BAGAIMANA NAK BEZAKAN SURAT LOYAR BETUL DENGAN SURAT “LOYE” TIRUAN?


degree_agen_full

SATU LAGI KHIDMAT PESANAN MASYARAKAT. BAGAIMANA NAK BEZAKAN SURAT LOYAR BETUL DENGAN SURAT “LOYE” TIRUAN?

Selalu juga saya dapat soalan berkenaan “Surat Loyar”. Ada yang memang betul dari Firma Guaman manakala ada pulak dari “Loyar Jadian” iaitu Agen Kutip Hutang. Agen Kutip Hutang tidak hanya menelefon peminjam dengan mengaku sebagai Loyar, mereka juga yang meniru nama dan surat Loyar bagi memberikan “buah takut” dan keyakinan kepada mereka yang dikejar.

Kita faham ia sebagai salah satu cara kutipan hutang yang agak berkesan cuma ia boleh menjejaskan reputasi Loyar yang sebenar dengan pelbagai ugutan dan penggunaan Akta dan Peruntukan merapu yang direka sesuka hati seperti yang telah ditunjukkan sebelum ini. Perkara ini diambil serius oleh para para Loyar dan telah mendapat perhatian Bar Council dan mereka boleh menyaman Agen Kutip hutang yang berbuat demikian jika ada bukti yang kukuh.

Antara perbezaan yang ketara ialah:

1) NAMA FIRMA atau Syarikat. Firma Guaman adalah jenis PERKONGSIAN jadi biasanya ia akan berbentuk begini:

(a) Tuan Loyar Sorang Lagi Loyar & Partners atau Tuan Loyar Kawan Dia Sorang Lagi & Associates atau Tuan Loyar Kawan Dia & Kawan Sorang Lagi (Takde Partner lagi)

Nama “Loye” dari Agen Kutip Hutang yang menyamar sebagai Loyar dan menjadi satu kesalahan sebenarnya juga akan menggunakan format yang sama . Tapi ada yang berstatus “Sdn Bhd” tapi dalam kepala surat atau ‘letter head”, tang “Sdn Bhd” tu dikecikkan supaya tak perasan jadi nampak macam firma guaman betul. Rujuk grafik untuk penjelasan lebih jelas.

2) KELULUSAN seorang Loyar. Tengok nama nama Loyar yang tersenarai biasanya dibahagian “letter head”. Ada nama dan kelulusan masing masing (rujuk grafik). Surat “Loye” biasanya tak ada.

3) Dibahagian bawah tempat tanda tangan akan ada wakil atau salah seorang Loyar akan tandatangan atau tandatangan guna nama Firma Guaman. Kalau “Loye” akan tandatangan nama dan saya ada jumpa contoh yang diberikan kepada saya. Ada jugak kelulusan tapi bukan kelulusan undang undang tapi yang saya dapat contoh ni dia tulis kelulusan dia sebagai “Dip CIM (East London, London United Kingdom) dan “MBA Int’l (East London, London United Kingdom)”. Kalau ikut nama singkatan biasa CIM tu “Chartered Institute of Marketing” dan MBA tu “Masters in Business Administration” tapi tak tahulah pulak kut kut ada maksud lain contohnya “Certificate In Menyamar” dan “Master In Bullshit Administration”. Tak kisahlah tapi yang penting bukanlah seorang Loyar.

Kalau perlukan lebih kepastian, ini video cara nak semak samada Firma Loyar yang hantar surat adalah yang “ori” atau yang “cobaan” punya..

https://www.facebook.com/ceritahutang/videos/560020120822855/

Ini pula post dalam blog yang menerangkan secara terperinci tentang surat Loyar dan Surat “Loye”

http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/09/10/antara-notis-tuntutan-loyar-yang-kreatif-dan-mengelirukan/

http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/09/13/mari-fahami-dokumen-dokumen-undang-undang-yang-ori-dan-yang-palsu/

Leave a Reply / Masukkan Komen Anda