ADOI! KANTOI LAGI. KES AGEN KUTIP HUTANG MENGAJI TAK ABIH 2 Comments


LAGI CERITA AGEN KANTOI DAN KURANG AJAQ…

WAHAI AGENSI PENGUTIP HUTANG! BERILAH LATIHAN SECUKUPNYA KEPADA STAFF ANDA SEBELUM MEREKA MEMALUKAN SYARIKAT ANDA DENGAN FAKTA FAKTA BOHONG MALAH MENUNJUKKAN BETAPA MEREKA SENDIRI TIDAK ARIF TENTANG TINDAKAN UNDANG UNDANG.

INI ZAMAN INTERNET, ABANG GOOGLE KAN ADA..

Kita tengok screenshot ini:

kantoilagi

Ayat pertama kira oklah macam biasa. Ayat Kedua:

“Pihak Bank boleh mengambil tindakan CCRIS serta tindakan WSS (sita) jika tunggakan tidak dijelaskan sebelum tarikh yang ditetapkan”

Tindakan CCRIS? Bank tidak perlu ambik “tindakan CCRIS” kerana setiap orang yang ambik loan, Bank Bank MESTI hantar lapuran ke Bank Negara setiap bulan tentang “kelakuan” peminjam mereka. CCRIS ialah (Central Credit Reference Information System) iaitu pengkalan data yang dikawal selia oleh Bank Negara dan akan memberikan rekod peminjam pada tempoh 12 bulan yang terkini termasuk tindakan undang undang yang telah diambil pada tempoh tersebut. Ia dibuat secara auto tak kira bagus atau tidak peminjam tu.

Lepas tu kononnya nak ambik tindakan WSS. Dia faham ke apa ke bendanya WSS tu? Cuba sebut pelan pelan… “Double You Ass Ass” dah bunyi macam mencarut pulak. Ini boleh masuk kategori bahasa kesat yang menyalahi Garis Panduan Bank Negara ni… 🙂

Belajorlah dik, apa jua tindakan undang undang mesti ada Penghakiman dulu. LOD – WRIT SAMAN – PENGHAKIMAN. Jangan main hentam ikut suka aje. Rajin rajinlah membaca kalau tidak jadi bahan ketawa dan menjatuhkan martabat syarikat yang anda wakili dan memungkinkan syarikat anda diambil tindakan oleh Bank Negara.

Saya cuma bagi nasihat supaya “ketidakcerdikan” tidak lagi terserlah, jangan nak marah marah sebab salah sendiri macam apa yang dikongsikan oleh seorang kenalan saya. Agen dah kantoi dan bila kena kutuk mula bebahasa kasar. Biar gambar berbicara:

KANTOICOMBINE


Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

2 thoughts on “ADOI! KANTOI LAGI. KES AGEN KUTIP HUTANG MENGAJI TAK ABIH

  • fahizal

    Assalam En Amar,

    Mohon pendapat dan pandangan tuan,

    Saya ada membuat perjanjian sewa beli kenderaan pada tahun 1997, dan pada tahun 1998 kereta terlibat dgn kemalangan teruk..
    sejak dari itu saya tidak membuat ansuran bulanan.. tetapi nama saya tidak tiada dlm ccris dan ctos malah saya boleh memohon pinjaman lain..namun awal februari 2016 saya telah dihubungi oleh agen yg dilantik oleh pihak bank untuk selesaikan tunggakan yg berjumlah 50k..dan akan notis bankrap sekiranya tidak menjelaskan tunggakan tersebut..baru2 ini saya ade check ccris dan nama saya dlm pemerhatian khas.
    Saya ingin tahu adalah perjanjian sewa beli ini masih boleh digunapakai walaupun sudah melebihi 15 tahun..mohon pandangan tuan

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Fahizal

      Kalau belum buat semakan CTOS terbaru saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Kalau tak ada kena refer balik ke pihak Bank. Buat pertanyaan tentang jumlah baki yang sebenar dan status tindakan undang undang. Kalau tiada tindakan undang undang dikenakan sejak dari 1998 maka Bank tiada hak mengambil tindakan undang undang tapi tidak menghalang mereka dari mengupah Agen Kutip Hutang, Kalau ada Penghakiman sekalipun kalau 12 tahun sudah berlalu ianya “tidak laku” lagi.

      Kalau situasi seperti diatas, maka ugutan Bankrapsi adalah ugutan kosong semata mata seperti TEMBERANG Agen Kutip Hutang yang lainnya. Apapun, buat semakan diBank dan BUKAN dengan Agen tersebut. Kadang kadang Bank pun dah tak ada rekod tu. Cara menangani Agen Kutip Hutang, boleh refer kepada website dan page saya.