PERGI AKPK KENA BLACKLIST KE?


blacklistpush

SOALAN CEPUMAS: KALAU DAH TAK DAPAT BAYAR HUTANG, PERLUKAH MINTA PERTOLONGAN AKPK? KENA BLACKLIST KE? NANTI TAK DAPAT BUAT LOAN LAGI…

Assalamualaikum. Saya selalu mendapat soalan berkenaan keraguan untuk mendapatkan khidmat AKPK bagi mentadbir dan mengawal hutang yang sudah tidak dapat dikawal lagi. HARUS DIINGAT saya tak kerja dengan AKPK dan saya bukan promosi AKPK. Tak dapat apa apa pun sebab khidmat AKPK adalah PERCUMA. Saya cuma memberi pilihan jika dah “jem kreng” tak tahu nak buat apa dah bila sangkut bab hutang. Berikut adalah antara sedutan soalan dan jawapan yang diterima:

SEDUTAN JAWAPAN

Apa maksud “dia yg x setuju coz kalau dah under AKPK mmg x dpt nak apa2 nanti .. tapi belum tentu AKPK dpt kurangkan jugak byran… ”

Adakah beliau memikirkan kalau pergi AKPK takde harapan nak dapat loan lagi? Kalau tak pergi dan dibiarkan loan tertunggak dan cuba selesaikan sendiri “pada suatu hari nanti” ada harapan dapat loan? Sekarang ni pun dah masuk dalam CTOS dan CCRIS memang dah tak dapat loan dah. Pada saya jumlah baki masih boleh diuruskan pada tahap RM12K dan setelah selesai hutang jika dibawah kawal selia AKPK masih boleh memohon untuk pinjaman atas dasar “berkelakuan baik” atau telah menunjukkan kesungguhan dan inisiatif untuk mengakui bahawa kita ada masalah hutang dan berjaya menyelesaikannya daripada memilih untuk berdiam diri dan lari dari tanggungjawab dan pada masa yang sama berharap untuk membuat hutang lagi padahal rekod kita dah ada dalam CTOS dan CCRIS.



Link soalan soalan dan jawapan asal:

http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2016/09/01/tindakan-mahkamah-tak-pakai-sms-email-fahami-proses-sita-menyita-yang-sebenar/#comment-2307

http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2016/09/01/tindakan-mahkamah-tak-pakai-sms-email-fahami-proses-sita-menyita-yang-sebenar/#comment-2308

http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2016/09/01/tindakan-mahkamah-tak-pakai-sms-email-fahami-proses-sita-menyita-yang-sebenar/#comment-2315

http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2016/09/01/tindakan-mahkamah-tak-pakai-sms-email-fahami-proses-sita-menyita-yang-sebenar/#comment-2316

SEDUTAN SOALAN

“Ok Tuan. Maaf, ada lagi 3 soalan nak tanya:
1) ada apa2 kesan lain ke jika saya selesaikan melalui AKPK? Coz ada yg kata jadikan AKPK tu pilihan terakhir nak selesaikan masalah hutang.
2) Skarang ni saya dah dikira sebagai penghakiman ingkar. apa tindakan yang mahkamah boleh jatuhkan pada saya?
3) Kalau sekarang ni saya just berdiam diri saja & bila bulan April 2017 nanti saya datang ke bank & selesaikan semua baki tertunggak tu, ada kesan buruk maksimum ke yg saya boleh kena selain Garnisi tersebut? Contohnya sita barang.”

SEDUTAN JAWAPAN

Kesan yang macamana AKPK ni menurut kata sesetengah orang tu? Takut blacklist? Kalau tak pergi AKPK pun blacklist juga. Kalau dah jam macam ni apa pilihan lain? Bank boleh “dengar” juga cadangan AKPK daripada kita runding direct.

Jangan buat diam diam. Bank ni terkenal dengan tindakan Garnisinya. Silap haribulan pertengahan bulan 10 dia akan sebat duit dalam akaun.

Mahkamah hanya jatuhkan hukuman. Loyar yang akan buat permohonan nak Garnis Akaun atau Sita Barang

Walau apapun, terpulang kepada anda untuk membuat keputusan. Saya sertakan dua link dibawah tentang AKPK untuk rujukan lanjut.

PRO KONTRA KE AKPK

http://maszmadi.blogspot.my/2013/05/jangan-join-akpk.html

PENGALAMAN KE AKPK

http://www.adzril.com/2016/01/pengalaman-aku-pergi-serah-diri-ke-akpk.html

Biasanya kalau ada banyak hutang kad kredit, AKPK boleh tolong bincangkan pengurangan kadar faedah kad kredit yang tinggi supaya peminjam boleh membayar dengan kadar yang rendah dan mampu dibayar. Tapi kalau personal loan yang ratus ratus ribu dengan komitment bayaran bulanan yang tinggi, AKPK mungkin “TAK DAPEK NAK NOLONG” dan anda harus bersedia untuk menghadapi tindakan keBANKRAPAN dan untuk tindakan seperti ini, boleh lihat link dibawah:

http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2016/09/02/perkongsian-seorang-bankrap/
Kalau nak check status bankrap boleh pergi ke link ini dan daftar untuk buat semakan.

https://e-insolvensi.mdi.gov.my/

Leave a Reply / Masukkan Komen Anda