PANDUAN MENANGANI AGEN KUTIP HUTANG

Kita dah lihat Garis Panduan Bank Negara bagi Bank Bank dan Agen Pengutip Hutang mereka. Kita akan lihat pula Garis Panduan bagi para Peminjam atau Penghutang dalam menghadapi “serangan” Agen Pengutip Hutang.  Ini bukan dikeluarkan oleh Bank Negara tetapi atas inisiatif saya sendiri setelah mengambilkira Garis Panduan yang sedia ada. Barulah adil dan saksama. Kita mahu bertepuk dua dua belah tangan bukan “bertepuk sebelah tangan” kerana walaupun kita tahu maksud yang biasa tapi pada saya “bertepuk sebelah tangan” ibarat penampar singgah ke pipi oleh Agen Pengutip Hutang. Kita yang sakit dan tak boleh “tepuk” balik.
 
Wahai Warga Hutang! Marilah sama sama kita bantu Agen Pengutip Hutang mengikuti Garis Panduan yang telah ditetapkan dengan membuat perkara perkara berikut:

 

 

APABILA DIHUBUNGI MELALUI TELEFON OLEH AGEN PENGUTIP HUTANG

 

Mengikut Garis Panduan 6.2 Maklumat Pelanggan:

 

Perkara 6.2.3

 

Apabila menghubungi peminjam melalui telefon, melalui pertemuan secara bersemuka atau apa jua bentuk komunikasi, pengutip hutang mesti mengesahkan bahawa orang yang dihubungi adalah peminjam yang sebenar sebelum memaklumkan butir butir hutang. Selepas mengesahkan yang orang yang dihubungi ialah peminjam, pengutip hutang mesti memberi penjelasan yang penuh tentang tujuan panggilan atau perjumpaan dan Penyedia Perkhidmatan Kewangan yang mereka wakili. Larangan mendedahkan maklumat ini kepada pihak ketiga juga termasuk kepada suami/isteri peminjam dan ahli keluarga melainkan yang dibenarkan atas peruntukan undang undang yang berkaitan.


 
Kalau dihubungi melalui telefon dan tiba tiba tanya nama dan empat nombor terakhir MyKad, jangan mengaku apa apa lagi. Kita belum pasti yang memanggil ialah Agen Kutip Hutang. Jangan main tuduh aje, kesian diaorang. Mana tahu kut kut kita menang cabutan bertuah atau scammer yang hendak mengenakan kita atau geng jual insuran yang tak dijemput.
 
Tanya dulu asal usul pemanggil seperti nama, nombor Mykad dia, call dari mana, asal mana, mak bapak dan opah apa nama dan minta nombor telefon syarikat dan alamat  syarikat mereka. Kalau tak mahu bagi maka terpaksalah kita meletakkan telefon sebab bukan kita yang memanggil dan kita sudah tahu yang memanggil cuba menyembunyikan sesuatu. Kita tak perlu layan panggilan yang tidak dikenali. Mak kita pun pesan jangan cakap dengan orang yang kita tak kenal atau dalam bahasa omputeh “Don’t talk to strangers”

 


 
Kalau dia bagi maklumat yang kita minta, baguslah. Suruh dia letak telefon dan kita akan hubungi nombor telefon pejabat yang diberi. Sebelum itu semak dalam internet nombor yang diberi jikalau tersenarai dalam senarai nombor nombor scammer yang sudah tersohor. Contoh tempat nak semak adalah seperti ini:
 
https://www.facebook.com/MarkThisNumber?pnref=story&hc_location=ufi
 
atau ini:
 
http://pauhatsu.blogspot.my/2013/03/pauhinfo-nombor-telefon-yang-anda-tidak.html
 
Kalau confirm scammer, terus block call tu menggunakan app Truecaller (kempen free lagi)
 
Kalau confirm Agen Kutip Hutang, anda boleh benarkan dia call anda. Tetapi anda perlu bersedia untuk merakamkan segala perbualan anda dengan mereka. Belajar fungsi merakamkan perbualan telefon di handphone anda. Ini bagi tujuan mendapatkan bukti jika mereka melanggar etika dan garis panduan yang ditetapkan. Bersikaplah dengan tenang dan cuba jawab soalan soalan mereka dengan penuh sopan santun. INGAT! Anda sedang merakamkan perbualan anda dengan mereka. Anda mesti menunjukkan bukan anda yang menjerit jerit dan histeria. Kalau mereka berkasar, teruskan dengan sopan santun walaupun anda sebenarnya sakit hati dan tergedik gedik untuk menjawab balik. Bila anda rasa sudah cukup “bukti” (kalau ada  ugutan yang berunsur TEMBERANG lagi bagus) maka anda harus meminta maaf kerana terpaksa meletakkan telefon.
 
Jika dia call lagi, buat macam tadi sehingga call yang ketiga. JANGAN LUPA CATITKAN hari dan masa panggilan yang dibuat. Buat “screenshot” rekod panggilan di handphone anda. Bila sudah cukup tiga kali panggilan, anda boleh block call sehingga satu minggu dan terpulang kepada anda samada hendak membuka “block” itu semula pada minggu hadapan. Jadi Agen Pengutip Hutang punya “kredit” untuk call kita ada tiga kali sahaja seminggu. Habis kredit seminggu baru boleh “top up”

 


 
Ini adalah kerana dibawah Garis Panduan AMALAN KUTIPAN HUTANG BERHEMAH/ADIL dibawah tajuk Pencerobohan peribadi:

Dalam usaha mengutip hutang dari peminjam, pengutip hutang haruslah tidak:
 
Menghubungi peminjam lebih dari 3 kali seminggu atau 12 kali sebulan jika peminjam telah menjawab panggilan telefon tersebut;


Dalam hal ini anda telah pun “menunaikan tanggungjawab” anda untuk menjawab telefon dan Agen Pengutip Hutang TIDAK BOLEH call anda lagi sehingga minggu depan.

 

APABILA AGEN PENGUTIP HUTANG MELAWAT ANDA DIRUMAH ATAU PEJABAT

Apabila Agen Pengutip hutang datang “menziarahi” anda dirumah atau pejabat, jangan rasa takut atau malu dengan jiran dan kawan kawan pejabat. Kita dah buat hutang maka harus menghadapi masalah ini dengan cara berdepan dan professional. Jiran jiran dan rakan sekerja maupun bos kita pun ada hutang jugak. Cuma tak tahu hutang setakat keliling pinggang atau dah sampai ke lubang hidung. So relax. Hari ni hari kita, esok lusa hari dia pulak kantoi.
 
Bila berjumpa dengan Agen Kutip Hutang minta kad kuasa bagi syarikat mereka yang telah dikeluarkan oleh Bank. Kalau tak ada minta mereka beredar kerana kita tidak tahu siapa mereka sebenarnya. Ini adalah kerana dibawah Garis Panduan AMALAN KUTIPAN HUTANG BERHEMAH/ADIL bahagian  

1.1.   Perlantikan Pengutip Hutang

ada disebut:

 

Penyedia Perkhidmatan Kewangan dikehendaki mengeluarkan dokumen perlantikan atau pengiktirafan kepada setiap Agensi Pengutip Hutang luaran yang dilantik oleh mereka. Dokumen ini akan menyatakan bahawa Agensi Pengutip Hutang luaran ini telah dilantik dan diberi kuasa oleh Penyedia Perkhidmatan Kewangan bagi pihak mereka. Penyedia Perkhidmatan Kewangan perlu memastikan bahawa Agensi Pengutip Hutang luaran yang dilantik tidak menyerahkan tugas kutipan hutang kepada mana mana pihak ketiga secara “sub­ kontrak”
dan:
Agensi Pengutip Hutang luaran yang dilantik sepatutnya mengeluarkan kad kuasa kepada setiap pengutip hutang mereka dalam bentuk dan format yang diluluskan Penyedia Perkhidmatan Kewangan. Kad kuasa tersebut sepatutnya dan sekurang kurangnya mempunyai maklumat maklumat berikut:

  • Nama Agensi Pengutip Hutang dan maklumat untuk dihubungi;
  • Nama Penyedia Perkhidmatan Kewangan dan maklumat untuk dihubungi;
  • Nama dan nombor pengenalan kad pengutip hutang;
  • Gambar pengenalan pengutip hutang

dan
Apabila mengutip apa jua hutang, setiap pengutip hutang mesti menunjukkan kad kuasa untuk pengenalan dirinya. Bagi pengutip hutang, mereka juga sepatutnya menunjukkan salinan dokumen perlantikan atau surat kuasa yang dikeluarkan oleh Penyedia Perkhidmatan Kewangan yang diwakili oleh mereka.


 

 
Kalau ikut garis panduan ini, mereka MESTI menunjukkan KAD KUASA dan juga SURAT PERLANTIKAN oleh BANK. Tak kiralah samada surat perlantikan yang sudah di “frame” kan atau ada didalam fail. CATITKAN semua butir butir tersebut dan kalau boleh, ambil gambar mereka.
 
Agak agak Kad Kuasa dan Surat Perlantikan macam ni kut…

 

KADAGEN

 

watikah
 
Kalau mereka enggan bekerjasama, minta mereka beredar kerana dibawah peruntukan 

Keganasan atau tindakan mengganggu 6.5.1:

Secara khususnya, pengutip hutang haruslah tidak:

Masuk ke rumah atau hartanah tanpa dijemput atau masuk secara paksa kedalam rumah atau hartanah tersebut atau tidak beredar / pergi bila diminta berbuat demikian;


Dalam peruntukan 6.5.2 juga ada menyebut

Berada dikawasan rumah peminjam atau tempat kerja lebih lama dari yang perlu dan tidak beredar apabila diminta berbuat demikian.


Jadi mereka kena beredar jika diminta berbuat demikian. Ingat bahawa kita hanya mengikut Garis Panduan yang telah ditetapkan. Kalau ada pelanggaran, kita berhak untuk membuat aduan dan ini adalah tidak bagus bagi reputasi Agen Pengutip Hutang tersebut.

 

APABILA AGEN PENGUTIP HUTANG MELAWAT RUMAH ATAU PEJABAT ANDA KETIKA ANDA TIADA

Apabila lawatan dilakukan ketika anda tiada dirumah atau pejabat, Agen Pengutip Hutang TIDAK BOLEH mendedahkan apa apa butir hutang kepada sesiapapun termasuk suami/isteri atau ahli keluarga, jiran atau majikan. Ini akan menyalahi AMALAN KUTIPAN HUTANG BERHEMAH/ADIL bahagian

Maklumat Pelanggan 6.2.3

dimana:

Apabila menghubungi peminjam melalui telefon, melalui pertemuan secara bersemuka atau apa jua bentuk komunikasi, pengutip hutang mesti mengesahkan bahawa orang yang dihubungi adalah peminjam yang sebenar sebelum memaklumkan butir butir hutang. Selepas mengesahkan yang orang yang dihubungi ialah peminjam, pengutip hutang mesti memberi penjelasan yang penuh tentang tujuan panggilan atau perjumpaan dan Penyedia Perkhidmatan Kewangan yang mereka wakili. Larangan mendedahkan maklumat ini kepada pihak ketiga juga termasuk kepada suami/isteri peminjam dan ahli keluarga melainkan yang dibenarkan atas peruntukan undang undang yang berkaitan.


Dalam peruntukan

6.5 Perilaku Pengutip hutang – Keganasan atau tindakan mengganggu 6.5.1

ada menyebut:

Memusnahkan atau memindahkan secara paksa mana mana barangan peribadi kepunyaan mana mana peminjam;


dan

Mengancam / mengugut untuk menyiarkan kegagalan mana mana peminjam untuk membayar hutang atau menyiarkan / menyebarkan apa jua maklumat hutang peminjam kepada mana mana pihak ketiga;


dan

menampal poster atau menulis di rumah mana mana peminjam bagi tujuan memalukan peminjam.


Pada peruntukan 

Pencerobohan peribadi 6.5.2:

Mengganggu keluarga peminjam, saudara mara, jiran, rakan atau majikan samada melalui telefon atau apa jua bentuk dan jenis hubungan / komunikasi bagi tujuan mendapatkan lokasi peminjam.


Satu lagi peruntukan iaitu Kutipan hutang dari pihak ketiga 6.5.4 ialah tentang cubaan mengutip hutang dari pihak ketiga termasuk majikan

Pengutip hutang seharusnya tidak mencuba untuk mengutip hutang, secara terus atau tidak, daripada pihak ketiga termasuk ahli keluarga, rakan rakan, saudara mara atau majikan mana mana peminjam


Apabila suami/isteri, ahli keluarga, jiran atau majikan mengetahui tentang hutang anda, maka ia adalah angkara Agen Pengutip Hutang yang sudah melanggar Peruntukan KERAHSIAAN iaitu

Maklumat Pelanggan 6.22

yang secara khusus menyebut:

 

Penyedia Perkhidmatan Kewangan mesti mematuhi dengan ketat peraturan peraturan kerahsiaan yang diperuntukan dalam BAFIA, IBA, IA, TA dan Tambahan lagi, Penyedia Perkhidmatan Kewangan mesti memastikan Agensi Pengutip Hutang dan pengutip hutang yang dilantik mematuhi peruntukan kerahsiaan dalam Akta atau perundangan yang berkaitan


Bila ini berlaku, aduan boleh dibuat apatah lagi jika mereka membuat ugutan untuk memberitahu majikan untuk memotong gaji peminjam yang sudah semestinya suatu PEMBOHONGAN.

 

APABILA AGEN PENGUTIP HUTANG MENGUGUT, MENGANCAM ANDA DENGAN ANCAMAN POTONG GAJI, BEKU AKAUN, SITA RUMAH DAN BARANG RUMAH DAN MENGAKU SEBAGAI LOYAR, PEGAWAI MAHKAMAH ATAU PEGAWAI BANK

 

temberangagen2

 


 
Perkara perkara ini adalah TEMBERANG mereka yang popular yang digunakan dan larangan ini ada disebut di Peruntukan 

Mengelirukan peminjam 6.5.3

yang mana:

Kuasa pengutip hutang – pengutip hutang harus tidak secara palsu/menipu menunjukkan seolah olah mereka mewakili Penguatkuasa Undang Undang atau mendakwa mereka mengutip hutang atas arahan Mahkamah, dengan tujuan memperdayakan peminjam untuk membuat bayaran


dan juga dalam Peruntukan

Perilaku Pengutip Hutang – 6.5

yang menyebut:
 

Keganasan atau tindakan mengganggu 6.5.1

Pengutip hutang mestilah tidak melakukan intimidasi atau gangguan atau keganasan, samada secara lisan atau fizikal, terhadap mana mana atau orang dikenali oleh peminjam. Secara khususnya, pengutip hutang haruslah tidak:
 
Menggunakan ayat ayat ancaman, kata kata kesat atau ayat ayat yang menakut nakutkan peminjam;
 
Menyebabkan kecederaan kepada tubuh badan kepada mana mana peminjam atau pihak ketiga yang dikenali oleh peminjam;
 
Masuk ke rumah atau hartanah tanpa dijemput atau masuk secara paksa kedalam rumah atau hartanah tersebut atau tidak beredar / pergi bila diminta berbuat demikian;
 
Memusnahkan atau memindahkan secara paksa mana mana barangan peribadi kepunyaan mana mana peminjam;
 
Mengancam / mengugut untuk menyiarkan kegagalan mana mana peminjam untuk membayar hutang atau menyiarkan / menyebarkan apa jua maklumat hutang peminjam kepada mana mana pihak ketiga; dan
 
menampal poster atau menulis di rumah mana mana peminjam bagi tujuan memalukan peminjam.


Kita kongsikan lagi pengalaman yang dialami oleh salah seorang pembaca blog sebab yang ini istimewa sedikit sebab ada “COMPLETE SET” iaitu semua yang dilarang oleh Garis Panduan telah dilakukan oleh Agen Pengutip Hutang dan berlaku kepada SEORANG mangsa…

mereka datang rumah,bercakap dengan kasar dan kuat agar kami dimalukan,jiran jiran takut melihat kelibat kami..sedih,

tak cukup dengan itu mereka call dan ugut nak sita semua barang dalam rumah,mereka ugut nak hantar polis untuk bawa suami kebalai.

ada sekali,seorang wanita berbangsa india call dia kata dia dari mahkamah tinggi,dia dalam perjalanan hantar pegawai mahkamah untuk sita rumah saya dan segala barang dalam rumah,dia kata polis peronda juga dah standby kalau kami ingkar,kami akan dibawa polis ke balai.rasa nak pengsan saya masa tu,

suami semakin tak tentu arah,sampai satu tahap agen tu call maki maki dan paksa suami pinjam dengan along untuk setel hutang bank


Kalau macam ni punya perangai dan jika aduan dibuat dan tidak disenaraihitamkan oleh Bank Negara, saya tak tahu nak kata apa apa.

 

 
Walaubagaimanapun, dengan panduan ini anda semua boleh mengumpulkan bukti bukti yang kukuh untuk membuat aduan supaya perkara sebegini tidak berulang lagi dan berlaku kepada orang lain.
 
Lengkapkan diri anda dengan ilmu pengetahuan tentang hutang dan proses undang undang dan elakkan dari berhutang sewenang wenangnya tanpa memikirkan risiko risiko pada masa akan datang.
 
Sila baca dan fahamkan proses undang undang yang betul disini:
 

TENTANG PROSES TINDAKAN UNDANG UNDANG

https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/

TENTANG TEMBERANG AGEN PENGUTIP HUTANG

BAHAGIAN 1

https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/02/pendedahan-eksklusif-bahagian-1-cerita-agen-pengutip-hutang-debt-collection-agency/

BAHAGIAN 2

https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/05/pendedahan-eksklusif-bahagian-2-cerita-agen-pengutip-hutang-debt-collection-agency/

BAHAGIAN 3

https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/08/bahagian-akhir-pendedahan-eksklusif-cerita-agen-pengutip-hutang-debt-collection-agency/

Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

  1. Salam, saya pula mengalami masalah hutang dgn TM. Line dh potong and ade tunggakan cuma saya bayar ape yg saya mampu tiap2 bulan. Tp akaun saya Tm dh pass kat debt collector dan bermula lar hari2 dieorg call mtk langsaikan kalu tidak tindakan guaman akan dikenekan. Selain tu mengugut saya akan menghantar pegawai ke premises. Saya call TM and deal dgn TM sendr menetap kan bayaran monthly saya. Every month saya bayar ape yg saya dh agree dgn TM sendr. Xlamae kemudian debt collector call tanyer nape saya bayr mcm mne and account saya dh frozen and dh xboleh bayar sikit2.saya call TM and check account saya setiap bayaran dh tolak and org TM kata mmg account dh kene potong tp still trima bayaran. Bile saya explain kat debt collector ni dier tengking and ckp knape saya deal with TM. Account saya nie TM dh pass dkt dieorg. Mcm2 lar dieorg ugut tp saya bayar mcm biasa. Lg satu debt collector ni dpt number saya lg 1 registered under nama saya tp utk nenek saya. Ape lagi dier pun bercerita n merayu kat nenek saya suh bayar hutang. setahu saya dierog xley reveal anything P&C kat sape2 pun. Tue saya marah. saya bukan malu ke ape saya tau hutang saya bkn saya xbayar.. tp saya mrh sbb bend p&c saya bercerita kat org lain. kalu yer pun nk cari rezeki bukan cara nie. Bile kte explain or ckp hempas telefon. saya nk tanyer setakat tunggakan yg seberapa boleh ke nk hantar surat saman? or surat court? lg satu dierorg ugut kate kalu saya xsettle sume amount nnt dieorg issue surat mahkamah saya akan kene penalti yg berjumlah brape ribu ntah..tu betul ke? mcm2 lar..last2 saya ckp ok lar hantar surat mahkamah kat saya sbb saya xde duit nkn settel amount tu… pastu nnt call saya blik merayu suh pinjam sape2 nk setel kat amount saya. dier ingat ape pinjam duit mcm pinjam baju. saya call bdk yg reveal p&c saya n soal siasat psl sape benar kan leak info mcm ni?? dier maki saya mrh saya sape suh xbyr bile org bgatu org lain tau plak nk malu..mslh nyer setiap comp yg deal with client mesti ade NDA. protecct client privacy data. so kalu TM hire dieorg ptt deiorg xley buat mcm tu..saya explain deir nk menang l;ast deir hempas telefon.. smp skrg saya still xtrima surat dr mahkamah lagi tp as usual saya byr monthly.. n TM kata okey jer janji bayar

    • Wa’alaikumussalam cttessti

      Berapa juta hutang dengan TM sampai Agen begitu agresif? Kesian Agen desperado. 🙂 Biasalah kalau tak bayar TM akan serahkan kepada Agen tapi kalau kita deal direct pun boleh. Kadang kadang TM akan bagi diskaun sehingga 50%. Bayar je macam yang dah janji dengan TM. Tak payah layan Agen meroyan tu. Dia bukan boleh buat apa apa pun. Nak keluar “surat mahkamah” konon. “Surat Cinta” bolehlah bagi dan buat bising aje. Memang apa yang dia buat menyalahi Akta Perlindungan Data Peribadi dan boleh diadukan tapi biasalah melainkan ia melibatkan gangguan yang serius, jarang diambil perhatian. Walau apapun, suruh diaorang keluarkan “surat mahkamah” dengan segera supaya boleh saman TM balik sebab terima payment tapi nak saman (gempaq aje). Install app Truecaller untuk block call diaorang. Tunggu peluang nak settle kalau hutang dah tak tinggal banyak dan TM bagi diskaun.

  2. Salam tuan..ayah sy ad beli mesin jahit singer melalui seller pd tahun 1992 mgkn..lpas tu da separuh jalan..seller hilangkan diri..bila p bayar kt kdai..kdai xamik..sbb kedai ckp kena byr dkt mana beli..ok..so dalam tahun 2011 ayah sy msih usaha nk byr hutang..dy jumpa kedai singer yg snggup trima utk bayar hutang tu..total dlm rm1800..kiranya dari tahun 2011 ke 2013 tu rm1800 setel..skrg 21.4.2017..dpt kol kononnya lawyer..dy mntk semua resit..n sy da bg..sbb dlm smpanan cme ad resit yg rm1800..resit zaman2 dulu da xd..jd apa sy nk buat?asal hutang mybe rm1k lbh je..ayah sy xd rumah..ad kereta lama je atas nama dy..boleh ke kami diamkn diri?kami tkt dy dtg rumah..bila mntk total dy xnk bgtau..perlu ke blok je?adkh sy buat silap dgn bg salinan resit mlalui wasap?

    • Wa’alaikumussalam Azi

      Dalam bab ni kadanga kadang salesman yang songlap duit masuk poket sendiri dan bagi “resit” padahal hutang tidak dibayar. Mungkin juga ia dibayar tetapi tiada bukti pembayaran. Bayaran kepada kedai yang “sanggup” adakah benar benar menolak dari hutang sebenar. Kes sudah terlampau lama. Kalau Agen Kutip hutang buat ugutan bukan bukan, suruh dia failkan SAMAN dan lawan di Mahkamah (saya rasa takkan SAMAN) dengan mengemukakan bukti bukti pembayaran dan bukti hutang. Kalau takde tak payah layan dan buat aduan rasmi ke HQ Singer. Kita nak bayar bukan tak mau bayar. Rekod diaorang yang kelam kabut.

  3. Salam tuan..
    Saya ingin bertanya tentang hutang singer. Saya telah mendapat 1 sms dengan mengatakan pihak singer akan failkan satu tuntutan hutang terhadap saya dan mintak saya jelas kan sejumlah wang kedalam akuan pihak singer dan selepas itu saya perlu menghantar gambar slip berkenaan kepada no yang diorg bagi.
    Adakah itu betul pihak singer atau pengutip hutang?

    • Wa’alaikumussalam Sharifah

      Biasanya Agen Kutip Hutang. Biasala ugutan ugutan macam tu. Fahami Prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi. Jika pindaan Akta Bankrapsi kepada Akta Insolvensi diluluskan, had ini dinaikan kepada RM50K

      • Tahun 2014 kawan saya telah beli moto mengunakan nama saya. Beli mengunakan pinjaman dari singer. Awal tahun ini kawan sy telah bg moto tersebut kepada sy kerana kawan sy akan balik ke sabah dan menetap di sana. Tp 17hb 4.2017 sy dapat msj dari singer mengatakan sy ada hutang sbnyak rm6010. Apabila sy menghubungi pihak singer, rupanya kawan sy sudah lama tidak bayar bulanan.jd saya skrg tak tau nak buat mcm mna. Diorg col ugut nak saman.

        • Assalamualaikum Syarifah

          Nampaknya samada suruh kawan tu bayar atau Sharifah kena bayar tunggakan tu. Bab nak SAMAN tu tak pasti cuma ugutan dari Agen atau Singer sendiri. Kalau jual motor laku berapa? Kalau boleh kurangkan hutang dan rundingkan bayaran dengan singer adalah salah satu jalan penyelesaian.

  4. Assalam Tuan,
    Saya ingin memohon jasa baik Tuan, agar bantu saya tentang hutang lapuk kad kredit saya. Sebelum ini saya pernah diganggu dengan agen pengutip hutang.Saya sangkakan mereka adalah dari bank.Jadi saya mebuat bayaran secara bulanan rm150. Tetapi apabila saya berhenti kerja saya tidak dpt membayar. Agen pengutip hutang mhantar notis , call, sms.Saya juga pernah diugut, seperti nak tangkap, nak sita barang dan kes saya dimahkamah jalan duta. Bila saya kata saya ada di mahkamah dia kata dia tipu.sebenarnya baru pergi failkan saman. Saya juga pernah di maki sebab saya minta nama dan no ic untuk buat laporan polis. Saya pernah minta statement akaun, tapi mereka kata selepas 6 bln baru mereka hantar.Tapi selepas enam bulan, bila saya tnya mereka tukar cerita.Sejak itu saya mula cari info tentang agen2 ini. Baru saya thu mereka agen pengutip hutang. Sejak itu saya blok panggilan/sms. oleh kerana mereka tak dpt contact saya, mereka call ayah saya. Bila tak dapat hubungi ayah saya,Mereka call ibu saya pula tadu. Mereka call guna private no. Saya tak tahu macam mna blh dpt no ibu saya. Dia kata pada ibu saya dia dari kuala lumpur, pejabat peguam nak hantar saman bank pada saya. Dia minta nama dan alamat ibu saya.Apa pendapat Tuan..jika dari bank apa yg sy perlu buat seterusnya..Saya harap Tuan dpt membantu..Terima kasih..

  5. As salam Tuan. Mohon jasa baik Tuan bantu saya berkenaan pinjaman yang saya buat melalui Bank Rakyat. Jumlah Pinjaman keseluruhan RM75, 000.00 secara potongan gaji. Atas sebab2 yang saya pun tidak pasti, potongan gaji hanya RM159.00 dan sebahagian RM220.00 saya terpaksa bayar sendiri ke bank. Oleh kerana itu, saya mempunyai tunggakan sebanyak RM5000.00
    saya telah dihubungi macam2 agen hingga mengganggu kehidupan saya. Walaupun dengan persetujuan Bank Rakyat ataupun agen saya bayar ansuran RM350 sebulan secara terus kepada Bank Rakyat saya masih diganggu oleh agen. Apa yang menyedihkan mereka menghantar surat dan menelefon ibu bapa saya dan memaklumkan kononnya mereka adalah penghantar notis dalam perjalanan menghantar saman dan oleh kerana hutang saya itu mereka menyatakan kepada ibu bapa saya mereka boleh bertindak menyita rumah ibu bapa saya. Tuan bayangkan bagaimana keadaan ibu bapa saya apabila diberitahu rumah akan disita oleh kerana hutang yang dibuat oleh anak mereka?Yang terbaru iaitu semalam (28/03/2017) surat daripada Zuri @ Co. menggunakan alamat ibu bapa saya sedangkan untuk surat menyurat saya tidak sesekali pernah memberi alamat ibu bapa. Surat yang menyatakan saya perlu menjelaskan RM 59,900.00 dalam tempoh 7 hari sebelum dikenakan tindakan undang-undang. Bank rakyat tidak membantu dan lepas tangan sedangkan wang RM350.00 secara tunai dan RM159.00 diterima oleh pihak bank tanpa sebarang masalah. Setiap bulan pihak bank rakyat akan menelefon bertanyakan payment tetapi setelah apa yang saya baca melalui blog tuan saya rasa yang call adalah agen. Ini adalah kerana sekiranya mereka dari Bank mustahil mereka tidak dapat kesan bayaran telah dibuat oleh saya. Contohnya saya bank in via machine deposit bank rakyat pada pukul 9.00 am tetapi pada pukul 12.00 tengahari saya akan mendapat panggilan bertanyakan bila saya nak buat bayaran.Mohon jasa baik Tuan bantu saya.

  6. Salam…sy li… Saya nak tanya pendapat… Pd tahun 2004… Kawan sy ade membeli motosikal dgn singer… Disebabkan kawan sy tiada lesen…jd atas sbb kawan… Sy pon mengunakan nama sy untuk membeli motor… Jd kan cerita,kwn sy bhenti keje lalu menyuruh sy menyambung bayar… Sy pon ambil motor tu… Nak jd kan citer lg… Beberapa bulan lepas tu… Sy berhenti kerja, atas faktor kewangan yg xmcukupi… Jd sy balik ke kg.. Bila di kg…hampir setahun sy tiada pekerjaan tetap… Hanye buat kerja kontrak,ade keje ade duit… Pd 1hari ketika sy nak balik kerja,motor telah rosak sy pon letak 1tempat.. Disbabkan lama tidak ambil motor tu hilang… Disebabkan mase tu umo muda lg…xpernah nak pikir panjang… Jd sy pon biarkan saje tanpa buat report polis…
    Pada 2007 sy telah mendapat kerja tetap… Niat untuk bayar motor tu semula tu ada… Tp sy tidak tahu nak bayar mcm mane… Jd sy pon biarkan dulu…sbb sy pikir mesti akan ade surat akan dtg untuk tuntut hutang… Tunggu n tunggu sampai sekarang tiada 1pon surat dr mane2 pihak…
    Pendekan citer, pada hari jumaat 17/3/2017 jam sekitar 10pagi… Sy dapat panggilan dr mane ntah… Mengatakan sy ada saman… Sy tanye die,saman ape… Tp die pon xtahu… Lalu die mnyuruh sy menelepon seorang peguam untuk sy tahu saman ape n memberi sy no fail no.sekian2… Lepas tu die tanye sy… Adakah sy penah dpat surat dr makamah… Lalu sy ckp…xpenah dpat pon apa2 surat…lalu die tanye sy adakah sy duduk di alamat sekian2… Sy pon ckp,,tu rumah sewa sy dulu…dah lame sy xduduk k.l lg dah… Jd die pon diam,n die pon ckp die xtqu nak buat mcm mane n die menyuruh sy call tuan peguam tu… Lepas tu… Sy call lah peguam tu… Tp xdapat… Sy call 3x…tp xdapat… Sy pon call pompan yg call sy td… Tp operater digi cakat no.tiada dlm perkhidmatan… Sy pon terkejut…sbb die baru 10min call sy… Xkan xde service… Kemudian sy call balik no.peguam td… Tp call sy di putuskan… Xlame lepas tu sy dpt msg yg mengatakan sy telah dipantau n di minta call peguam tesebut… Sy pon call lg… Tp bila sy call ,call sy di putuskan… Sy pon buntu… Hmm… Sy pon terpikir… Benda dah 14thn… Tp kenape sy xpenah dapat surat ape2…tp skunk dapat call nk saman… Klo nak saman pon kenape xhantar surat terlebih dahulu… Mustahil dorg xboley cari sy… Knpe baru skunk boley cari… Sy mmg nak bayar hutang tu dah lame… Cuma sy xtahu dgn sape yg nak rujuk… Sy nak mintak pendapat sgt2…ape harus sy buat…

    • Wa’alaikumussalam Tuan Li

      Ini Agen Kutip Hutang menyamar jadi Loyar. Loyar tak call orang mintak hutang. Cakap dengan dia kalau nak saman dipersilakan dengan hormatnya supaya boleh dilawan dengan Akta Had Masa. Rujuk balik dengan Singer berapa hutang dan cuba bincang bayaran yang perlu dibayar. Minta supaya bayaran yang dttuntut adalah menasabah tanpa caj faedah dan kos yang tak masuk akal. Hutang dah lapuk dan tak boleh ambil tindakan undang undang. Peminjam ada niat nak settle sepatutnya Singer boleh bertolak ansur. Kalau mereka cuba “perah” kos dan faedah yang bukan bukan, boleh adukan ke KPDNKK, PPIM atau NCCC supaya boleh menjadi “orang tengah” bagi menyelesaikan masalah ini.

      1) KPDNKK

      http://www.kpdnkk.gov.my/index.php/my/

      2) NCCC (Pusat Khidmat Aduan Pengguna Malaysia)

      http://www.nccc.org.my/v2/

          • Terima kasih tuan abu… Xpe sy cube runding dgn singer dahulu… Dalam kes sy ni… Boleh ke sy dibankrapsikan???

          • Sama sama Tuan Li. Kalau nak kena Bankrap kena ada Penghakiman dulu. Penghakiman dan jumlah Penghakiman + faedah + kos mestilah sekurang kurangnya RM30K dan kalau pindaan Akta Bankrapsi/Insolvensi diluluskan pada tahun ini, had ini akan dinaikan kepada RM50K.

  7. As salam tuan, sy perlukan pandangan pihak tuan.

    Pada 14/03/2017 saya ada terima panggilan dari no 03-58701045 iaitu Pn Mimi menyatakan bahawa saya ada berhutang sebanyak 4k pada SEGI University.
    Saya telah berhenti belajar pada 2009 di atas sebab2 tertentu. Sepanjang tempoh berkenaan sy mmg tidak mengetahui bahawa sy masih ada lg hutang tertunggak dengan pihak berkenaan kerana tidak menerima sebarang notis atau statement dari pihak kolej.

    Pn Mimi mendesak sy membuat bayaran pada tarikh tersebut jugak dengan menyatakan butiran-butiran bank untuk sy membuat mindahan wang. Pn Mimi jugak ada menyatakan sekiranya sy tidak membuat pembayaran segera mereka akan memfailkan sy di mahkamah dan segala kos mahkamah akan ditanggung oleh sy. Sy curiga kerana tidak dilampirkan sebarang bukti yg mmg menyatakan sy ada hutang kerana ketika belajar dulu sy membuat pinjaman PTPTN. Hal ini kerana hutang yg dituntut sama jumlah dengan hutang yg dibayar kepada PTPTN.

    Pada 15/03/2017 Pn Mimi masih menghubungi sy byk kali untuk brtanyakan bila sy hendak membuat bayaran. Sy masih lg tidak berpuas hati untuk trus membuat bayaran. Sy minta masa untuk sy membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak SEGI. Sy telah pun ke SEGI untuk mendapatkan mengesahan tetapi pihak SEGI minta sy membuat appointment sekiranya sy ingatkan maklumat yg lengkap pada keesokan hari.

    Pada 16/03/2017 Pn Mimi masih lagi menghubungi sy dari pagi hingga ke ptg tetapi kali ni sy langsung tidak menjawap panggilannya. Sy masih berkeras untuk mendapatkan maklumat penuh dari pihak SEGI terlebih dahulu kerana org yg sy hubungi itu masih brcuti.

    adakah tindakan sy ni btl?

    • Wa’alaikumussalam Amira

      Pada saya tindakan Amira adalah betul untuk memastikan jumlah dan situasi sebenar “hutang” dengan pihak SEGI. Dari cara “Puan Mimi” itu saya yakin beliau adalah seorang Agen Kutip Hutang. Semak juga dengan PTPTN tentang status bayaran kepada pihak SEGI dan dapatkan dokumen dokumen yang sahih sebagai rujukan.

  8. As salam tuan, nk tanya pendapat dan nk mintak pandangan… harap tuan dpt membantu akk in shaa Allah
    Akk pernah buat loan kereta dgn hong leong bank pd tahun 2000 … dgn bayaran bulanan rm672
    Tp dlm tahun 2003 oleh kerana akk da berhenti kerja akk serah kereta kepada wakil used car agar kereta akk tu dpt di selesaikan
    Alhamdulillah ada yg mahu membeli kereta akk
    Ssngka akk da settle malangnya baru2 ini akk di hubungi pihak pengutip hutang kononnya mewakili pihak bank mengatakan hutang masih berbaki rm20k ..tetkejutnya akk dgn jumlah tersebut
    Pihak pengutip hutang ni seolah2 mengugut akk dalam 2 3 hari asyik menalipon ke hp anak2 akk
    Sedangkan akk tiada mempunyai talipon bimbit pn
    Akk da bg tau pihak ni yg akk akan berurusan ng pihak bank sendiri bila sampai waktunya memandangkan akk hanya betgantung pada pencen arwah suami saja
    Yang paling tak seronoknya pihak2 ni akan cl tak kira masa ada waktu malam ada hantar msg masa kita tgh tidur
    Mungkin kesilapan akk jgk sebab tak merujuk pada bank balik selepas urusan jualan kereta akk seperti yang di bgtau oleh pihak pemungut ni akk ada tunggakkan yg tak settle menyebabkan dari rm 6k menjadikan rm20k sehingga kini
    Adakah apa2 cara yg boleh akk lakukan utk selesaikan
    Akk buntu dan rimas ng panggilan dari pihak2 ni
    Membuatkan akk x boleh tidur, risau nak keluar rumah dan mcm2 lg

  9. salam tuan,sya nak minta pandangan tuan mengenai masalh saya ni.
    saya ada pada tahun 2011 saya telah membuat pinjaman rm193k dengan bank rakyat dan pada 2012 dan potongan biro angkasa sebanyak rm1675 sebulan. Disebabkan hal peribadi saya telah mengambil cuti tanpa gaji selama setahun dan terdapat tunggakan sebanyak rm19k++ dan ada tindakkan undang2 bank rakyat pada ctos,pihak bank juga telah menyenaraihitam kesemua jumlah pinjaman saya.pada tahun 2013 potongan biro angkasa gaji berjalan seperti dan sya mengambil inisiatif utk membuat bayaran tambahan sebanyak rm200 sebulan bermula mac 2014,dan sepanjang waktu itu jugalah pihak agen pemungut hutang sering mengganggu saya.pada tahun oktober 2016 saya telah membuat perjanjian dengan pihak agen utk membayar separuh jumlah tunggakan saya yang pada masa itu tingggal sebanyak rm14k++ supaya tidak diambil tindakan.pihak agen juga berjanji sekiranya saya dpt membayar separuh tunggakkan itu saya dibenarkan membayar rm200 sebulan seperti biasa sehingga habis bayaran tunggakkan. saya bersetuju dan berjaya mengumpul rm7000 hasil pinjaman dari saudara mara.
    namun malang ,pada bulan mac 2017 pihak agen telah mungkir dan menyuruh saya utk membayar baki tunggakan,sekiranya tidak mereka akan datang ke tempat kerja dan rumah saya untuk mengutip hutang dan menghantar nama saya utk dibakrupsi.
    soalan saya,

    1. adakah saya layak untuk dibankrupsi memandangkan pihak bank telah menyenaraihitamkan keseluruhan jumlah
    pinjaman saya walaupun ada potongan biro angkasa sebanyak rm1675 setiap bulan

    2. adakah sya perlu melayan karenah agen pengutip hutang yang sudah mungkir perjanjian

    3. pada pandangan tuan,apakah cara terbaik utk saya menyelesaikan masalah ini? adakah cara pembayaran sya sekarang boleh diteruskan seperti biasa tanpa ada sebarang tindakan mahkamah

    terima kasih

    • Wa’alaikumussalam Suria

      Semak betul betul dengan Bank apakah tindakan undang undang dan sudah sampai tahap apa sekarang. Fahami proses dan prosedur tindakan undang undang hingga ke peringkat Bankrapsi:

      Prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi. Jika pindaan Akta Bankrapsi kepada Akta Insolvensi diluluskan, had ini dinaikan kepada RM50K

      Secara ringkasnya proses Kebankrapan adalah seperti berikut:

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (seperti diatas)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan. Proses penyerahan adalah sama dengan proses Notis KeBankrapan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

      Tentang soalan soalan berikut:

      1. adakah saya layak untuk dibankrupsi memandangkan pihak bank telah menyenaraihitamkan keseluruhan jumlah
      pinjaman saya walaupun ada potongan biro angkasa sebanyak RM1675 setiap bulan

      Bank tidak “menyenaraihitan” seluruh pinjaman tetapi telah menamatkan perjanjian dan mengambil tindakan undang undang untuk menuntut keseluruhan baki pinjaman. Sebab tu kena tahu apa status tindakan undang undang terkini. Dengan jumlah hutang yang melebihi RM30K, memang boleh dikenakan tindakan Bankrapsi. Walaupun ada potongan setiap bulan, Bank boleh menerima bayaran tersebut atas dasar “tanpa prasangka” atau “without prejudice” iaitu diterima sedemikian yang tidak menjejaskan tindakan undang undang.

      2. adakah sya perlu melayan karenah agen pengutip hutang yang sudah mungkir perjanjian

      Lebih baik berunding dengan Bank secara terus dan kalau Bank enggan boleh meminta bantuan Bank Negara untuk campurtangan. Terlampau banyak kes Agen yang menipu peminjam dan Bank harus bertanggungjawab keatas Agen yang dilantik.

      Masalah membuat perjanjian dengan Agen tanpa ada bukti bertulis sangat berisiko seperti yang telah dialami. situasi yang serupa boleh dibaca disini:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/765827690242096/?type=3&theater

      3. pada pandangan tuan,apakah cara terbaik utk saya menyelesaikan masalah ini? adakah cara pembayaran sya sekarang boleh diteruskan seperti biasa tanpa ada sebarang tindakan mahkamah

      Rujuk kepada jawapan no (2)

  10. Salam tuan,saya nak minta pendapat tuan…pada 27.11.2015 saya ada ambik kereta di sebuah syarikat ni under aeon bank lah.pada 02.12.2015 kereta yg saya ambil tu terbakar.pas tu saya mohon la claim insurans dan pada bulan 8 tu baru insurans sattel kan.sebagai makluman harga kereta saya tu outstanding rm22k tp Insuran just bayar 16k je la…tapi baru2 nie tiba2 ada pihak call majikan saya bahawa nama saya akan dihantar ke bnm.untuk d blaklist kan..semua sokco dan kwsp d bekukan…saya agak tkejutnla .dia nak suruh hubungi peguam bernak haji kamarudin untuk maklumat lanjut.trus saya hubungi pakk haji ni …rupa2nya hutang kereta saya.dia ckp saya blom bayar hutang lagi…dan aeon bank blom trima payment dr insuran dan saya memaklumkan pada pak haji tu.dr bulan 8 lagi saya da settle kan dan seharunya eaon bank tahu dan d maklumkan ole insurans tapi ni tidak tiba2 call nama saya akan di hantar ke bank negara untuk blaklist.dan dorg akan keluarkan surat kepada saya untuk ditatatertibkan.pas tu kmrin diorang call aeon bank da terima bayaran dr insuran dan diorang suruh saya bayar 6k untuk batalkan penghantaran nama.saya ke bank negara…dan harga loan kereta saya 39k-16k insurans dan ada baki lagi 20 lbh k..dia kata…tp ksimpulanya…mana surat hitam putihnya,saya xdpt surat dr amaran,makamah,dan makluman surat penyelesaian insuran dan mempunyai baki skian2…tiada..tiba2 dia ugut saya.apa perlu saya buat skg tuan.saya geram sgt2 xdpt tdor lena…mohon bagi maklum balas…ya ..terima kasih

  11. Assalamualaikum tuan. Sy ada soalan. Suami sy ada guna kad kredit dengan jumlah yang besar tanpa pengetahuan sy. Tiba2 ada debt collector call sy kerana tidak dapat hubungi suami sy. Dari situ baru sy dapat tahu suami sy ada hutang kad kredit. Debt collector tu minta sy hubungi suami untuk angkat panggilan dia dan minta sy nasihatkan suami untuk bayar hutang kad kredit tersebut. Suami sudah angkat dan bercakap dengannya. Sy juga sudah tanya suami memgenai hal ini dan dia sudah selesaikan dengan Akpk dan sudah langsaikan pembayaran pertama. Bukti telah dihantar kepada pengutip hutang tersebut. Masalahnya pengutip hutang tu asyik call saya setiap hari bermula rabu 8/2, jumaat 10/2 dan sabtu 11/2 berkali2. Bercakap kasar dengan sy, ugut macam2 (naik mahkamah, buang kerja)dan sungguh kurang sopan. Agak mengganggu ketenteram emosi sy. Dia juga mengatakan kami tak profesional. Dia sudah menelefon majikan sy menceritakan perihal hutang suami sy. Apa yang perlu sy buat sebagai orang tak berkaitan dengan hal ni? Kalau berkaitan sekalipun, suami sudah selesaikan dengan kaedah yang betul. Mohon pendapat daripada tuan. Trima kasih.

    • Wa’alaikumussalam Adura

      Buat aduan ke Bank Negara. Pergi ke Blog saya disini

      https://www.ceritahutangbankdananda.com/muatturun/dokumen-dokumen/

      pergi ke No (2) iaitu Surat Aduan ke Bank Negara dan download borang yang disediakan dan ikuti panduan yang diberi. Nyatakan nama Bank, nama Agen kalau ada (kalau takada Bank mesti tahu siapa dia). Dia dah frust la tu tak dapat buat apa apa lagi sebab suami sudah pun ke AKPK. Cakap dengan dia anda tahu dia TEMBERANG aje dan aduan sudah dibuat ke Bank Negara. Install app Truecaller dan True Messenger dan block call dia.

      • Terima banyak atas panduan yang diberikan. Memang temberang semuanya ya tuan. Saya akan segera hantar surat aduan ke bank negara kerana perkara ini mengganggu prestasi kerja dan agak memalukan saya di tempat kerja. Perlu saya lampirkan sekali ke bukti2 suami sy sudah berurusan dengan Akpk?

        • Sama sama Adura. Bagi segala bukti yang ada. Agen memang phobia atau allergic dengan perkataan “AKPK”. Dia akan start meroyan dan ada yang memaki hamun dengan kata kata macam kertas pasir. Soru sudah miss..

          • Terima kasih atas panduan dan jawapan. Semoga Allah permudahkan urusan tuan kerana membantu mententeramkan hati sy. Huhuhu

  12. Assalamualaikum tuan..

    Wife saya ada buat pembiayaan Bank Rakyat. Wife saya diberhentikan kerja last year. Pada minggu lepas, saya dan wife telah ke Bank Rakyat utk reschedule balik bayaran bulanan memandangkan income sekarang hanya saya seorang.

    Tiba2 harini rumah saya didatangi ‘pihak bank’. Saya bekerja dan wife saya ada urusan diluar. Maka tiada siapa di rumah. ‘Pihak Bank’ berkenaan telah bertanya kepada jiran saya. Dan menerangkan dia dari bank rakyat, wife saya mempunyai hutang dengan bank rakyat pada jiran saya.

    Saya menerima mesej whatsapp dari jiran saya berkaitan ini.

    Adakah ini perbuatan biasa pihak bank atau ini dikira menyalahi etika seperti tuan nyatakan di atas?

    Apa tindakan terbaik untuk masalah seperti ini?

    • Wa’alaikumussalam Tuan Abu Salamah

      Mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi selari dengan Garis Panduan Amalan Kutipan Hutang Yang Baik oleh Bank Negara, bagitau suami atau isteri pun tak boleh apatah lagi orang lain termasuk majikan. Akan tetapi ia tetap dilakukan kerana dikira salah satu taktik untuk “memalukan” peminjam. Kadang kadang susah juga untuk dielakkan kerana bila peminjam tiada dirumah, ada pulak jiran yang begitu prihatin untuk “interview” Agen Kutip Hutang atau pegawai Bank yang sepatutnya tidak memberitahu apa apa. Biasala, mana tahu penyamun ke apake dan bila risau keselamatan mereka terancam, mereka mungkin terpaksa mendedahkan siapa nereka tetapi sekadar cukup menunjukkan kad kuasa atau menyatakan mereka dari mana sahaja. Tapi mulut manusia memang susah nak control.

      Saluran aduan kepada Bank Negara sentiasa terbuka untuk Tuan membuat aduan tentang perkara ini.

  13. Salam,
    Saya merupakan surirumah & hampir 2 tahun tidak bekerja.Cuma berniaga kecil kecilan.Masalah saya,sebelum ini saya ada membuat pinjaman Personal Loan dari Bank …..t. Dan saya mendapat surat dari agensi yang dilantik oleh pihak bank untuk menjelaskan tunggakan sebanyak Rm 15k dalam masa 7 hari.Itu memang di luar kemampuan saya. Dan hari ini saya mendapat sms dr agensi tersebut untuk dikenakan tindakan kehakiman.Saya memohon untuk membayar Rm 1000 pada Januari 2017 nanti,tetapi diminta jelaskan pada hari ini jugak.Saya mohon lagi untuk membayar rm300 pada hari ini,tetapi ditolak.dan diberitahu tunggu sahaja tindakan.
    Adakah ini prosedur yang sah?
    Adakah tiada langsung budi bicara untuk pemohonan pengurangan bayaran?
    Adakah saya akan dikenakan tindakan bankrup?(pernah diberitahu oleh agensi melalui panggilan).
    Terima kasih ,harap encik dapat membantu.

  14. Assalam Saudara,
    Saya nak mintak pandangan saudara berkenaan kes saya…Sy ada buat loan rumah dgn M*SB, selama +-26 tahun mengikut surat perjanjian…tahun ni dah masuk tahun ke 10 so tinggal lg 16 tahun…Dalam beberapa bulan lepas, sy dimaklumkan melalui telefon oleh pihak bank yang mereka akan anjakkan tarikh akhir bayaran ansuran drp 1hb ke 14hb sebelumnya( 16 hari lebih awal..)…Ini menyebabkan saya terpaksa membayar faedah lewat bayaran setiap bulan..Disamping itu juga, sejak 2 bulan lepas, saya menerima surat tuntutan dari lawyer….dan tambah menarik, minggu lepas saya menerima SMS dr pihak bank memaklumkan yang mereka telah melantik satu syarikat bagi mengutip bayaran tertunggak….Sekian cerita saya……Soalan saya ialah :
    1: Adakah pihak bank berhak mengubah tarikh akhir bayaran tanpa menghantar notis bertulis kepada peminjam?
    2: Adakah pihak peguam berhak menghantar notis tuntutan walaupun tunggakan kurang drp 1 bulan(16 hr lewat)…dan mengenakan caj notis sebanyak +-RM17 bagi setiap notis?
    3. Pihak Bank Negara yg dihubungi menyatakan M*SB tidak berada dibawah seliaan BNM, jadi saya dinasihatkan untuk berurusan sendiri dengan pihak M*SB…adakah ini bermakna tiada pihak yg boleh membantu saya dalam proses ini?

    Saya faham, sbg peminjam kita perlulah menjelaskan ansuran bulanan kita, tetapi dalam kes ni, pihak bank seolah² sengaja mempercepatkan tarikh akhir bayaran, mungkin utk mengutip faedah lewat bayar drp peminjam etc…ditambah pula pihak peguam juga seakan² mengambil kesempatan dgn menghantar notis yg ‘berharga’ +-RM17 setiap bulan…Sbg peminjam, sy berasakan seolah² ditindas oleh ‘along berlesen’ ini dan lebih malang, skrg ni tiada pihak yg boleh membantu….

    Diharap saudara dapat mengulas sdikit berkenaan kes saya ni….
    Terima Kasih

    • Wa’alaikumussalam Ammar

      Pertama sekali MBSB bukan sebuah Bank. Mereka sekarang ini sedang mencari mana mana Bank yang berminat untuk bergabung bersama sama mereka untuk menjadi sebuah Bank dan usaha ini telah menemui jalan buntu . Terbaru mereka sedang berbincang untuk bergabung dengan Asian Finance Bank. Boleh baca kisah ini disini:

      http://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/12/21/mbsb-confirms-mulling-merger-with-asian-finance-bank/

      Berbalik kepada persoalan Tuan, saya ada beberapa soalan:

      1) Adakah sebelum pertukaran “due date” akaun Tuan berada dalam tunggakan?

      2) Adakah mana mana klausa dalam perjanjian hutang MBSB boleh merubah terma terma perjanjian sesuka hati mereka?

      Kalau jawapan kepada nombor satu adalah tidak dan walaupun ada klausa seperti nombor (2) diatas, ini adalah satu perlakuan yang tidak adil kerana berbuat demikian akan membuatkan akaun menjadi tertunggak dan caj lewat boleh dikenakan. Kalau perbuhan dalam kadar faedah adalah satu perkara yang agak biasa dan selalunya ada dalam perjanjian tetapi menginjakkan tarikh due date pada hemat saya sangat jarang berlaku.

      Kita perlu juga menyiasat perkara ini dengan lebih terperinci tentang berapa ramai pelanggan yang terlibat. Walaupun saluran aduan kepada Bank Negara tidak boleh digunakan, kita masih boleh menarik perhatian KPDNKK dan PPIM dalam hal ini. Perkara ini perlu diketengahkan supaya tiada pihak yang teraniaya.

      • Terima kasih saudara atas quick reply….
        bkenaan soalan yg saudara kemukakan, berdasarkan report CTOS yg saya perolehi, angka ‘1’ bermula pada bulan Julai lepas iaitu selepas pihak M**B memaklumkan anjakkan due date…sebelum tu, rekod saya ok, ‘0’ drp Januari…
        Soalan kedua, saya tak jumpa apa klausa dalam surat tawaran yang mengatakn pihak M**B berhak untuk menukar apa² terma tanpa memaklumkan kpd peminjam terlebih dahulu…
        ‘membuatkan akaun menjadi tertunggak dan caj lewat boleh dikenakan’ – ya, inilah masalah sy….kalau disebabkn kecuaian sy sendiri hingga dikenakan caj lewat, sy faham….
        Terima kasih juga atas jawapan saudara, sekurang²nya sy dpt tahu masih ada lg pihak yg boleh membela nasib peminjam seperti saya…KPDNKK & PPIM…..mungkin sy akan cuba dapatkan nasihat drp mereka selepas ini…

  15. As salam.nak tanye,isteri saya gerentor kepada seseorg dahulu utk loan kereta..tp dah citer 13 tahun lepas.dan baru2 ni ada ejen dtg tempat isteri sy bekerja dan minta selesaikan hutang org lain.sy cume nak bertanye.kenapa ejen tersebut tidak mencari org yg berkenaan setelah isteri memberi no tel dan alamat.

  16. Salam..
    Saya ada membuat pinjama dgn Aeon Credit..Baru2 ini saya tak dapat bayar bulanan sperti selalu disebabkan suami da kehilangan pekerjaan…masuk 4bulan ke hari ini..sy dapat panggilan mengatakan sesorg dr mahkamah jln duta bersama dua org anggota polis nak dtg ke rumah saya utk sita ruma..sy memang tak percaya sbb dari segi dia bercakap tu mcm nak mengugut..lepas tu dia tak nyatakn dia dari agensi mana…apa yg saya tau sy cuma pending utk bayaran AEON saja..
    dia cuma dia runner mahkamah dan nak dtg ruma utk check.
    soalan saya;
    1-bole ke sesorg tu dtg ke ruma or ke pejabat utk pungut hutang? kalu tak bole, apa tindakan yg saya bole buat
    2-kalu saya tak bole bayar apa yg dia nak pada masa yg sama, apa yg perlu sy lakukan sekirang mereka tak berganjak
    3-apa cadagang encik utk sy ringankan beban sya? ada tak pihak yg sy bole bw berunding utk mengurangkn hutang2 saya selain dpd AEON
    terima kasih

  17. Selamat Petang. Saya minta ruang utk berbincang dgn tuan, abang saya mempunyai masalah kewangan. Sebelum ini dia membeli kereta dan letak no.telefon saya sekali. Kalau tak silap dalam perjanjian kalau tidak bayar 3 bulan baru kereta ditarik. Sekarang abang saya kadang2 lambat bayar 1 hingga 2 bulan tapi tak pernah hingga 3 bulan. Bank asyik telefon dan hantar mesej ugut saya sebab tak dapat hubungi abang saya. Saya pernah angkat telefon dan memberitahu bahawa saya bukan orang yang mereka cari. Bertahun-tahun mereka call saya. hinggalah sekarang merupakan tahun terakhir bayaran hampir habis.semakin menjadi-jadi mereka mesej ugut. Call sekarang cari saya bukan abang saya. Saya pun mempunyai keluarga dan hutang sendiri yang perlu ditanggung , di perjanjian saya tak pernah join sain pape, kenapa mereka boleh kacau saya? selalu call kacau waktu saya. Adakah mereka mempunyai hak untuk control hidup saya, kacau hidup saya sedangkan saya tidak ada kena mengena dengan hutang mereka. Adakah kerana kami adik beradik? kalau ada 10 org adik bradik tak ke pengsan. Adik beradik tak semestinya 24jam bersama. Masing2 punya hidup , masing2 punya masalah. Tetapi masalah ini selalu membuat saya migrain sedangkan tak ada kena mengena dengan saya pun. Saya luahkan masalah dan jika tuan ada apa-apa yg blh membantu dari segi nasihat dan tunjuk ajar sangat berterima kasih.

    • Wa’alaikumussalam Saraa

      Kalau setakat jadi “rujukan” dan bukan sebagai penjamin, anda tidak ada kena mengena dengan pinjaman ini dan tak perlu layan pun. Diaorang tak dapat contact abang ke atau abang buat tak tahu aje? Sebab tu diaorang kacau Saraa.

      Buat tak tahu saja sebab ugutan mereka tidak akan memberi bekas pun. Install app True caller dan True Messenger. Block semua call diaorang. Bila diaorang guna nombor lain keep on blocking. Bagi nombor contact abang. Saraa tak perlu menjawab bagi pihak dia. It is NOT your problem.

  18. saya seorang anak , baru-baru ni ada dua orang india dtg ke rumah saya , berpakaian formal serta membawa dokumen seperti dokumen penting . tujung mereka adalah mencari ayah saya kerana hutang kad kredit yg tertunggak .. dan ketika itu ayah saya tiada dirumah , saya menelefon ayh memberitahu bahawa ‘org bank’ telah dtg untuk berjumpa dgnnya . setelah saya memberitahu ‘org bank’ tersebut tntg persetujuan ayah say untuk berjumpa di tempat lain , tiba-tiba salah seorang drpd mereka memberitahu saya bahawa sekiranya ayah say tidak membayar hutang tersebut pihak bank akan melelong barangan dalam rumah . hal itu telah membuat say tidak tidur malam .. say takut sekiranya hal ini terjadi .. saya juga tiada pengetahuan dlm hal ini .. tolong bantu saya .. adakah yang datang ke rumah itu adalah betul ‘org bank’ ??? dan adakah benar barangan dalam rumah akan dilelong sekiranya ayh say gagal utunk membayar hutang yang tertunggak ??? plss help me …:(

  19. Saya ingin bertanya sikit, masa saya bekerja di tempat lama (11 tahun services), saya pernah membuat pinjaman 2x dengan kowaja. Selepas dua tahun membuat pinjaman, saya berhenti di situ dan saya dapat pekerjaan di tempat lain tetapi gaji saya sikit daripada sebelum itu. RCE marketing selaku agen kutip hutang selalu menelefon saya untuk membayar. Saya dah memaklumkan kat agen tersebut yang saya mampu bayar RM 200 saja setiap bulan. Sudah 6 -7 tahun, saya membayar RM 200 tetapi hutang saya masih boleh kurang lagi. Saya sudah minta statement banyak kali tetapi RCE Marketing buat tak tahu saja. Bayar lambat sikit saja, mereka call tempat kerja dan datang beritahu jiran sebelah. Apakah saya perlu membuat untuk mengatasi masalah ini? Perlukah saya kena pergi berjumpa dengan AKPK? Terima kasih, boss.

    • Tuan David

      Berapa jumlah asal hutang? Minta statement DIRECT dengan KOWAJA bukan dengan Agen Kutip Hutang. Resit bayaran semua ada simpan ke? Dalam apa jua institusi kewangan, segala bayaran biasanya akan clear kan jumlah faedah dahulu atau kos kos berkaitan kutipan seprti kos pos, telefon dan sebagainya. Ada balance baru tolak dari jumlah hutang. Kalau jumlah faedah bulanan RM250 dan Tuan hanya bayar RM200, maka hanya RM50 akan ditolak dari hutang asal. Apatah lagi kalau bayar melalui Agen Kutip Hutang pasti ada komisen yang terlibat. Jadi seperti yang saya katakan tadi deal direct dengan KOWAJA. Saluran aduan adalah dengan KPDNKK. AKPK biasanya akan deal dengan institusi kewangan yang dibawah kawal selia Bank Negara. Tapi tak salah untuk cuba bertanya dengan mereka.

  20. salam… saya ada mslh dgn pinjaman kad kredit ayah saya… bank asyik call saya untuk jelaskan hutang ayah saya… ada agen bank call utk lelong brg rumah dan sita rumah dan cakap akan saman saya atas akta penipuan sbb xdpt bank in 10k dlm tempoh 48jam.. di mana sy nk cari 10k dlm 48jam?… so sy biarkn saja sbb sy tahu itu trick mereka.. tp mslhnya meraka xde hantar saman spt yg disebut sdgkn sy sudah suruh mereka hantar.. sy tkt nnti d mahkamah kami akan d saman utk 110k.. sbb kami pnh semak dan bertanya d hong leong bank mereka cakap hutang ayah sy mmg 110k.. pelik la sdgkn kredit limit hanya 5k.. hutang tertunggak dr thn 2003 hingga 2016, 13thn bole mencecah 110k ke?.. kami tidak pnh menerima sebrg surat ttg hutang ayah sy dr pihak bank selama tempoh tersebut.. utk pengetahuan encik ayah saya mengalami minor stroke dan sudah berpencen.. mungkin dsebabkan itu bank call saya untuk menjelaskan hutang… bila saya tanya berapa jumlah hutang mereka kata 110k… tp kredit limit 5k… utk full settlement perlu byr 12k.. kalau x dpt byr 12k perlu byr secara ansuran selama 4thn rm350 sebulan.. bila sy tanya untuk kepastian berapa sebenarnya jumlah hutang ayah saya mereka hanya cakap dlm akaun ayah sy berhutang 110k.. hutang tu last byr thn 2003.. skrg sudah 2016.. mslh nya mereka x nyatakan berapa jumlah sebenar hutang hanya mengatakan full settlement 12k.. adakah saya perlu byr secara ansuran sebyk rm350 sebulan utk 4thn? ataupun biarkan saja sampai surat saman dtg.. adakah kami akan d saman utk jumlah 110k tersebut.. pnh semak d bank negara nama ayah sy bersih tiada hutang sebyk tu.. tp d hong leong bank ada 110k… kami x tahu nk buat apa dh.. harap encik bole bagi nasihat

  21. salam..
    saya ada mslh dgn pinjaman kad kredit ayah saya… bank asyik call saya untuk jelaskan hutang ayah saya… ada agen bank call utk lelong brg rumah dan sita rumah dan cakap akan saman saya atas akta penipuan sbb xdpt bank in 10k dlm tempoh 48jam.. di mana sy nk cari 10k dlm 48jam?… so sy biarkn saja sbb sy tahu itu trick mereka.. tp mslhnya mereka xde hantar writ saman sdgkn sy sudah suruh mereka hantar.. sy tkt nnti d mahkamah kami akan d saman utk 110k.. sbb bila buat semakan d hong leong bank mmg hutang berjumlah 110k.. tp yg peliknya kredit limit hanya 5k.. utk pengetahuan encik ayah saya mengalami minor stroke dan sudah berpencen.. mungkin dsebabkan itu bank call saya untuk menjelaskan hutang… bila saya tanya berapa jumlah hutang mereka kata 110k… tp kredit limit 5k… utk full settlement perlu byr 12k.. kalau x dpt byr 12k perlu byr secara ansuran selama 4thn rm350 sebulan.. bila sy tanya untuk kepastian berapa sebenarnya jumlah hutang ayah saya mereka hanya cakap dlm akaun ayah sy berhutang 110k.. hutang tu last byr thn 2003.. skrg sudah 2016.. mslh nya mereka x nyatakan berapa jumlah sebenar hutang hanya mengatakan full settlement 12k.. adakah saya perlu byr secara ansuran sebyk rm350 sebulan utk 4thn? atau kalau di biarkan adakah bila kami d saman d mahkamah kami perlu membayar utk 110k?

  22. Salam. Saya merupakan penjamin pinjaman peribadi anak saudara. Setelah lebih dari 12 tahun baru agen call beritahu ada tunggakkan. Peminjam ada kerja tapi x tetap. Sekarang agen asyik call.saya suruh bayar..saya pelik sesudah lebih dr 12 tahun kenapa baru skrg saya dihubungi…sdgkan nl telefon.saya x pernah bertukar. Skrh agen asyik call saya. Apa risiko yg akan saya hadapi jika saya x bayar. Saya.x bekerja. Adakah saya.boleh jadi muflis. Bolehkah pasport saya ditahan dari keluar negara.
    peminjam coolkan saya..tp agen asyik call saya..

  23. Assalammualaikum Tuan, saya nak bertanya sesuatu yang agak penting di sini. Sebelum ni, akaun saya pernah kena garnisi sebab payment credit card saya dengan CIMB tak cantik; walaupun saya bayar bulan-bulan. Alasan dorang freeze sebab saya hanya bayar minimum payment kat dorang instead of full payment. So, disebabkan gaji saya masuk CIMB dan kad kredit saya pun bawah CIMB, tu yang dorang freeze akaun saya. Gaji langsung tak leh bawak keluar 🙁 Tapi, tu cerita 3 tahun sudah.

    Sekarang ni saya diganggu oleh debt collector untuk al-rajhi bank. masalahnya, boleh ke akaun bank yang selalu digunakan untuk pembayaran gaji saya ni kena garnisi lagi dengan al-rajhi, sebab saya guna akaun maybank sekarang ni. Mintak jasa pihak Tuan untuk berikan penjelasan pada saya.

    Lagi satu, saya buat pinjaman Islam dari Al-Rajhi untuk makcik saya, tapi sebab atas nama saya, debt collector call and bersikap sangat kurang ajar. Padahal sebelum ni tak penah call pun, dah dekat 8 tahun dah. Number telefon yang saya pakai ni pun, baru lagi. Tak tahu macam mana dorang dapat. Saya suspect menerusi maklumat yang saya furnish untuk permohonan BR1M. Boleh ke macam ni Tuan? Menyebarkan maklumat peribadi kepada pihak2 lain? Lagi satu, hutang saya tu RM7,000 dan sekarang ikut debt collector tu, jumlah dah naik hingga RM10,300. Debt collector kata tindakan sitaan pada harta saya akan dibuat. Kalau tak nak jadik macam tu, saya kena bayar full secepat mungkin. Alternatif lain, kena bayar RM 5,300 dalam minggu ni. Apa perlu saya buat Tuan? Mohon sangat-sangat pencerahan

  24. Assalamualaikum.

    Nak tanya saya ada hutang tertunggak yang agak banyak. Boleh bagi pencerahan cara terbaik untuk restucture payment tak? Better berbincang dengan pihak bank atau akpk?

  25. Assalamualaikum,

    Saya adalah penjamin pinjaman peribadi bank rakyat.
    Pinjaman tahun 2003. Rm9K. Loan tertunggak sejak 2003 juga. Tempoh bayaran sehingga tahun 2009. Peminjam telah mati 2013. Jumlah loan tertunggak rm14k.

    1) agen kutip hutang hubungi sejak ogos 2015. (agen ini ugut2 dan call di pejabat bising2)
    2) bulan november dpt mesej dari sistem mengatakan akan ada wakil bank datang melawat pejabat / kediaman. Untuk elakkan tindakan mahkah dan di sita kena bayar lah tunggakan
    3) bulan disember, 2 orang ejen telah dtg ke rumah mertua saya dan menerangkan tujuan serta dedahkan maklumat hutang kepada mertua
    4) sy telah 3 kali ke bank rakyat dan berjumpa pegawia bank dan menerangkan tentang ejen dan mendapatkan penjelasan
    5) pada 18 disember sy dpt panggilan dari ejen katanya legal ofis yang suruh sy buat loan dgn bank rakyat untuk selesaikan 80% hutang tertunggak peminjam itu

    soalan saya
    1) klu sy tak bayar – nama sya akan disenaraikan hitam ke
    2) boleh ke sy minta pihak bank buat tuntutan kepada waris si peminjam
    3) kenapa baru sekarang bank nak buat tuntutan sedangkan sblm ini tidak cari peminjam
    4) macam mana untuk masa akan dtg supaya sy tidak diganggu oleh pengutip hutang
    5) mcm mana jen kutip hutang ni dpt cari ctc no. sy, adik beradik sy, alamat sya, sedangkan sblm ini x dapat cari alamat peminjam

    Sekian, Tuan, terima kasih jawab soklan sy

    • Wa’alaikumussalam Haza

      Pertama sekali ini adalah hutang lapuk iaitu sudah 12 tahun berlalu semenjak tunggakan terakhir (saya andaikan sejak 2003). Saya tidak pasti jika telah ada tindakan undang undang yang dikenakan terhadap Tuan. Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan. Hmm… “promosi” CTOS tapi tak dapat apa apa pun. 🙂

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Kalau nama ada dalam CTOS maka itu sudah dikira kena “blacklist”. Tentang soalan Tuan:

      1) klu sy tak bayar – nama sya akan disenaraikan hitam ke

      Jawapan seperti diatas tentang CTOS

      2) boleh ke sy minta pihak bank buat tuntutan kepada waris si peminjam

      Boleh tapi bab waris ni biasanya bergantung kepada samada simati meninggalkan harta yang banyak dan adanya pentadbir harta yang telah dilantik. Memandangkan peminjam sudah lama meninggal dunia, besar kemungkinan harta peninggalan simati sudah pun diagih agihkan. Sebab itu jalan yang paling mudah ialah mencari penjamin sebab tuntutan dengan Pentadbir Harta adalah suatu proses yang rumit.

      3) kenapa baru sekarang bank nak buat tuntutan sedangkan sblm ini tidak cari peminjam

      Sebab cash sudah “kurang”. Kena cari jugak hutang hutang yang lapuk

      4) macam mana untuk masa akan dtg supaya sy tidak diganggu oleh pengutip hutang

      Boleh baca kat sini:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

      5) mcm mana jen kutip hutang ni dpt cari ctc no. sy, adik beradik sy, alamat sya, sedangkan sblm ini x dapat cari alamat peminjam

      Diaorang ni biasanya ada “kaki” di telekom, celcom dan syarikat telkomunikasi dan lain lain badan berkanun. Dalam facebook pun boleh cari juga kalau kita baru tukar nama kenderaan, bawak kereta pergi puspakom dan sebagainya. Benda ni susah untuk dibuktikan walaupun melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi. Ini pun ada yang diberitahu kepada saya dan saya tidak berani untuk menuduh sembarangan.

  26. Assalamualikum….
    sy pernah membeli sebuah motorsikal ex5 2nd d k.l..pada tahun 2004 dgn byr muka rm1000 bulan2 rm100 lebih klu x silap sy selama sthun stgah…time 2 umor sy dlm 19 thn..(.budak2 lg x reti nk fikir lg)..sy dan byar slma 3 bulan ja..msok bln ke4 sy blik kedah cari kerja kot kg…jdnya moto 2 sy blik skli la..bln 4 smpai bulan 8 sy x da buat bayaran.. dlm bln 9 moto sy kna curi…bila motor kna curi sy nk g buat report x boleh sbb time 2 sy lesen moto pun x da lg time 2..lg pun sy ingatkan moto kna tarik dgn kedai..pas 2 sy biar la…nk col kedai tnya sy takot..sbb duit moto x byar…lepas 3 4 bulan pihak kedai pun x dak col atau antaq apa2 surat kt sy.. jd sy pu buat x tau la… yg jd masalah la ni bru2 ni ada sorg pompuan col sy..dia bg tau pasai hutang moto ni… dia ckp hutang motor sy dh rm8k lebih..klu x boleh byr dlm msa terdekat… dia akn kna tindakan undang2 makamah hakim apa smua la dia sebut..tut2 dia ckp under AEON..sy bg tau dia x pnh sy buat pjamaan dgn aeon….dan sy ada la betekak dgn dia…last dia bg no fon kedai moto.. dia suh sy col tuk settal…ok…sy col kedai motor ckp dgn bos dia..bertekak la sy dengan bos 2..last sy bg tau klu rm2k sy. Boleh byar tp skit2…klu x nk mg sy x byarr lah…bos kedai motor 2 ckp x boleh kna byar…sy trus letak fon…slang 4 5 hari agen ada col lg..tp sy x jawap…pas 2 trus col bini sy…bini sy ada jwp dn dia ada bg tau sy…tp yg sy pelik cm na geng2 ni leh dpt no fon bni sy dgn no sy…time bli sy msih bujang….skg sy gna no bru..no fon 2004 sy dh lupa apa no sy guna…smpai skrg msih col nk mtak utg…tuan ada cra x sy nk selesaikn hutang sy..tnpa apa2 pembayran atau dlm rm1500 cm 2 ja sy mampu byar…bkn pa tuan geng2 ni dh blaklist nma sy dkt bank ngara….

    Sy mita jasa baik tuan..tolong sy bg idea2 yg boleh sy setttal hutang ni…..

    Minta maaf tuan sy ni x brpa reti sgat buat karangan..hhhehhe

    Harap tuan faham apa yg sy tulis 2…..

    • Wa’alaikumussalam Tuan Nasir

      Pertama sekali perlu ditegaskan bahawa kenyataan “blaklist nma sy dkt bank ngara….” kerana Bank Negara tak blacklist orang. Bank Negara hanya menyimpan rekod pinjaman dan rekodbayaran sahaja yang telah dilapurkan oleh semua Bank bank. Saya tidak rasa tindakan Mahkamah telah dikenakan kerana jumlah hutang yang agak kecil (jumlah RM8K adalah campur faedah yang tidak menasabah apatah lagi menasarawak) dan kos guaman yang agak tinggi yang mungkin tak berbaloi untuk tindakan Mahkamah. Adalah lebih “menjimatkan” untuk menggunakan kakitangan AEON untuk “mengejar” hutang atau upah Agen Kutip Hutang yang akan memberikan berbagai bagai ancaman “maut” untuk menakut nakutkan peminjam.

      Maklumat telefon boleh didapati dari “kawan kawan” dari syarikat telefon yang susah untuk dibuktikan atas dasar “sukarela” atau “ada kira kira”.

      Ada beberapa cara untuk menangani masalah ini:

      1) Kalau boleh bincang dengan baik dengan AEON, iaitu tetapkan bayaran penyelesaian tanpa ada apa apa faedah lanjut dan buat bayaran pendahuluan RM1,500 dan baki buat bayaran bulanan katakan RM300 sampai settle. Pastikan ada persetujuan secara BERTULIS. Kalau AEON tak setuju dan nakkan semua baki, pergi kelangkah (2)

      2) Mohon AEON mulakan tindakan undang undang dengan membuat Notis Tuntutan dan seterusnya failkan Saman diMahkamah. Bila dapat Writ Saman, failkan Notis Kehadiran dan pastikan Tuan hadir sendiri pada tarikh pendengaran kes. Tak perlu kepada peguam. Gunakan pembelaan Akta Had Masa kerana hutang sudah melebihi 11 tahun dari tarikh bayaran akhir dan sekarang baru nak tuntut (tempoh minima 6 tahun) InsyaALLAH Tuan akan menang kes ini dan tak payah bayar satu sen pun. Boleh pulak mintak AEON bayar kos pada Tuan dalam RM300 – RM500. Kalau AEON tak berani nak Saman, pergi ke langkah (3)

      3) Install applikasi Truecaller dan True Messenger di Handphone Tuan. Tuan boleh block semua call dan sms dari Agen Kutip Hutang. Kalau nak melawat rumah pun takpa. Agen tak boleh buat apa apa seperti sita barang rumah dan bekukan akaun melainkan ada Perintah Mahkamah. Kalau nak ada Perintah Mahkamah,kena ada no (2) dulu.

      Saya harap saya sudah menjawab soalan Tuan.

  27. Assalamualaikum tuan,
    Saya pernah mengambil kad kredit Aeon 8tahun lepas. Atas sebab2 tertentu saya tidak dpt meneruskan pembayaran dgn baik. Baki terakhir dalam penyata sebelum kad kredit saya dibekukan dalam rm5200+. Setelah beberapa lamasurat daripada Aeon sudah dihentikan dan interest sudah stop dan baki terakhir pada 2010 dalam rm6500. Disebabkan saya tidak mampu untuk membayar saya biarkan sahaja hutang berkenaan.

    Namun pada tahun lepas saya mengambil inisiatif sendiri untuk memulakan pembayaran Aeon kad kredit saya. Saya mula membuat pembayaran sebanyak rm250 pada bulan pertama. Bulan2 seterusnya saya ada buat bayaran sebanyak rm100,rm250,rm150. Saya membayar dengan tujuan untuk mengurangkan hutang saya tanpa paksaan drp bank mahupun agen pengutip hutang. Namun bayaran yang dibuat tidaklah berkadar tetap.

    Masalah mula timbul apabila ada bulanan yang saya terlewat bayar beberapa bulan sebelum ini. Agen pengutip hutang mula menelefon saya. Saya tak pernah menjawab panggilan agen pengutip hutang tersebut. Saya hanya membuat pembayaran di kaunter Aeon apabila berkesempatan. Masalah lain timbul adalah agen pengutip hutang itu telah menelefon abang saya di kampung dan menceritakan masalah hutang saya. Agen berkenaan menceritakan perihal hutang saya secara detail dan kelewatan saya membayar bulanan. Pada tahap ini saya merasa sangat tidak puas hati dan marah. Abang saya memberitahu bahawa agen yg bernama si polan drp pejabat peguam menyuruh saya membayar secara bulanan tidak kira berapa nilai asalkan bayaran dibuat walaupun rm50 sebulan kerana ini hutang lama yang interestnya sudah tidak ada.
    Satu hal lagi pihak bank dan agen pengutip hutang mendapat no telefon peribadi abang saya disebabkan abang saya pernah menjadi penjamin bagi pinjaman kereta saya. Bolehkah pihak bank memberikan no telefon abang saya sesuka hati kepasa agen pengutip hutang?

    Disebabkan rasa marah saya pergi juga membayar di kaunter sebanyak rm50 sedangkan selama ini saya selalu membayar rm150 atau rm100 sekurang2 nya.

    Selang beberapa hari kemudian saya mendapat pesanan ringkas menyuruh saya menghantar maklumat penbayaran kepada no telefon yg menghantar pesanan terbabit mengenai status pembayaran yg saya lakukan berserta dgn jumlah dan cawangan mana pembayaran tersebut dilakukan. Saya mengabaikan sahaja pesanan tersebut sebab saya pikir saya sudah membayar di kaunter Aeon mengapa perlu saya mengemaskini status pembayaran kepada ejen yang tidak dikenali.

    Setrusnya saya mendapat lg sms drp 2 ejen berlainan dgn nombor berlainan mengenai diskaun 30% jika saya membuat pembayaran penuh. Sms menyuruh saya mengemaskini status pembayaran pun masih diterima yg mana saya abaikan sahaja.

    Minggu lepas ibu saya ada memberitahu ada surat daripada agen pengutip hutang yang menyuruh saya membayar keseluruhan hutang saya dalam tempoh 14 belas hari daripada tarikh. Tetapi surat itu bertarikh 5.10.15. Ibu saya baru terjumpa surat berkenaan. Menjadi kenusykilan mengapa surat itu tidak diposkan kepada alamat rumah saya sedangkan saya telah mengemaskini data semasa membuat pembayaran semula di kaunter Aeon tahun lepas?

    Pada hari ini 3.12.15 seorang agen telah menelefon suami saya yang menyatakan beliau drp mahkamah logistik johor bahru mahu menyita rumah kami dan juga rumah ibu saya di kampung. Surat daripada mahkamah akan dikeluarkan pada pukul 12.30 tengahari ini dan mereka akan terus datang ke rumah saya selepas surat dikeluarkan. Beliau memberikan no surat WSS***. Beliau juga memberikan nombor telefon seorang peguam untuk berbincang akan hal ini. Saya masih tidak menelefon nombor peguam yang diberikan sebab saya rasa macam teraniaya dalam kes ini. Disebabkan saya mengambil inisiatif untuk membayar, jadi hal sebegini pula.

    Saya juga mendapat sms menyuruh saya membuat pembayaran sebanyak rm250 sblm 7.12.15. Mengapa agen pengutip hutang boleh menetapkan berapa bayaran minima yang perlu saya bayar? Sedangkan agen yg menelefon abang saya sekadar menyuruh saya membayar seberapa boleh sahaja???

    Dengan ini saya merasa terlalu banyak tipu daya drp agen2 pengutip hutang ini. Saya mencari-cari maklumat dan terjumpa blog tuan. Saya terus menelefon bank negara untuk bertanyakan berkenaan hal ini. Saya bertanya mengenai adakah agen boleh menyita rumah saya? Saya bertanya mengapa sejak saya membuat pembayaran baru agen2 memburu saya sedangkan selama saya membiarkan hutang berkenanaan tiada yang menelefon saya?

    Jawapan yang diberikan oleh bank negara amat mengecewakan apabila beliau mengatakan bahawa agen pengutip hutang memang berhak menyita rumah saya dengan kebenaran mahkamah dan juga lain agen lain peraturannya.
    Beliau juga menyuruh saya membayar mengikut perjanjian dengan agen pengutip hutang. Tapi saya belum membuat apa2 perjanjian dgn agen berkenaan.

    Penjelasan beliau tidak berapa jelas kerana beliau memberitahu sudah banyak aduan diterima jika penghutang mula membayar hutang, agen2 akan mencari si penghutang. Apabila saya tanya kenapa masa saya tak bayar diorg tak cari??
    Alasan yang beliau berikan hanyalah mungkin mereka memberikan masa dan peluang kepada saya sambil ketawa kecil. Munasabahkan??

    Tolonglah tuan, adakah memang berhak agen pengutip hutang ini menyita rumah saya?
    Adakah proses penyitaan ini langsung tiada surat menyurat? Untuk pengetahuan tuan baki hutang saya sebanyak rm5076.00 setelah setahun saya membayarnya. Saya hanyalah seorang suri rumah dan hanya suami bekerja sekarang. Semua barang2 di rumah saya dibeli oleh suami. Jika benar penyitaan berlaku, adakah barang2 yang dibeli suami juga akan turut disita?? Bagaimana pula dengan rumah ibu saya di kampung? Adakah saya perlu membayar mengikut berapa jumlah yang agen sarankan kerana saya bayar setakat saya mampu sahaja.

    Mohon penjelasan tuan, terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam Puan Ann

      Satu lagi penipuan “kaw kaw” oleh Agen Pengutip Hutang dan pelanggaran Garis Panduan Bank Negara iaitu “Amalan Kutipan Hutang Berhemah” iaitu TIDAK BOLEH mendedahkan butir butir hutang kepada pihak ketiga baik suami, isteri, abang adik maupun majikan. Sila rujuk disini https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/544702999021234/?type=3&theater dan sini http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/08/bahagian-akhir-pendedahan-eksklusif-cerita-agen-pengutip-hutang-debt-collection-agency/

      Dalam bab sita menyita ni, ini adalah modal paling banyak digunakan untuk menakut nakutkan peminjam. Penjelasan saya tentang perkara ini ada disini:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965

      Berkenaan dengan kakitangan Bank Negara yang Puan hubungi itu, adakah Puan mendapatkan nama dan jawatan beliau? Perkara ini boleh diadukan kepada Bank Negara supaya kakitangan mereka bersikap lebih professioanl dan tidak memberi jawapan “bengong” macam tu. Jawapan beliau adalah sangat mengecewakan kerana beliau tidak peka kepada Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Jabatannya sendiri malah memberi fakta yang salah. Agen tiada kuasa untuk menyita kerana mereka hanyalah Agen yang biasanya tak akan keluar modal untuk perbelanjaan Mahkamah. Modal mereka modal air liur, sms dan pergi rumah atau pejabat buat bising aje.

      Bank memang boleh berbuat demikian tetapi perlu kepada prosedur prosedur tertentu seperti Notis Tuntutan Loyar, Writ Saman, Penghakiman dan Pelaksanaan Penghakiman bukan dalam masa 24 atau 48 jam yang selalu diwar warkan oleh Agen Kutip Hutang.

      Jangan bimbang tentang ugutan ugutan kosong Agen Kutip Hutang. Kalau nak berbincang, buat cadangan bertulis dan jangan lupa untuk buat salinan kedua kepada Bank Negara. KAlau malas nak layan Agen Kutip Hutang, install app “Truecaller” dan “true Messenger” di Phone Puan supaya boleh block semua call diaorang ni.

      Layari page saya https://www.facebook.com/ceritahutang/ dan boleh scroll kebawah untuk fakta fakta tentang Agen Kutip Hutang.

      • Terima kasih tuan atas semua penjelasan di atas. Barulah lega sikit hati saya setelah membaca ulasan dan artikel2 tuan di blog ini.
        Terima kasih.

  28. Assalamualaikum. Saya ada kemusykilan. 2 minggu lps saya ada menerima panggilan dari seorang lelaki yang mengaku dari bahagian data bank rakyat. Dia meminta sejumlah rm96K dari arwah suami saya. Sebelum ini arwah suami saya pernah apply loan bank rakyat. sempat byr 10 bulan kemudian meninggal. Dalam aggrement x de penjamin. Dia mintak saya jelaskan sebanyak rm65K. sedangkan dalam aggrement tersebut ada insurans cover. Terkejut la saya. Masa awal2 dia meninggal saya dah pergi tanya kt bank. Kata pegawai insurans yang cover. bbrp dokumen telah dihantar kepada pihak bank. itu tahun 2010 punya cerita. Selepas itu sya hanya dapat satu kali je penyata tahunan. Sampailah sekarang dpt surat collector yg tuntut rm96k tu. Saya dah refer bank rakyat yang suami bt loan tu. Dia orang ckp tuntutan tak lengkap tu sbb insurans x leh cover. dia org mintak saya berurusan sendiri dengan pihak etiqa. Hari ini 2/12/2015 saya dah rujuk pihak etiqa takaful kat bangsar tu. Dia org explain saya x boleh buat tuntutan coz itu adalah keje bank. Saya agak ralat la np tuntutan itu ditolak adalah kerana ada dokumen iaitu statement of doctor examiner x lengkap. kenapa awal2 tu pihak bank x hubungi saya atau majikan suami saya untuk dapatkan report tersebut. pihak bank ada bagi pd saya surat untuk dibawa kepada pihak etiqa. Rupa2nya dh 3 kali pihak etiqa bg reminder. Maknanya pegawai tu la yg lepas tangan. Mlm2 pn colleactor tepon saya mengatakan klu etiqa cover pn dlm rm7k je. Pandai dia kn. Pdhl etiqa takaful ckp dia org akan cover semua klu ada semua dokumen yang dia nk. Esok nk g jumpa pengurus cawangan. Mana nak amik duit sebanyak itu. Sedangkan saya membela ank2 yatim skrg ni. Mohon bagi jalan keluar

    Soalan saya:
    1) Adakah mereka boleh menyaman saya dan isytihar saya bankcrupt
    2) Perlukah saya membuat pembayaran itu
    3) nak menghadapi panggilan telefon yang mengaku dari bank rakyat. Malam-malam pun kacau
    Nama orang tu en. amirul 0178892003 dan no opis 03-261296039//03-28472400/03-20359420

    • Wa’alaikumussalam Puan Rohani

      Seseorang pegawai yang bertanggungjawab akan segera menghubungi pihak insurans (jika ada cover) bagi menyelesaikan hutang Bank iaitu majikannya. Proses menulis surat atau menghubungi Insurans dan juga waris peminjam SEPATUTNYA dijalankan oleh Pegawai Bank dan perkara ini sepatutnya sudah pun selesai. Pihak Insuran pulak tidak perlu berdolak dalih kerana ia juga adalah tanggungjawab mereka dan jangan hanya seronok “baham” premium sahaja dan akhirnya yang menjadi mangsa adalah para peminjam yang menyangkakan semuanya “ok”.

      Saya berpendapat bagi Bank atau Agen Kutip Hutang untuk mendapatkan hutang tersebut melalui tindakan Mahkamah akan memakan masa yang lama dan proses yang rumit. Adakah Arwah suami mempunyai harta dan hartanah yang perlu kepada Pentadbir Amanah seperti Amanah Raya? Jika tiada tidak banyak yang boleh dibuat selain dari mengupah Agen Kutip Hutang yang kerjanya hanya menakut nakutkan peminjam atau waris peminjam dengan ugutan tindakan Mahkamah yang mungkin dia sendiri tidak faham kerana banyak komplikasi kerana bab harta pusaka dan hartatanah akan ada pertindanan antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Eloklah Puan siasat perkara ini dengan pengurus Bank kerana pada saya terdapat faktor kecuaian dari pihak Bank dan Insuran melainkan mereka boleh membuktikan sebaliknya dengan dokumen dokumen yang sahih sebagai bukti. Kalau ada unsur penganiayaan, kita boleh bongkar dan viralkan supaya tindakan boleh diambil.

      Tak payah layan pun Agen Kutip Hutang ni. Macamana dia nak buat Puan Bankrap jika nama Puan takda dalam agreement tu? Dia kalau nak saman, buat permohonan kepada Pentadbir Harta (kalau ada) dan kalau ada dan sudah dibahagi bahagikan pun, ia akan memakan masa dan proses yang lama. Dia Agen Kutip aje, dia tak boleh ambil tindakan tersebut tapi Bank boleh tapi itulah hakikatnya. Kalau terbukti kecuaian Bank, kita boleh highlightkan perkara ini supaya orang ramai tidak tertipu dengan janji palsu “kalau meninggal insurans cover” dan inilah bukti yang kita perlukan. Kalau tak nak diganggu, install App Truecaller dan True Messenger kat phone supaya boleh block semua call dan sms mereka. Jangan bimbang, InsyaALLAH boleh selesai. Rujuk semula disini hasil perbincangan dengan Bank.

      Oh ya, bila tarikh akhir bayaran? Ini penting untuk melawan tindakan Mahkamah kalau betul diaorang nak Saman. Sila bagi haribulan yang tepat.

      • Pentadbir harta telah membahagiakn semua harta dan aset arwah dan diletakkan atas nama saya dan anak-anak. Yang saya hairan tu dah 5 tahun berlalu baru dia orang nak tuntut. Bila saya tanya pada agen tu dia cakap sebab dia punya aggrement belum matang tu sebb tak boleh tuntut sebelum tu. 15/12/2015 ini adalah tarikh akhir pembayaran mengikut kata orang tu la. Dia cakap pada saya lain kali kalau tak nak bayar jangan berhutang. 2 hari lepas saya follow up jgk dgn bank. x boleh claim insurans coz x alau la dulu pihak bank cakap ada dokumen yang missed kn senang. Saya terus direct je ke hospital kt Kota kinabalu. Suami saya meninggal kat sana semasa outstation. aduhai klu sekarang ni boleh dapat ke tidak report doktor tu. Terima kasih banyak2 ats pndangan dan nasihat yang diberikan. InshaAllah saya akan rujuk kes ini semula kepada pihak bank.

        • Puan Rohani

          Ni skrip mana pulak:

          “Bila saya tanya pada agen tu dia cakap sebab dia punya aggrement belum matang tu sebb tak boleh tuntut sebelum tu. 15/12/2015 ini adalah tarikh akhir pembayaran mengikut kata orang tu la. “

          Kalau dah overdue memang boleh tuntut bila bila masa tak payah tunggu matang konon. Ni Agen Kutip Hutang yang sama yang ada skrip “Dia cakap pada saya lain kali kalau tak nak bayar jangan berhutang”.

          Yang saya tanya tarikh akhir tu ialah bila TARIKH AKHIR BAYARAN dibuat oleh Arwah suami Puan? Sebelum ni ada tak surat menyurat dari Bank atau pihak Insuran meminta dokumen dokumen yang diperlukan untuk membuat claim? Setahu saya benda ni straight forward aje tak tahu la pulak kalau ada syarat syarat lain yang ada dalam perjanjian insuran tu dengan Bank. Kalau ada kecuaian, kita kena highlightkan supaya tidak terkena pada orang lain. Biasala bila masa pinjam semua “ok” kalau meninggal Insuran cover bila meninggal panjang pulak cerita. Saya faham tentang prosedur tapi selain dari bunuh diri, kalau meninggal ertinya meninggallah. Medical report boleh refer kat hospital balik.

          Saya tak boleh komen banyak banyak kerana perlu juga bersikap adil kepada pihak Bank dan Insuran tentang apa sebenarnya yang berlaku. Kita nak selesaikan masalah aje. Sila bagi feedback nanti.

          • Tarikh akhir arwah suami saya bayar 14/12/2010. Dapat penyata pd 2/1/2011. Surat dari pihak langsung x de. Seingt saya, ada sekali saya refer pihak bank n then dia orang bg borang yang perlu diisi oleh doktor yang telah merawat arwah kat kk tu. Jd borang tu saya dah bagi pd majikan arwah. Saya terus bwk apa yang dia orang nak tu ke pejabat arwah. Pejabat arwah yang uruskan semua. Ingatkn perkara tu dh settle. Rupanya bila saya refer kt bank 2 hari lepas borang tu masih kosong n saya x diinform pn yang mmg kna guna borang tu wpn report doktor telah dibuat. Majikan arwah pn x dimaklumkan hal tersebut. Saya tgk fail arwah pihak etiqa dah bg 3 kali reminder pd bank. Tapi saya agak ralat kenapa pihak bank x inform pn pd saya. At least pd tahun tersebut iaitu thn 2011 tu boleh la saya direct ke sabah. Pihak bank pn mmg mengaku kesilapan dia. Tetapi knp pihak bank x melaporkan kepada hq bank rakyat bhw suami saya telah meninggal.
            Sekarang saya akn usaha dapatkan semula report tu kt kpj medical centre n hospital queen elizabeth hospital. Then baru nak bwk ke bank rakyat n then mintak dia org buat claim semula.

  29. Assalamualaikum En,

    Saya telah menerima satu panggilan daripada Bank Rakyat, yang mana saya dapati mereka adalah ‘agen pengutip hutang’. Akaun tersebut adalah akaun suami saya yang berjumlah RM52k…. Pada bulan 6 saya telah menjelaskan sebanyak RM10k dan mereka menyatakan baki sebanyak RM42k akan dibayar secara bulanan. Namun demikian berlaku sedikit kelewatan bayaran kerana gaji suami saya dipertengahan bulan.

    Pihak tersebut meminta kami menjelaskan sebanyak RM 12,300 pada hari ini kerana tidak mengikut syarat (akibat kelewatan beberapa hari dikatakan melanggar perjanjian) dan menyebabkan rumah dan barangan akan disita. Setelah saya membaca blog ini, saya meminta mereka mengemukakan 1. LOD 2. Writ saman 3. Salinan penghakiman dan 4. Notis kebankrapan. Mereka menyatakan salinan notis penghakiman akan diserahkan pada alamat berdaftar hari ini dan menuntut bayaran penuh iaitu sebanyak RM42K

    Adakah proses tersebut berjalan ? ataupun hanya ugutan?
    Adakah kami perlu menjelaskan bayaran penuh 42K dan bukan secara bulanan?
    Sekiranya notis tersebut diserahkan, adakah mereka boleh menyita rumah saya?

    • Wa’alaikumussalam Kecewa

      Ini semua TEMBERANG Agen Kutip Hutang.

      Soalan saya:

      1) Adakah alamat sekarang sama dengan yang ada di Rekod Bank?
      2) Jika sama, sudah semestinya Puan atau suami Puan sudah menerima LOD, Writ Saman dan juga Salinan Penghakiman.
      2) JANGAN BAYAR apa apa hari ini. Kalau dia call juga nak “hantar” salinan Penghakiman, katakan Puan akan pergi sendiri ke Bank Rakyat untuk mendapatkan salinan Penghakiman tersebut.

      Ini proses ringkas tindakan undang undang:

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Tentang bab sita menyita ini, sila baca tentangnya di:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965

      dan juga baca artikel ini:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

      • Terima kasih di atas jawapan dari pihak tuan. sekiranya saya masih membayar bulanan seperti sediakala, adakah proses tersebut akan berjalan juga?

        • Puan Kecewa

          Pergi ke Bank Rakyat terus dan buat cadangan pembayaran dan dapatkan pengesahan bertulis dari BANK RAKYAT dan kalau mereka suruh negotiate dengan Agen, sila buat aduan kepada Bank Negara. Perjanjian adalah dengan Bank dan Bank hanya melantik Agen untuk kutip hutang. Tak pun, cuba apply dengan AKPK dan kalau diluluskan TIADA gangguan dari Agen Kutip Hutang lagi.

  30. jika berlaku gangguan atau ugutan dan kita mempunyai bukti rakaman suara atau lisan,video kepada siapa harus kita buat aduan?polis atau bank negara?

    • Assalamualaikum Riduan

      Buat aduan rasmi ke Bank Negara. Kalau ugutan yang merupakan ancaman kecederaan diri dan keluarga, buat repot polis dan kepilkan repot bersama aduan ke Bank Negara

      • Askum ..

        Saya adalah peminjam loan peribadi bank rakyat .pinjaman pada tahun 2006 sebanyak 24k selepas itu saya tidak berkerja pada tahun 2009 serta tidak ada membuat pembayaran balik dalam tempoh tersebut sebab saya tidak mempunyai pekerjaan dalam tempoh tersebut .saya pernah merujuk kepada bank tersebut macam mana hendak buat pembayaran balik sbb saya hanya berkerja biasa2 sahaja … tapi pihak bank tidak ada menasihati saya balik sebalik nya pihak bank menyuruh saya membayar dengan jumlah yang besar… Stat bulan 9 2015 pihak agent dari bank tersebut menelifon saya dan meminta saya membayar wang sejumlah 10k pada hari tersebut saya menyatakan pada mereka saya tiada wang senbanyak itu.Tiap2 hari mereka mendesak saya menbayar sejumlah wang agar pihak mereka tidak pergi ke pejabat mahupun rumah saya.pada bulan 10 2015 saya membayar wang sejumlah 3k atas akaun saya .selepas 1 minggu berlalu pihak agent mendesak saya membayar lagi Rm900 lagi sampai ke hari ini …pada hari ini pihak agent mendesak saya membayar 5k agar pihak mereka tidak mengeluarkan surat kebankrapan serta mereka tidak pegi ke rumah atau pejabat saya serta akaun saya dibekukan dalam masa 24jam…. saya dah tidak tahu hendak berbuat apa… saya dah pegi ke bank tersebut untuk berbincang tapi pihak bank memberitahu mereka tidak dapat masuk campur kerana akaun tersebut telah diserahkan kepada HQ bank tersebut.. Pihak bank tersebut ada memaklumkan bahawa pihak agent akan mengambil langkah agak kasar untuk memungut hutang disebabkan mereka ada peraturan mereka sendiri… kalau membuat laporan polis sekalipun tidaka ada guna nya disebabkan mereka ada peraturan mereka sendiri…ini yang dikatakan oleh pihak bank kepada saya… saya hendak berbincang dengan pihak akpk tapi pihak bank menyatakan tiada gunanya lagi…Apa yang patut saya lalukan sekarang

        • Wa’alaikumusaalam Mia

          Berkenaan dengan:

          ” Pihak bank tersebut ada memaklumkan bahawa pihak agent akan mengambil langkah agak kasar untuk memungut hutang disebabkan mereka ada peraturan mereka sendiri… kalau membuat laporan polis sekalipun tidaka ada guna nya disebabkan mereka ada peraturan mereka sendiri…ini yang dikatakan oleh pihak bank kepada saya…”

          Ini adalah kenyataan yang tidak bertanggung jawab dari pihak Bank samada betul betul bengong pasal undang undang atau sengaja lepas tangan pada Agen Kutip Hutang. Bank Negara ada mengeluarkan Garis Panduan Etika Kutipan Hutang Adil/Berhemah yang mana Bank dan Agen boleh diambil tindakan oleh Bank Negara jika melanggar etika yang telah ditetapkan. Kalau benar bagai dikata, maka Bank atau staff Bank telah menipu dan menggalakkan Agen supaya menyalahi peraturan. Atau pun yang dikatakan sebagai “pegawai Bank” itu adalah sebenarnya Agen Kutip Hutang! Menyamar memang perkara biasa bagi diaorang. Jadi Loyar, “Mahkamah”, Tuan Haji, Puan Hajjah, Datuk, Datin dan ada juga menyamar jadi Pegawai Polis. Benda ini sudah boleh diadukan kepada Bank Negara.

          Sila lihat post ini:

          http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/02/pendedahan-eksklusif-bahagian-1-cerita-agen-pengutip-hutang-debt-collection-agency/

          Lihat juga poster ini:

          https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/544702999021234/?type=3&theater

          Kalau diikutkan, kalau tarikh akhir bayaran pada tahun 2006 dan jika tiada tindakan undang undang oleh Bank atau Penghakiman didapati sehingga tahun 2012, maka apa jua tindakan undang undang akan terhalang oleh Akta Had Masa. Malangnya Mia telah membuat bayaran pada tahun lepas maka Mia telah “menghidupkan” semula hutang tersebut. Pada pandangan saya Mia masih boleh meminta bantuan AKPK. Tidak salah mencuba. Nampaknya orang Bank ini “Penyokong tegar” Agen Kutip Hutang kerana ayat “minta tolong AKPK tiada guna / kena blacklist / sudah terlambat” adalah antara ayat kegemaran Agen Kutip Hutang yang tahu kalau dah ada program AKPK mereka dah tak boleh kacau lagi.

          Pernah kah Mia menerima Surat Tuntutan, Writ Saman atau telah ada Penghakiman Ingkar yang telah dijatuhkan? Kalau tidak pasti, semak dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

          Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

          Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

          http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

          Dan fahami tindakan undang undang yang sebenar:

          1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

          2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

          3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

          4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

          Tengok juga kat sini pasal Agen Kutip Hutang:
          https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/566181233540077/?type=3&theater