SURAT LOYAR KE SURAT AMARAN ATAU SURAT NASIHAT? 5 Comments


Sebelum ini saya ada kongsikan sebuah surat yang sekali pandang macam surat loyar tapi lebih kepada surat amaran yang memberitahu apakah kesan kalau tindakan undang undang dikenakan kepada peminjam.

Tetapi ia di”rekacipta” untuk memberi gambaran bahawa ia adalah tuntutan dari Loyar yang sebenar dan tindakan undang undang TELAH PUN DIMULAKAN

Kalau baca betul betul dan ada kefahaman sedikit tentang proses tindakan undang undang, anda akan boleh melihat bahawa ia bukan Notis Tuntutan yang sebenar. Perhatikan ayat “SEKIRANYA Peguamcara … membawa TINDAKAN PROSIDING MAHKAMAH… dan sekiranya bla bla bla…” yang membawa maksud “SEKIRANYA tapi belum buat lagi”

Ini adalah kerana tuntutan adalah sedikit iaitu dalam RM5K lebih sahaja dan jika perkara ini dibawa keMahkamah, perbelanjaan sehingga keperingkat Saman atau sehingga mendapatkan Penghakiman pun dah boleh mencecah RM1K lebih. Dapat tak dapat duit balik belanja kena keluar. Bak kata omputeh “Good Money Chasing Bad Money”

Oleh itu kebanyakan Syarikat yang memberi hutang untuk barangan keperluan rumah  akan menggunakan cara ini untuk sekurang kurangnya memberikan perasaan takut kepada peminjam untuk membuat bayaran. Ini adalah contoh surat terbaru yang telah saya dapati dari salah seorang pembaca blog dan Page saya di https://www.facebook.com/ceritahutang/

 

AEON_Surat_Lawyer_tipu1 AEON_Surat_Lawyer_tipu2

 

Ulasan ringkas tentang surat diatas ialah surat dihantar oleh sebuah syarikat “Sdn Bhd” dan sangat sangat jarang atau tiada langsung Syarikat Loyar yang mempunyai struktur Sdn Bhd dan itu adalah “clue” yang sangat jelas yang ia adalah dihantar oleh Agen Kutip Hutang. Kalau nak check Loyar ke tidak senang aje. anda boleh pergi kesini:

 

 

http://www.malaysianbar.org.my/find_a_law_firm.html

untuk menyemak samada firma guaman adalah betul atau palsu.

Untuk ulasan yang lebih lanjut tentang surat yang serupa, boleh baca kat sini:

https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/09/10/antara-notis-tuntutan-loyar-yang-kreatif-dan-mengelirukan/

 

Nak tengok contoh surat yang “ori” boleh ulangkaji kat sini:

https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/09/13/mari-fahami-dokumen-dokumen-undang-undang-yang-ori-dan-yang-palsu/

 

 

Jadi kalau anda bermasalah dan tak dapat bayar hutang macam ni, bayarlah bila sudah berkemampuan dan bagi Syarikat yang menawarkan barangan keperluan rumah pulak, bila peminjam nak bayar sikit sikit, janganlah pulak buat keras kepala nak minta semua tunggakan dan faedah yang melampau (biasanya Agen Kutip Hutang sebab nak dapat komisen lebih) dan akhirnya tak dapat bauaran langsung dan akhirnya tindakan undang undang akan tersekat dengan Akta Had Masa. Janganlah pulak  buat perangai macam sesetengah Bank failkan Saman walupun tahu benda tu kalau peminjam lawan akan kalah tapi buat jugak dan akhirnya membankrapkan orang. Tak jugak dapat hutang tu cuma “puas hati” dapat tutup fail dan bagi “padan muka” peminjam tetapi sebenarnya menggunakan helah untuk berbuat demikian dan pada saya adalah satu aktiviti yang tiada moral dan integriti dipihak Bank dan Tuan Loyarnya. Sekarang sudah ramai yang sedar akan hak mereka jadi tidak lagi boleh berbuat sesuka hati. Semuga artikel ini memberi manfaat kepada anda.


Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

5 thoughts on “SURAT LOYAR KE SURAT AMARAN ATAU SURAT NASIHAT?

  • Ahmad Nazari

    Tuan ammar
    Salam sejahtera

    Saya amat berbesar hati dan bangga dgn adanya
    ruang seperti ini, Bank dan Anda. Terima kasih.
    Saya berharapan besar hati jika dpt menafaatnya. Cerita saya ,21hb.Jan.2016. Saya baru saja di panggil oleh makamah utk saman bankrupsi oleh pihak Affin Bank , saman credit card. Tahun 2002 saya telah berhutang berjumlah 7k..dan jumlah yg dituntut 106k. Semasa perhakiman dijalankan ,saya telah meminta tempuh kpd penolong kanan pendaftar Makamah..dan rayuan saya diterima ,memberi saya tempuh sehingga 18hb.Feb, utk menyelasaikan dgn pihak Affin..disamping itu saya juga telah berjumpa dgn Akpk utk mendapat hikmat nasihatnya. Bersyukur juga dapat berjumpa ruang ini Bank dan Anda..kerana ilmu yg saya tahu tentang hutang lapok..dapat saya tambah lagi dgn aktar Had Masa.. Terima kasih menafaatnya ruang ini..Persoalan bersama
    mengapa pihak makamah masih melayan pihak lawyer dan Bank..kalau antar Had Masa digunakan…Dimana saya harus pergi selepas ini..harus kah saya perlu pergi ke makamah ..utk mendapat documents..tertentu contoh Writ saman ke..atau memberitahu pihak Affin untuk menarik balik saman..atas Aktar Had Masa..dan apa kah saya harus menjadi lawyer terjun..sekian terima kasih.
    Boleh ke ..saya dapatkan line whatsapp

  • Faizal

    Salam Tuan,

    Saya tidak ada masalah dengan mana-mana pihak bank. Tetapi saya dalam proses dibankrupkan oleh bekas majikan saya kerana tidak membayar bond setelah berhenti kerja sebanyak RM50k. Saya tidak ada masalah dengan pihak bank dalam pembayaran setiap bulan. Soalan saya, jika saya dibankrupkan :

    1) Adakah harta saya seperti motorsikal, kereta dan rumah yang masih bayar tiap2 bulan akan diganggu dan diambil oleh pihak insolvensi?

    2) Adakah harta yang masih Hire Purchase tidak akan diganggu oleh pihak insolvensi?

    3) Adakah harta yang hanya habis bayar seperti rumah/kereta habis bayar yang sahaja akan diambil oleh insolvensi?

    Mohon pencerahan tuan. Terima kasih banyak-banyak

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Tuan Faizal

      Maafkan saya lambat sikit memberikan maklumbalas. Saya perlukan kepastian tentang perkara berikut

      1) Bilakah Tuan mendapat Notis Kebankrapan tersebut dan bila pula tarikh pengurusan kes yang telah ditetapkan? Ini adalah kerana tempoh “sah laku” Notis tersebut telah dilanjutkan dari sehingga 9 Januari 2016. Ini bermakna pihak Loyar telah gagal menyampaikan Notis tersebut kepada Tuan sebelum ini. Ini bermakna ada masa 6 bulan lagi jika tiada persetujuan atau cadangan pembayaran dibuat, Tuan akan dikira sebagai telah melakukan “Aksi Kebankrapan” dan pihak Loyar pula akan memfailkan Petisyen Pemiutang yang mana jika pada tarikh pendengaran kes ini juga bayaran atau persetujuan penyelesaian maka hari itu Tuan akan jatuh Bankrap.

      2) Adakah terma terma kontrak pekerjaan adalah seperti yang dikatakan dalam Notis Tuntutan? Adakah terma terma dalam perjanjian yang boleh digunakan untuk menentang tuntutan ini? Mungkin agak terlambat kerana kita sudah berada ditahap Bankrapsi tetapi apa apa jua perkara yang boleh memihak kepada Tuan walupun pada zahirnya Tuan yang telah “bersalah” kerana berhenti tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.

      Apabila seseorang itu diisytiharkan sebagai seorang Bankrap, maka segala pengurusan kewangan dan harta benda beliau akan ditadbir oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM). Seorang Bankrap perlu melapurkan diri ke Jabatan Insolvensi terdekat. Selepas melapur diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan mengisi borang borang yang diperlukan, Puan boleh memohon untuk pelepasan semua akaun yang telah dibekukan, pengeluaran dan penutupan akaun dan memilih akaun mana yang hendak dikekalkan. Biasanya kita akan kekalkan akaun yang digunakan untuk kemasukan gaji. InsyaALLAH kebenaran akan diberi berdasarkan perbincangan dengan Pegawai Insolvensi. Berapa lama saya tidak boleh memberi kepastian cuma apabila melapur diri bawalah bukti bukti pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap supaya boleh dipastikan berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan kepada Jabatan Insolvensi.

      Untuk seseorang Bankrap melapurkan kepada JIM, lebih banyak maklumat peribadi akan ditanya berbanding dengan pinjaman biasa. Ini adalah kerana perbelanjaan anak anak (tempat tinggal, sara hidup,pembelajaran, bas sekolah) boleh dimasukkan kedalam Kos Sara Hidup seorang Bankrup. Sebahagian kecil perbelanjaan untuk ibu bapa yang telah uzur juga dibenarkan. Jika seorang Bankrup melapurkan diri kepada JIM dan membuat bayaran bulanan, beliau mungkin boleh mendapat kebenaran untuk menggunakan Kad Kredit (had RM1000) dan juga boleh memiliki kereta (mungkin kereta lama) dengan nilai tidak melebihi RM5K untuk kegunaan keluarga. Tapi harus diingat,kenalah mendapat kebenaran JIM.

      Jadi, lebih ramai anak dan tanggungan , jumlah yang Tuan perlu bayar kepada JIM akan berkurangan. Kadang kadang Tuan mungkin hanya diminta membayar RM50 sebulan. Jauh lebih murah dari ansuran bulanan dari proposal yang dikemukakan Tuan , kan?

      Dalam perkara memindahkan hakmilik rumah atas nama bersama, ia tidak dibenarkan dalam Akta Kebankrapan dan segala pemindahan dalam masa 2 tahun sebelum dari tarikh Bankrap akan terbatal. Lagipun jumlah nilai rumah dengan hutang Bank mungkin tidak mencukupi untuk “cover” hutang keseluruhan. Budi bicara Pegawai Insolvensi amat diperlukan pada ketika melapurkan diri supaya tidak melelong rumah tersebut lagipun atas nama bersama. Bagi Bank Bank yang lain, mereka hanya perlu menfailkan “Proof of Debt” iaitu bukti keberhutangan siBankrap kepada JIM dan jumlah ini akan dikumpulkan sebagai jumlah yang terhutang.

      Bagi si Bankrap:

      (a) Masih boleh bekerja seperti biasa atau berniaga asalkan tidak mendaftar sebagai pengarah, rakan kongsi atau pemilik tunggal. (ramai yang berniaga “online” atau berniaga atas “proxy” atau nama orang lain.

      (b) Masih boleh mempunyai akaun Bank (satu sahaja). Pihak Jabatan Insolvensi akan mengeluarkan surat kebenaran untuk mebuka akaun dengan mana mana Bank atau memberi arahan untuk membuka semula akaun yang telah dibekukan akibat Bankrupsi.

      (c) Tidak boleh keluar negara tanpa kebenaran Jabatan Insolvensi.

      Berkenaan dengan soalan Tuan

      1) Adakah harta saya seperti motorsikal, kereta dan rumah yang masih bayar tiap2 bulan akan diganggu dan diambil oleh pihak insolvensi?

      Bagi pihak Bank terutama sekali bagi pinjaman rumah, besar kemungkinan Bank yang akan melelong rumah TUan untuk mendapatkan kembali wang mereka SEBELUM Jabatan Insolvensi mengambilalih kuasa atas rumah tersebut. Kalau ada baki lagi selepas lelongan, Bank akan memfailkan Proof of Debt kepada Jabatan Insolvensi. Bank berhak untuk berbuat demikian.

      2) Adakah harta yang masih Hire Purchase tidak akan diganggu oleh pihak insolvensi?

      Bila bercakap tentang pinajamn Hire Purchase, ia bergantung kepada beberapa keadaan iaitu baki hutang dan nilai semasa kereta. Dalam banyak kes sekarang ini, baki lebih banyak daripada harga nilai semasa kereta jadi Bank lebih suka untuk menerima bayaran dari cuba melelong kereta yang confirm mereka akan rugi. Ini terpulang kepada budi bicara Jabatan Insolvensi kerana situasi setiap hutang berbeza dengan “perangai” Bank yang berbeza beza.

      3) Adakah harta yang hanya habis bayar seperti rumah/kereta habis bayar yang sahaja akan diambil oleh insolvensi?

      Seperti yang saya katakan, ia bergantung kepada budi bicara JIM. Kalau dah habis bayar, ia adalah lebih mudah “diuruskan” untuk lelongan.

      Saya harap saya sudah menjawab soalan Tuan.