupanya STATUS BANKRUP ni bukan bererti anda tiada masa depan dah ATAU DAH TAK BOLEH HIDUP DAH, bila ditemuramah dan dijelaskan terperinci oleh pegawai JIM yang TADBIR kes saya JANGKAAN SAYA MELESET sama sekali. Saya di bankrupkan oleh sebuah bank dan DALAM MASA SAMA saya mempunyai tunggakan di beberapa bank lain (pinjaman peribadi,kad kredit,kereta). Hutang di koperasi, syarikat pemberi pinjaman berlesen, astro, celcom (ya masa muda saya amat teruk) DAN JUMLAH KESELURUHAN RM 150 000.

Dulu saya kerja pegawai kerajaan tapi telah berhenti dan kerja sebagai pengawal keselamatan saja dengan gaji RM1200 sebulan. Berbalik cerita saya sampai ke JIM, saya isi banyak borang antaranya hutang hutang yang ada di tempat lain, aset yang ada (yang ATAS NAMA SAYA) dan pendapatan bulanan, saya TERKEJUT apabila saya hanya perlu membayar MINIMUM RM100 sebulan utk SEMUA HUTANG HUTANG yang saya sebut tadi. MANA NAK CARI TEMPAT hutang beratus ribu banyak tempat TAPI HANYA BAYAR 100 je sebulan???

Hanya JIM saja boleh lakukan itulah MAGIK AKTA BANKRUPSI NI. Dan saya mungkin bernasib baik kerana saya tinggal dirumah yang bukan atas nama saya TAPI AYAH SAYA dan kereta kedua yang saya pakai adalah atas nama abang saya dan kereta tu dah tiada ccm di bank. JIM hanya mengambil alih aset yang tertulis hitam putih atas NAMA ANDA SAHAJA. Aset harta isteri ke mak ayah ke keluarga ke MEREKA TAK GANGGU PUN, EPF mereka tak ambik pun, dan jika anda ada barang bernilai pun mereka tidak akan ganggu KECUALI jika barang anda tu bernilai RM5000 ke atas, jadi setakat hp Samsung S5, Lenovo , Sony ke apa, TV 29 inci plasma mereka tak ambik pun..

Memang status bankrupsi ni banyak SEKATAN tapi ia BUKAN SEKATAN MACAM DINDING PENJARA TU. Contoh diri saya, gaji saya pada bulan tu kira BURN HANGUS kerana akaun telah di close TETAPI saya dibenarkan buka akaun baru di bank lain untuk kemasukam gaji bulan seterusnya, bukan susah pun, saya mohon kebenaran buka akaun tu dalam dua jam je saya da dapat surat kebenaran buka buku akaun baru di maybank pada hari tu juga saya pergi (knp maybanK?sebab pegawai JIM tu yang cadangkan, Maybank dan Public bank tak cerewet sangat nak buka buku akaun org bankrup berbanding bank lain).

Saya beritahu bolehkah saya part time berniaga atas lesen mak saya dan dalam masa sama saya teruskan kerja saya sebagai sekuriti, TIADA MASALAH PUN, dalam beberapa jam dah dapat kebenaran tu setelah isi borang tertentulah..tak susah pun pegawai JIM akan tunjuk ajar A-Z. Ada tak faham tanya je. Majikan saya tidak tahupun hingga hari ni saya adalah bankrup kerana saya bukan kerja di bahagian pembuat keputusan atau kewangan (bagi kerja kerajaan mereka ada sistem sendiri yang automatik ketua Jabatan tahu status kewangan penjawat awam tu), saya acah acah je buat surat kepada kerani saya nak tukar akaun gaji kerana tempat tinggal saya terdekat adalah Maybank dan saya nak guna sistem e-banking.

Kadang kadang antara sebab majikan tahu status kita ni bila kita tak hadirkan diri ke JIM setelah dibankrupkan, jadi pegawai pegawai JIM tu akan cari lah KITA ke rumah dan tempat kerja, so tahu je dah bankrup cepat cepat pergi JIM jangan bertangguh. Pegawai JIM tu sendiri ada cakap sebenarnya kebanyakan TOKEY TOKEY berbangsa Cina lebih suka bankrupkan diri bila dah tak mampu bayar pinjaman yang berjumlah ratusan ribu atau jutaan ringgit mereka rela hati membankrupkan diri sendiri sebab jika ke AKPK pun macam kes saya minimum kena bayar pun rm900 lebih sebulan,mana nak cari duit setiap bulan macam tu dah lah gaji 1200 je, tapi di JIM saya hanya bayar MINIMUM RM100 je nak bayar lebih pun tak apa..berbanding melayu kebanyakan melarikan diri dan MASALAH tu tak selesai malah jadi lebih buruk… dan JIKA anda beri kerjasama, patuh setiap syarat dan lancar bayaran ke JIM, 5 tahun ke atas anda boleh mohon ke ketua pengarah JIM untuk pelepasan bankrup, jika LULUS anda seperti budak baru abis SPM dah tiada hutang zero suci dan murni (tapi nak buat loan apa apa lepas tu memang tak dapat lah, dah ada REKOD, tapi dah rasa serik berhutang rasa nya TIADA SIAPA nak terjerumus dalam hutang lagi ye tak),

OK, saya TAK SARANKAN ANDA BANKRUPKAN DIRI, bankrup ni jalan terakhir BILA DAH BENAR BENAR TAK MAMPU DAH BAYAR ATAU/MELAYAN AGEN AGEN PENGUTIP HUTANG, berundinglah dulu dengan pemiutang anda, paling penting jika DAH TAHU STATUS BANKRUP TERUSLAH KE JIM jangan berlengah, JIM akan jadi SEAKAN PERISAI kepada kita dari gangguan ugutan ejen ejen pengutip hutang dan macam kes saya selepas saya bankrup adalah satu ejen kutip hutang ni (mungkin dia belum update kes saya) telefon nak ugut tu ni jika tak bayar, saya biarkan je dia bcakap 4-5 minit, lepas tu saya jawab je SAYA NI DAH DI BAWAH JIM DAH STATUS BANKRUP, jika encik nak tuntut apa apa nak buat apa apa encik pergi je JIM tempat saya di tadbir….haaa terdiam ejen pengutip hutang, sebenarnya BANK atau mana mana pemiutang TAK SUKA PUN nak jatuhkan bankrup ni, sebab mereka TAK UNTUNGPUN. Contoh kes saya, RM100 sebulan bahagi kepada 7 pemiutang, tapi seorangg berapa je dapat sebulan??? Kos guaman lebih mahal dari return tu…

Itulah ejen2 pengutip hutang ni MENUNTUT hutang dah macam gangster ayat ganas gila sebab OBJEKTIF mereka anda mesti bayar mengikut BERAPA MEREKA MAHU KAN dan jika anda di bankrupkan MEREKA TERPAKSA AKUR dengan jumlah bayaran yang ditetapkan JIM…itu saja share cerita saya, saya tulis pengalaman ni pun sambil menghirup kopi yang wangi eheheh. INGAT BANKRUP BUKAN PENAMAT HIDUP. tq

Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

  1. Assalam…. Saya dh di istihar muflis sejak 2012 Dan Dr thun 2012 Saya buat Byran kepadA Jim 150 Sbln….saya Ada Tanya kepadA pegawai counter Bayaran sampai bila Saya perlu byr…. Dia Ckp sampai habiss…. Kalau ikut lagi 7bln dh masuk 5thn Saya buat Byran….betul ke lps 5 Thun Byrn Boleh lps Dr status muflis…..cinfius😔

    • Wa’alaikumussalam Ida

      Bab 5 tahun ini memang ada dalam Peruntukkan Akta Bankrapsi. Cuma pelepasan ini bukan automatik perlu membuat permohonan dan melepasi beberapa syarat dan keputusan tertakluk kepada Ketua Pengarah Insolvensi. Bila Aakta ini dipinda ke Akta Insolvensi (dijangka tahun ini) cadangan tempoh ini dipendekkan kepada TIGA tahun dan khabarnya proses akan menjadi lebih mudah. Sama samalah kita tunggu pindaan ini insya ALLAH.

  2. Salam…

    saya ingin tahu, jika kita diistihar bangkrap oleh Bank A, adakah pihak JIM akan melelong harta milik kita (kerana saya memiliki rumah dan kereta di atas nama saya sendiri) untuk mendapatkan duit bagi menyelesaikan hutang saya dengan bank A ?

    Untuk pengetahuan tuan, saya kini dalam proses dibangkrapkan oleh pihak bank kerana masalah personal loan (rm140K++) yg saya x mampu bayar. saya ada rumah dan kenderaan yg sudah habis dibayar…

    soalan saya, bagaimana dengan rumah dan kereta saya, andainya saya benar2 dibangkrapkan oleh bank A kelak?

    • Wa’alaikumussalam Noraini

      Dalam situasi ini Bank A (pinjaman peribadi) telah memulakan prosiding KeBankrapan. Peminjam ada pinjaman perumahan dengan Bank B dan pinjaman kereta dengan Bank C. Apabila Bankrap, setiap Bank lain yang peminjam ada pinjaman perlu memfailkan “proof of Debt” atau dokumen bukti “keberhutangan” di Mahkamah. Apa yang bakal akan berlaku adalah:

      1) Bank B (pinjaman perumahan) diberikan waktu untuk melelong rumah tersebut untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk melunaskan hutang mereka dan jika ada baki, baki ini akan difailkan semula sebagai “Proof of Debt”. Jika Bank B tidak melelong rumah pada tempoh yang ditetapkan maka JIM boleh melelong rumah tersebut atas budi bicara dan prosedur lelongan yang biasa tanpa ada campurtangan dari bank lagi dan jumlah lelongan akan diberikan kepada Bank b sebagai “secured creditor” iaitu Pemiutang yang mempunyai cagaran.

      2) Bagi Bank C pula mereka mungkin “terpaksa” melelong kereta tersebut untuk mendapatkan apa jua baki yang boleh dan menfailkan “Proof of Debt” mereka pula.

      Walaubagaimanapun, pegawai pegawai JIM biasanya adalah mereka yang mempunyai tanggungjawab dan budi bicara dan itulah perlu bagi siBankrap untuk berjumpa dan berbincang elok elok (anda tidak ada pilihan sebenarnya) supaya boleh mendapatkan hasil rundingan yang terbaik bagi siBankrap untuk meneruskan hidup mereka termasuklah berkenaan dengan kereta yang habis bayar.

  3. Salam tuan admin.

    Saya nk tanya.kalau dh bnkrap dgn hutg rm40 ribu,kita hnya akn bebas dr bankrupsi bila dah selesai byr sbyk rm40 tu kepada JIM ke?sbb byrn bulanan Ke JIM kalau rm100 jenuh juga tu nk tungu sampai habis semua hutang..makan masa bertahun tu..

    Lagi 1 betul ke selagi kita tak bersih lagi dari status bankrap,kita tak akan dapat duit EPF bila dh cukup umur 55 tahun?

    • Wa’alaikumussalam Cahaya

      Bila kita dah daftar dengan JIM dan memenuhi syarat syarat mereka dan patuh kepada apa jua bayaran, dalam masa 5 tahun atas budi bicara Pengarah Insolvensi boleh memberikan kebebasan dari keBankrapan. jika Pindaan kepada Akta KeBankrapan/Insolvensi diluluskan oleh Parlimen pada tahun ini, tempoh tersebut akan menjadi lebih pendek iaitu 3 tahun.

      Bab EPF ni rasanya tidak menjadi masalah kerana ada yang boleh mengeluarkan dari Simpanan jika ada akaun Bank yang telah dilulusakn oleh JIM. Masalah timbul bila tiada akaun Bank dan membuat permohonan untuk mengeluarkan Cek. Saya tidak pasti tentang prosedur terkini KWSP tetapi boleh semak dengan mereka. Case by Case.

  4. Asslm tuan admin…sy dh buat semakkn ic di link jbtn imgresen seperti tuan sarankn dlm blog ni..status semakkn adalah TIADA HALANGAN…mksudnya sy tidak diistiharkan bangkrap la ye?
    Sy pun ada hutang tertnggak dgn beberapa bank…hutang kereta,krd kad n persnl loan..
    Pernah dftar ahli dgn akpk..x lama dlm setahun je lepastu dh x mmpu bayar juga…sbnrnya akpk ni tidak bnyak mmbntu pun..sekadar mnjadi org tngh antara sy dgn pihak bnk..kena bayar tggi juga..bila dh mis bayar pd akpk terus akpk keluarkn nama sy dr akpk then direct bnk semula..last bayar dgn bnk 3 tahun lepas apabila bank block acc gji sy…berterusan selama 3 bulan berturut tiap kali nk ambil duit gji acc kena block cz ada tggkn n lmbat bayar..sampai stu thap sy gv.up..sy bnti keje blik kg..sy ada kometmnt ada wfe n dua ank msih kecil…sekarg buat keje keje yg terima gji cash shj…x berani nk keje yg gji masuk bnk walaupun ada tawaran keje gji yg lebih baik dr sekarg..sbb takut acc gji kena block lg sy nk bg ank bini mkn apa? Niat ht nk kmbli seperti kerja dulu sbb gji lebih baik dr gji sekarang…tapi takut nnt keje gji x merasa sbb bnk ambil..tapi bila sy buat semakkn ic seperti tuan sarankn di link imgrsen sttus tiada halangan…ni dh 3tahun sy lari dr byar sbb x mmpu…pernh berbncang dgn pihak bnk tapi x da tolak ansur malah memksa..so sy ambil kptusn diamkn diri shgga hr ini…sy pun x mahu dibelnggu hutang..hutang tetap hutang perlu dibayar…cuma jika nk bayar cara amaun dulu mmg sy x mmpu la skrg ni…tapi tertarik dgn cte tuan admin hutang rm150k dgn JIM cuma bayar rm100 sebulan..kalau cmtu sy pun nk dan mampu bayar…
    #semkkn ic imgresn sttus tiada halangan..
    So kalau sy nk buka acc bnk utk acc gji x da masalahkn?..boleh ke bnk yg sy hutang ambil duit sy dr acc bnk sy yg lain?
    Jd dlm isu sy ni boleh tak tuan admin bg advce atau pencerhan detail utk selesaikn masalah sy ini…apa ptt sy buat then nk mula dr mana?mohon tnjuk ajar..sekian terima kasih..

    • Wa’alaikumussalam Tuan Adam

      Pembekuan akaun berlaku dalam tiga perkara:

      1) Peminjam ada akaun simpanan dengan Bank tempat dia meminjam dan biasanya akan ada persetujuan dari peminjam supaya Bank boleh mengambil bayaran hutang dari akaun Bank peminjam.

      2) Penghakiman telah didapati dari Mahkamah (lihat proses undang undang dibawah) dan Bank melaksanakan Penghakiman dengan Perintah Garnisi iaitu mengambil baki dari akaun peminjam yang dijangka mempunyai duit.

      3) Peminjam telah dikenakan tindakan Bankrapsi (setelah Penghakiman) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) akan mengarahkan SEMUA akaun peminjam dibekukan dan setelah melaporkan diri dengan JIM barulah SATU akaun akan dibenarkan untuk dibuka semula.

      Dalam masalah mencari pekerjaan dan membuka akaun, dua Bank yang “popular” ialah Maybank dan CIMB untuk akaun gaji. Cari akaun Bank lain (jika majikan tiada masalah) untuk kemasukan akaun gaji.

  5. Kalau sy area putrajaya. Di manakah perlu sy hadirkan di pejabat JIM…sy dah berhenti keje dr agensi kerajaan.skrg,sy wat bisnez online shj.
    T.kasih

    • Wa’alaikumussalam Diana

      Kalau buat carian di Google, ini detailnya

      Level 2&3, Legal Affairs Building, Federal Government Administration Center, Precinct 3, 62692,, Federal Territory of Putrajaya, Malaysia

      +60 3-8885 1000

  6. Assalamualaikum…. Sy nak tanya blh kah pihak bank beku akaun sy berdasarkan iklan dalam surat khabar. Jika pihak bank dah beku akaun sy, dan semakan status sy di Jab Insolvensi ialah tidak bankrupt. Apa yg perlu sy buat

    • Wa’alaikumussalam Mona

      Iklan yang macamana tu? Iklan Notis KeBankrapan atau Agen Kutip Hutang buat taktik baru iklan dalam paper nak beku akaun? kalau ada salinan iklan tersebut, boleh email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Kalau iklan Notis KeBankrapan, belum Bankrap lagi.

      Fahami proses dan prosedur tindakan undang undang hingga ke peringkat Bankrapsi:

      Prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi. Jika pindaan Akta Bankrapsi kepada Akta Insolvensi diluluskan, had ini dinaikan kepada RM50K

      Secara ringkasnya proses Kebankrapan adalah seperti berikut:

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (seperti diatas)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan. Proses penyerahan adalah sama dengan proses Notis KeBankrapan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

      Setelah Bankrap

      Seorang Bankrap perlu melapurkan diri ke Jabatan Insolvensi terdekat. Selepas melapur diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan mengisi borang borang yang diperlukan, Cik/Tuan/Puan boleh memohon untuk pelepasan semua akaun yang telah dibekukan, pengeluaran dan penutupan akaun dan memilih akaun mana yang hendak dikekalkan. Biasanya kita akan kekalkan akaun yang digunakan untuk kemasukan gaji. InsyaALLAH kebenaran akan diberi berdasarkan perbincangan dengan Pegawai Insolvensi. Berapa lama saya tidak boleh memberi kepastian cuma apabila melapur diri bawalah bukti bukti pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap supaya boleh dipastikan berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan kepada Jabatan Insolvensi.

      Untuk seseorang Bankrap melapurkan kepada JIM, lebih banyak maklumat peribadi akan ditanya berbanding dengan pinjaman biasa. Ini adalah kerana perbelanjaan anak anak (tempat tinggal, sara hidup,pembelajaran, bas sekolah jika ada) boleh dimasukkan kedalam Kos Sara Hidup seorang Bankrap. Sebahagian kecil perbelanjaan untuk ibu bapa yang telah uzur juga dibenarkan. Jika seorang Bankrap melapurkan diri kepada JIM dan membuat bayaran bulanan, beliau mungkin boleh mendapat kebenaran untuk menggunakan Kad Kredit (had RM1000) dan juga boleh memiliki kereta (mungkin kereta lama) dengan nilai tidak melebihi RM5K untuk kegunaan keluarga. Tapi harus diingat,kenalah mendapat kebenaran JIM.

      Jadi, lebih ramai anak dan tanggungan , jumlah yang Cik/Tuan/Puan perlu bayar kepada JIM akan berkurangan. Kadang kadang Cik/Tuan/Puan mungkin hanya diminta membayar RM50 sebulan. Jauh lebih murah dari ansuran bulanan pinjaman peribadi Cik/Tuan/Puan, kan?

      Dalam perkara memindahkan hakmilik rumah atas nama bersama, ia tidak dibenarkan dalam Akta Kebankrapan dan segala pemindahan dalam masa 2 tahun sebelum dari tarikh Bankrap akan terbatal. Lagipun jumlah nilai rumah dengan hutang Bank mungkin tidak mencukupi untuk “cover” hutang keseluruhan. Budi bicara Pegawai Insolvensi amat diperlukan pada ketika melapurkan diri supaya tidak melelong rumah tersebut lagipun atas nama bersama. Bagi Bank Bank yang lain, mereka hanya perlu menfailkan “Proof of Debt” iaitu bukti keberhutangan siBankrap kepada JIM dan jumlah ini akan dikumpulkan sebagai jumlah yang terhutang.

      Bagi si Bankrap:

      (a) Masih boleh bekerja seperti biasa atau berniaga asalkan tidak mendaftar sebagai pengarah, rakan kongsi atau pemilik tunggal. (ramai yang berniaga “online” atau berniaga atas “proxy” atau nama orang lain.

      (b) Masih boleh mempunyai akaun Bank (satu sahaja). Pihak Jabatan Insolvensi akan mengeluarkan surat kebenaran untuk mebuka akaun dengan mana mana Bank atau memberi arahan untuk membuka semula akaun yang telah dibekukan akibat Banrupsi.

      (c) Tidak boleh keluar negara tanpa kebenaran Jabatan Insolvensi.

      (d) Boleh memiliki kereta yang bernilai RM5,000 kebawah

      (e) Boleh menggunakan Kad Kredit dengan had RM1,000 (ada ke Bank nak bagi Kad Kredit, ada kut sebab ada peruntukan mengenainya)

      (e) Yang utama sekali, Tuan/Puan tidak lagi akan diganggu oleh Bank atau Agensi Pengutip Hutang.

      Boleh baca disini tentang pengalaman seseorang yang telah dikenakan tindakan KeBankrapan:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/2016/09/perkongsian-seorang-bankrap/

  7. Assalamualaikum..baru2 ni saya check di ctos nama saya ada bankruptcy notice issued..Dan saya mmg xmmpu utk selesaikn hutang ni..apa yang perlu saya lakukan..haruskah ke insolvensi terus atau boleh ke akpk…terima kasih

    • Wa’alaikumussalam Siti

      Secara ringkasnya proses Kebankrapan adalah seperti berikut:

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (seperti diatas)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan. Proses penyerahan adalah sama dengan proses Notis KeBankrapan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

      Status Bankrap masih belum diketahui jadi Cik/Puan boleh semak status di website Jabatan Imigresen di:

      http://sspi2.imi.gov.my/

      Masukkan no IC. Kalau kena blacklist dan tak boleh keluar negara, besar kemungkinan dah Bankrap

      Jika confirm, baca seterusnya:

      Setelah Bankrap

      Seorang Bankrap perlu melapurkan diri ke Jabatan Insolvensi terdekat. Selepas melapur diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan mengisi borang borang yang diperlukan, Cik/Tuan/Puan boleh memohon untuk pelepasan semua akaun yang telah dibekukan, pengeluaran dan penutupan akaun dan memilih akaun mana yang hendak dikekalkan. Biasanya kita akan kekalkan akaun yang digunakan untuk kemasukan gaji. InsyaALLAH kebenaran akan diberi berdasarkan perbincangan dengan Pegawai Insolvensi. Berapa lama saya tidak boleh memberi kepastian cuma apabila melapur diri bawalah bukti bukti pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap supaya boleh dipastikan berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan kepada Jabatan Insolvensi.

      Untuk seseorang Bankrap melapurkan kepada JIM, lebih banyak maklumat peribadi akan ditanya berbanding dengan pinjaman biasa. Ini adalah kerana perbelanjaan anak anak (tempat tinggal, sara hidup,pembelajaran, bas sekolah jika ada) boleh dimasukkan kedalam Kos Sara Hidup seorang Bankrap. Sebahagian kecil perbelanjaan untuk ibu bapa yang telah uzur juga dibenarkan. Jika seorang Bankrap melapurkan diri kepada JIM dan membuat bayaran bulanan, beliau mungkin boleh mendapat kebenaran untuk menggunakan Kad Kredit (had RM1000) dan juga boleh memiliki kereta (mungkin kereta lama) dengan nilai tidak melebihi RM5K untuk kegunaan keluarga. Tapi harus diingat,kenalah mendapat kebenaran JIM.

      Jadi, lebih ramai anak dan tanggungan , jumlah yang Cik/Tuan/Puan perlu bayar kepada JIM akan berkurangan. Kadang kadang Cik/Tuan/Puan mungkin hanya diminta membayar RM50 sebulan. Jauh lebih murah dari ansuran bulanan pinjaman peribadi Cik/Tuan/Puan, kan?

      Dalam perkara memindahkan hakmilik rumah atas nama bersama, ia tidak dibenarkan dalam Akta Kebankrapan dan segala pemindahan dalam masa 2 tahun sebelum dari tarikh Bankrap akan terbatal. Lagipun jumlah nilai rumah dengan hutang Bank mungkin tidak mencukupi untuk “cover” hutang keseluruhan. Budi bicara Pegawai Insolvensi amat diperlukan pada ketika melapurkan diri supaya tidak melelong rumah tersebut lagipun atas nama bersama. Bagi Bank Bank yang lain, mereka hanya perlu menfailkan “Proof of Debt” iaitu bukti keberhutangan siBankrap kepada JIM dan jumlah ini akan dikumpulkan sebagai jumlah yang terhutang.

      Bagi si Bankrap:

      (a) Masih boleh bekerja seperti biasa atau berniaga asalkan tidak mendaftar sebagai pengarah, rakan kongsi atau pemilik tunggal. (ramai yang berniaga “online” atau berniaga atas “proxy” atau nama orang lain.

      (b) Masih boleh mempunyai akaun Bank (satu sahaja). Pihak Jabatan Insolvensi akan mengeluarkan surat kebenaran untuk mebuka akaun dengan mana mana Bank atau memberi arahan untuk membuka semula akaun yang telah dibekukan akibat Banrupsi.

      (c) Tidak boleh keluar negara tanpa kebenaran Jabatan Insolvensi.

      (d) Boleh memiliki kereta yang bernilai RM5,000 kebawah

      (e) Boleh menggunakan Kad Kredit dengan had RM1,000 (ada ke Bank nak bagi Kad Kredit, ada kut sebab ada peruntukan mengenainya)

      (e) Yang utama sekali, Tuan/Puan tidak lagi akan diganggu oleh Bank atau Agensi Pengutip Hutang.

      Cik/Puan boleh baca disini tentang pengalaman seseorang yang telah dikenakan tindakan KeBankrapan:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/2016/09/perkongsian-seorang-bankrap/

  8. Assalamualaikum En. Ammar. Saya ingin bertanya mengenai bankrapsi. saya ada membuat semakan ctos dan mendapati saya dapat status bankrap. saya tidak dapat surat dari mahkamah sebab alamat lain. sekarang saya bekerja di luar negara. bila saya membuat semakan status blacklist di imigresen, mengatakan sila rujuk ke jabatan imigresen terdekat. adakah ini bermakna saya telah di blacklist? Adakah saya akan ditahan di imigresen sekiranya saya kembali ke malaysia? adakah waran tangkap akan dikeluarkan kepada saya? perlukah saya terus rujuk ke jabatan insolvensi terus sekembalinya saya ke malaysia? Adakah saya masih boleh berkerja di luar negara sekiranya sekatan telah dilakukan dan berapa lamakah proses diambil untuk membolehkan saya ke luar negara kembali? apa dokumen yang diperlukan untuk saya rujuk ke jabatan insolvensi? terima kasih

    • Wa’alaikumussalam Lina

      Status Bankrap akan membuatkan nama akan dihantar kepada Jabatan Imigresen dan semua Bank (di Malaysia) akan dimaklumkan dan semua akaun akan dibekukan. Saya syorkan supaya merujuk kepada pihak JIM kerana situasi Cik/Puan berada diluar Negara dan saya tidak berani memberikan pendapat kerana terdapat prosedur yang khusus dalam hal ini dan mungkin ada beberapa “kelonggaran” dan pertimbangan yang boleh dibincangkan bersama. Kalau berada di Malaysia memang tidak dibenarkan keluar Negara melainkan mendapat kelulusan khas daripada JIM beserta dengan deposit dan penjamin dan syarat syarat lain.

  9. Assalamualaikum En. Ammar,

    Saya ingin bertanya mengenai bankrapi dan saya harap Encik dapat menolong.

    1. Saya ada membuat pinjaman peribadi sebanyak RM 70k (seingat saya) dan beberapa hari lepas saya membuat semakan CTOS online dan mendapat laporan yang saya di dalam proses bankrapsi. Ini tekaan saya berdasarkan tarikh notis suratkhabar dan tiada maklumat di bahagian “Hearing date”.

    2. Saya kini tidak menetap di Malaysia, tidak bekerja dan berdaftar sebagai ‘Unemployed’ di jabatan buruh di negara yang saya menetap kini.

    3. Saya ingin memohon untuk mendapatkan status kerakyatan di negara yang saya menetap kini dan salah satu dokumen yang diperlukan adalah Certificate of Good Conduct. Adakah Encik tahu jika status bankrap akan tertulis di dalam sijil tersebut? Atau pon jika status bankrap akan memberi kesan ke atas sijil tersebut dengan menyatakan saya ada rekod jenayah?

    4. Saya ada mencari maklumat dan jika ingin membuat perbincangan dengan pihak bank pada tahap ini, selalu nya bank akan meminta 50% sekurang-kurangnya dari total. Total tuntutan pinjaman dah lebih dari 70k sekarang sebab interest dan sebagainya (tekaan saya). Di dalam kes saya, adakah patut saya berbincang dengan pihak bank? Dan adakah pihak bank akan menuntut bayaran bulanan juga jika saya membayar 50% total tuntutan pinjaman?

    5. Atau adakah saya patut menerima bankrapsi (nak cari duit untuk bayar 50% tu memang mencabar dalam keadaan ekonomi saya sekarang) dan berurusan dengan JIM selepas itu dan membayar bulanan mengikut jumlah yang dikenakan JIM? Adakah Encik tahu jika JIM akan membenarkan saya menetap di luar negara dengan tiada pendapatan? Setahu saya JIM memberi kebenaran untuk ke luar negara atas urusan kerja.

    6. Saya ada e-melkan Encik laporan CTOS saya beberapa hari lepas, jika Encik berkesempatan untuk meneliti dan memberi pandangan, saya amat berterima kasih.

    Aida

    • Wa’alaikumussalam Aida

      Berkenaan dengan soalan soalan berikut:

      1. Saya ada membuat pinjaman peribadi sebanyak RM 70k (seingat saya) dan beberapa hari lepas saya membuat semakan CTOS online dan mendapat laporan yang saya di dalam proses bankrapsi. Ini tekaan saya berdasarkan tarikh notis suratkhabar dan tiada maklumat di bahagian “Hearing date”.

      Melalui rekod CTOS Bank telah mengiklankan Notis KeBankrapan pada 9hb December 2016 kerana mereka tidak berjaya menyampaikannya kepada aida secara kediri. 6 bulan selepas ini iaitu lebih kurang pada 9hb May 2017 Bank akan menfailkan Petisyen Pemiutang / Creditors Petition (CP) dan akan cuba menyampaikannya secara kediri juga sebanyak TIGA cubaan dan akhirnya akan membuat permohonan untuk mengiklankannya dalam surat khabar. Prose permohonan ini juga akan memakan masa sebulan atau dua bulan. Pengiklanan dalam akhbar itu juga akan menyatakan tarikh pendengaran kes dan pada tarikh itu baru dijatuhkan Perintah KeBankrapan jika tiada cadangan bayaran yang dipersetujui oleh Bank. Jadi anggaran tarikh KeBankrapan ialah dalam bulan September tahun ini. Sehingga itu status masih bukan seorang Bankrap. Mungkin masa yang sesuai untuk membuat permohonan Certificate of Good Conduct.

      3. Saya ingin memohon untuk mendapatkan status kerakyatan di negara yang saya menetap kini dan salah satu dokumen yang diperlukan adalah Certificate of Good Conduct. Adakah Encik tahu jika status bankrap akan tertulis di dalam sijil tersebut? Atau pon jika status bankrap akan memberi kesan ke atas sijil tersebut dengan menyatakan saya ada rekod jenayah?

      Tentang adakah status hutang akan tercatat dalam Cerificate tersebut saya tidak tahu. Biasanya yang utama adalah rekod jenayah. Legih baik kalau aida buat enquiry dengan Malaysian consulate di Negara Aida menetap sekarang supaya dapat info yang tepat dan jelas.

      4. Saya ada mencari maklumat dan jika ingin membuat perbincangan dengan pihak bank pada tahap ini, selalu nya bank akan meminta 50% sekurang-kurangnya dari total. Total tuntutan pinjaman dah lebih dari 70k sekarang sebab interest dan sebagainya (tekaan saya). Di dalam kes saya, adakah patut saya berbincang dengan pihak bank? Dan adakah pihak bank akan menuntut bayaran bulanan juga jika saya membayar 50% total tuntutan pinjaman?

      Saya rasa bayar 50% sebagai “deposit” untuk menghentikan tindakan keBankrapan mungkin boleh tapi untuk tutup akaun rasanya payah Bank nak bagi. Menurut apa yang dalam lapuran CTOS jumlah tuntutan dalam RM111.000++.

      5. Atau adakah saya patut menerima bankrapsi (nak cari duit untuk bayar 50% tu memang mencabar dalam keadaan ekonomi saya sekarang) dan berurusan dengan JIM selepas itu dan membayar bulanan mengikut jumlah yang dikenakan JIM? Adakah Encik tahu jika JIM akan membenarkan saya menetap di luar negara dengan tiada pendapatan? Setahu saya JIM memberi kebenaran untuk ke luar negara atas urusan kerja.

      Saya mohon maaf, yang inipun saya tak berani jawab kerana tiada pengalaman. Boleh tanya secara terus kepada pihak JIM. Saya bimbang akan memberi maklumat yang tidak tepat.

      • Assalamualaikum En. Ammar,

        Terima kasih atas respon dan penjelasan dalam kes saya. Kira nya saya ada sehingga May tahun ini untuk membuat keputusan dan mencari penyelesaian. Tak banyak masa.

        Saya ada e-mel kepada Malaysian ministry of foreign affairs dan berkenaan certificate of good conduct dan ini jawapan nya.

        “Kindly be informed that Certificate of Good Conduct and Police Criminal Record is the same which mean certificate is based on examination of a criminal record or record of offenses involving criminal charge.”

        Perkongsian, jika ada sesiapa turut nak tahu.

        Terima kasih sekali lagi.

        • Assalamualaikum En. Ammar,

          Saya ingin bertanya jika Encik ada garis panduan, pandangan, nasihat jika saya ingin berbincang dengan pihak bank untuk membuat pembayaran supaya kes ini dibatalkan/ditutup.

          1. Apakah yang perlu saya lakukan? Hubungi terus pihak bank dan menyatakan saya ingin membuat pembayaran? Adakah saya hanya perlu menghubungi dan berbincang dengan pihak bank atau saya juga harus menghubungi pihak-pihak lain, jika ya, siapa?

          2. Adakah selalunya bank akan menuntut keseluruhan jumlah pinjaman jika saya bersetuju untuk membayar (mengikut pendapat Encik)? Adakah bank akan turut menuntut charge lain-lain selain jumlah pinjaman? Apakah tips yang boleh Encik berikan untuk berbincang supaya kesemua nya lancar. Nervous pulak bila pikir

          2. Apakah yang perlu pihak bank berikan kepada saya sebagai bukti pembatalan kes (selepas pembayaran)

          3. Berapa lama masa di ambil untuk membatalkan/menutup kes. Apa yang perlu saya lakukan, update siapa selepas pembayaran

          4. Saya ada membuat semakan di efiling dan terdapat dua tarikh iaitu 20 Jan dan 13 Jun 2017. Pada pandangan Encik untuk apakah tarikh- tarikh tersebut? Mungkin Jun untuk failkan CP seperti yang Encik katakan?

          5. Memandangkan saya di luar negara, adakah lebih baik kes ini dikendalikan melalui peguam? Jika ya, agak-agak Encik selalunya berapa pulak charge nya?

          Diharap sangat Encik dapat membantu.
          Terima kasih.

          • Wa’alaikumussalam Aida

            Berkenaan dengan soalan soalan Aida:

            1. Apakah yang perlu saya lakukan? Hubungi terus pihak bank dan menyatakan saya ingin membuat pembayaran? Adakah saya hanya perlu menghubungi dan berbincang dengan pihak bank atau saya juga harus menghubungi pihak-pihak lain, jika ya, siapa?

            Aida boleh hubungi Bank secara direct untuk membuat cadangan pembayaran yang diterima oleh Bank untuk membatalkan tindakan Bankrapsi ini. Buat surat rasmi dan email kepada Branch dan juga HQ mereka. Maklumat boleh diambil dari website mereka.

            2. Adakah selalunya bank akan menuntut keseluruhan jumlah pinjaman jika saya bersetuju untuk membayar (mengikut pendapat Encik)? Adakah bank akan turut menuntut charge lain-lain selain jumlah pinjaman? Apakah tips yang boleh Encik berikan untuk berbincang supaya kesemua nya lancar. Nervous pulak bila pikir

            Biasanya Bank telah membelanjakan wang untuk kos guaman dalam tindakan Bankrasi ini. Selalunya (bergantung kepada polisi sesebuah Bank) Bank boleh menerima separuh (50%) dari jumlah tuntutan dan selebihnya melalui pembayaran berkala yang dipersetujui oleh Bank. Tanpa satu jumlah “deposit” yang besar agak sukar bagi Bank untuk menarik balik tindakan ini. Risiko tindakan ini ialah Bank mungkin hanya akan mendapat jumlah yang kecil jika “berjaya” mem-Bankrap-kan Peminjam kerana terpaksa bergantung kepada keputusan JIM.

            2. Apakah yang perlu pihak bank berikan kepada saya sebagai bukti pembatalan kes (selepas pembayaran)

            Sememangnya Bank perlu memberikan pengesahan secara bertulis.

            3. Berapa lama masa di ambil untuk membatalkan/menutup kes. Apa yang perlu saya lakukan, update siapa selepas pembayaran

            Proses keBankrapan masih ditahap Notis KeBankrapan dan masih ada masa untuk membuat cadangan pembayaran yang mana jika ada bayaran dan cadangan bayaran, Aida tidak melakukan an “Act of Bankruptcy”. Jadi Bank hanya perlu memberi arahan kepada loyar untuk withdraw kes.

            4. Saya ada membuat semakan di efiling dan terdapat dua tarikh iaitu 20 Jan dan 13 Jun 2017. Pada pandangan Encik untuk apakah tarikh- tarikh tersebut? Mungkin Jun untuk failkan CP seperti yang Encik katakan?

            Tarikh 13 Jun 2017 besar kemungkinan adalah tarikh untuk penfailan Petisyen Pemiutang.

            5. Memandangkan saya di luar negara, adakah lebih baik kes ini dikendalikan melalui peguam? Jika ya, agak-agak Encik selalunya berapa pulak charge nya?

            Berada diluar negara merupakan satu masalah dimana kalau ada diMalaysia boleh membuat semua ini secara sendiri tanpa melalui Loyar. Kalau upah loyar memang upahnya tinggi kerana ia adalah kes Bankrapsi dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Saya tidak pasti kosnya tapi boleh mencecah RM5K hingga RM20K atau lebih. Pada saya deal directly dengan Bank. After all, apa yang Bank nak ialah duit yang dituntut termasuk kos Loyarnya juga.

          • Terima kasih atas maklum balas dan maklumat Encik. Saya akan menghubungi pihak bank dan we will see how it goes.

  10. Aslkm saudara admin.. di sini saya ingin mengajukan beberapa soalan..

    1. Jika saya sendiri secara sukarela ingin diistiharkan bangkrap, berapa lamakah masa yg diperlukan untuk mendapat peristiharan tersebut dari tarikh saya memohon di mahkamah tinggi?

    2. Dan setelah berjaya mendapat peristiharan tersebut, berapa lamakah pula tempoh masa pihak JIM akan mengarahkan segala akaun dibekukan?

    3. Dan bagaimana caranya untuk membuat bayaran pinjaman perumahan sedangkan akaun yang berkaitan telah dibekukan?

    4. Apakah pihak bank pemberi pinjaman perumahan tersebut boleh mengambil tindakan melelong rumah tersebut sedangkan saya tidak diberi peluang untuk membuat pembayaran bulanan dan untuk menjelaskan keseluruhan pinjaman saya tidak mampu?

    5. Atau adakah pihak bank akan memberi kelonggaran tempoh masa untuk membuat bayaran hanya setelah status bangkrup dibersihkan?

    6. Sekiranya saya masih menduduki rumah tersebut, adakah saya akan dipaksa keluar?

    7. Apakah saya perlu meneruskan lagi pembayaran bulanan yang ditetakan oleh AKPK (Sekarang saya berada dlm program AKPK)?

    Setakat ini, hanya itu sahaja soalan yang saya ingin kemukakan. Apa jua jawapan dari saudara admin sangat-sangat saya hargai. Sekian, terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam Tuan Samsul Bahri

      Pertama sekali adakah Tuan dalam proses diBankrapkan? Tuan sedang dalam program DMP AKPK dan adakah Tuan masih mempunyai masalah kewangan? Kalau rasa Tuan perlu kepada status keBankrapan, baik biarkan saja Bank yang memulakan proses tersebut kerana “net effect” dari proses itu sama sahaja. Kalau nak memBankrapkan diri sendiri boleh saja tetapi kena keluar belanja dan perlu kepada penyediaan dokumen dokumen yang berkaitan. Saya kongsikan disini proses tindakan undang undang dan seterusnya proses keBankrapan:

      Prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi. Jika pindaan Akta Bankrapsi kepada Akta Insolvensi diluluskan, had ini dinaikan kepada RM50K

      Secara ringkasnya proses Kebankrapan adalah seperti berikut:

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (seperti diatas)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan. Proses penyerahan adalah sama dengan proses Notis KeBankrapan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

      Setelah Bankrap

      Seorang Bankrap perlu melapurkan diri ke Jabatan Insolvensi terdekat. Selepas melapur diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan mengisi borang borang yang diperlukan, Cik/Tuan/Puan boleh memohon untuk pelepasan semua akaun yang telah dibekukan, pengeluaran dan penutupan akaun dan memilih akaun mana yang hendak dikekalkan. Biasanya kita akan kekalkan akaun yang digunakan untuk kemasukan gaji. InsyaALLAH kebenaran akan diberi berdasarkan perbincangan dengan Pegawai Insolvensi. Berapa lama saya tidak boleh memberi kepastian cuma apabila melapur diri bawalah bukti bukti pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap supaya boleh dipastikan berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan kepada Jabatan Insolvensi.

      Untuk seseorang Bankrap melapurkan kepada JIM, lebih banyak maklumat peribadi akan ditanya berbanding dengan pinjaman biasa. Ini adalah kerana perbelanjaan anak anak (tempat tinggal, sara hidup,pembelajaran, bas sekolah jika ada) boleh dimasukkan kedalam Kos Sara Hidup seorang Bankrap. Sebahagian kecil perbelanjaan untuk ibu bapa yang telah uzur juga dibenarkan. Jika seorang Bankrap melapurkan diri kepada JIM dan membuat bayaran bulanan, beliau mungkin boleh mendapat kebenaran untuk menggunakan Kad Kredit (had RM1000) dan juga boleh memiliki kereta (mungkin kereta lama) dengan nilai tidak melebihi RM5K untuk kegunaan keluarga. Tapi harus diingat,kenalah mendapat kebenaran JIM.

      Jadi, lebih ramai anak dan tanggungan , jumlah yang Cik/Tuan/Puan perlu bayar kepada JIM akan berkurangan. Kadang kadang Cik/Tuan/Puan mungkin hanya diminta membayar RM50 sebulan. Jauh lebih murah dari ansuran bulanan pinjaman peribadi Cik/Tuan/Puan, kan?

      Dalam perkara memindahkan hakmilik rumah atas nama bersama, ia tidak dibenarkan dalam Akta Kebankrapan dan segala pemindahan dalam masa 2 tahun sebelum dari tarikh Bankrap akan terbatal. Lagipun jumlah nilai rumah dengan hutang Bank mungkin tidak mencukupi untuk “cover” hutang keseluruhan. Budi bicara Pegawai Insolvensi amat diperlukan pada ketika melapurkan diri supaya tidak melelong rumah tersebut lagipun atas nama bersama. Bagi Bank Bank yang lain, mereka hanya perlu menfailkan “Proof of Debt” iaitu bukti keberhutangan siBankrap kepada JIM dan jumlah ini akan dikumpulkan sebagai jumlah yang terhutang.

      Bagi si Bankrap:

      (a) Masih boleh bekerja seperti biasa atau berniaga asalkan tidak mendaftar sebagai pengarah, rakan kongsi atau pemilik tunggal. (ramai yang berniaga “online” atau berniaga atas “proxy” atau nama orang lain.

      (b) Masih boleh mempunyai akaun Bank (satu sahaja). Pihak Jabatan Insolvensi akan mengeluarkan surat kebenaran untuk mebuka akaun dengan mana mana Bank atau memberi arahan untuk membuka semula akaun yang telah dibekukan akibat Banrupsi.

      (c) Tidak boleh keluar negara tanpa kebenaran Jabatan Insolvensi.

      (d) Boleh memiliki kereta yang bernilai RM5,000 kebawah

      (e) Boleh menggunakan Kad Kredit dengan had RM1,000 (ada ke Bank nak bagi Kad Kredit, ada kut sebab ada peruntukan mengenainya)

      (e) Yang utama sekali, Tuan/Puan tidak lagi akan diganggu oleh Bank atau Agensi Pengutip Hutang.

      Berkenaan dengan soalan soalan Tuan:

      1. Jika saya sendiri secara sukarela ingin diistiharkan bangkrap, berapa lamakah masa yg diperlukan untuk mendapat peristiharan tersebut dari tarikh saya memohon di mahkamah tinggi?

      Dari laman web Jabatan Insolvensi:

      “Petisyen Penghutang.
      Suatu Petisyen Penghutang merupakan satu tindakan kebankrapan. Petisyen Penghutang ini difailkan atau dikemukakan oleh penghutang itu sendiri yang menjadikan dirinya seorang bankrap bagi melindungi dirinya dari tuntutan pemiutang yang berlebihan. Berlainan dengan Petisyen Pemiutang, tiada sebarang had atau jumlah hutang yang disyaratkan sebelum memfailkan Petisyen Penghutang. Selepas mengemukakan Petisyen Penghutang, ianya tidak boleh ditarik balik kecuali dengan kebenaran mahkamah.

      Petisyen ini (Borang 3, Kaedah-Kaedah Kebankrapan 1969) hendaklah difailkan di Mahkamah di mana penghutang tersebut tinggal. Sebelum Petisyen tersebut difailkan, penghutang mestilah mendepositkan sejumlah RM1,500.00 kepada KPI bagi tujuan menampung segala perbelanjaan sepanjang pentadbiran kes oleh KPI. Mahkamah hanya akan membenarkan Petisyen tersebut difailkan setelah resit pembayaran deposit yang dikeluarkan oleh KPI dikemukakan. Satu salinan Petisyen Penghutang yang dimeterai kemudian akan dihantar kepada KPI sama ada melalui pos atau sebaliknya. Semasa perbicaraan Petisyen Penghutang, Mahkamah akan membuat satu Perintah Penerimaan serta satu Perintah Penghukuman. Walau bagaimanapun, jika penghutang tidak hadir ke perbicaraan tersebut, Petisyen tersebut boleh dibatalkan.

      Perlu diingatkan bahawa kebankrapan adalah satu perkara serius dan seharusnya dijadikan sebagai jalan terakhir. Ini kerana terdapat banyak sekatan yang dikenakan ke atas bankrap seperti sekatan keluar negara, memegang jawatan sebagai pengarah syarikat atau menjalankan perniagaan dan keperluan untuk menyumbang ke dalam estet kebankrapan tanpa gagal untuk faedah pemiutang-pemiutang. Bankrap juga perlu menyerahkan segala hartanya termasuk rumah dan kenderaan. Di samping itu, tiada pelepasan automatik dipraktiskan di negara ini. Bankrap hanya boleh dilepaskan dari kebankrapan oleh Mahkamah atau KPI tetapi ianya tertakluk kepada sebarang bantahan daripada pihak pemiutang.”

      http://www.insolvensi.gov.my/ms/about-us/core-business/core-business/personal-bankruptcy

      2. Dan setelah berjaya mendapat peristiharan tersebut, berapa lamakah pula tempoh masa pihak JIM akan mengarahkan segala akaun dibekukan?

      Bergantung kepada berapa cepat keputusan Mahkamah diterima oleh Jabatan Insolvensi

      3. Dan bagaimana caranya untuk membuat bayaran pinjaman perumahan sedangkan akaun yang berkaitan telah dibekukan?

      Apabila Bankrap, SEMUA urusan kewangan terutamanya akan ditadbir oleh JIM. Seperti yang telah diterangkan diatas.

      4. Apakah pihak bank pemberi pinjaman perumahan tersebut boleh mengambil tindakan melelong rumah tersebut sedangkan saya tidak diberi peluang untuk membuat pembayaran bulanan dan untuk menjelaskan keseluruhan pinjaman saya tidak mampu?

      Bank boleh memohon untuk melelong rumah tersebut dengan memaklumkan kepada Jabatan Insolvensi dalam satu tempoh masa yang ditetapkan.

      5. Atau adakah pihak bank akan memberi kelonggaran tempoh masa untuk membuat bayaran hanya setelah status bangkrup dibersihkan?

      Bergantung kepada JIM. JIM yang akan membuat keputusan

      6. Sekiranya saya masih menduduki rumah tersebut, adakah saya akan dipaksa keluar?

      Kalau dah kena lelong dan kepunyaan orang lain, sudah semestinya.

      7. Apakah saya perlu meneruskan lagi pembayaran bulanan yang ditetakan oleh AKPK (Sekarang saya berada dlm program AKPK)?

      Saya rasa itu pun akan terbatal kerana seorang Bankrap tidak lagi ada kuasa untuk membayar atau membuat apa apa rundingan selain dari persetujuan JIM. Boleh semak dengan JIM tentang perkara ini.

      • Aslkm saudara admin..
        Terima kasih di atas jawapan yang saudara berikan atas persoalan yang saya kemukakan di atas.
        Di bawah ini ada lagi beberapa soalan yang ingin diajukan.

        1. Saya ada membuat pinjaman pembelian rumah yang terikat tempoh untuk selama 20 tahun.
        Kini setelah hampir 10 tahun berlalu saya merasa tidak mampu lagi untuk meneruskan bayaran pinjaman tersebut. Sekiranya saya telah menerima notis untuk hadir ke mahkamah untuk melelong rumah tersebut, bolehkah saya merayu kepada pihak mahkamah untuk ditangguhkan hukuman tersebut dengan alasan untuk menjual sendiri rumah tersebut, supaya saya tidak rugi terlalu banyak kerana saya boleh menjualnya dengan harga yang lebih tinggi berbanding sekiranya ia dilelong oleh pihak bank.

        2. Sekiranya saya berjaya menjual rumah tersebut, dan beberapa bulan kemudian saya dibangkrupkan oleh bank lain @ kerelaan diri sendiri, adakah rumah tersebut akan diambil-alih oleh pihak JIM. Dan sekiranya itu berlaku, apakah akibatnya ke atas pembeli rumah tersebut?

        3. Dan adakah kereta yang saya pindah milik kepada nama anak saya juga akan diambil-alih oleh
        pihak JIM sekiranya tempoh pindah milik itu kurang dari 2 tahun?

        Sebenarnya banyak lagi soalan yang ingin saya ajukan, namun untuk setakat ini cukuplah untuk seperti yang dikemukan di atas.

        Terima kasih banyak atas kesudian saudara admin menjawab soalan2 yang dikemukakan.

        • Wa’alaikumussalam Tuan Samsul Bahri

          1. Saya ada membuat pinjaman pembelian rumah yang terikat tempoh untuk selama 20 tahun.
          Kini setelah hampir 10 tahun berlalu saya merasa tidak mampu lagi untuk meneruskan bayaran pinjaman tersebut. Sekiranya saya telah menerima notis untuk hadir ke mahkamah untuk melelong rumah tersebut, bolehkah saya merayu kepada pihak mahkamah untuk ditangguhkan hukuman tersebut dengan alasan untuk menjual sendiri rumah tersebut, supaya saya tidak rugi terlalu banyak kerana saya boleh menjualnya dengan harga yang lebih tinggi berbanding sekiranya ia dilelong oleh pihak bank.

          Tuan boleh merayu kepada Mahkamah untuk membuat penangguhan untuk berbincang dengan pihak Bank dan jika tiada halangan dari Loyar pihak Bank, penangguhan boleh diberi atas dasar budi bicara untuk mendapatkan harga yang lebih baik untuk menyelesaikan hutang tersebut.

          2. Sekiranya saya berjaya menjual rumah tersebut, dan beberapa bulan kemudian saya dibangkrupkan oleh bank lain @ kerelaan diri sendiri, adakah rumah tersebut akan diambil-alih oleh pihak JIM. Dan sekiranya itu berlaku, apakah akibatnya ke atas pembeli rumah tersebut?

          Mengikut Akta Bankrapsi JIM berhak untuk mengambil semula rumah tersebut. Cuma atas budi bicara mereka boleh tidak berbuat demikian tertakluk kepada perbincangan. Kalau ia berlaku pembeli baru semestinya kena mengosongkan rumah tersebut jika dilelong oleh pihak JIM.

          3. Dan adakah kereta yang saya pindah milik kepada nama anak saya juga akan diambil-alih oleh
          pihak JIM sekiranya tempoh pindah milik itu kurang dari 2 tahun?

          Mengikut Akta itu juga boleh dilakukan. Cuma saya katakan sebelum ini JIM ada kuasa berbuat demikian.

  11. saya nak tanya.. akaun bank akan ditutup sebaik daftar ke JIM ke macam mana??? nak mmg sume asset akan ditarik ke?? termasuk kereta (wlaupun takde nilai dah) – n tu satu2 nya kenderaan yg ada untuk pergi kerja n bawa anak2.. boleh mohon pencerahan.. tq

    • Assalamualaikum/Salam sejahtera snfa

      Dah Bankrap ke belum? Kalau dalam proses berikut adalah perkara perlu dilakukan selepas Bankrap:

      Setelah Bankrap

      Seorang Bankrap perlu melapurkan diri ke Jabatan Insolvensi terdekat. Selepas melapur diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan mengisi borang borang yang diperlukan, Cik/Tuan/Puan boleh memohon untuk pelepasan semua akaun yang telah dibekukan, pengeluaran dan penutupan akaun dan memilih akaun mana yang hendak dikekalkan. Biasanya kita akan kekalkan akaun yang digunakan untuk kemasukan gaji. InsyaALLAH kebenaran akan diberi berdasarkan perbincangan dengan Pegawai Insolvensi. Berapa lama saya tidak boleh memberi kepastian cuma apabila melapur diri bawalah bukti bukti pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap supaya boleh dipastikan berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan kepada Jabatan Insolvensi.

      Untuk seseorang Bankrap melapurkan kepada JIM, lebih banyak maklumat peribadi akan ditanya berbanding dengan pinjaman biasa. Ini adalah kerana perbelanjaan anak anak (tempat tinggal, sara hidup,pembelajaran, bas sekolah jika ada) boleh dimasukkan kedalam Kos Sara Hidup seorang Bankrap. Sebahagian kecil perbelanjaan untuk ibu bapa yang telah uzur juga dibenarkan. Jika seorang Bankrap melapurkan diri kepada JIM dan membuat bayaran bulanan, beliau mungkin boleh mendapat kebenaran untuk menggunakan Kad Kredit (had RM1000) dan juga boleh memiliki kereta (mungkin kereta lama) dengan nilai tidak melebihi RM5K untuk kegunaan keluarga. Tapi harus diingat,kenalah mendapat kebenaran JIM.

      Jadi, lebih ramai anak dan tanggungan , jumlah yang Cik/Tuan/Puan perlu bayar kepada JIM akan berkurangan. Kadang kadang Cik/Tuan/Puan mungkin hanya diminta membayar RM50 sebulan. Jauh lebih murah dari ansuran bulanan pinjaman peribadi Cik/Tuan/Puan, kan?

      Dalam perkara memindahkan hakmilik rumah atas nama bersama, ia tidak dibenarkan dalam Akta Kebankrapan dan segala pemindahan dalam masa 2 tahun sebelum dari tarikh Bankrap akan terbatal. Lagipun jumlah nilai rumah dengan hutang Bank mungkin tidak mencukupi untuk “cover” hutang keseluruhan. Budi bicara Pegawai Insolvensi amat diperlukan pada ketika melapurkan diri supaya tidak melelong rumah tersebut lagipun atas nama bersama. Bagi Bank Bank yang lain, mereka hanya perlu menfailkan “Proof of Debt” iaitu bukti keberhutangan siBankrap kepada JIM dan jumlah ini akan dikumpulkan sebagai jumlah yang terhutang.

      Bagi si Bankrap:

      (a) Masih boleh bekerja seperti biasa atau berniaga asalkan tidak mendaftar sebagai pengarah, rakan kongsi atau pemilik tunggal. (ramai yang berniaga “online” atau berniaga atas “proxy” atau nama orang lain.

      (b) Masih boleh mempunyai akaun Bank (satu sahaja). Pihak Jabatan Insolvensi akan mengeluarkan surat kebenaran untuk mebuka akaun dengan mana mana Bank atau memberi arahan untuk membuka semula akaun yang telah dibekukan akibat Banrupsi.

      (c) Tidak boleh keluar negara tanpa kebenaran Jabatan Insolvensi.

      (d) Boleh memiliki kereta yang bernilai RM5,000 kebawah

      (e) Boleh menggunakan Kad Kredit dengan had RM1,000 (ada ke Bank nak bagi Kad Kredit, ada kut sebab ada peruntukan mengenainya)

      (e) Yang utama sekali, Tuan/Puan tidak lagi akan diganggu oleh Bank atau Agensi Pengutip Hutang.

  12. Terima kasih bro..sy ingin cuba langkah2 yang ada..maklumlah..sy juga akui..ada berhutang dalam jumlah seperti bro..termasuk hutang courts mamoth dan hutang dengan peminjam wang berlesen..sehingga sy rasa sudah tidak mampu nak bayar hutang2 ini..sy cuma ada satu aset sahaja.sebuah kereta itupun atas nama saya tetapi duit beli kereta tersebut adalah duit isteri saya setelah kami kehilangan kereta lama 3 tahun lepas..jadi..saya perlu tukar nama kereta saya kepada wife saya terlebih dahulu..

  13. Assalam
    Saya zaini
    Saya tak dapat membuka akaun simpanan maybank pada bula lepas kerana ada masalah dengan pinjaman bank islam tahun 2004.p ada tahun 2015 bulan 4 ,saya masih boleh buka akaun BSN dan saya masih ada bank ambank yang aktif sehingga hari ini.Apakah saya ini sudah diistiharkan bankrup?

    • Wa’alaikumussalam Zaini

      Pertama sekali cuba check dengan website Jabatan Insolvensi Malaysia di https://e-insolvensi.mdi.gov.my/ .Daftar dan buat semakan.

      Saya sarankan juga supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html . Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Secara ringkasnya proses Kebankrapan adalah seperti berikut:

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (seperti diatas)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

      Setelah Bankrap

      Seorang Bankrap perlu melapurkan diri ke Jabatan Insolvensi terdekat. Selepas melapur diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan mengisi borang borang yang diperlukan, Cik/Tuan/Puan boleh memohon untuk pelepasan semua akaun yang telah dibekukan, pengeluaran dan penutupan akaun dan memilih akaun mana yang hendak dikekalkan. Biasanya kita akan kekalkan akaun yang digunakan untuk kemasukan gaji. InsyaALLAH kebenaran akan diberi berdasarkan perbincangan dengan Pegawai Insolvensi. Berapa lama saya tidak boleh memberi kepastian cuma apabila melapur diri bawalah bukti bukti pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap supaya boleh dipastikan berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan kepada Jabatan Insolvensi.

      Untuk seseorang Bankrap melapurkan kepada JIM, lebih banyak maklumat peribadi akan ditanya berbanding dengan pinjaman biasa. Ini adalah kerana perbelanjaan anak anak (tempat tinggal, sara hidup,pembelajaran, bas sekolah jika ada) boleh dimasukkan kedalam Kos Sara Hidup seorang Bankrap. Sebahagian kecil perbelanjaan untuk ibu bapa yang telah uzur juga dibenarkan. Jika seorang Bankrap melapurkan diri kepada JIM dan membuat bayaran bulanan, beliau mungkin boleh mendapat kebenaran untuk menggunakan Kad Kredit (had RM1000) dan juga boleh memiliki kereta (mungkin kereta lama) dengan nilai tidak melebihi RM5K untuk kegunaan keluarga. Tapi harus diingat,kenalah mendapat kebenaran JIM.

      Jadi, lebih ramai anak dan tanggungan , jumlah yang Cik/Tuan/Puan perlu bayar kepada JIM akan berkurangan. Kadang kadang Cik/Tuan/Puan mungkin hanya diminta membayar RM50 sebulan. Jauh lebih murah dari ansuran bulanan pinjaman peribadi Cik/Tuan/Puan, kan?

      Dalam perkara memindahkan hakmilik rumah atas nama bersama, ia tidak dibenarkan dalam Akta Kebankrapan dan segala pemindahan dalam masa 2 tahun sebelum dari tarikh Bankrap akan terbatal. Lagipun jumlah nilai rumah dengan hutang Bank mungkin tidak mencukupi untuk “cover” hutang keseluruhan. Budi bicara Pegawai Insolvensi amat diperlukan pada ketika melapurkan diri supaya tidak melelong rumah tersebut lagipun atas nama bersama. Bagi Bank Bank yang lain, mereka hanya perlu menfailkan “Proof of Debt” iaitu bukti keberhutangan siBankrap kepada JIM dan jumlah ini akan dikumpulkan sebagai jumlah yang terhutang.

      Bagi si Bankrap:

      (a) Masih boleh bekerja seperti biasa atau berniaga asalkan tidak mendaftar sebagai pengarah, rakan kongsi atau pemilik tunggal. (ramai yang berniaga “online” atau berniaga atas “proxy” atau nama orang lain.

      (b) Masih boleh mempunyai akaun Bank (satu sahaja). Pihak Jabatan Insolvensi akan mengeluarkan surat kebenaran untuk mebuka akaun dengan mana mana Bank atau memberi arahan untuk membuka semula akaun yang telah dibekukan akibat Banrupsi.

      (c) Tidak boleh keluar negara tanpa kebenaran Jabatan Insolvensi.

      (d) Boleh memiliki kereta yang bernilai RM5,000 kebawah

      (e) Boleh menggunakan Kad Kredit dengan had RM1,000 (ada ke Bank nak bagi Kad Kredit, ada kut sebab ada peruntukan mengenainya)

      (e) Yang utama sekali, Tuan/Puan tidak lagi akan diganggu oleh Bank atau Agensi Pengutip Hutang.

      • Assalammualaikum..
        Saya nak tanya dan pandangan mengenai masalah saya ini..
        Saya pernah membeli sebuah kereta persona pada April 2012 dengan harga rm 61 ribu…pada satu tempoh ,saya tidak mampu membayar ansuran kereta saya..selepas 3 tahun saya gunakan pada tahun 2015.

        Selepas 3 tahun itu,saya tidak mampu membayar hutang dan memyebab hutang kereta saya tertunggak selama 5 bulan..Dalam pada masa itu, pihak Ambank telah memberitahu kereta saya akan ditarik oleh ejen penarik kereta.
        Dalam masa sebulan selepas ditarik, saya ada meminta pengurangan pembayaran bagi menyelesaikan masalah tersebut. Pihak bank tidak dapat menerima pengurangan saya untuk membayar bulanan itu sebanyak rm200 . saya dapat pengurangan itu pada pihak akpk sebanyak Rm 200.

        Ada seorang ini saya gelarkan En.X telah menelefon saya dan mengatakan dia adalah orang daripada bank, dan telah mengatakan kereta saya telah dilelong oleh pihak ketiga selepas saya. Dan memberitahu saya harga lelongan RM15 ribu. Hutangan saya pada masa itu ialah Rm30 ribu. Bermaksud apabila lelongan telah dibuat . PIhak En. X telah menelefon saya dan memberitahu saya supaya menyelesaikan hutang yang tertunggak daripada baki hutang saya .rm 15 ribu. Adakah saya perlu menyelesaikan baki yang tinggal? Dan pihak yang melelong kereta saya tidak menghantar surat kepada saya mengenai lelongan tersebut telah dibuat.

        Pembayaran mengenai bulanan yang saya minta kurangkana itu tidak ada surat persetujuan untuk memulakan pembayaran daripada bank. En. X ini telah meminta saya membayar baki tunggakkan tersebut setiap bulan dengan Rm200.sampai sekarang saya harus terus membayar hutang tersebut? Saya start bayar Rm200 itu pada tahun 2016 hingga sekarang. Adakah saya perlu menanggung hutang tersebut sedangkan kereta saya dahulu telah dilelong dan digunakan oleh orang lain?En. X ini telah menelefon dan memaksa saya membayar tiap2 bulan.

        Adakah pihak bank tahu? Perkara ini menjadi tanda tanya . Takkan saya perlu membayar membuta tuli setiap bulan. adakkah saya di backlist ? dan Jika saya tidak bayar baki hutang itu adakah saya kena backlist? Apakah tindakan yang sepatutnya saya buat mengenai masalah ini???.

        Bantu saya bagi menyelesaikan masalah saya ini..

        • Wa’alaikumussalam Alazim

          Bila kereta ditarik, Bank akan menghantar Jadual Kelima yang memberikan tempoh 21 hari untuk penyewa/peminjam samada untuk kemaskini tunggakan dengan kos atau buat penyelesaian penuh. Selepas itu Bank berhak melelong kenderaan tersebut dan baki HUTANG akan dituntut daripada peminjam. Itu adalah prosedur yang biasa. Bank TIDAK PERLU menghantar surat tentang lelongan melainkan jika harga tawaran kereta tersebut adalah lebih rendah dari anggaran harga jualan yang tercatat pada Jadual Kelima.

          Berkenaan dengan AKPK, kalau sudah ada persetujuan bayaran oleh AKPK, sudah semestinya Bank sudah bersetuju dan mesti ada makluman secara online dan bertulis. Kalau bayaran ke AKPK tertunggak selama 2 bulan berturut turut biasanya program akan dihentikan. Adakah Alamin sudah menyemak balik dengan AKPK apa yang telah berlaku?

          Bayaran yang dibuat seperti yang dituntut oleh “En X” ni bayar kat siapa dan adakah CDM atau Bank-In slip sebagai bukti? Tentang blacklist tu apabila sesiapa yang buat loan dengan Bank secara AUTOMATIK nama dan “perangai” loan akan masuk database CCRIS. Kalau ada tindakan undang undang akan masuk CTOS. Sila lihat kat sini tentang “blacklist”

          https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/673132619511604/?type=3&theater

          Tindakan yang perlu dibuat ialah check dengan Bank dan juga AKPK tentang status bayaran selama ini.

      • Assalamualaikum Tuan.

        Saya nak tanya.
        Jika saya berurusan dengan AKPK, adakah nama saya tidak di senarai hitamkan oleh JIM?
        Yang mana satu paling baik, adakah terus ke AKPK atau JIM. Setakat ni nama saya masih belum disenarai hitamkan lagi sebab saya masih boleh buat loan koperasi hujung tahun 2015. Hehehe.

        Sekian, terima kasih.

  14. hi, nak tanya..macam kes saya…kena bankarap pada 26/2/2015 sebab personal loan kat bankrakyat…pada bulan lepas akaun bayaran rumah disekat sebab status bankrap…kal tanya BSN(loan rumah)mereka memberitahu saya that bank bsn tahu bahawa saya bankrapsi daripada carian mereka…then i ask mereka adakah JIM hantar apa2 surat kepada bank…BSN cakpa x ada…so i tanya apakah solution utk buka balik akaun sekatan…bsn cakap clear daripada bankrup(43000) baru buat bayaran…then i tanya macam mana interest rumah…meraka beritahu selagi i x clear status bankrup…amout bayaran rumah+ interset rumah akan naik sampai. i settel..then i go to JIM…..JIM ask me to settel the bankrup amaut….just nak share and kalau ada apa-apa cadagan sila beritahu..

    thanks

    • Salam Sejahtera Arisjeyaraj

      Beberapa soalan:

      1) Sudahkah anda melaporkan diri ke JIM dan memberikan butir butir lengkap tentang semua hutang hutang yang ada?

      2) Berapakah anggaran nilai rumah kalau dilelong berbanding dengan jumlah hutang?

      3) Adakah anda masih tinggal dirumah tersebut?

      4) Adakah akaun ini mempunyai penjamin dan jika ada siapakah penjamin tersebut?

      PANDANGAN SAYA

      Jumlah orang yang kena Bankrap semakin bertambah setiap hari. Jumlah Pegawai Jabatan Insolvensi memang tidak mencukupi untuk menangani begitu ramai Bankrap dan nisbahnya mungkin sorang kena handle ribu ribu orang. Jadi tak hairan kalau masih ramai yang belum masuk “radar” JIM walaupun rekod dalam komputer sudah ada dan sebab itu Bankrap perlu melaporkan diri. Macam hospital kerajaan juga, nak pergi hospital kena dapat rujukan dari Klinik Kerajaan dulu atau swasta baru boleh dapat rawatan.

      Bagi pihak Bank pula, apabila mereka mengetahui atau diberitahu dan mengesahkan bahawa peminjam mereka telah Bankrap, mereka perlu:

      1) Menggantung akaun tersebut dari menerima apa jua bayaran (ini mereka dah buat)

      2) Menghentikan apa jua tindakan undang undang yang sedang dibuat. Kalau belum buat, tidak boleh mengambil apa apa tindakan undang undang lagi kecualimenfailkan “Proof of Debt” kepada JIM (rujuk nombor 3)

      3) Akaun perlu di klasifikasikan sebagai kerugian. Kerugian ini (baki + faedah + kos) dikira dari tarikh keBankrapan dan biasanya TIDAK BOLEH ada apa apa faedah lagi kerana keBankrapan sudah muktamad.

      4) BSN mesti melapurkan kepada Bank Negara “Kerugian” ini sebagai “Specific Provision” dalam lapuran bulanan mereka. Kegagalan berbuat demikian boleh ditakrifkan sebagai menipu dalam akaun dan menipu Bank Negara kerana ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Bank Negara. Main “adjust adjus”t akaun tertunggak dan hutang lapuk ni biasa sebab nak adjust untung rugi Bank tapi bila Bankrap mahu tak mahu kena buat. Tak boleh “buat buat tak tahu dan terima payment senyap senyap seolah seolah akaun “normal”

      Itu prosedur yang perlu dipatuhi dan sila jawab soalan saya diatas supaya kedudukan anda adalah lebih jelas.

      • Salam..saya nak tanya, saya kerja goverment di sebuah jabatan. Potongan gaji dalam penyata gaji saya melebihi 60% dan ke 80% atas sebab kesilapan sy buat dahulu.sekarang, saya selalu di beri amaran oleh majikan untuk mengurangkan jumlah potongan. Soalan saya, adakah wajar saya mengistiharkan diri saya bankrup atas alasan tidak dapat mengatur kewanagan bulanan saya?sememangnya,bayaran dengan angkasa itu setiap bulan tanpa gagal,namun jika saya memohon untuk kebankrapan,adakah diluluskan?sekian.

        • Wa’alaikumussalam Dhani

          Permohonan untuk mem”Bankrap”kan diri sendiri dipanggil “Debtors Petition” dan perlu difailkan di Mahkamah. Perlu juga keluar duit RM1500 dan perlu mengemukakan dokumen dokumen hutang dan perbelanjaan sebagai dokumen sokongan. Kalau sedang kena Saman dengan Bank dan pemiutang pemiutang lain, adalah lebih “cost effective” untuk membiarkan Bank memBankrapkan kita dan Bank yang keluar belanja.

          Bagi kes Dhani, apa alasan yang hendak dikemukakan? Akaun dengan Bank “cantik” tapi sebenarnya tak mampu nak bayar? Kalau ada rezeki usahakan untuk menghabiskan hutang yang paling sedikit supaya boleh “bernafas semula”.

          • Saya nk tau rumah saya dh kena lelong dh ada org beli saya dh kena bankrup adakah jumlah sama dgn harga rumah sedangkan rumah bukan milik saya tolong jawab

          • Assalamualaikum Maiera

            Sila beri maklumat yang terang dan jelas.

            1) Saya nk tau rumah saya dh kena lelong dh ada org beli
            2) saya dh kena bankrup adakah jumlah sama dgn harga rumah
            3) sedangkan rumah bukan milik saya

            a) Lelongan atas pinjaman perumahan oleh Bank atau JIM?
            b) Kena Bankrap atas pinjaman apa? Apa yang “sama dengan harga rumah”?
            c) Kalau rumah bukan milik Maiera apa kaitan dengan (a) dan (b)?

            Maaf saya tak boleh jawab soalan ini sehingga fakta diatas dibetulkan. Terima kasih

          • Rumah tu nama saya bank dh lelong rumah tu sebsb x bayar dh ada org beli dh pun sekarang rumah dh x jadi milik saya maknanya rumah tu bank dh ambil balik sebelumni saya bayar jugk banyak epf saya kelyarkn utk byr rumah tu lepastu saya x mampu bayar mungkin sebab tu saya di bankrupkn kenapa sya kena bankrupkn sedangkn rumah tu bank dh ambil dn jual balik

          • Assalamualaikum Maiera

            Baru jelas soalan. Selagi ada baki selepas lelongan maka Bank berhak untuk menuntut dari peminjam termasuk mengambil tindakan undang undang sehingga peringkat Bankrapsi. Ramai yang beranggapan bila Bank ambil kereta atau rumah dan lelong, tidak perlu bayar apa apa lagi sedangkan lelongan (nama pun lelong) tidak akan mendapatkan harga pasaran. Pinjaman adalah termasuk faedah apalagi yang “islamik” yang mana faedah adalah tetap tanpa ada “diskaun” bila buat penyelesaian awal.

          • Assalamualaikum Maiera

            Setelah Bankrap

            Seorang Bankrap perlu melapurkan diri ke Jabatan Insolvensi terdekat. Selepas melapur diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan mengisi borang borang yang diperlukan, Cik/Tuan/Puan boleh memohon untuk pelepasan semua akaun yang telah dibekukan, pengeluaran dan penutupan akaun dan memilih akaun mana yang hendak dikekalkan. Biasanya kita akan kekalkan akaun yang digunakan untuk kemasukan gaji. InsyaALLAH kebenaran akan diberi berdasarkan perbincangan dengan Pegawai Insolvensi. Berapa lama saya tidak boleh memberi kepastian cuma apabila melapur diri bawalah bukti bukti pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap supaya boleh dipastikan berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan kepada Jabatan Insolvensi.

            Untuk seseorang Bankrap melapurkan kepada JIM, lebih banyak maklumat peribadi akan ditanya berbanding dengan pinjaman biasa. Ini adalah kerana perbelanjaan anak anak (tempat tinggal, sara hidup,pembelajaran, bas sekolah jika ada) boleh dimasukkan kedalam Kos Sara Hidup seorang Bankrap. Sebahagian kecil perbelanjaan untuk ibu bapa yang telah uzur juga dibenarkan. Jika seorang Bankrap melapurkan diri kepada JIM dan membuat bayaran bulanan, beliau mungkin boleh mendapat kebenaran untuk menggunakan Kad Kredit (had RM1000) dan juga boleh memiliki kereta (mungkin kereta lama) dengan nilai tidak melebihi RM5K untuk kegunaan keluarga. Tapi harus diingat,kenalah mendapat kebenaran JIM.

            Jadi, lebih ramai anak dan tanggungan , jumlah yang Cik/Tuan/Puan perlu bayar kepada JIM akan berkurangan. Kadang kadang Cik/Tuan/Puan mungkin hanya diminta membayar RM50 sebulan. Jauh lebih murah dari ansuran bulanan pinjaman peribadi Cik/Tuan/Puan, kan?

            Bagi Bank Bank yang lain yang ada tuntutan, mereka hanya perlu menfailkan “Proof of Debt” iaitu bukti keberhutangan siBankrap kepada JIM dan jumlah ini akan dikumpulkan sebagai jumlah yang terhutang.