KES GARNISI TERBARU 8 Comments


HATI_HATI_kES_GARNISI

Assalamualaikum

Minggu lepas ada dua kes Garnisi iaitu secara penjelasan mudahnya ialah Bank Pemiutang mendapatkan Perintah Mahkamah untuk membekukan akaun Penghutang Penghakiman (ya, kena ada Penghakiman dulu) dan Bank yang menyimpan baki dalam akaun Penghutang Penghakiman diperintahkan untuk menyerahkan baki wang kepada Bank Pemiutang. Akaun kena beku sehingga kes selesai.

 

Yang menariknya, tindakan ini adalah dari Bank yang sama keatas Bank yang sama. Macam “pakat pakat” pulak. Kita ikuti aduan atau komen mereka yang saya kumpulkan dari blog saya. Lepas ni nak bayar ansuran pakai Cash Deposit Machine la kut.. Selamat sikit

Ikuti pautan pautan berikut untuk mengikuti kes Garnisi terbaru ini.

 

KES 1

http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/comment-page-5/#comment-1311

KES 2

http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/12/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-1/comment-page-1/#comment-1133


Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

8 thoughts on “KES GARNISI TERBARU

  • abdul hafiz

    salam tuan,
    saya telah dapat tahu account saya d bekukan oleh bank yg lain,
    minta pencerahan dari pihak tuan yg saya dah banyak baca dari blog tuan yg banyak memberi pengetahuan ttg undang2,
    soalan saya

    1-bolehkah,pihak UOB bank bekukan akaun simpanan saya d RHB bank,kerana masalah kad kredit yg ada hutang?

    baru sahaja pekara ini telah terjadi,pada 26/1/17,
    saya telah pergi ke RHB bank untuk keluarkan duit gaji saya yg telah masuk,saya telah gunakkan atm machine,tapi tak dapat keluar dan baki mmg ada d screen,bila saya bertanya pada pihak bank tersebut dan mereka kata ok,no problem,
    saya telah dapatkan KAD atm yg baharu,sbb kerani bank kata mungkin ada masalah pada KAD,dan masalah tetap sama,dan saya cuba gunakkan BUKU bank utk pengeluaran,baru dapat tahu oleh mereka@BANK ada masalah dan saving saya telah d bekukkan oleh pihak BANK yg lain,saya telah jumpa pegawai BANK@rhb,dan mereka dah tahu,oleh BANK mana yg telah bekukkan akaun saving saya,ttg berkaitan kredit kad,
    dan pada masa itu,saya dapat sms dari 66300,yg mengatakan-PROCEEDING…ETC…GARNISHEE, CONTACT PERSON,
    saya telah hubungi no tersebut,dan dengar,
    dan dia@BANK kot, ada kata jika nak on balik akaun tersebut kena masukkan duit yg mana,sebanyak mana yg berada dalam akaun tersebut,saya teus kata,saya tiada duit sebanyak itu,dan semua duit saya bergantung pada duit gaji saya telah masuk dlm akaun saving saya, dan saya telah jadi buntu,saya guna cara tuan-ttg online CTOS,
    saya cuma lihat ada 1 -under legal reserved cases iaitu
    BANK-UOB
    ACTION DATE-25-3-2011
    HEARING DATE-9/5/2011
    AMOUNT-RM7662
    dan saya telah hubungi lawyer UOB bank yg tertera dlm print CTOS tersebut,
    dan agak lama juga mereka cari fail saya,dan dapat,mereka kata kes ni sudah WITHDRAW,saya tak paham apa makna WITHDRAW pada kerani lawyer tersebut,yg saya tahu cuma saving akauan saya telah d bekukkan oleh anak guam encik,dan saya telah bercakap pada kerani tersebut,bagaimana saya nak lakukkan untuk bukakan balik sekatan akaun bank saving saya,dan jawapan nya tunggu pihak kerani BANK yg buat sekatan saya balik dari cuti,
    dan saya juga telah hubungi dan buat temu janji dengan pihak AKPK,
    saya cuma terkilan kenapa UOB bank boleh bekukkan saving saya@yg cuma gaji yg saya berkerja sahaja yg masuk ,dan telah tahu pun d mana gaji saya peroleh dari syarikat mana,yg ada alamat lengkap sekali,kenapa tak call office@hr dept mengatakan pihak bank cari,tapi tiada semuanya tu,terus2 saya dapat tahu,akauan saya telah kena bekukkan oleh sekian BANK,alamat rumah yg tertera pada CTOS adalah yg lama,
    saya telah beli rumah dari sejak 2007 di atas nama saya dan isteri,maka semua pihak boleh dapat kan alamat saya dari mana2 sumber pun jika masih lagi berada dalam malaysia,

    maap tuan saya taip banyak sangat,sbb saya dah tiada jalan nak wang selain dari ALONG yg bila2 bole beri,dan saya klu bole katakan jalan yg terakhir sekali,
    sekian …..

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Tuan Hafiz

      Soalan ini telah ditanya di Page FB saya https://www.facebook.com/ceritahutang/ jadi saya share response saya disini:

      “Ini adalah tindakan Garnisi. Bank UOB telah mendapatkan perintah Mahkamah supaya RHB Bank menyerahkan jumlah wang dalam akaun Tuan. Perintah itu adalah Perintah Sementara dan satu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes dimana wakil Bank RHB, UOB dan Tuan juga patut hadir untuk Mahkamah membuat keputusan samada boleh atau tidak wang tersebut diserahkan.

      Tuan perlu mendapatkan tarikh pendengaran kes tersebut dan sebelum itu dapatkan pengesahan dari majikan bahawa gaji Tuan masuk kedalam akaun tersebut. Dan gunakan Employment Act tentang keutamaan akaun gaji seperti yang telah saya terangkan di link ini:

      https://www.ceritahutangbankdananda.com/2015/12/kes-garnisi-terbaru/

      MAKLUMBALAS TUAN HAFIZ

      Terima kaseh ,tuan atas kesudian membaca masalah saya, mereka@bank telah beku kan akaun saya yg mmg gaji saya yg setiap tahun saya peroleh dan majikan telah masuk kan ke dlm rhb@akaun,dan spt tuan terangkan saya guna boleh guna kan employment act, saya juga telah hubungi lawyer yg d lantik oleh pihak UOB,dan mereka kata,tggu dlm hari berkerja,yakni kerani bank tersebut cuti,dan saya pula banyak tanggungan nak selesaikan termasuk hal keluarga dan persekolahan,dan saya terpaksa tggu hingga hari selasa ni baru bole hubungi pihak lawyer maupun bank,sbb saya mmg tiada dana kewangan lain selain duit gaji saya yg masuk pada setiap bulan,

      idak mengapa tuan,saya akan tggu hari selasa ni dan dapatkan perkembangan baru dari pihak mereka, jika gunakkan aklta employment act tu,boleh dapat ke gaji saya yg masuk pada bulan yg mereka beku kan itu? tuan saya telah baca ttg garnisi dari pihak bank,dan saya juga terbaca ttg bole bekukan wang didalam bank,tetapi tidak under duit gaji yg majikan masukkan,

      RESPONSE SAYA

      Kita boleh cuba gunakan Employment Act tu cuma kena bersedia dengan argument bahawa duit sudah ada didalam RHB Bank jadi UOB mintak dengan RHB bukan majikan. Lawan tetap lawan. Menang kalah atas keputusan Hakim.

      NOTA: Alasan kita pula memang akaun tersebut TIADA kegunaan lain selain dari kemasukan GAJI dan itu adalah prosedur Syarikat dalam pemberian gaji kepada SEMUA kakitangannya.

  • norazrinamohdaziz

    Assalammualaikum Tuan, saya nak bertanya sesuatu yang agak penting di sini. Sebelum ni, akaun saya pernah kena garnisi sebab payment credit card saya dengan CIMB tak cantik; walaupun saya bayar bulan-bulan. Alasan dorang freeze sebab saya hanya bayar minimum payment kat dorang instead of full payment. So, disebabkan gaji saya masuk CIMB dan kad kredit saya pun bawah CIMB, tu yang dorang freeze akaun saya. Gaji langsung tak leh bawak keluar 🙁 Tapi, tu cerita 3 tahun sudah.

    Sekarang ni saya diganggu oleh debt collector untuk al-rajhi bank. masalahnya, boleh ke akaun bank yang selalu digunakan untuk pembayaran gaji saya ni kena garnisi lagi dengan al-rajhi, sebab saya guna akaun maybank sekarang ni. Mintak jasa pihak Tuan untuk berikan penjelasan pada saya.

    Lagi satu, saya buat pinjaman Islam dari Al-Rajhi untuk makcik saya, tapi sebab atas nama saya, debt collector call and bersikap sangat kurang ajar. Padahal sebelum ni tak penah call pun, dah dekat 8 tahun dah. Number telefon yang saya pakai ni pun, baru lagi. Tak tahu macam mana dorang dapat. Saya suspect menerusi maklumat yang saya furnish untuk permohonan BR1M. Boleh ke macam ni Tuan? Menyebarkan maklumat peribadi kepada pihak2 lain? Lagi satu, hutang saya tu RM7,000 dan sekarang ikut debt collector tu, jumlah dah naik hingga RM10,300. Debt collector kata tindakan sitaan pada harta saya akan dibuat. Kalau tak nak jadik macam tu, saya kena bayar full secepat mungkin. Alternatif lain, kena bayar RM 5,300 dalam minggu ni. Apa perlu saya buat Tuan? Mohon sangat-sangat pencerahan

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Norazrina

      Akaun gaji patut ditukar kerana Bank Al Rajhi sudah tahu nombor akaun kita. Buat “joint akaun” dengan Bank lain yang mana “penama kedua” adalah nama Cik/Puan. Buat semakan CTOS lagi jika ada rekod berkenaan dengan tindakan keatas Cik/Puan sebagai penjamin.

      Sila juga baca disini tentang cara menangani Agen Kutip Hutang:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

      • norazrinamohdaziz

        Assalammualaikum Tuan,

        Terima kasih banyak-banyak di atas jawapan yang telah Tuan berikan. Maksudnya di sini, memang pihak Bank Al-Rajhi dah tahu maklumat akaun saya walaupun akaun saya tu di bawah Maybank?

        Seperkara lagi Tuan, cuma saya nak minta kepastian, tak silap saya ada yang bagitahu saya yang pihak Bank tak boleh sesuka hati kenakan tindakan garnisi ke atas satu-satu akaun, terutamanya jika akaun tu adalah akaun yang digunakan untuk pembayaran gaji. Ini sebab ada perlindungan undang-undang ke atas akaun tersebut untuk pastikan tidak ada penganiayaan yang berlaku. Betul ke ni Tuan?

        Mohon pencerahan dari pihak Tuan

        • Abu Ammar

          Wa’alaikumussalam Norazrina

          Baca disini tentang bagaimana Bank boleh mengetahui akaun Bank anda yang lain:

          https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/549327645225436/?type=3&theater

          Baca juga tentang Akta Pekerja (tapi cakap omputeh tapi boleh faham)

          EMPLOYMENT ACT 1955

          PART VI – PRIORITY OF WAGES

          Priority of wages over other debts

          (1) Where by order of a court made upon the application of any
          person holding a mortgage, charge, lien or decree (hereinafter referred to as ?the secured creditor?) or in the exercise of rights under a debenture the property of any person (hereinafter referred to as ?the person liable?) liable under any of the provisions of this Act to pay the wages due to any employee or to pay money due to any contractor for labour is sold, or any money due to the person liable is attached or garnished, the court or the receiver or manager shall not authorize payment of the proceeds of the sale, or of the money so attached or garnished, to the secured creditor or the debenture holder until the court or the receiver or manager shall have ascertained and caused to be paid, out of such proceeds or money, the wages of such employee, or the money due to any contractor for labour under a contract between him and the person liable, which the person liable was liable to pay at the date of such sale, attachment or garnishment:

          Provided that this section shall only apply to the sale of a place of employment on which—

          (a) any employee to whom wages are due as aforesaid;

          (b) any employee to whom wages are due by such contractor for labour as aforesaid;

          (c) any contractor for labour to whom money is owed on account of the sub-contract by the contractor for labour as aforesaid,

          was employed or worked at the time when such wages were earned or such money accrued due, and to the proceeds of the sale of any products of such place of employment and of any movable property therein used in connection with such employment and to any money due to the person liable on account of work performed by such employee or contractor for labour or derived from the sale of the products of such work:

          Provided further that—

          (a) where the person liable is an employer the total amount of the wages of any employee to which priority over the claim of a secured creditor is given by this section shall not exceed the amount due by the employer to the employee as wages for any four consecutive months’ work;

          (b) where the person liable is a principal and where the wages are claimed from such principal under section 33 the total amount of the wages of any employees to which priority over the claim of a secured creditor is given by this section shall not exceed the amount due by the principal to the contractor at the date of the sale, attachment or garnishment unless the contractor is also a contractor for labour;

          (c) where the person liable is a contractor or sub-contractor who (c) where the person liable is a contractor or sub-contractor who owes money to a contractor for labour the total amount due to such contractor for labour to which priority over the claim of a secured creditor is given by this section shall not exceed the amount due by such contractor for labour to his employees (including any further contractor for labour under such first-mentioned contractor for labour) for any four consecutive months’ work.

          (2) In this section, except for the second proviso, ?wages? includes termination and lay-off benefits, annual leave pay, sick leave pay, public holiday pay and maternity allowance.

  • siti

    Saya baru terima sms dr moblie no mengatakan acc bank saya akan dibekukan due to hutang dgn courts. barang da lebih 12 tahun ditarik. kenapa bru skrg nk tuntut? apa yg perlu saya buat.

    • Abu Ammar

      Ini bohong aje. Bank atau sesiapa saja nak beku akaun TIDAK AKAN bagitau. Bodohlah bagitau sebab kita boleh keluarkan semua duit. Tindakan Mahkamah tak pakai sms. Kes lama, kalau betul betul Saman boleh lawan balik.