FAHAMI ISTILAH ISTILAH TINDAKAN UNDANG UNDANG 15 Comments


samancombined

 

SATU LAGI KHIDMAT PESANAN MASYARAKAT. SEBARKAN SUPAYA FAHAM TINDAKAN UNDANG UNDANG YANG SEBENAR DAN ISTILAH ISTILAH YANG DIGUNAKAN. AGEN PUN BOLEH BELAJAR SEKALI SUPAYA TIDAK TERSERLAH TEMBERANG ANDA.

 

Assalamualaikum. Saya selalu mendapat soalan soalan tentang tindakan undang undang yang sedang dilaksanakan atau “tindakan undang undang” yang digembar gemburkan oleh Agen Kutip Hutang. Masih ramai yang tidak tahu proses dan istilah istilah yang sebenar termasuklah Agen Kutip Hutang itu sendiri. Tapi bila penghutang pun tak tahu jadi taktik gempaq akan menjadi tapi kalau yang dikejar tahu undang undang macamana? Mesti kantoi punya. Upgrade lah pengetahuan tu jangan main sedap mulut aje. Baru baru ini ada yang menghantar screenshot dalam grafik yang saya paparkan disini yang menarik perhatian saya. Anda semua boleh baca sendiri. Dibawah saya berikan istilah istilah yang betul supaya tidak keliru.

 

LANGKAH LANGKAH TINDAKAN UNDANG UNDANG DAN ISTILAH YANG DIGUNAKAN

  • Notis atau Surat Tuntutan Loyar (NOD / LOD)
    Masa ni peminjam masih dipanggil “Peminjam” dan juga “Penjamin” (kalau ada)
  • WRIT SAMAN – Loyar memfailkan Saman dan Peminjam diarah untuk hadir di Mahkamah melalui WRIT SAMAN ini. Masa ni Peminjam sudah “naik pangkat” menjadi “DEFENDAN”
  • DEFENDAN tidak hadir di Mahkamah maka PENGHAKIMAN INGKAR dijatuhkan. Masa ni DEFENDAN naik setakuk lagi menjadi PENGHUTANG PENGHAKIMAN

Sejak bila pulak ada istilah “Short Cut” SAMAN PENGHAKIMAN? JDS iaitu SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN (JUDGMENT DEBTOR SUMMONS) bukan terus ada “Waran Tangkap” macam tu aje. Ada prosedur tertentu dan bukan senang senang main tangkap macam tangkap Pokemon. Tangkap Pokemon pun bukan senang jugak.

 

 

Kalau Bank dah ada Penghakiman, baca kat sini untuk tindakan undang undang yang boleh diambil

https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/

 

Baca juga prosedur ringkas tindakan undang undang

1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi. Kalau pindaan Akta Bankrapsi ke Akta Insolvensi diluluskan di Parlimen jangkanya pada tahun 2017, had ini akan dinaikkan ke RM50,000


Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

15 thoughts on “FAHAMI ISTILAH ISTILAH TINDAKAN UNDANG UNDANG

  • Segan nak Tulis Nama

    assalam tuan

    Terima kasih atas pencerahan.
    Maklumla.. hari x slalu terang.
    Cuba masalah nye pihak bank dah start call opis/isteri tok confrim kan alamat
    (nasib dah pindah)
    Sekarag menyewa tempat lain

    Boleh tuan cadangkan alternatif kat saya
    Rujuk ke AKPK adakah berbaloi dimana saya dgr hanya hutang bercagar (kereta and Rumah) tidak dapat dibantu.
    Cuma cam Personal Loan and C. Credit

    Tok makluman tuan dalam kes saya nie
    Tunggak = 10 bulan
    Amount = up pergi RM 134K
    Letter of Deman = dah
    Writ = Dah
    Writ Ingkar = Dah
    La nie Bank Rakyat kata nak proceed CP

    Mohon pendapat tuan

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Segan Nak Tulis Nama

      Kalau baki RM134K tu rasanya AKPK susah nak tolong. Kalau nak pun jumlah instalment mungkin tinggi. Kalau sekarang ni sudah ke tahap Penghakiman itu boleh diterima. Cuma mungkin Bank sedang berkira kira untuk melaksanakan tindakan Bankrapsi. Kalau tak ada satu jumlah yang besar macam jumlah RM10K yang Bank mintak tu, memang susah Bank tak ambil tindakan sebab baki terlalu besar.

      Elok juga untuk bersedia untuk segala kemungkinan iaitu apa yang akan terjadi jika kena Bankrap:

      Setelah Bankrap

      Seorang Bankrap perlu melapurkan diri ke Jabatan Insolvensi terdekat. Selepas melapur diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan mengisi borang borang yang diperlukan, Cik/Tuan/Puan boleh memohon untuk pelepasan semua akaun yang telah dibekukan, pengeluaran dan penutupan akaun dan memilih akaun mana yang hendak dikekalkan. Biasanya kita akan kekalkan akaun yang digunakan untuk kemasukan gaji. InsyaALLAH kebenaran akan diberi berdasarkan perbincangan dengan Pegawai Insolvensi. Berapa lama saya tidak boleh memberi kepastian cuma apabila melapur diri bawalah bukti bukti pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap supaya boleh dipastikan berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan kepada Jabatan Insolvensi.

      Untuk seseorang Bankrap melapurkan kepada JIM, lebih banyak maklumat peribadi akan ditanya berbanding dengan pinjaman biasa. Ini adalah kerana perbelanjaan anak anak (tempat tinggal, sara hidup,pembelajaran, bas sekolah jika ada) boleh dimasukkan kedalam Kos Sara Hidup seorang Bankrap. Sebahagian kecil perbelanjaan untuk ibu bapa yang telah uzur juga dibenarkan. Jika seorang Bankrap melapurkan diri kepada JIM dan membuat bayaran bulanan, beliau mungkin boleh mendapat kebenaran untuk menggunakan Kad Kredit (had RM1000) dan juga boleh memiliki kereta (mungkin kereta lama) dengan nilai tidak melebihi RM5K untuk kegunaan keluarga. Tapi harus diingat,kenalah mendapat kebenaran JIM.

      Jadi, lebih ramai anak dan tanggungan , jumlah yang Cik/Tuan/Puan perlu bayar kepada JIM akan berkurangan. Kadang kadang Cik/Tuan/Puan mungkin hanya diminta membayar RM50 sebulan. Jauh lebih murah dari ansuran bulanan pinjaman peribadi Cik/Tuan/Puan, kan?

      Dalam perkara memindahkan hakmilik rumah atas nama bersama, ia tidak dibenarkan dalam Akta Kebankrapan dan segala pemindahan dalam masa 2 tahun sebelum dari tarikh Bankrap akan terbatal. Lagipun jumlah nilai rumah dengan hutang Bank mungkin tidak mencukupi untuk “cover” hutang keseluruhan. Budi bicara Pegawai Insolvensi amat diperlukan pada ketika melapurkan diri supaya tidak melelong rumah tersebut lagipun atas nama bersama. Bagi Bank Bank yang lain, mereka hanya perlu menfailkan “Proof of Debt” iaitu bukti keberhutangan siBankrap kepada JIM dan jumlah ini akan dikumpulkan sebagai jumlah yang terhutang.

      Bagi si Bankrap:

      (a) Masih boleh bekerja seperti biasa atau berniaga asalkan tidak mendaftar sebagai pengarah, rakan kongsi atau pemilik tunggal. (ramai yang berniaga “online” atau berniaga atas “proxy” atau nama orang lain.

      (b) Masih boleh mempunyai akaun Bank (satu sahaja). Pihak Jabatan Insolvensi akan mengeluarkan surat kebenaran untuk mebuka akaun dengan mana mana Bank atau memberi arahan untuk membuka semula akaun yang telah dibekukan akibat Banrupsi.

      (c) Tidak boleh keluar negara tanpa kebenaran Jabatan Insolvensi.

      (d) Boleh memiliki kereta yang bernilai RM5,000 kebawah

      (e) Boleh menggunakan Kad Kredit dengan had RM1,000 (ada ke Bank nak bagi Kad Kredit, ada kut sebab ada peruntukan mengenainya)

      (e) Yang utama sekali, Tuan/Puan tidak lagi akan diganggu oleh Bank atau Agensi Pengutip Hutang.

      Tuan boleh baca disini tentang pengalaman seseorang yang telah dikenakan tindakan KeBankrapan:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/2016/09/perkongsian-seorang-bankrap/

        • Abu Ammar Post author

          Segan Nak Tulis Nama

          Kalau ikut prosedur yang saya dah cerita tu, kalau start sekarang, paling kurang dalam 8 – 9 bulan atau lebih dari tarikh Bank failkan Notis KeBankrapan. Jadi kalau start sekarang dalam tahun depan la kut. Boleh Nego lagi kut mana tau dapat bonus lebat ke.. Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ni. Maaf saya bertanya loan banyak banyak tu meniaga apa Tuan/Cik/Puan?

          • Segan nak tulis nama

            Loan ari tue masa zaman kegemilangan main ETA emas.. 6 bulan cantek.. selepas acara sontot menyontot.. terus terduduk.. bayar pakai duit simpanan.. la nie dah abis.. tue yg sangkut 10 bulan nie…

  • Segan nak Tulis Nama

    Assalam Tuan

    Mohon pendapat.
    Saya dah 10 bulan tunggak bayar PL ngan Bank Rakyat
    Bank mintak saya settle hutang at least RM 10K before esok supaya x proceed nga CP ( Cxxxx Petisyen).
    Soalan
    1. Apa tue CP
    2. Berapa lama lagi masa saya ada before mahkamah jatuh hukum bankrup kat saya
    3. Selepas CP tapi sebelom makhamah jatuh hukum bankrup, masih lagi boleh settle ke agak2 duit jatuh dari langit ( Bonus)

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Segan nak Tulis Nama

      “CP” adalah “Creditors Petition” atau “Petisyen Pemiutang” dan ia adalah salah satu proses keBankrapan. Dalam proses ini Tuan/Cik/Puan akan dikehendaki hadir ke Mahkamah untuk pendengaran kes CP ini. Jadi Agen Kutip Hutang punya gempak nak “proceed dengan CP” ni hanyalah TEMBERANG kerana bukan boleh main fail sesuka hati macam tu aje. Ingat Mahkamah tu Moyang dia punya? Ni adik beradik Agen Kot Mamot yang buat “SAMAN DALAM KAMAR” sendiri.

      SAMAN PALSU KOT MAMOT

      Tuan/Cik/Puan perlu memahami proses dan prosedur tindakan undang undang hingga ke peringkat Bankrapsi:

      Prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi. Jika pindaan Akta Bankrapsi kepada Akta Insolvensi diluluskan, had ini dinaikan kepada RM50K

      Secara ringkasnya proses Kebankrapan adalah seperti berikut:

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (seperti diatas)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan. Proses penyerahan adalah sama dengan proses Notis KeBankrapan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

      Mengikut Tuan/Cik/Puan tunggakan hanya 10 bulan dah nak masuk peringkat CP? Proses mendapatkan Penghakiman pun akan memakan masa sekurang kurangnya sebulan setengah atau 2 bulan. Itupun selepas sekurang kurangnya tunggakan 2 bulan. Lepas pada tu nak buat tindakan KeBankrapan pulak dengan arahan Bank dan Loyar nak prepare filing campur cuti hujung minggu akan memakan masa sekurang kurangnya sebulan lagi dan juga cubaan serahan Notis KeBankrapan. Itu dah pun masuk 6 bulan. Untuk seseorang melakukan “tindakan keBankrapan” akan memakan masa 6 bulan selepas menerima Notis Kebankrapan. Jadi dah berapa bulan? 12 bulan. Lepas tu baru nak failkan CP dan buat serahan dan lepas tu Mahkamah tetapkan tarikh pendengaran kes. kurang kurang sebulan dua lagi. Jumlah? 14 bulan.

      Jadi tak masuk akal kalau tunggakan 10 bulan dah masuk peringkat CP. Sah sah TEMBERANG.

  • Herman

    Selamat pagi. Saya ada seorang rakan yang merupakan seorang penjamin kepada peminjam yang telah diisytiharkan bankrup beberapa tahun lepas.

    Baru-baru ini beliau telah dihubungi oleh ejen pengutip hutang dimana beliau diarahkan untuk membuat pembayaran sekurang kurangnya 80% untuk beliau bersihkan nama beliau. Gagal untuk melaksanakan pembayaran tersebut, maka segala akaun2 beliau akan dibekukan dan beliau tidak akan dapat mengeluar atau mendeposit dari/ke mana2 akaun beliau yang ada.

    Beliau juga diugut bahwa akan ada wakil ejen tersebut datamg untuk berjumpa dengan majikan beliau dan ke rumah kediaman beliau untuk mereka ambilkan gambar rumah beliau. Tujuan berbuat demikian, tak pasti kerana tak dinyatakan.

    Apakah yang patut rakan saya lakukan?

    Harap saudara dapat membantu. Terima kasih

    • Abu Ammar Post author

      Salam Sejahtera Herman

      Ada tak Penghakiman keatas beliau? Dah berapa lama kes ini? Ini adalah usaha bank menggunakan Agen Kutip Hutang. Ugutan ugutan itu adalah tidak berasas melainkan beliau telah muflis. Ugutan ugutan ambil gambar dan menghubungi majikan adalah menyalahi etika kutipan hutang yang telah ditetapkan oleh Bank Negara dan boleh dibuat aduan. Baca link link ini sebagai Panduan.

      https://www.ceritahutangbankdananda.com/2015/10/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

      https://www.ceritahutangbankdananda.com/2017/03/kes-hutang-lapuk-kereta-akhirnya-bank-mengaku-tak-boleh-ambil-tindakan-undang-undang-lagi-mengikut-akta-had-masa/

      https://www.ceritahutangbankdananda.com/2017/02/adakah-adu-mengadu-ke-head-office-bank-negara-dan-lain-lain-ada-manfaatnya/

      dan ketahui juga TEMBERANG TEMBERANG Agen yang paling popular disini:

      https://www.ceritahutangbankdananda.com/2017/01/himpunan-temberang-temberang-agen-kutip-hutang-2015-dan-2016/

      Ini panduan membuat aduan. Klik link Surat Aduan Ke Bank Negara dan emailkan ke bnmtelelink.gov.my

      https://www.ceritahutangbankdananda.com/2015/09/jom-buat-aduan-kes-agen-pengutip-hutang-yang-tidak-beretika/

      https://www.ceritahutangbankdananda.com/2015/09/jom-buat-aduan-kes-agen-pengutip-hutang-yang-tidak-beretika/

      • Herman

        Terima kasih atas penjelasan tuan.

        Setakat ni tiada penghakiman keatas beliau dan Kes ni dah lebih kurang 7/8 thn. Hal yang sama yang pernah rakan saya tu terima beberapa tahun yang lepas, dimana si pengutip hutang menyatakan tindakan undang undang dan saman akan diambil keatas beliau, namun sampai hari ni, tiada apa apa bentuk tindakan atau saman yang beliau terima. Hari ini, beliau juga menerima panggilan yang sama dimana tindakan saman akan dikenakan keatas beliau sehingga mereka menyatakan bahawa sekiranya bekiau gagal untuk membayar sekurangnya 80% dari hutang tersebut, maka akaun beliau akan dibekukan. Persoalannya disini, dapatkah pihak bank atau ejen pengutip hutang mengambil tindakan keatas penjamin yang menjadi penjamin kepada mereka yang telah muflis? Dari apa yang saya tahu, pihak insolvensi akan menguruskan segala hutang sipeminjam melalui bayaran yang mereka kutip dari si peminjam setiap bulan. Bayaran tersebut akan mereka agihkan kepada setiap bank2 yang dipinjam oleh si peminjam yg muflis tadi. Jadi, kenapa pula pihak bank masih mengutip hutang dari si penjamin? Sebab rakan saya tu sekarang ni dh menggelabah sbb kena ugut tadi. Terima kasih.

        • Abu Ammar Post author

          Sama sama Herman

          Sebagai penjamin, memang Bank boleh mengambil tindakan tapi dalam bab Bankrapsi, rakan Tuan adalah seorang guarantor “sosial” iaitu penjamin yang tidak mendapat apa apa faedah dari pinjaman tersebut. Jika pindaan kepada Akta Bankrapsi diluluskan tahun ini, penjamin sosial TIDAK BOLEH diBankrapkan. Kalau tiada Saman difailkan semenjak 6 atau 7 tahun yang lepas, memang sudah melebehi Had Masa tapi mesti dilawan diMahkamah. Cakap kat agen memnag kita menunggu Saman tersebut supaya boleh diketepikan oleh Mahkamah. Biasanya Bank sedar akan hal itu (seperti dalam artikel) tapi masih “mencuba nasib” menggunakan Agen Kutip Hutang”

          • Herman

            Terima kasih banyak banyak atas informasi ni.

            Ugutan saman tu mereka pernah buat dulu, termasuk yang kali ni, dah 3 kali cakap nak saman. Namun setakat hari ini, tiada apa apa bentuk surat saman yang sampai kat beliau. So, maknanya disini, si pengutip hutang tu kira hanya buat gertakan agar hutang tu dapat beliau setelkan dengan segera.

            Rakan saya tadi memang cabar ejen tu, namun ejen tu masih lagi mengulangi statement yang sama, iaitu, saman, gi jumpa majikan dan ambil gambar rumah. Saya hanya nasihatkan beliau untuk tak layan sangat karenah mereka ni dan buat laporan polis kalau ianya amat mengganggu beliau.

            Oh ya…untuk beliau dibankrapkan tu agak.mustahil sebab jumlah tunggakan tu hanyalah 11k saja.

            Terima kasih sekali lagi atas bantuan tuan. Page tuan juga amat bermanfaat kepada semua untuk.rujukan lebih2 lagi jika ianya berkaitan dengan tindakan undang undang.

          • Abu Ammar Post author

            Tuan Herman

            Betul seperti yang Tuan katakan memang ugutan kosong. Sama sama saya ucapkan. Tolonglah sebarkan maklumat Blog ini bagi mereka yang memerlukan. Ramai yang tertipu hidup hidup.

  • Elly

    Salam…
    Tindakan undang2 pun dikenakan juga ke jika hanya tertunggak 1 bulan (personal loan)? Due date saya setiap 5hb. Saya memang buat bayaran setiap 1hb (gaji). Memang tak pernah miss payment cuma bulan lepas Oktober saya terlepas pandang dan mmg tak ingat, saya terus buat bayaran 1/11 yg sangkaan saya utk bln 11. Saya berada lama di overseas, bila balik Malaysia terima byk mesej dan misscalled notification dari bank. Saya call semula bank dan customer service tu terangkan sy miss bln 10 so payment 1/11 cover utk Oct dulu and now pending utk Nov sahaja. Saya beritahu akan byr 2 bln terus pada 1/12 tp dia kata bincang dgn officer in charge, dia cuba sambungkan ke officer in charge tp kata officer tengah lunch dan akan call saya semula. Saya tunggu x ada pula call lagi. Tau2 petang tu dapat sms: PERINGATAN AKHIR!Sila jelaskan bayaran minimum hari ini.Kegagalan anda akan mengakibatkan caj bayaran lewat&rekod CCRIS terjejas. Kemudian selang 2 hari dapat sms:HARI AKHIR!Sila jelaskan pembayaran sebelum 8pm.Kegagalan anda akan mengakibatkan rekod CCRIS terjejas & surat peringatan guaman.

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Elly

      Jangan risau sangat, itu reminder biasa aje untuk payment sebulan. Harus diingat bahawa setiap Bank perlu menghantar lapuran tentang SETIAP akaun pinjaman kepada Bank Negara. Jadi dari kompilasi lapuran lapuran ini ujudlah pengkalan data yang dinamakan CCRIS. Jadi kalau dalam kes Elly ni, tunggakan yang dicatitkan adalah SEBULAN sahaja. Bukan 10 atau 12 bulan jadi taklah “terjejas”. Bila Elly bayar bulan depan untuk 2 bulan, rekod dalam CCRIS akan menunjukkan tiada tunggakan lagi. Denda lewat tu biasalah dan kalau setakat sebulan taklah banyak sangat. So don’t worry. Standard reminder aje tu. Bank desperado nak duit. Dah kering.