PENDEDAHAN EKSKLUSIF Bahagian 1: Cerita Agen Pengutip Hutang / Debt Collection Agency

SILA SHARE DAN VIRALKAN ARTIKEL INI SUPAYA SAMPAI KEPADA WARGA HUTANG YANG MUNGKIN ATAU SEDANG DIGANGGU OLEH AGEN PENGUTIP HUTANG…

 

Alhamdulillah dapat juga saya siapkan cerita pasal AGEN KUTIP HUTANG YANG TIDAK BERETIKA ini. Semuga setelah artikel ini keluar tiada lagi ketakutan dan kerisauan yang “meruntun jiwa” setelah mengetahui apa yang Agen Agen ini boleh dan tak boleh buat dan selepas ini kita hanya mahu melihat Agen Agen yang professional dalam melakukan kerja mereka dan tiada lagi cerita ugutan ugutan TEMBERANG yang dilakukan. Sebelum menyanbung dengan lebih panjang, seperti biasa mesti ada Penafian/Disclaimer
 

DISCLAIMER / PENAFIAN

 

Pertama sekali saya ingin menegaskan bahawa saya bukan anti Agen Pengutip Hutang secara total atau mutlak tetapi saya tidak bersetuju dengan cara yang digunakan oleh kebanyakan mereka yang agak keterlaluan iaitu mengada adakan cerita yang tidak benar atau mengugut dengan “tindakan undang undang” yang mereka sendiri tidak boleh lakukan. Kita faham bahawa kadang kadang hanya dengan cara ini Penghutang akan “tersedar dari tidur” tetapi pada saya matlamat tidak menghalalkan cara.

Meminta hutang dengan cara yang profesional juga berkesan kerana apabila “batu bertemu atau berlaga dengan batu” akan terjadi “spark” atau percikan api.  Sama sama panas maka akan berlaku kebakaran. Paksaan boleh mendatangkan kesan atau perolehan yang negatif lebih lebih lagi untuk hutang lapuk. Mungkin ada yang pernah mendengar cerita bahawa angin tidak berupaya “memaksa” seseorang membuka bajunya tetapi matahari boleh dengan “memanaskan”nya secara perlahan lahan.


 
Oleh itu pendedahan ini perlu supaya Agen Kutip Hutang boleh beroperasi dengan lebih berhemah dan profesional dan tidak sewenang wenangnya menakut nakutkan orang dengan ugutan ugutan yang kosong dan menghentikan penyamaran sebagai “peguam”, “pegawai mahkamah” dan juga “pegawai bank” yang menyalahi undang undang dan Garis Panduan AMALAN KUTIPAN HUTANG YANG ADIL/BERHEMAH yang telah dikeluarkan oleh Bank Negara. Ada juga dikalangan mereka tidak tahu mereka melakukan kesalahan kerana menyangkakan ia hanyalah “gurauan manja” semata mata asalkan “berkesan” dan ia adalah sebahagian daripada rutin harian perkerjaan mereka yang telah diajarkan kepada mereka.

 

SIAPAKAN AGEN PENGUTIP HUTANG?

 
Mereka adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dengan operasi utama menguruskan kutipan hutang (hutang semasa dan hutang lapuk) termasuklah menjejak penhutang yang “hilang” bagi syarikat syarikat yang memerlukan khidmat mereka termasuk Bank Bank perdagangan.  Agen Pengutip Hutang bukan perkara baru, mereka telah lama ujud lebih lebih lagi setelah krisis kewangan 1997 dan bilangan syarikat syarikat ini semakin bertambah kerana bilangan hutang tidak berbayar juga sentiasa bertambah dengan setiap kitaran ekonomi yang tidak dapat tidak mesti ada kemelesetan ekonomi.
 
Hutang isirumah semakin bertambah setiap tahun dengan jumlah pinjaman peribadi yang pada awalnya hanya RM3,000 hingga RM5,000 pada awal tahun 90an sehingga ditingkatkan kepada RM10,000 sebelum krisis 1997 dan kini telah mencecah sehingga RM150,000 atau lebih. Satu peningkatan yang begitu tinggi padahal peningkatan pendapatan isirumah tidaklah mencecah tahap yang sedemikian.
 
Harga rumah dan kereta telah meningkat tinggi berbanding 10 dan 20 tahun dahulu. Ramai yang bergantung kepada Kad Kredit untuk “meneruskan hidup” yang hanya akan menambahkan masalah kewangan mereka. Ini menunjukkan  penurunan nilai kuasa beli duit kertas yang begitu ketara dan ketidakseimbangan pendapatan dan perbelanjaan isirumah sehingga terpaksa meminjam untuk meneruskan kehidupan.
 
Oleh itu, “industri pengutipan hutang” telah menjadi industri yang paling pesat berkembang dengan “potensi nilai kutipan” yang berjumlah berbillion ringgit. (maaf saya malas nak cari statistik tahunan tapi lihat saja statistik hutang isirumah setiap tahun. Tahun lepas anggarannya RM900++ billion, tahun ni kalau tak sampai, hampir mencecah RM1 Trillion kut iaitu RM1,000,000,000,000 ) kalau hutang dengan “ALONG” juga diambilkira. Kalau campur hutang lapuk sepanjang 20 tahun dulu dan 10% hutang semasa tak berbayar, tak ke berbillion billion nilainya?
 
Mungkin saya silap dan ada yang akan menyangkal angka angka ini. Tak kisahlah, yang kita tahu jumlahnya mencecah billion billion, dan ini adalah antara “lubuk emas” yang boleh dimanfaatkan walaupun boleh kutip 10% – 20% sahaja. Jadi tidak hairanlah jumlah syarikat begini semakin bertambah samada syarikat tempatan atau perkongsian dengan syarikat antarabangsa. Kebanyakan mereka menggunakan nama nama yang nampak dan berbunyi seperti Firma Loyar/Guaman seperti Koo, Tip, Hoo Tang & Partners, Loo Hoo Tang & Co dan Goon & Associates iaitu nama nama yang tampak “professional”. Yelah, takkan nak guna nama yang melambangkan perniagaan (yang selalu disarankan SSM untuk mencerminkan kegiatan perniagaan) seperti Lu Tak Bayar Gua Kutip Enterprise,  Bayor Lah Yop Sdn Bhd, Kami Takmau Cerita, Kami Nak Sita dan seumpama dan sewaktu dengannya.
 
Saya percaya kesemua syarikat ini mempunyai kod etika masing masing yang sudah semestinya bersikap professional dalam melaksanakan tugas mereka. Akan tetapi, sudah menjadi lumrah, jika ada kumpulan yang ramai, mesti ada yang membuat “kacau” atau lari dari “tajuk” asal untuk memartabatkan profession pengutipan hutang ini. Saya tiada masalah dengan yang professional tetapi memang anti dengan yang tidak professional dan bersikap membuli dan menghampiri sikap pengutip hutang untuk “Ah Long”.
 

ADAKAH AGEN AGEN INI DIBERI KEBENARAN YANG SAH UNTUK BEROPERASI MENGUTIP HUTANG?

 
Ya mereka beroperasi secara sah jika mereka mempunyai lesen perniagaan yang sentiasa diperbaharui dan telah dilantik oleh syarikat syarikat yang menggunakan khidmat mereka. Dalam konteks ini, mereka juga boleh dan telah dilantik oleh Bank Bank perdagangan samada untuk mengutip hutang yang telah di “outsource” atau di “kontrak”kan kepada mereka dan pendapatan berdasarkan komisen atas jumlah kutipan atau hutang hutang lama/lapuk (bergantung kepada klasifikasi Bank) yang telah di”jual” dengan harga “timbang kati” atau pada harga “diskaun” (kalau dapat kutip lebih kira pendapatan dan bonus).
 
Ini membolehkan Bank Bank “mencuci” akaun hutang semasa tak berbayar dan lapuk mereka supaya Akaun “Kunci Kira Kira” kelihatan “lebih cantik” dan menawan sebagai salah satu “Amalan Perakaunan Yang Baik” dan yang penting melindungi kepentingan pendeposit. Pada pendapat saya (pendapat saya lah)  dalam bahasa “professional”nya tidak lebih dari “window dressing” atau dalam bahasa Melayu “tukar langsir baru” atau apa apa yang bermaksud menyembunyikan sampah dan menutupnya dengan sesuatu yang menarik.  Apa taknya, buang rekod hutang lapuk dan “cipta” hutang baru dan hasil lambakan RIBA/Faedah akan menunjukkan “keuntungan” yang banyak dengan angka angka pinjaman yang semakin tinggi yang sebenarnya tidak lebih dari angka angka digital yang hanya boleh dicetak diatas kertas penyata atau dilihat di skrin komputer.
 
Bila hutang “kantoi” maka “keuntungan  digital” tersebut terpaksa ditarik balik apabila melepasi tunggakan 7 bulan dan “modal” digital pulak akan dikira dan dimasukkan sebagai “rugi” dan dijual semula kepada Agen Pengutip Hutang dan kalau dapat balik dikira pulak sebagai “write back” (maaf cakap melayu tak tahu) atau senang cerita “untung balik” dan kitaran ini akan berterusan. Ada faham ka apa saya cerita atau sudah pening?
 
Berikut adalah petikan kenyataan Bank Negara tentang hal ini:
 

Penjualan Pinjaman Tak Berbayar oleh bank-bank Malaysia

Kami merujuk kepada laporan berita baru-baru ini yang tidak tepat dan mengelirukan tentang penjualan pinjaman tak berbayar (NPL) oleh  institusi perbankan kepada pihak asing. Institusi perbankan boleh menjual NPL masing-masing sebagai sebahagian daripada amalan pengurusan risiko yang dilaksanakan oleh bank.  Penjualan NPL memberikan fleksibiliti kepada bank-bank untuk menguruskan portfolio pinjaman dengan berkesan dan cekap bagi memaksimumkan langkah pemulihan yang diambil dalam usaha melindungi kepentingan pendeposit. Sebarang tindakan pemulihan yang diambil perlu berlandaskan undang-undang. Institusi perbankan dibenarkan menjual NPL masing-masing kepada institusi bukan bank sekiranya penjualan NPL itu dibuat selaras dengan keperluan Garis panduan tentang Penjualan/Pembelian Pinjaman Tak Berbayar oleh Institusi Perbankan yang dikeluarkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989. Garis panduan menetapkan keperluan tertentu yang mesti dipenuhi oleh mana-mana institusi perbankan yang bercadang untuk menjual NPL:

  • Bank-bank hanya boleh menjual NPL kepada syarikat yang diperbadankan dalam negeri, yang saham majoriti syarikat tersebut dimiliki oleh pemegang saham tempatan kerana syarikat tersebut tertakluk kepada had ekuiti asing sebanyak 49%;
  • Bank-bank juga dikehendaki mengambil langkah yang perlu untuk memaklumkan penjualan NPL tersebut kepada peminjam;
  • Penjualan NPL yang dibuat adalah selaras dengan keperluan Garis panduan tidak bercanggah dengan BAFIA;
  • Penjualan NPL tidak memberikan kesan kepada apa-apa persetujuan penyusunan semula hutang.

Jumlah penjualan NPL yang dilaporkan di dalam berita adalah terlalu tinggi. Sejak tahun 2005, jumlah NPL yang dijual oleh bank-bank adalah kurang daripada RM3.0 bilion.

Bank Negara Malaysia 20 Jun 2012

 

KALAU DAH ADA LESEN BERNIAGA DAN DI”RESTUI” OLEH BANK NEGARA, SIAPAKAH YANG MENGAWAL SELIA AGEN AGEN KUTIP HUTANG INI DAN ADAKAH APA APA GARIS PANDUAN YANG PERLU MEREKA PATUHI?

 
Hmm… soalan cepumas. Kita sering terbaca di dalam akhbar akhbar tempatan, di blog blog dan di media sosial tentang tingkah laku Agen Kutip Hutang yang kerjanya menakut nakutkan peminjam dengan ugutan ugutan “tindakan undang undang”, “sita barang rumah”, “lelong rumah”, “beku akaun” dan “lawatan lawatan ke rumah atau pejabat” yang semakin menjadi jadi. Salah satu kes yang agak “melampau” atau “extreme” ialah kisah seorang lelaki berumur 45 tahun yang mati akibat sakit jantung setelah menerima 120 sms dalam masa sehari bagi hutang kad kredit yang berjumlah hanya RM7,000. Anda boleh baca selanjutnya disini.
 

Man dies after getting debt collectors’ 120 SMSes

 
Bagi mengawal selia tatacara dan perilaku Pengutip Pengutip Hutang ini, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan satu Garis Panduan atau Pekeliling pada  10hb September 2007 dan berkuatkuasa pada 28hb September 2007. Tajuk pekeliling ini ialah FAIR DEBT COLLECTION PRACTICES atau dalam bahasa Melayunya “AMALAN PENGUTIPAN HUTANG YANG BERHEMAH/ADIL”.
 
Anda semua mungkin masih ingat suatu ketika dahulu tentang aduan aduan yang telah diterima berkenaan dengan tingkahlaku Agen Agen Penarik Kereta yang tidak beretika. Dengan adanya kawalselia oleh KPDNKK dan garis panduan yang telah ditetapkan, keadaan dan situasi tarik kereta lebih terkawal berbanding dahulu. Mereka dikenali sebagai EPS (Ejen Perolehan Semula) dan diantara syarat syarat yang perlu mereka patuhi ialah:
 

  1. Mereka perlu mendaftar dengan KPDNKK untuk mendapatkan permit dan perlantikan sebagai EPS.
  2. Mereka akan disaring dan dipastikan tiada rekod jenayah sebelum diberi permit.
  3. Mereka juga perlu mematuhi tatacara penarikan semula kenderaan termasuk tempoh masa yang dibenarkan iaitu 9 pagi hingga 9 malam setiap hari, dan mereka tidak boleh menggunakan kekerasan dalam proses tersebut.
  4. Sekiranya kenderaan berada dalam kawasan garaj, mereka tidak boleh pecah masuk ke dalam kawasan rumah, kecuali dengan kebenaran mahkamah, dan jika mereka melakukan juga mereka boleh dilapor kepada polis.

 
Petikan dari berita:
 
Syarat baru bagi ejen tarik kereta ditetapkan – KPDNKK
 
Bagi Agen Pengutip Hutang, yang mengawal selia kegiatan mereka ialah Bank yang melantik mereka dan juga Bank Negara Malaysia dan sudah semestinya ada Garis Panduan yang dikeluarkan. Adakah garis penduan ini diberi juga kepada orang ramai? Saya rasa tidak sepenuhnya dan mungkin ada yang memberikan beberapa “sedutan” dari Garis Panduan ini (dibeberapa lapuran akhbar dan laman web) tetapi tidak secara keseluruhannya. Benda ini bukan dibawah kategori “rahsia” jadi saya telah mendapatkan versi omputeh dan menterjemahkannya untuk tontonan dan panduan anda semua.
 
Kita akan lihat setiap panduan satu persatu dan sebahagian daripadanya tidak perlu kepada ulasan kerana sudah terang dan jelas. Ulasan dan penerangan akan diberi kepada yang perlu sahaja.
 
Kita teruskan dengan mukasurat yang pertama:
 
Amalan_Kutipan_Hutang_Adil_Page_01
 

JADUAL KANDUNGAN…

 
Amalan_Kutipan_Hutang_Adil_Page_02
 
Bersambung ke Bahagian 2. Ini untuk memberikan ruang rehat “mata” dan fikiran kepada mereka yang tak suka baca panjang panjang. Malas nak “scroll” lama lama katanya… Kepada yang tak kisah baca panjang panjang berjela, saya mohon maaf, kena tunggu atas sebab menurut kehendak majoriti. Demokrasilah katakan… 🙂

 

Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

  1. Tuan, saya dihubungi oleh agen dan diberitahu bank officer akan datang dan ambil gambar untuk propose WSS dr mahkamah. Adakah kita masih punya masa untuk pergi bank negotiate dan seterusnya ke AKPK? Bila dia kata begini berapa lama agaknya WSS ni dapat, sebab saya kena urus anak2.

  2. Salam admin saya nak tanya misalan kita nak langsaikan kerugian atas jualan dr kereta yang kena tarik n kena lelong. Baki pinjaman tu klu nak settlekan boleh mintak diskaun ke dr bank n brp yang boleh.

    • Wa’alaikumussalam Bashariah

      Seperti yang pernah saya jawab sebelum ini, rundingan boleh dibuat bila bila masa dan itulah yang terbaik. Saya bagi contoh surat rayuan disini. Ubah secukup rasa:

       

      CONTOH SURAT CADANGAN PEMBAYARAN
      Tarikh
       
      Nama Peminjam
      Alamat
       
      Tuan Pengurus
       
      Nama Bank
      Alamat Bank
       
      U.P. Kalau tahu nama Pengurus atau Pegawai
       
      Tuan
       
      Per: No Akaun
      Nama Peminjam
       
      PERMOHONAN MEMBUAT CADANGAN PEMBAYARAN TUNGGAKAN HUTANG
       
      Perkara diatas adalah dirujuk.
       
      SITUASI 1
      Saya ingin membuat cadangan pembayaran bagi baki tunggakan hutang kereta selepas lelongan. Saya dengan ini merayu kepada pihak Tuan untuk memberikan jumlah penyelesaian penuh tanpa ada lagi kiraan faedah sebanyak RM________ termasuk kos guaman dan kos mahkamah jika ada.
      Saya sanggup membuat bayaran sebanyak RM……… (bergantung kepada Bank – biasanya 30 -50% dari jumlah keseluruhan) dan seterusnya bayaran bulanan sebanyak RM_______ (atau berapa yang mampu) sehingga penyelesaian penuh.
       
      SITUASI 2
       
      Saya telah menerima salinan Penghakiman bertarikh …….. bagi hutang berjumlah RM ………. beserta dengan kos mahkamah. Saya dengan ini merayu kepada pihak Tuan untuk memberikan jumlah penyelesaian penuh tanpa ada lagi kiraan faedah sebanyak RM________ termasuk kos guaman dan kos mahkamah.
       
      Saya sanggup membuat bayaran sebanyak RM……… (bergantung kepada Bank – biasanya 30 -50% dari jumlah keseluruhan) dan seterusnya bayaran bulanan sebanyak RM_______ (atau berapa yang mampu) sehingga penyelesaian penuh.
       
      Saya harap pihak Bank boleh mempertimbangkan permohonan saya kerana saya… (isikan apa apa alasan dan masalah masing masing)
       
      Yang benar
       
      ………………

      Buat appointment dan bawa surat ini. Mesti ada “perbezaan pendapat” tapi dengan berjumpa sendiri adalah lebih baik dan “personal”. Biasanya Bank akan kata “kita akan tunggu kelulusan Head Office” tapi dengan jumlah yang tak berapa banyak ni saya rasa boleh dapat persetujuan. Itu terpulang kepada peminjam dengan “kebijaksnaan rundingan” masing masing. Kalau nak buat cerita sedih jangan ter”over” sudahlah nanti orang menyampah pulak. Buat style “serious dan professional” pun boleh janji boleh dapat hentikan jumlah tu. Ingat pada masa ini Bank yang “berkuasa” kita hanyalah “perayu” jadi berfikirlah dengan waras dan rasional.

        • Assalamualaikum Bashariah

          Dalam persoalan “blacklist” ini, Bank Negara MEWAJIBKAN setiap Bank memberi lapuran bulanan bagi SEMUA peminjam dan status bayaran mereka tidak kira “bayar cantik” atau sebaliknya. Pengkalan Data ini dipanggil CCRIS (Central Credit Reference Information System) Ini membolehkan Bank Bank yang memproses pinjaman untuk melihat “kelakuan” bakal peminjam yang hendak membuat pinjaman. Tindakan undang undang juga akan dimasukkan jika ada. Setiap rekod akan dipaparkan bagi tempoh dua belas bulan yang terkini. Kalau ada tindakan undang undang, ia akan dikutip oleh CTOS satu syarikat yang mengumpulkan maklumat tentang tindakan undang undang yang telah dikenakan kepada individu. Kemasukan senarai peminjam PTPTN dalam CCRIS adalah untuk “menggalakkan” mereka membyar hutang PTPTN mereka kerana gagal mendapatkan pinjaman Bank. Baca post saya tentang Blacklist disini:

          https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/673132619511604/?type=3&theater

          • Kereta kena tarik sept 2015. Sy tak pasti ada tindakan undang2 atau belum sbb sy dh pindah rumah tapi sy ada updat alamat terkini dgn officer yang call. Mereka beberapa kali cuba berunding untuk pembayaran semula cuma mintak upfront payment 4k. Dan saya memang tiada 4k masa tu. Saya mohon untuk tak dikenakan upfront payment dan cuma start new aggreement untuk mulakan bayaran bulanan tapi merela tidak setuju. Saya pun tidak pasti yang saya bercakap itu pegawai bank atau agen kutip hutang.

          • Assalamualaikum Bashariah

            Kalau kereta dah tarik dan dilelong, perjanjian sudah tamat maka tiada “perjanjian baru” yang boleh dibuat. Cuma biasanya cadangan bayaran mesti ada “duit pendahuluan” diikuti dengan bayaran bulanan sehingga habis baki hutang. Tengok struktur surat yang saya bagi. Apa yang boleh buat ialah nego untuk “duit pendahuluan” yang lebih rendah atau boleh cuba negotiate melalui AKPK. Itupun atas budi bicara AKPK

          • Ooo ok faham en Ammar. Saya tanya untuk lebih jelas untuk tindakan selanjutnya. Betulkan balik kalau saya salah ye.

            1. Tulis srt cadangan untuk pembayaran balik semula
            2. Tiada blacklist sekiranya pemiutang membuat bayaran semula melalui rundingan
            3. Negotiate bayaran pendahuluan dengan officer yang handle.
            4. Sekiranya buntu ke AKPK

          • Assalamulaikum Bashariah

            1. Tulis srt cadangan untuk pembayaran balik semula
            2. Negotiate bayaran pendahuluan dengan officer yang handle.
            3. Sekiranya buntu ke AKPK
            4. Tiada blacklist sekiranya pemiutang membuat bayaran semula melalui rundingan (seperti yang saya katakan sebelum ini, maklumat masih ada tapi dengan nota “reschedule” atau “proposal” atau yang seangkatan dengannya)

  3. Pingback: MENJAWAB “SERGAHAN” DARI AGEN KUTIP HUTANG | Cerita Hutang: Bank dan Anda

  4. Assalamualaikum. saya sekarang berada padah tahap kritikal dalam kes ni di mana keberhutangan saya agak melampau dan setiap bulan sentiasa di kejar oleh debt collector,. Saya nak bertanya jika saya sendiri membankrupkan diri sendiri dan bagaimana caranya.
    Soalan kedua, jika saya bankrupkan diri sendiri, masihkah pihak bank atau mana2 pihak akan ke rumah ibu bapa saya dan menyita barang dalam barg mereka (saya belum beli rumah)? mohon penjelasan tuan. terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam Tuan Rizal

      Adakah status tindakan undang undang yang telah dikenakan terhadap Tuan setakat ini? Kalau setakat Debt Collector saya rasa belum tahap kritikal lagi walaupun kritikal dari segi ketenteraman jiwa. Sila baca disini tentang cara menangani Agen Kutip Hutang dan TEMBERANG TEMBERANG yang digunakan:

      https://www.ceritahutangbankdananda.com/2015/10/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

      https://www.ceritahutangbankdananda.com/2017/01/himpunan-temberang-temberang-agen-kutip-hutang-2015-dan-2016/

      Kalau rasa Tuan perlu kepada status keBankrapan, baik biarkan saja Bank yang memulakan proses tersebut kerana “net effect” dari proses itu sama sahaja. Kalau nak memBankrapkan diri sendiri boleh saja tetapi kena keluar belanja dan perlu kepada penyediaan dokumen dokumen yang berkaitan.

      Dari laman web Jabatan Insolvensi:

      “Petisyen Penghutang.
      Suatu Petisyen Penghutang merupakan satu tindakan kebankrapan. Petisyen Penghutang ini difailkan atau dikemukakan oleh penghutang itu sendiri yang menjadikan dirinya seorang bankrap bagi melindungi dirinya dari tuntutan pemiutang yang berlebihan. Berlainan dengan Petisyen Pemiutang, tiada sebarang had atau jumlah hutang yang disyaratkan sebelum memfailkan Petisyen Penghutang. Selepas mengemukakan Petisyen Penghutang, ianya tidak boleh ditarik balik kecuali dengan kebenaran mahkamah.

      Petisyen ini (Borang 3, Kaedah-Kaedah Kebankrapan 1969) hendaklah difailkan di Mahkamah di mana penghutang tersebut tinggal. Sebelum Petisyen tersebut difailkan, penghutang mestilah mendepositkan sejumlah RM1,500.00 kepada KPI bagi tujuan menampung segala perbelanjaan sepanjang pentadbiran kes oleh KPI. Mahkamah hanya akan membenarkan Petisyen tersebut difailkan setelah resit pembayaran deposit yang dikeluarkan oleh KPI dikemukakan. Satu salinan Petisyen Penghutang yang dimeterai kemudian akan dihantar kepada KPI sama ada melalui pos atau sebaliknya. Semasa perbicaraan Petisyen Penghutang, Mahkamah akan membuat satu Perintah Penerimaan serta satu Perintah Penghukuman. Walau bagaimanapun, jika penghutang tidak hadir ke perbicaraan tersebut, Petisyen tersebut boleh dibatalkan.

      Perlu diingatkan bahawa kebankrapan adalah satu perkara serius dan seharusnya dijadikan sebagai jalan terakhir. Ini kerana terdapat banyak sekatan yang dikenakan ke atas bankrap seperti sekatan keluar negara, memegang jawatan sebagai pengarah syarikat atau menjalankan perniagaan dan keperluan untuk menyumbang ke dalam estet kebankrapan tanpa gagal untuk faedah pemiutang-pemiutang. Bankrap juga perlu menyerahkan segala hartanya termasuk rumah dan kenderaan. Di samping itu, tiada pelepasan automatik dipraktiskan di negara ini. Bankrap hanya boleh dilepaskan dari kebankrapan oleh Mahkamah atau KPI tetapi ianya tertakluk kepada sebarang bantahan daripada pihak pemiutang.”

      http://www.insolvensi.gov.my/ms/about-us/core-business/core-business/personal-bankruptcy

      Saya kongsikan disini proses tindakan undang undang dan seterusnya proses keBankrapan:

      Prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi. Jika pindaan Akta Bankrapsi kepada Akta Insolvensi diluluskan, had ini dinaikan kepada RM50K

      Secara ringkasnya proses Kebankrapan adalah seperti berikut:

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (seperti diatas)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan. Proses penyerahan adalah sama dengan proses Notis KeBankrapan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

      Setelah Bankrap

      Seorang Bankrap perlu melapurkan diri ke Jabatan Insolvensi terdekat. Selepas melapur diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan mengisi borang borang yang diperlukan, Cik/Tuan/Puan boleh memohon untuk pelepasan semua akaun yang telah dibekukan, pengeluaran dan penutupan akaun dan memilih akaun mana yang hendak dikekalkan. Biasanya kita akan kekalkan akaun yang digunakan untuk kemasukan gaji. InsyaALLAH kebenaran akan diberi berdasarkan perbincangan dengan Pegawai Insolvensi. Berapa lama saya tidak boleh memberi kepastian cuma apabila melapur diri bawalah bukti bukti pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap supaya boleh dipastikan berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan kepada Jabatan Insolvensi.

      Untuk seseorang Bankrap melapurkan kepada JIM, lebih banyak maklumat peribadi akan ditanya berbanding dengan pinjaman biasa. Ini adalah kerana perbelanjaan anak anak (tempat tinggal, sara hidup,pembelajaran, bas sekolah jika ada) boleh dimasukkan kedalam Kos Sara Hidup seorang Bankrap. Sebahagian kecil perbelanjaan untuk ibu bapa yang telah uzur juga dibenarkan. Jika seorang Bankrap melapurkan diri kepada JIM dan membuat bayaran bulanan, beliau mungkin boleh mendapat kebenaran untuk menggunakan Kad Kredit (had RM1000) dan juga boleh memiliki kereta (mungkin kereta lama) dengan nilai tidak melebihi RM5K untuk kegunaan keluarga. Tapi harus diingat,kenalah mendapat kebenaran JIM.

      Jadi, lebih ramai anak dan tanggungan , jumlah yang Cik/Tuan/Puan perlu bayar kepada JIM akan berkurangan. Kadang kadang Cik/Tuan/Puan mungkin hanya diminta membayar RM50 sebulan. Jauh lebih murah dari ansuran bulanan pinjaman peribadi Cik/Tuan/Puan, kan?

      Dalam perkara memindahkan hakmilik rumah atas nama bersama, ia tidak dibenarkan dalam Akta Kebankrapan dan segala pemindahan dalam masa 2 tahun sebelum dari tarikh Bankrap akan terbatal. Lagipun jumlah nilai rumah dengan hutang Bank mungkin tidak mencukupi untuk “cover” hutang keseluruhan. Budi bicara Pegawai Insolvensi amat diperlukan pada ketika melapurkan diri supaya tidak melelong rumah tersebut lagipun atas nama bersama. Bagi Bank Bank yang lain, mereka hanya perlu menfailkan “Proof of Debt” iaitu bukti keberhutangan siBankrap kepada JIM dan jumlah ini akan dikumpulkan sebagai jumlah yang terhutang.

      Bagi si Bankrap:

      (a) Masih boleh bekerja seperti biasa atau berniaga asalkan tidak mendaftar sebagai pengarah, rakan kongsi atau pemilik tunggal. (ramai yang berniaga “online” atau berniaga atas “proxy” atau nama orang lain.

      (b) Masih boleh mempunyai akaun Bank (satu sahaja). Pihak Jabatan Insolvensi akan mengeluarkan surat kebenaran untuk mebuka akaun dengan mana mana Bank atau memberi arahan untuk membuka semula akaun yang telah dibekukan akibat Banrupsi.

      (c) Tidak boleh keluar negara tanpa kebenaran Jabatan Insolvensi.

      (d) Boleh memiliki kereta yang bernilai RM5,000 kebawah

      (e) Boleh menggunakan Kad Kredit dengan had RM1,000 (ada ke Bank nak bagi Kad Kredit, ada kut sebab ada peruntukan mengenainya)

      (e) Yang utama sekali, Tuan/Puan tidak lagi akan diganggu oleh Bank atau Agensi Pengutip Hutang.

  5. Salam admin..boleh tolong jelas kan kat sy..sy ada 4 credit card..satu dah settle ..ada tiga lagi..setiap 1 card rm15k..la ni salah satu bank tu dok ugut nak sita brg rumah mak sy.. rumah tu nama bersama..nama sy nama pertama..nama mak sy nama kedua..dan mak sy yg bayar rumah tu..adakah depa boleh sita brg2 dan rumah mak sy klu sy tak mampu bayar..mcm depa mintak tu..mintak byk sekali gus..mana mampu nak ikut rentak depa ..tolong terang kat sy admin

  6. Salam… Selamat tahun baru..
    Ermm… Sedey.. 2015-2017.. Masa2 keperitan kesempitan n kesemputan.. Klu di ikutkn saya jenis pay on time.. Jenis hutang mesti bayar… But dugaan demi dugaan melanda sy dan keluarga… Dari gaji mampu.. Now gaji x mampu.. Dari ada kereta hingga tiada kereta… But Alhamdulillah kesihatan masih baik… Hutang… Ya sy baru selesai kn hutang rumah dbkl… 4ribu lebih.. But share2 ngn adik dan abg… Baru nk tarik nafas lega.. Penghujung 2016.. Hingga skrg.. Saya dihubungi pula pihak agen utk sita barang2 rumah… Hutang motor.. Saya nk bayar x mampu.. Ansuran pn mmg sy dh stop bayar kerana gaji saya abis tuk pay monthly yg sedia ada… Setahun lebih sy abaikn ansuran motor.. Now dlm 7k saya kena bayar atau ansuran rm350.. But gaji saya dh x mampu nk bayar.. Melainkan 2018 saja blh.. Sbb ada hutang yg dh abis.. Sy blh continue motor.. Sy igt nk abaikan hingga saya mampu bru bayar semula… But risau plak.. Die kata nk sita.. Rumah abg plak die nk sita… Sy dh byk abiskn duit byar mcm2 hutang.. (hutang family).. Hingga hutang sy pula sshkn sy skrg… Apa yg sy blh buat?

  7. Salam.. Saya nak tanya adakah aeon boleh keluarkan waran tangkap jika tidak datang masa pembicaraan di mahkamah? Pihak aeon suruh hubungi peguam yg handle kes ni dan minta saya bayar RM8000 lebih sekaligus dalam masa 3hari.. Mcm mana ye?

  8. kau ni menutup periuk nasi org je bro org yg buat keje halal hanya kutip hutang tu xsalah ape2,yg salah tu penghasut dan ajaran sesat mcam lu ni bro (hutang wajib dibayar sebelum tinggalkan muka bumi) lu simpan la tips2 ajaran sesat lu bro…chill 😈😈😈

    • Assalamualaikum Zalila / Nadia

      Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih atas maklumbalas Cik/Puan/Saudari. Saya rasa Cik/Puan/Saudari masih baru dalam bidang kutip mengutip hutang ini dan saya perlu menjelaskan beberapa perkara yang telah dibangkitkan dalam “luahan perasaan” Cik/Puan/Saudari.

      Sila baca dulu “disclaimer” yang saya katakan dalam salah satu Blog post saya di https://www.ceritahutangbankdananda.com/2015/10/pendedahan-eksklusif-bahagian-1-cerita-agen-pengutip-hutang-debt-collection-agency/ yang berbunyi begini:

      “Pertama sekali saya ingin menegaskan bahawa saya bukan anti Agen Pengutip Hutang secara total atau mutlak tetapi saya tidak bersetuju dengan cara yang digunakan oleh kebanyakan mereka yang agak keterlaluan iaitu mengada adakan cerita yang tidak benar atau mengugut dengan “tindakan undang undang” yang mereka sendiri tidak boleh lakukan. Kita faham bahawa kadang kadang hanya dengan cara ini Penghutang akan “tersedar dari tidur” tetapi pada saya matlamat tidak menghalalkan cara.

      Meminta hutang dengan cara yang profesional juga berkesan kerana apabila “batu bertemu atau berlaga dengan batu” akan terjadi “spark” atau percikan api. Sama sama panas maka akan berlaku kebakaran. Paksaan boleh mendatangkan kesan atau perolehan yang negatif lebih lebih lagi untuk hutang lapuk. Mungkin ada yang pernah mendengar cerita bahawa angin tidak berupaya “memaksa” seseorang membuka bajunya tetapi matahari boleh dengan “memanaskan”nya secara perlahan lahan.

      Oleh itu pendedahan ini perlu supaya Agen Kutip Hutang boleh beroperasi dengan lebih berhemah dan profesional dan tidak sewenang wenangnya menakut nakutkan orang dengan ugutan ugutan yang kosong dan menghentikan penyamaran sebagai “peguam”, “pegawai mahkamah” dan juga “pegawai bank” yang menyalahi undang undang dan Garis Panduan AMALAN KUTIPAN HUTANG YANG ADIL/BERHEMAH yang telah dikeluarkan oleh Bank Negara. Ada juga dikalangan mereka tidak tahu mereka melakukan kesalahan kerana menyangkakan ia hanyalah “gurauan manja” semata mata asalkan “berkesan” dan ia adalah sebahagian daripada rutin harian perkerjaan mereka yang telah diajarkan kepada mereka.”

      Ada juga beranggapan tindakan mereka betul walaupun gempaq dan “bohong sunat” sebab peminjam begini memang patut dilayan sebegitu rupa. Saya akui ada yang memang hobinya berhutang dan tidak sedar bahawa sebenarnya mereka tidak mampu membayar tetapi panduan dan guideline sudah ada. Menyamar sebagai Loyar, Pegawai Mahkamah atau Polis atau penjawat awam adalah menyalahi undang undang dan boleh didakwa di Mahkamah.

      Antara perkara yang dibangkitkan oleh Cik/Puan/Saudari adalah:
       

      1) Tutup periuk nasi para Agen Kutip Hutang

      2) Kerja halal kutip hutang tak salah apa apa

      3) Saya penghasut dan mengajar “ajaran sesat”

      4) Hutang wajib dibayar sebelum tinggalkan muka bumi

      Mari kita lihat satu persatu perkara perkara yang telah dibangkitkan diatas:
       
      TUTUP PERIUK NASI AGEN KUTIP HUTANG

      Actually Agen tidak beretika ni yang tutup periuk nasi Agen yang professional. Tak perlu maki hamun orang dan berbahasa kasar nak kutip hutang ni walaupun kita kena marah atau kena maki. Itu sebahagian dari lumrah pekerjaan atau “job hazard”. Kalau tak tahan boleh cari kerja lain. Pengalaman saya kutip hutang semasa di Bank dulu tak perlu pun buat macam tu. Sampai masa bila ada tindakan undang undang atau bila dah “sangkut” seperti kena WSS, Bankrapsi atau tak boleh buat pinjaman baru datang nak buat cadangan pembayaran. Tapi sudah semestilah sebab Bank ada “power” untuk melaksanakan tindakan undang undang. Argue dengan customer yang marah marah tu biasa tapi biasanya tak balas balik sebab menjaga nama baik Bank. Berbeza dengan Agen Kutip Hutang tiada “power” untuk melaksanakan tindakan undang undang WALAUPUN kalau ada kuasa untuk melakukanya (beli dari Bank hutang dengan segala hak untuk Saman) tetapi atas faktor kos tidak berbaloi untuk keluar belanja atas benda yang belum tentu dapat. Jumlah penghutang adalah SANGAT RAMAI jadi kalau tak dapat banyak lagi peminjam lain. Beratus ribu malah berjuta lagi ada. Hutang isirumah semakin meningkat dan yang terbaru sudah melebihi RM1 TRILLION dan yang kantoi tak bayar kalau 10% pun dah RM100 BILLION. So no worry, “base” masih besar. Base besar macam ni bukan “periuk nasi” lagi tapi kawah gunung berapi. Again, don’t worry lah. Ramai lagi yang buta undang undang.

       
      KERJA HALAL KUTIP HUTANG TAK SALAH APA APA

      Kerja “halal” ni saya tak mahu komen kena rujuk pada pakar pakar yang berkenaan. Hutang tu sendiri pun status “halal”nya menjadi persoalan dari segi RIBA yang dikenakan tak kira yang “islamik” atau sebaliknya kerana “DNA”nya adalah sama iaitu duit kertas dan digital dan konsep “time value of money”. Cuma “TAK SALAH APA APA” tu yang saya nak komen. Saya tak pasti setakat mana pengalaman Cik/Puan/Saudari dan berapa lama dah buat kerja ni tapi adakah Cik/Puan/Saudari pernah melakukan apa apa perbuatan yang telah saya dedahkan sebagai TEMBERANG dalam blog dan Page saya? Jika ya maka saya rasa Cik/Puan/Saudari telah tidak mendapat latihan atau training yang betul tentang prosedur undang undang yang sebenar dan menjangkakan ia adalah prosedur yang sebenar kerana ia “berkesan” dalam kebanyakan kes. Belajarlah tentang prosedur undang undang yang sebenar bimbang kena “basuh” dengan orang yang tahu prosedur sebenar.

       
      SAYA PENGHASUT DAN MENGAJAR AJARAN SESAT

      Ini tuduhan yang paling kelakar bagi saya. Membetulkan fakta sebenar dan mendedahkan TEMBERANG dikatakan menghasut dan mengajar ajaran sesat? Seperti point no (3) diatas, mungkin Cik/Puan menyangkakan apa yang dibuat atau yang diajar selama ini adalah benar atau Cik/Puan/Saudari berada dalam “situasi penafian” atau “state of denial” dan tidak boleh menerima kenyataan. Itulah hakikat sebenarnya. Memang itulah cabaran menjadi pengutip hutang yang sepatutnya tahu bahawa “kuasa” untuk “menghukum” peminjam adalah terbatas dan yang hanya boleh buat ialah mengganggu emosi peminjam dengan ugutan ugutan yang Agen sendiri tahu dia tak boleh buat. Rujuk kepada posting dalam page saya tentang “Power” Agen Kutip Hutang dengan “Power” Bank disini:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/743606322464233/?type=3&theater

      Terlampau banyak kes kes Agen memberikan fakta yang mengelirukan untuk menakut nakutkan peminjam sampai boleh buat kompilasi seperti yang telah saya kumpulkan. Adakah semua ini bukan “Ajaran Sesat”?

       
      HUTANG WAJIB DIBAYAR SEBELUM TINGGALKAN DUNIA

      Kenyataan ini adalah benar dan tidak dinafikan. Akan tetapi hutang yang mana satu? Hutang asal atau RIBA yang menimbun nimbun? Biasanya ada yang mengatakan bahawa dalam perjanjian dah “termaktub” ada faedah dan denda yang telah dipersetujui dan peminjam harus mematuhi undang undang. Betul jugak tu tapi SEMUA perjanjian dalam Malaysia ini pasti akan menyatakan bahawa perjanjian tertakluk dibawah UNDANG UNDANG MALAYSIA dan kalau ikut undang undang ada peruntukan yang menghadkan kiraan faedah dan masa yang menasabah untuk membuat kutipan.

      Ramai yang menggunakan pendekatan ugama seperti ini tetapi mestilah juga mengambilkira bahawa yang anda kutip tu sebahagian besar daripanya adalah RIBA. Ada Agen yang “beli hutang” daripada Bank yang Bank dah klasifikasikan sebagai “rugi”. Agen ambik “modal” beli hutang contohnya RM1,500 dengan faedah “alam maya” sebanyak RM50,000 dan pura pura “jadi baik” offer diskaun gila gila sampai RM40,000 dan dapat bayaran RM10,000++. Kutip hutang ke kutip RIBA dan menipu untuk mendapatkannya? Sila kaji balik “modus operandi” begini “patuh syariah” ke tidak sebelum menggunakan “modal agama”. Saya tak tahu sebab bukan ostad dan tak layak menjatuhkan hukum. Tapi dari segi moralnya memang ada yang tidak kena. Contoh selanjutnya diberikan dibawah:

      Kita ambik contoh Kad Kredit seperti post saya disini:
       
      https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/741533166004882/?type=3&theater

      Ini kandungannya:
       
      MASALAH KAD KREDIT. HUTANG DAH LEBIH ENAM TAHUN NAK KUTIP LAGI? BOLEH KA MACAM TU? HUTANG WAJIB DIBAYAR, TAPI JUMLAH YANG MANA SATU?

      Hari ini kita kongsikan salah satu jawapan berkenaan hutang Kad Kredit yang “dah basi” iaitu tunggakan dah melebihi 6 tahun tapi Bank masih nak kutip lagi yang sepatutnya mereka boleh ambil tindakan undang undang, dapatkan Penghakiman dan boleh “extend” hak mereka untuk kutip hutang selama 12 tahun lagi. Tapi sengaja membiarkan faedah menimbun nimbun baru nak failkan saman walaupun sebenarnya tindakan mereka boleh dilawan dengan Akta Had Masa.

      Oleh kerana peminjam buta undang undang, ramai yang kena Bankrap atas hutang yang asalnya hanya RM3000. Ya, hutang wajib dibayar dan kita perlu patuh kepada peruntukan undang undang, tapi peruntukkan undang undang juga melindungi peminjam dari membayar faedah yang tidak sepatutnya dikenakan dan Bank juga dari segi undang undang telah melepaskan “haknya” untuk membuat tuntutan, maka peminjam juga berhak untuk membayar hutang asal dan sedikit bayaran “denda” yang menasabah dan juga kos kos yang dibelanjakan.

      Bank tidak boleh buat perangai “keras kepala” nak mintak tunggakan faedah yang mereka tidak perlu buat apa apa untuk mendapatkannya. Bukankah itu lebih adil jika Bank lebih bertolak ansur dan boleh tutup akaun atas “kerugian sebenar” yang dilapurkan ke Bank Negara dan buku akaun mereka?

      Dalam “kerugian” yang dilapurkan, faedah/interest/RIBA tidak dimasukkan, kalau masuk sudah tentu Bank akan “rugi” berbillion billion setiap tahun. Berbalik kepada persoalan “hutang yang wajib dibayar”, jumlah yang mana nak dibayar? Bila peminjam nak bayar jumlah sebenar yang dipinjam tambah sedikit denda dan kos, ada Bank yang berkeras tak mahu terima. Camano tu?

       
      Last sekali, tentang ungkapan ini:

      “lu simpan la tips2 ajaran sesat lu bro…chill ??????”

      Mintak maaf banyak banyak. Saya dah tak boleh “simpan” dah. Benda dah online. Saya tak boleh nak biarkan perkara ini yang mana Agen Agen baru diajar “ajaran yang betul betul sesat”. Bukan sikit tapi banyak dengan pelbagai variasi sampai boleh kumpul buat carta TEMBERANG “Bullshit Trophy” bagi 2 tahun berturut turut. Cik/Puan boleh tengok kat sini:

      https://www.ceritahutangbankdananda.com/2017/01/himpunan-temberang-temberang-agen-kutip-hutang-2015-dan-2016/

      CONTOH CONTOH TEMBERANG YANG LAIN:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/765827690242096/?type=3&theater

      https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/774875749337290/?type=3&theater

      Kita ambil satu lagi pepatah iaitu pepatah Melayu “Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga” tetapi dalam konteks Agen Kutip Hutang bukan lagi “Nila Setitik” tapi ‘Nila Enam Tujuh Tong”…

      Saya rasa respon pada ungkapan diatas ialah “STAY CALM – lu buangla segala TEMBERANG ajaran sesat tu sis..”. Walau apapun, tak perlu bimbang, ramai lagi yang tak tahu TEMBERANG TEMBERANG Agen yang tidak beretika macam ni. Satu lagi, jumlah hutang yang tertunggak termasuk faedah berjumlah berbillion Ringgit dengan jumlah peminjam yang sangat ramai jadi masih ramai yang tidak tahu prosedur undang undang yang sebenar dan berapa ramai sangatlah yang membaca Page FB dan Blog saya. Setakat ni cuma 100,000 lebih aje. Cuma satu sahaja yang perlu diingat, cara ini tidak selalunya berkesan kerana ada satu ungkapan omputeh yang berbunyi (Lincoln?), “You can fool all the people some of the time, and some of the people all the time, but you cannot fool all the people all the time” yang lebih kurang bermaksud “Anda boleh TEMBERANG semua orang dalam sesetengah masa, sesetengah orang pada setiap masa tetapi tak boleh TEMBERANG semua orang pada setiap masa”. Bila SEMUA orang tahu TEMBERANG ni saya rasa Cik/Puan/Saudari kena cari kerjaya yang lain.

  9. Hi.. Saya ada loan peribadi yang telah lama ( kira da masuk 10 tahun ) . Masa tu bukan tak nk byr. Tpi keadaan ekonomi yg xstabil. Fyi sy hnya loan rm5k .. ( dpt roughly rm4300 like dat. Den suddenly bnk itu diiktihar bankrup ( southern bnk ) den lpas tu sy silent shja. Den tiba2 start tahun ni agency collection debt cari.. Katanya ada hutang almost rm27k.. Hmm kayanya under CIMB Bnk.. Hmm mcmna tu ? Hutang rm4k naik pegi rm27k now under bank lain pula.. Dah call.. Pastu siap hntar surat lagi.. Agaknya apa patut sy buat now.. Sy xnk deal dengan agent pungut hutNg tu. Tkut tertipu.. Sy perlu ke bnk CIMB tu terud or cmn?? Nk sy nyr rm27k now mmg xmmpu.. Sbb dulu sy hnya buat loan rm5k je. Dpt pun hnya rm4300… Sy ada cek dkt bnk negara.. Tpi dah cek xda pula statement tulis yg sy ada hutang dgn bnk ni…mohom pandangan tuan.. Pls.. Sekiranya sy pg bnk itu adakah any way phak bnk itu bg kelonggaran or bg discount ? Tq..

    • Hi Km1314

      Fahami tindakan undang undang yang sebenar. Berikut adalah prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman seperti yang telah senaraikan dalam blog.

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Kalau takde tindakan undang undang, Bank hanya “mencuba nasib” untuk kutip hutang melalui Agen. Jangan bimbang sangat ugutan Agen, TEMBERANG aje. tengok kat sini
      https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=564105717080962&substory_index=0&id=323566051134931

      Kalau nak negotiate, gunakan khidmat AKPK supaya dapat diskaun yang munasabah berbanding kalau deal sorang sorang.

      • Hello bro akpk ..kamu bagus niat bagus tapi jangan jadi penghasut untuk jatuhkan maruah mereka sebagai penghutang.supaya meraka susah pergi ke tanah suci..otak mana2 otak lutut punya olang hehehe..maaf bro gurau..chill.

        • Tuan “Nik Mat”

          Tuan tujukan komen kepada AKPK ke kepada saya? Saya TIDAK BEKERJA dengan AKPK, TIADA HUBUNGAN dengan AKPK lansung. Saya cuma mengesyorkan kalau dah tiada arah lagi (selain Ah Long) maka boleh meminta pertolongan dari AKPK untuk menguruskan hutang. Tapi itu Agen tak suka sebab tak boleh kejar hutang peminjam yang masuk program AKPK. Tuduhan menghasut tu agak serius dan mungkin Tuan boleh majukan kepada AKPK sendiri.

    • KOMEN DARI SEORANG AGEN KUTIP HUTANG. TO BE FAIR KITA SIARKAN KOMEN BELIAU. TAPI BAHASA MACAM GOOGLE TRANSLATE.. ANDA NILAIKAN SENDIRI

      Hello sahabat..i seorang kawan untuk you.sebagai penasihat you juga.wow!! Best tak?. Okay ringkaskan sahaja okay..tajuk cerita ni bagi i lah ada segelitir egen sahaja buat cara mcm along tu#lantaklubro..bukan semua agency laku cerita mcm tu bro sis ..hutang mesti bayar sayang ..kita sudah makan.kita pakai kita tingal kita minom. Cara sederhana lah! Yang dah berhenti kerja tu! . Dah pinjam dah seronok ronok!!! Sampai mula lah kan melayu kita(melayu kan mudah )lupa!!bila bank dah hantarkan fail hutang kat egency. bank kata apa tau!.bukan i yang cakap tau.kalau nak bincang pasal bayaran sila berjumpa egen baby meow kamu kami dah serahkan kuasa untuk agency meow untuk kamu megadu manja hehe kamu berbincang lah nak!! Jgn nak tahu complain je kat bank. Mcm agency .30006.zuri&rock .O.C
      Haha gurau je.bank akan serahkan fail ke agency untuk membaik pulih fail bagi mcm alamat tetap di daftarkan tu betul ke atau dah jual ke atau dah duduk tempat mewah dgn duit rakyat .perah otak bro nak jadi spy tau.007.untuk cari pewaris.bab pewaris nanti i cerita ok!. Dan memberitahu masalah ( persalah) kepada ahli keluarga.tapi ingat! Kami tidak akan memberitahu(jumlah) atau suruh pewaris bayar! Dayuss sahabat 2 tuan2 puan2.sedih hati mereka dgn anda tiada kaitan dengan sesiapa yang meninggal atau sehat tulang 4 kerat lagi goyang cheers huhu..kami di tugaskan untuk memberi tahu kepada penghutang yang tuntutan bayaran dah di keluarkan.jika ingin buat pembayaran semula minta sediakan duit daftar saman yang bank. Dan minta berhubung dengan pihak peguam yang di bayar untuk failkan kes..ahh sampai je part tu je agency i punya skop kerja.dan pihak kami dan pihak peguam akan sentiasa berkerja sama. Untuk membantu anda bagaimana cara nak selesaikan masalah ketakotan yang anda!
      #tapiingatjanganbuattidakdengarphoneberbunyitau..jangancakapabangtakpayungok hehehe..pasal pewaris td..sama juga dengan penjamin tau…tu lah gatal2 sangat nak tunjuk aku lah sahabat baik kamu .haha penjamin pon ada part dia okay.chill lah bro sis..sahabat lu susah tu..lahh apa lah sangatkan ..sama2 naik kan..ehsann sikit bro..nak keluar nama dari blacklist bank 80% je sahabat dunia akhirat..nanti dah boleh buat pinjaman semula. hehehe… i rasa part tu kott..pandai2 lah fikir dah terlajak masih boleh datang balik bro..kat dunia ni kita pinjam menumpang je bro..kat sana nanti ingat sama2 lah kita iye…tq kepada yang membaca ini okay..jika nk berkawan boleh je..masih bujang 0112702244.satu no teka lah k..atau pon add wechat i .id nikmat89 ista matcina huhuhu assalammualaikum.

      • Tuan “Nik Mat”

        Kita hargai Agen Kutip Hutang yang beretika dan mengikut prosedur yang betul. Hutang memang kena bayar tapi ada beberapa perkara seperti kutipan hutang sudah luput had masa (dan faedah yang tidak sepatutnya dikira sebagai contoh), tindakan undang undang yang seperti WSS yang mensasarkan rumah orang lain, Garnisi akaun gaji dan lain lain tindakan tidak beretika akan tetap dipaparkan disini supaya peminjam tidak teraniaya WALAUPUN memang betul mereka berhutang. Perkara ini sudah dijelaskan lebih awal lagi di Blog dan pernah disebut dalam Page FB Ceritahutang. Kalau nak baca boleh pergi kesini:

        http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2013/11/01/pengenalan-blog/

  10. Saya ada loan dgn bank Rakyat yg lama sangat saya x bayar..bukan sengaja tapi masaalah ekonomi yg teruk..saya ada call bank tapi x sure bank atau Agen..saya Tanya untuk bayar ansuran..tapi mintak saya bayar 6000 hari tu jugak..x ada tolak ansur langsung..disebapkan itu saya silent mood.tapi saya ada Benjamin …sekarang penjamin saya yg kelam kabut kena ugut dgn Agen ni..nak sita barang rumah lah …saya tak tau mcmana nak buat dah..adalah peluang untuk saya selesai kan pinjaman secara ansuran…saya x mampu untuk bayar semua sekali Gus..minta bantuan…mcmana nak selesai kan ..

  11. Sekiranya dalam personal loan ada maklumat untuk Emergency contact person(bukan penjamin), adakah akan menerima apa2 tindakan blacklist atau undang2 keatas penama emergency contact person ini sekiranya penama loan gagal dalam pembayaran balik? Untuk easy rhb loan.

    • Assalamualaikum Tuan Taufik

      “Emergency Contact” berfungsi seperti namanya iaitu “talian hayat” penghubung jika orang yang hendak dihubungi tidak dapat dikesan. Biasanya untuk borang anak masuk sekolah atau Universiti atau borang mintak kerja. Kalau dalam borang pinjaman biasanya dipanggil “reference” dan inilah “bala”nya sebab kadang kadang kita tak tahu pun nama kita digunakan sebagai emergency contact.

      Bank atau pengutip hutang akan mengganggu kita untuk maklumat terkini peminjam walaupun kita TIDAK AKAN diblacklist atau disaman kerana kita bukan sebagai penjamin dan tidak menandatangani apa apa borang. Jangan bubuh sebagai penjamin sudahlah.

  12. Nak Tanya macam mana pula dengan hutang Koperasi, anyone know how ? if we don’t pay full amount but if we pay half of the amount, is it possible, because the debt collectors always ask for full amount.

    • Assalamualaikum Akak

      Hutang dengan Koperasi adalah sama dengan mana mana hutang Bank kerana ada perjanjian yang bertulis. Masih menggunakan undang undang sivil yang biasa. Berkenaan dengan bayaran, perlu berbincang dengan pihak Koperasi tenatng apa apa diskaun yang hendak diminta. Sudah semestinyalah Agen Pengutip Hutang mahupun bayaran penuh, (Bank dan Koperasi juga begitu) kerana bagi Agen, komisen kutipan adalah pendapatan mereka.

  13. I have experienced this very unethical debt collectors, memeras ugus, they actually do not have a plan how we could settle our debts, they just call to get the sum of money but they don’t ask or offer for any kind of instalment ..

    • Bagaimana dengan pinjaman pelajaran.

      Di sertakan Situasi seorang, A:
      A ada membuat pinjaman pelajaran tahun 2000 dengan amaun sebanyak RM 24,000.00 dengan agensi M dan masih berbaki RM 18,000.00.
      Sehingga kini hutang tersebut masih belum dapat dilangsaikan di sebabkan pendapatan yang hanya untuk keperluan harian, Walaubagaimanapun Si A ini masih membayar installment tersebut dengan kadar kemampuan beliau setiap bulan tak pernah “skip bulan”. Baru baru ini agensi pengutip hutang ada menelefon beliau meminta untuk membuat pembayaran dengan segera sebanyak RM 6500.00. Jika bayaran tidak dibuat, agensi tersebut memaklumkan bahawa penjamin Si A ni akan di senaraihitam dan tidak boleh ke luar negara. Hendak di jadikan cerita, kebetulan abang Si A ni sebagai penjamin hendak pergi menunaikan umrah pada bulan hadapan. Jadi beliau “terpaksa” membuat loan bank untuk melunaskan RM 6500.00 tersebut untuk release abang Si A ni.
      Persoalan saya adalah, adakah wajar tindakan agensi M berbuat demikian walaupun Si A Membayar ansuran bulanan yang tetap. Perlukah agensi yang di lantik mengutip hutang tersebut membuat ancaman / ugutan sebegitu rupa.

      Mohon penjelasan

      • Wa’alaikumussalam Tuan Aidid

        Berkenaan dengan pinjaman pelajaran, ia sudah semestinya tertakluk kepada perjanjian yang telah ditandatangani. Saya hanya boleh menjawab secara umum kerana saya tidak tahu kandungan kandungan klausa dan peruntukan tertentu yang terdapat didalam perjanjian tersebut.

        Sepatutnya sipenjamin hanya perlu menyemak dahulu dengan Jabatan Imigeren samada beliau tiada halangan untuk keluar negara. Agen Pengutip Hutang ni kerjanya memang suka gempaq orang. Kalau ada bayaran dari Peminjam sepatutnya tiada gangguan terhadap Penjamin. Agensi Pengutip Hutang banyak yang tidak beretika dari yang professional dan matlamat mereka hanya satu iaitu komisen dari kutipan tak kira apa cara sekalipun. Bank Negara ada Garis Panduan bagi cara cara pengutipan hutang yang berhemah dan saluran aduan yang diberikan seperti yang telah saya huraikan dengan panjang lebar di blog dan page saya.

    • @ Kak Lang..

      They have plans.. That is to intimidate and scare you and your family members till you pay them some some moneys.
      The only solution is to pay full amount or negotiate for a big discount with the Bank.
      Play direct to the Bank and the offer letter must be issued by the Bank.
      Other than that, please ignore their calls.