PENDEDAHAN EKSKLUSIF Bahagian 2: Cerita Agen Pengutip Hutang / Debt Collection Agency 16 Comments


GARIS PANDUAN AMALAN KUTIPAN HUTANG BERHEMAH/ADIL

 

statute_limitationMALAY

 

Kita sambung pula perihal objektif pekeliling ini dikeluarkan.

 

OBJEKTIF DAN PENGGUNAAN…

 
Amalan_Kutipan_Hutang_Adil_Page_03a

 
OBJEKTIF 1.1 ini saya setuju 100%. Seperti yang saya katakan sebelum ini dan saya ULANGI sekali lagi. Saya TIDAK ADA MASALAH dengan Bank menjual NPL mereka. Saya ADA MASALAH dengan Agen Kutip Hutang yang TIDAK BERETIKA dan MENIPU peminjam untuk mendapatkan bayaran. Saya juga TIDAK ADA MASALAH dengan Bank yang mengambil tindakan undang undang keatas peminjam yang tidak membayar huang mereka. Saya ADA MASALAH dengan Bank yang masih mengambil tindakan undang undang keatas akaun yang sebenarnya telah LUPUT HAD MASA (mungkin atas kecuaian atau “terlepas pandang” tidak mengambil tindakan lebih awal secara sengaja atau tidak) dan MENGAMBIL KESEMPATAN keatas peminjam yang jahil tentang tatacara undang undang. Saya juga TIDAK ADA MASALAH dengan para Tuan Loyar yang menjalankan tugas mereka melaksanakan arahan dan perintah pelanggan mereka iaitu Bank Bank untuk mengambil tindakan undang undang. Saya ADA MASALAH dengan para Tuan Loyar yang TIDAK MENASIHATI pihak Bank tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan atas alasan yang biasa kita dengar iaitu “HANYA MENURUT PERINTAH DAN KEHENDAK PELANGGAN”. Bukankah ada ikrar oleh para peguam untuk MENEGAKKAN KEADILAN dan bukankah ada ATURAN dalam Kaedah Kaedah Mahkamah 2012 iaitu ATURAN 1A yang menyatakan:

MAHKAMAH ATAU HAKIM HENDAKLAH MEMBERI PERHATIAN TERHADAP KEADILAN

Perhatian hendaklah terhadap keadilan (A. 1A)

lA. Dalam mentadbir Kaedah-Kaedah ini, Mahkamah atau seorang Hakim hendaklah memberi perhatian pada kepentingan utama keadilan dan tidak hanya kepada ketidakpatuhan teknikal dengan Kaedah-Kaedah ini.

 
Dalam ATURAN 2 juga menyebut tentang KESAN  KERANA  KETIDAKPATUHAN seperti berikut:
 

Ketidakpatuhan Kaedah-Kaedah (A. 2, k. 1)

 

  1. (1) Jika, pada memulakan atau bertujuan  untuk  memulakan  apa-apa prosiding atau pada mana-mana peringkat dalam penjalanan atau yang berkaitan dengan apa-apa prosiding, telah berlakunya, oleh sebab apa-apa perkara  yang dilakukan atau tidak dilakukan, yang tidak mematuhi kehendak Kaedah-Kaedah ini, ketidakpatuhan itu akan dikira sebagai suatu ketidakteraturan dan tidaklah membatalkan prosiding itu, apa-apa langkah yang diambil dalam prosiding itu, atau apa-apa dokumen, penghakiman atau perintah di dalamnya
  • (2) Kaedah-Kaedah ini adalah suatu kanun prosedur dan tertakluk kepada objektif utama bagi membolehkan Mahkamah menguruskan kes dengan Pihak­ pihak itu dikehendaki untuk membantu Mahkamah bagi mencapai objektif utama ini.

 

  • (3) Mahkamah atau Hakim boleh, atas alasan bahawa telah berlakunya suatu ketidakpatuhan yang sedemikian sebagaimana yang disebut dalam perenggan (1), dan atas apa-apa terma tentang kos atau selainnya sebagaimana yang difikirkan adil oleh Mahkamah atau Hakim, dengan mengambil kira objektif utama Kaedah-Kaedah ini, menjalankan budi bicaranya di bawah Kaedah-Kaedah ini untuk membenarkan apa-apa pindaan, sekiranya ada, untuk dibuat dan membuat apa-apa perintah, sekiranya ada, dalam menguruskan prosiding itu secara umum sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah atau Hakim untuk membetulkan ketidakteraturan itu.

Sehingga kini saya merasa hairan kenapa pihak Loyar masih membuat permohonan dan tuntutan faedah selepas Penghakiman lebih tinggi dari apa yang dibenarkan buat masa kini iaitu 5% dan secara terang terangan tidak mengendahkannya. Saya bukan pakar undang undang jadi saya hanya boleh membuat andaian dan terus menerus berada dalam kehairanan. Perkara ini pernah saya timbulkan dalam artikel saya yang bertajuk:
 
DIAMBANG BANKRAPSI. LANJUTAN KISAH ENCIK IDRIS
 
Inilah Aturan yang saya maksudkan:

 
arahanmahkamah

 
Disebabkan kadar faedah yang yang telah diperolehi dengan secara tidak adil ini atas alasan “telah termaktub dalam perjanjian asal”, ramai yang telah diBankrapkan atas dasar faedah yang tinggi dan melebihi hutang asal dengan berlipat kali ganda. Tak ke naya kalau begitu?

Saya berharap pihak pihak yang berwajib boleh mengambil perhatian tentang apa yang sedang berlaku sekarang seperti yang telah saya katakan diatas. Kita hanya mahukan keadilan bagi kedua belah pihak. Itu sahaja.

Seterusnya….

 
Amalan_Kutipan_Hutang_Adil_Page_04

 

Kita sambung lagi garis panduan seterusnya iaitu bab tentang  perlantikan Agen Kutip Hutang dan Kad Kuasa bagi setiap Agen yang perlu dikeluarkan.

 
Amalan_Kutipan_Hutang_Adil_Page_05

 
Kepada sesiapa yang pernah ditemui oleh Agen Pengutip hutang, adakah mereka menunjukan pengenalan diri mereka iaitu syarikat yang mereka wakili dan surat “Watikah Perlantikan” syarikat mereka oleh Bank? Kalau takde boleh buat aduan kepada “Mak” dia iaitu Bank yang mengupah syarikat dia dan “share” pulak dengan “Bapak” dia iaitu Bank Negara.

 
Mukasurat seterusnya…

 

Amalan_Kutipan_Hutang_Adil_Page_06

 

Sila lihat kepada petikan bahagian 6.2.3 yang menyebut:

 

Apabila menghubungi peminjam melalui telefon, melalui pertemuan secara bersemuka atau apa jua bentuk komunikasi, pengutip hutang mesti mengesahkan bahawa orang yang dihubungi adalah peminjam yang sebenar sebelum memaklumkan butir butir hutang.

dan

Larangan mendedahkan maklumat ini kepada pihak ketiga juga termasuk kepada suami/isteri peminjam dan ahli keluarga melainkan yang dibenarkan atas peruntukan undang undang yang berkaitan.

 
Bab pengesahan ini agak susah bagi Agen Pengutip Hutang. Ada yang call tanya nama atau tiba tiba tanya nombor IC atau 4 nombor terakhir IC. Dengan kes penipuan yang berleluasa, tak ramai yang akan mengesahkan dengan cara begitu. Melihat kepada petikan kedua, kalau penghutang mengaku sebagai “adik” kepada penghutang, Agen Pengutip Hutang sepatutnya tidak boleh mendedahkan butir butir hutang kepada “adik” penghutang tersebut. Akan tetapi kebanyakan penghutang akan menjawab panggilan dan sesetengah Agen akan memainkan peranan untuk meng”gempaq” penghutang dengan bermacam macam cerita yang telah kita telah sebutkan selama ini.

Seperti yang saya telah syorkan sebelum ini diruangan komen dan jawapan kepada persoalan persoalan yang dikemukakan, kalau tidak mahu diganggu oleh Agen Pengutip Hutang, install applikasi “Truecaller” di Handphone anda walaupun mereka menggunakan nombor yang berbeza. Anda boleh membantu orang lain dengan melapurkan setiap  nombor tersebut sebagai “spam” dan beri nama kepada nombor itu seperti “Agen Kutip Hutang”, “Jangan Angkat” dan apa apa nama yang sesuai.

 
truecaller

 
Kalau nak blok SMS dan nombornya sekali, boleh install True Messenger.

 
truemessenger

 
Tetapi AWAS! Geng Agen Pengutip Hutang pun tahu “trick” ini. Jadi ada Agen Pengutip Hutang yang akan “melapurkan” nombor mereka sebagai nombor “orang baik baik” seperti TNB, Telekom Service, Astro dan sebagainya. Kalau rasa curiga tak payah angkat ataupun angkat aje dan kalau Agen Kutip Hutang yang call boleh blok kemudian.

Kita pergi ke garis panduan seterusnya iaitu keperluan bagi Bank untuk memberitahu penghutang tentang Agen Pengutip hutang yang telah dilantik oleh mereka.

 
Amalan_Kutipan_Hutang_Adil_Page_07

 
Berikut ini adalah keperluan kepada pemberian notis dan beberapa pengecualian jika alamat penghutang telah bertukar…

 
Amalan_Kutipan_Hutang_Adil_Page_08

 
Bahagian seterusnya ialah bahagian yang paling mustahak iaitu tentang “perilaku” atau tindak tanduk Agen Pengutip Hutang.

 
Amalan_Kutipan_Hutang_Adil_Page_09

 
Perkara diatas yang telah diwarnakan kuning mungkin jarang berlaku tetapi “intimidasi” dari segi tutur kata dan nada suara yang mengancam biasa kita dengar dari penghutang. Untuk mendapatkan bukti yang kukuh, para penghutang perlu memahirkan diri dengan fungsi “recorder” atau install app yang boleh merekodkan perbualan telefon supaya boleh dijadikan bukti aduan bahawa intimidasi yang berlaku. Ada syarikat Agen Pengutipan Hutang yang canggih mempunyai sistem kawalan mereka sendiri iaitu mereka merekodkan setiap perbualan Agen mereka dengan Penghutang jadi agak sukar untuk Agen bersikap kasar kerana mereka direkodkan oleh majikan mereka.

 

BERSAMBUNG….

 
ULANGKAJI BAHAGIAN 1
 


Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

16 thoughts on “PENDEDAHAN EKSKLUSIF Bahagian 2: Cerita Agen Pengutip Hutang / Debt Collection Agency

  • norma

    Assalammualaikum encik,

    Saya telah membeli sofa di court mammoth pada 2005 dengan menggunakan nama saya dan bayaran di lakukan oleh adik saya. Pada tahun 2008, adik saya tidak bekerja kerana sakit dan hutang sofa tertunggak. Pihak courts mammoth telah mengambil sofa tersebut.

    Namun begitu, pada tahun 2016 ada seorang perempuan wakil dari syarikat tersebut telah menelefon saya dan mengugut saya untuk membayar sejumlah RM2000 sedangkan barangan sudah ditarik. Oleh kerana tangungan bertambah, saya meminta bayaran seminimum rm50 atau rm100 sebulan, tetapi dia tidak setuju dan siap ada lakonan ada perbincangan dengan kakitangannya untuk menggenakan tindakan undang-undang ke atas saya. Selepas itu senyap tanpa berita.

    Pada 1 mac 2017 , ada seorang lelaki telefon dan mengaku dia ASP Abdul Aziz dari bukit aman yang meminta saya menghubungi pihak peguam iaitu haji ibrahim pada hari tersebut,jika tidak akan keluar waran tangkap untuk saya. Bila saya abaikan panggilan tersebut, dia telefon pejabat saya dan mengugut akan mrngeluarkan waran tangkap ke atas saya. Pada mulanya majikan saya percaya dengan apa yang diberitahu oleh lelaki tersebut dan meminta saya mengikut cakap lelaki tersebut. Bila saya ceritakan yang mengugut saya menggunakan talian biasa, majikan saya mulai risau dan meminta saya melaporkan pd pihak polis.

    Saya mulai risau kerana pihak tersebut tidak memaklumkan apakah hutang tersebut adakah sofa dr court mammoth atau lain2. Untuk makluman tuan, saya baru lulus belu kereta alza pada 6 bulan lps dan kenapa nama saya masih bersih. Kalau ada masalah mesti nama saya telah blacklist.

    Disebabkan dia telah menganggu dan memalukan saya di pejabat, apa yang saya perlu buat? Saya tertekan kerana dia menganggu saya di pejabat.

    Adakah pihak tersebut boleh meminta majikan saya untuk membuat potongan gaji ke atas saya?

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam

      Ni Agen Kutip Hutang Courts yang sudah “over”. Lapurkan kepada pihak polis tentang “ASP Abdul Aziz” dan “peguam Haji Ibrahim” yang telah menyamar sebagai penjawat awam dan Loyar. Hutang dah lapuk. Suruh diaorang SAMAN kat Mahkamah dan lawan dengan Akta Had Masa. Kalau tidak tak payah buang masa nak kutip. TIADA Agen yang boleh paksa mana mana majikan untuk potong gaji kerana menyalahi AKTA PEKERJA 1955.

      Agen Agen ni telah melampaui batas dan ada yang telah memalsukan SAMAN. kalau belum baca boleh tengok kat sini:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/776059525885579

      • Hafiz

        Salam sy pn ade terima panggilan dr agen pengutip hutang courts. Ini sebab ada orang beli barang guna nama saya dan sudah lari dan tak bayar. Agen ni mengugut utk ambil tindakan undang-undang saman. Ape perlu saya lakukan ? Nama agen tu galatrack

        • Abu Ammar

          Wa’alaikumussalam Hafiz

          Kalau setakat Agen Courts ni memang kaki TEMBERANG. Nak bincang bincang elok elok. Geng ni ada yang buat “SAMAN” sendiri suruh pergi “Mahkamah” Court Mammoth. Boleh tengok contoh SAMAN PALSU Kot Mamot…

          SAMAN PALSU KOT MAMOT

          • hafiz

            saya dpt emel mcm ni… siap cc ke bos2 saya. Tak tau dari mana dpt data tu. Malu saya dibuatnye..
            Ape yg perlu saya buat ?

            Ref/Ruj : 22/CVC/05-01/2017

            Date/Tarikh : 27/03/2017

            XXXXXXXXXXXXX

            NOTIS PENTING

            SILA AMBIL PERHATIAN INI ADALAH NOTIS / PERINGATAN

            Untuk pengetahuan , pihak Tuan / Puan xxxxxxxxxxxxx masih didapati GAGAL,ENGGAN atau CUAI untuk memberikan respon . Klien / plantif kami akan memfailkan PENGHAKIMAN terhadap Tuan / Puan atau boleh meneruskan dengan proses Perlaksanaan sekiranya keadaan tidak berubah.

            Sila hubungi PUAN LIZA di talian 03-92326141 PADA atau SEBELUM TIGA (3) HARI berkerja setelah menerima notis ini.

            NOTA : ( KERJASAMA DARIPADA KETUA JABATAN / UNIT AMAT DI HARGAI )

            Thanks & Regards,

            SUZLIZA
            RECOVERY DEPARTMENT

          • Abu Ammar

            Wa’alaikumussalam Hafiz

            Perbuatan ini menyalahi etika yang ditetapkan oleh Bank Negara. Ini bukti yang cukup bagus untuk buat aduan kepada Bank Negara. Sila rujuk artikel ini bahagian:

            Pencerobohan peribadi 6.5.2:

            Mengganggu keluarga peminjam, saudara mara, jiran, rakan atau majikan samada melalui telefon atau apa jua bentuk dan jenis hubungan / komunikasi bagi tujuan mendapatkan lokasi peminjam.

            Peruntukan 6.5.4

            Pengutip hutang seharusnya tidak mencuba untuk mengutip hutang, secara terus atau tidak, daripada pihak ketiga termasuk ahli keluarga, rakan rakan, saudara mara atau majikan mana mana peminjam

            Selanjutnya:

            https://www.ceritahutangbankdananda.com/2015/10/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

            Baca juga tentang bab pengaduan disini:

            https://www.ceritahutangbankdananda.com/2017/03/kes-hutang-lapuk-kereta-akhirnya-bank-mengaku-tak-boleh-ambil-tindakan-undang-undang-lagi-mengikut-akta-had-masa/

            https://www.ceritahutangbankdananda.com/2017/02/adakah-adu-mengadu-ke-head-office-bank-negara-dan-lain-lain-ada-manfaatnya/

          • hafiz

            ” Perbuatan ini menyalahi etika yang ditetapkan oleh Bank Negara. Ini bukti yang cukup bagus untuk buat aduan kepada Bank Negara. Sila rujuk artikel ini bahagian:

            Pencerobohan peribadi 6.5.2:

            Mengganggu keluarga peminjam, saudara mara, jiran, rakan atau majikan samada melalui telefon atau apa jua bentuk dan jenis hubungan / komunikasi bagi tujuan mendapatkan lokasi peminjam.

            Peruntukan 6.5.4

            Pengutip hutang seharusnya tidak mencuba untuk mengutip hutang, secara terus atau tidak, daripada pihak ketiga termasuk ahli keluarga, rakan rakan, saudara mara atau majikan mana mana peminjam ”

            Artikel ni terkesan kepada courts jgk ke ?

          • Abu Ammar

            Tuan Hafiz

            Itu Saman buat sendiri. Tak ujud dan tidak diterima Mahkamah. Kalau hutang kecik kecik selalunya tak sampai Mahkamah. Kedekut nak bayar Loyar. Upah agen lagi senang dengan TEMBERANG macam macam. Jadi Polis, loyar dan pegawai Mahkamah.

  • Aida

    Saya ingin mendapatkan pandangan Encik di dalam kes pinjaman MARA saya di tahun 1996 masa saya belajar dahulu dan pinjaman tersebut ada penjamin, dan saya memang tidak pernah bayar pinjaman tersebut. Saya paham memang salah saya, alasan mula kerja gaji tak cukup, masa bertahun kerja gaji cukup makan dan sekarang langsung tidak bekerja, memang tak dapat justifikasi tempoh pinjaman sekian lama tersebut. Sejak 2 minggu lepas keluarga saya dihubungi mengenai pinjaman tersebut dan tadi saya menerima whatsapp supaya menjelaskan bayaran sebanyak RM 9K++ sebelum 15hb Jun sebelum penjaga (saya kurang paham bahagian ni, maksudnya keluarga saya kah?), peminjam dan penjamin dilakukan tindakan undang-undang.
    Saya telah membalas whatsapp berkenaan meminta IC dan kad kuasa agensi pengutip hutang (seperti disarankan) dan menunggu jawapan whatsapp mereka. Apa pandangan Encik di dalam kes saya ini, sebab saya risau hal keluarga saya dan tak mahu penjamin pulak terlibat atas kesalahan saya. Mana nak cekau RM 9K dalam masa seminggu? Harap Encik dapat memberi pandangan. Terima kasih.

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Aida

      Biasanya kalau dari tahun 1996 ianya sudah dikira hutang lapuk. Saya rasa tiada tindakan undang undang lagi kerana ugutan adalah “untuk mengambil tindakan undang undang”. Jadi saya cadangkan supaya bagitahu Agen Kutip Hutang tu unutk meneruskan niatnya untuk mengambil tindakan undang undang supaya Aida boleh lawan balik. Try cakap macam tu. KAlau start marah marah dan suruh bayar jugak maka biasanya hanya gempaq Agen Kutip Hutang. Kalu dia kata dah Saman pun, persilakan dia hantar Saman tu sebab boleh diselesaikan dengan segera.

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      • Aida

        Assalamualaikum,

        Terima kasih di atas jawapan Encik.
        Semalam saya menerima reply whatsapp dengan meminta e-mel saya untuk dihantar segala bukti tuntutan terhadap saya dan saya reply sebelum apa-apa saya minta IC no dan kad kuasa dia. Dia jawab itu maklumat peribadi yang dia tak boleh bagi dan IC no dan kad kuasa hanya untuk egen yang datang ke rumah. Saya tulis sefahaman saya dia kena tunjuk jugak. Dia minta saya hubungi Habsah (dia bagi nombor henset). Saya reply sebab dek dia yang contact saya dan keluarga saya jadi saya berurusan dengan dia dan saya masih tunggu IC no dan kad kuasa dia, hantar guna whatsapp pon tak mengapa. Saya juga tulis saya ada hak untuk membuat laporan kalau dia tak bagi. Dia tak reply dah. Hari ni keluarga saya beritahu yang Habsah ada telefon dan minta saya hubungi dia untuk membatalkan segala dakwaan dengan segera. Saya tak contact pon. Saya hantar whatsapp dengan orang semalam dan bagitau saya dapat tahu yang pihak dia dan Habsah masih menghubungi saya dan keluarga saya tanpa menunjukkan sebarang kad kuasa atau IC, dengan intonasi suara mengugut dan saya akan membuat laporan kalau berlaku lagi. Sampai sekarang dia tak reply apa. Saya dah suruh keluarga blok kedua-dua nombor tersebut.
        Tak tau la betul ke tak cara saya handle, sebab saya pon redah jek semalam. Tak sempat nak sebut suruh diorang teruskan tindakan undang-undang sebab baru hari ni check e-mel. Terima kasih di atas masa dan pandangan Encik. Penerangan, maklumat dan pencerahan Encik di website ini memang sesungguhnya membantu. Ps: Tak sampai berani nak semak ctos, risau dapat strok sebelum raya. Maaf komen berjela.