Monthly Archives: October 2015


2 Comments
LAGI CERITA AGEN KANTOI DAN KURANG AJAQ… WAHAI AGENSI PENGUTIP HUTANG! BERILAH LATIHAN SECUKUPNYA KEPADA STAFF ANDA SEBELUM MEREKA MEMALUKAN SYARIKAT ANDA DENGAN FAKTA FAKTA BOHONG MALAH MENUNJUKKAN BETAPA MEREKA SENDIRI TIDAK ARIF TENTANG TINDAKAN UNDANG UNDANG. INI ZAMAN INTERNET, ABANG GOOGLE KAN ADA.. Kita tengok screenshot ini: Ayat pertama kira oklah macam biasa. Ayat Kedua: “Pihak Bank boleh mengambil tindakan CCRIS serta tindakan WSS (sita) jika tunggakan tidak dijelaskan sebelum tarikh yang ditetapkan” Tindakan CCRIS? Bank tidak perlu ambik “tindakan CCRIS” kerana setiap orang yang ambik loan, Bank Bank MESTI hantar lapuran ke Bank Negara setiap bulan tentang “kelakuan” peminjam mereka. CCRIS ialah (Central Credit Reference Information System) iaitu pengkalan data yang dikawal selia oleh Bank Negara dan akan memberikan rekod peminjam pada tempoh 12 bulan yang terkini termasuk tindakan undang undang yang telah diambil pada tempoh tersebut. Ia dibuat secara auto tak kira bagus atau tidak peminjam tu. […]

ADOI! KANTOI LAGI. KES AGEN KUTIP HUTANG MENGAJI TAK ABIH


4 Comments
Hari ni saya dapat satu “screenshot” smartphone yang dipaparkan dibawah ini: Saya juga dapat sambungan dari perbualan “mesra” diatas tetapi tiada “screenshot” pulak. Jadi dibawah ini sambungan dialog dengan “gambaran” saya sendiri. Perbualan adalah benar dan tidak diedit sama sekali.     ULASAN Kita lihat “Rangkap Pembukaan” atau “Muqaddimah” mesej Agen Pengutip Hutang diatas: PERHATIAN! satu (1) Pertuduhan Mahkamah akan difailkan atas Nama: Si Fulan bin Si Fulan No k/p : ABCDEF -XX-GHIJ Tuduhan Kes DIBAWAH AKTA PENGHUTANG 1957 (256) dilampirkan bersama AKTA 197 PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956 SUBSEKSYEN (1) AKTA (2) Harap Maklum. Mula mula nampak “ok”lah sikit sebut Akta Penghutang sebab ada jugak kena mengena tapi bila “dilampirkan bersama” pulak dengan AKTA 197 PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956 SUBSEKSYEN (1) AKTA (2) apa ada kena mengena? Apa ada kena mengena Pendaftaran Perniagaan dengan Hutang diatas? Subseksyen (1) daripada Seksyen mana? Akta (2) ada kat mana dalam Akta 197? Nak menipu pun patut patut […]

EDISI KANTOI AGEN PENGUTIP HUTANG DAN CONTOH MENEPIS GEMPAQ MEREKA


82 Comments
Apabila Agen Pengutip hutang datang "menziarahi" anda dirumah atau pejabat, jangan rasa takut atau malu dengan jiran dan kawan kawan pejabat. Kita dah buat hutang maka harus menghadapi masalah ini dengan cara berdepan dan professional. Jiran jiran dan rakan sekerja maupun bos kita pun ada hutang jugak. Cuma tak tahu hutang setakat keliling pinggang atau dah sampai ke lubang hidung. So relax. Hari ni hari kita, esok lusa hari dia pulak kantoi.

PANDUAN MENANGANI AGEN KUTIP HUTANG



102 Comments
GARIS PANDUAN AMALAN KUTIPAN HUTANG BERHEMAH/ADIL PENCEROBOHAN PERIBADI DAN PENGELIRUAN PEMINJAM Garis panduan ini pula tentang pencerobohan peribadi. Tak payah nak highlight, semuanya penting.     Intipati dari garis panduan diatas ialah: TIDAK BOLEH mengugut untuk menyiarkan atau menyebarkan butir butir hutang pada pihak ketiga. Maksudnya “pukul canang” satu taman perumahan atau kampung tentang hutang si Penghutang TIDAK BOLEH tampal poster tentang penghutang kat rumah bagi memalukan peminjam. TIDAK BOLEH menghubungi Penghutang dari pukul 9:01 malam hingga 7.59 pagi dan hanya boleh menghubungi peminjam 3 kali seminggu atau 12 kali sebulan. TIDAK BOLEH berada dikawasan rumah atau tempat kerja penghutang lama lama KENA BEREDAR BILA DIMINTA MENGELIRUKAN PEMINJAM Melihat kepada yang diatas, mari kita lihat apa yang telah diadukan di blog saya berkenaan dengan garis panduan 6.5.3 ini dan anda tidak perlu ada CGPA 3.87 untuk melihat berapa banyak pelanggaran garis panduan ini telah dilakukan oleh Agen Pengutip Hutang. Bukan setakat […]

Bahagian AKHIR: PENDEDAHAN EKSKLUSIF Cerita Agen Pengutip Hutang / ...


16 Comments
OBJEKTIF 1.1 ini saya setuju 100%. Seperti yang saya katakan sebelum ini dan saya ULANGI sekali lagi. Saya TIDAK ADA MASALAH dengan Bank menjual NPL mereka. Saya ADA MASALAH dengan Agen Kutip Hutang yang TIDAK BERETIKA dan MENIPU peminjam untuk mendapatkan bayaran. Saya juga TIDAK ADA MASALAH dengan Bank yang mengambil tindakan undang undang keatas peminjam yang tidak membayar huang mereka. Saya ADA MASALAH dengan Bank yang masih mengambil tindakan undang undang keatas akaun yang sebenarnya telah LUPUT HAD MASA (mungkin atas kecuaian atau "terlepas pandang" tidak mengambil tindakan lebih awal secara sengaja atau tidak) dan MENGAMBIL KESEMPATAN keatas peminjam yang jahil tentang tatacara undang undang.

PENDEDAHAN EKSKLUSIF Bahagian 2: Cerita Agen Pengutip Hutang / Debt ...


39 Comments
SILA SHARE DAN VIRALKAN ARTIKEL INI SUPAYA SAMPAI KEPADA WARGA HUTANG YANG MUNGKIN ATAU SEDANG DIGANGGU OLEH AGEN PENGUTIP HUTANG…   Alhamdulillah dapat juga saya siapkan cerita pasal AGEN KUTIP HUTANG YANG TIDAK BERETIKA ini. Semuga setelah artikel ini keluar tiada lagi ketakutan dan kerisauan yang “meruntun jiwa” setelah mengetahui apa yang Agen Agen ini boleh dan tak boleh buat dan selepas ini kita hanya mahu melihat Agen Agen yang professional dalam melakukan kerja mereka dan tiada lagi cerita ugutan ugutan TEMBERANG yang dilakukan. Sebelum menyanbung dengan lebih panjang, seperti biasa mesti ada Penafian/Disclaimer   SIAPAKAN AGEN PENGUTIP HUTANG?   Mereka adalah syarikat yang berdaftar dengan SSM dengan operasi utama menguruskan kutipan hutang (hutang semasa dan hutang lapuk) termasuklah menjejak penhutang yang “hilang” bagi syarikat syarikat yang memerlukan khidmat mereka termasuk Bank Bank perdagangan.  Agen Pengutip Hutang bukan perkara baru, mereka telah lama ujud lebih lebih lagi setelah krisis kewangan 1997 dan […]

PENDEDAHAN EKSKLUSIF Bahagian 1: Cerita Agen Pengutip Hutang / Debt ...