EDISI KANTOI AGEN PENGUTIP HUTANG DAN CONTOH MENEPIS GEMPAQ MEREKA 4 Comments


Hari ni saya dapat satu “screenshot” smartphone yang dipaparkan dibawah ini:

mesejagentipu

Saya juga dapat sambungan dari perbualan “mesra” diatas tetapi tiada “screenshot” pulak. Jadi dibawah ini sambungan dialog dengan “gambaran” saya sendiri. Perbualan adalah benar dan tidak diedit sama sekali.

 

agencYwhatsapp

 

ULASAN

Kita lihat “Rangkap Pembukaan” atau “Muqaddimah” mesej Agen Pengutip Hutang diatas:

PERHATIAN! satu (1) Pertuduhan Mahkamah akan difailkan atas Nama: Si Fulan bin Si Fulan
No k/p : ABCDEF -XX-GHIJ
Tuduhan Kes DIBAWAH AKTA PENGHUTANG 1957 (256) dilampirkan bersama AKTA 197 PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956 SUBSEKSYEN (1) AKTA (2) Harap Maklum.

Mula mula nampak “ok”lah sikit sebut Akta Penghutang sebab ada jugak kena mengena tapi bila “dilampirkan bersama” pulak dengan AKTA 197 PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956 SUBSEKSYEN (1) AKTA (2) apa ada kena mengena? Apa ada kena mengena Pendaftaran Perniagaan dengan Hutang diatas? Subseksyen (1) daripada Seksyen mana? Akta (2) ada kat mana dalam Akta 197? Nak menipu pun patut patut la. Melainkan saya salah, inilah Akta yang disebut dalam mesej tersebut. Mungkin saya silap jadi Tuan Tuan boleh semak sendiri kut kut ada Subseksyen yang disebutkan:


 
Kita lihat pula kenyataan seterusnya:
 

Proceeding WSS (WRIT SEAL AND SALE) iaitu PENYITAAN DAN LELONGAN

 
Bak kata watak “Ravi” dalam siri TV “Pi Mai Pi Mai Tang Tu” “sudah tukar ka sekarang?”. Yang saya tahu WSS ialah Writ of Seizure and Sale. Bila pulak tukar jadi “WRIT SEAL AND SALE”?

 
Yang ini pulak:

 

DIAAMAT TERKINI AKAN DILAKUKAN SERTA MERTA DALAM TEMPOH 24 JAM DI PREMIS ANDA SETELAH MENDAPAT KELULUSAN DARI PIHAK MAHKAMAH KERANA INGKAR PERJANJIAN YANG DIPERSETUJUI BERSAMA DENGAN PIHAK PLAINTIF KAMI.

 
Ejaan pun salah “DIAAMAT”. Kena potong markah dengan Cikgu Bahasa Melayu. WSS “SERTA MERTA DALAM TEMPOH 24 JAM DI PREMIS ANDA SETELAH MENDAPAT KELULUSAN MAHKAMAH?” Bank kalau nak buat WSS dia akan buat senyap senyap baru “syok”, ada unsur “surprise” dan “kejutan” bukan pukul canang macam ayam betina nak bertelur. Bagi pulak masa 48 jam. Kalau ada yang percaya habis barang kena angkut bawak tempat lain dan yang tinggal barang barang buruk aje yang memang nak buang atau jual kat orang beli barang lusuh. Masuk akal ka?

 

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI UNIT GUAMAN UNTUK KETERANGAN LANJUT. BAHAGIAN TINDAKKAN UNDANG2, Puan Nora / Tuan Zahari / En. Adam. Ditalian 03-78855302/324. Drpd TETUAN PROCLASS & PARTNER.Harap Maklum

Kalau macam ni punya mesej kita pun “maleh” atau “tak kuasa” nak “mengontek” apa yang dipanggil “UNIT GUAMAN” yang akan menambah lagi TEMBERANG tentang “PROSEDUR UNDANG UNDANG” yang mereka reka sendiri. Nama pun “macam” Loyar tapi bukan Loyar. Seperti yang saya katakan sebelum ini dalam Artikel ini:

http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/02/pendedahan-eksklusif-bahagian-1-cerita-agen-pengutip-hutang-debt-collection-agency/
 
Petikan dari Artikel diatas:

“Kebanyakan mereka menggunakan nama nama yang nampak dan berbunyi seperti Firma Loyar/Guaman seperti Koo, Tip, Hoo Tang & Partners, Loo Hoo Tang & Co danGoon & Associates iaitu nama nama yang tampak “professional”. Yelah, takkan nak guna nama yang melambangkan perniagaan (yang selalu disarankan SSM untuk mencerminkan kegiatan perniagaan) seperti Lu Tak Bayar Gua Kutip Enterprise,  Bayor Lah Yop Sdn Bhd, Kami Takmau Cerita, Kami Nak Sita dan seumpama dan sewaktu dengannya.”

 

Ini satu lagi:
 

(PENDAFTARAN KES DIMAHKAMAH MAJISTRET AKAN BERKUAT KUASA SERTA MERTA SELEPAS 48 JAM JIKA TIADA MAKLUM BALAS DARIPADA PIHAK TUAN/PUAN BERHUBUNG DENGAN PERKARA DIATAS DARI TARIKH MESEJ INI DIKELUARKAN)

Nak failkan apa apa pun kat Mahkamah kena ada prosedur tertentu seperti proses e-filing dan pengeluaran resit dan pengeluaran salinan yang disahkan dan dimeterai (yang mana berkenaan), bukan main suka hati dia nak “BERKUAT KUASA SERTA MERTA”. Tutup sekolah sebab jerebu atau Tol naik bolehlah SERTA MERTA macam tu. Kuat betul menipunya.
 
Saya mohon pihak Bank atau Agensi Pengutip Hutang supaya memberi latihan tentang prosedur undang undang yang betul kepada staff mereka. Ini bukan perkara main main. Ini sudah menyalahi Garis Panduan Bank Negara dan akan kembali “menggigit” Agensi Pengutip Hutang dan Bank yang mengupah mereka.
 
Jadi kalau kena gantung atau “blacklist” dari mengutip hutang oleh Bank atau Bank Negara, jangan salahkan orang lain, tapi salah diri sendiri kerana tidak memberi pengetahuan yang mencukupi bagi kakitangan mereka. Hantar pulak mesej kat orang, kena umpan dengan jawapan yang berunsur provokasi, mula nak meroyan dan akan merosakkan reputasi syarikat yang mereka wakili.
 
Tentang “perbualan” seterusnya saya nak ulas sedikit iaitu ungkapan ungkapan berikut:

Pergi lah. Digalakkan dan dipersilakan. Dlm report polis tu tulis. Sy buat pinjaman berpuluh-puluh ribu dan sy xnak bayar, sy sedia properties sy disita dan sy sedia dibankrupkan selepas mendapat arahan mahkamah. Undang-undang bkn ada function pun bab2 hutang xnak bayar ni, tulis la mcm tu dlm report polis kalau encik rasa encik lah yg amat bijak laksana umpama CEO Bank Negara. Dipersilakan dan digalakkam

 
Hmm… Bank Negara ada CEO? Sudah Tukar ka Sekarang?
 

Kenapa? Sblm ni x pernah ada mana2 pihak yg memaklumkan berkenaan hutang Alliance ke? Tidak mengetahui sama sekali berkenaan hutang Alliance ke? Tidak pernah tau Malaysia ada undang2 ke?

Dia sendiri pun tak reti undang undang. Ini ciri ciri orang yang sudah mula hilang sabar dan akan merapu dan mengatakan sesuatu yang tidak sepatutnya..

 

Sekarang, kerana kebiadapan encik. Sy akan personally will follow ur debt with alliance dan sy sendiri akan memastikan urusan pembankrapan encik dijalankan dengan kadar segera.

 
Kan saya dah kata, akhirnya kerana geram dengan tindakbalas “selamba”land kawan kita, maka Agen mengeluarkan “ugutan” manja. Fuh! Ganaz tu. Sebenarnya yang membuat keputusan untuk memBankrapkan sesiapa BUKAN keputusan Agen tetapi Bank. Tidak dinafikan Bank boleh berbuat demikian tetapi yang pasti kalau aduan rasmi dibuat oleh Peminjam dan lain lain peminjam yang mendapat mesej TEMBERANG yang sama juga membuat aduan, silap silap dia ni yang “pi” dulu.
 
Kesimpulannya, seperti yang telah saya paparkan dalam Artikel PANDUAN UNTUK MENANGANI AGEN PENGUTIP HUTANG, anda semua perlu tahu undang undang dan sentiasa bersikap tenang dan tidak gentar dengan ugutan ugutan kosong mereka. Rakamkan perbualan dan kalau ada dalam Whatsapp atau sms lagi bagus kerana ada bahan bukti. Dan apa yang dihantar oleh kawan kita adalah buktinya.

BUAT ADUAN RAMAI RAMAI supaya lebih OOOMPH!

 


Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

4 thoughts on “EDISI KANTOI AGEN PENGUTIP HUTANG DAN CONTOH MENEPIS GEMPAQ MEREKA

  • zullfaqar

    Salam tuan, mohon bantuan khidmat nasihat.

    Sy ada buat pinjaman peribadi di Bank Rakyat, dengan tempoh pembiayaan selama 9tahun. Saya telah membayar dgn baik selama 3-4tahun. Segalanya bermula selapas sy kehilangan pekerjaan pd pertengahan 2014. Setelah kahilangan pekerjaan sy tidak lg membayar pinjaman tersebut. (dlm tempoh xde keje, sy kije kampung utk bg mkn anak bini). Sy tidak bekerja sehingga June 2016.

    June 2016 sy dapat tawaran bekerja semula, namun pada saat sy dapat tawaran kerja, rumah ibu sy d kunjungi oleh sekumpulan mereka yg memperkenalkan diri “wakil dr Bank Rakyat” untuk berjumpa sy berkenaa hutang sy. Malangnya pd masa sy tiada di rumah (sy dh ke pahang sbb nk lapor diri, manakala rumah ibu bapa sy d kelantan).

    Mereka memberitahu ibu sy berkenaan tujuan kedatangan mereka yang mana untuk menuntut hutang dn menyita rumah ibu bapa saya atas sebab hutang sy. Ibu sy memberitahu yg rumah dn tanah tersebut bkn atas nama sy. Merela tetap mengatakan mereka berhak menyita di sebabkan di dalam penjanjian pinjaman tersebut sy gunakan alamat IC rumah tersebut, dn mereka berkuasa untuk menyita rumah dn barangan di dalam rumah. Mereka juga memaklumkam yang sy akan di kenalan tindakan bankrupsi. Mereka memaklumkan kepada ibu sy yang sy perli menjelaskan tunggakan sebanyal RM15 000 terlebih dahulu dalam tempoh 4hari bagi pihak bank mempertimbangkan dan menarik balik tindakan WSS dan Bankrupsi ke atas sy.

    Ibu sy yg amat bimbangkan sy kerana sy br saje dapat kerja dan takut sy kehilangan pekerjaan lagi jika sy berdepan tindakan oleh pihak bank tersebut. Dan menyuruh sy menjelaskan hutang sy.

    Selepas rundingan dengan mereka, sy menjelaskan RM3000 pada jun 2016(pinjam dr kwn2)dan berjnaji akan mulakan pembayaran semula sedikit masa lg kerana sy dh pn dpt keje.

    Dek kerana sy br saje bekerja dan banyak juga sy perlu dahulukan seperti deposit sewa rumab dan lain-lain sy hanya membayar rm500 sebulan dr jumlah pembiayaan sebenar rm900. (Bln 7&8 sy xdpat byt sbb dok byr deposit sewa rumah, bln 9&10 sy bayar rm500 sebulan)

    Beberapa bulan berlalu, mereka sekali lagi datang ke rumah ibu bapa saya memberitahu untuk menyita rumah kediamaan ibu sy kerana sy pembayaran sy tidak mencapai limit yabg mereka nak.

    Sy cuma perluka masa sedikit utk setel down dlu semua termasuk mslh rumahtangga sy br lah sy boleh sy bayar semula sperti installment pnjaman sy. Namun dlm masa terdekat ni sy cuma akan bayar rm500. Sekiranya sy x byr dgn jumlah sebenar installment sy:

    1. Bolehkah mereka menyita rumah ibu bapa sy?
    2. Apakah tindakan yg sy perlu ambil?
    3. Adakah mana2 firma yg sy boleh rujuk?

    Ni nombor sy, 011 10515405 sekiranya tuan dapat bantu berikan khidmat nasihat.

    Segala jasa baik tuan, sy amatlah hargai dan sy doakan semoga tuan di murahkan rezeki dn d permudahkan segala urusan tuan. Hanya Allah yg dapat membalas jasa baik tuan.

    Sekian..
    Wassalam