MARI FAHAMI DOKUMEN DOKUMEN UNDANG UNDANG YANG “ORI” DAN YANG PALSU 28 Comments


Sebelum ini saya telah keluarkan contoh Surat Tuntutan Loyar dan Surat Tuntutan Loyar “Kreatif” (kalau belum tengok, boleh tengok di Contoh Surat Loyar Kreatif)

Kali ini kita nak tengok dokumen dokumen yang lain yang akan menyusul selepas Notis Tuntutan ini. Tatacara tindakan undang undang ada dalam artikel artikel yang terdahulu seperti berikut:
 
Proses Tindakan Undang Undang Pinjaman Perbadi Bahagian 1
 
Proses Tindakan Undang Undang Pinjaman Perbadi Bahagian 2
 
Proses Tindakan Undang Undang Pinjaman Perbadi Bahagian 3

 

 

Oleh itu dalam post atau artikel ini kita akan tunjukkan contoh contoh dokumen yang SEBENAR supaya senang anda hendak kenal dan tahu apa yang perlu dibuat selepas menerima notis tersebut.

NOTIS TUNTUTAN

Kita ulangkaji semula Notis Tuntutan yang biasa iaitu “pintu gerbang” bagi tindakan undang undang:

 

Apabila menerima surat ini, perhatikan nama firma guaman yang menghantar surat ini kepada anda. Anda kena pastikan yang menghantar surat ini adalah Loyar yang “ori” bukan yang “palsu” seperti Agen Pengutip Hutang. Bagaimana nak semak? Saya ada sediakan video ringkas ini tentang caranya dan anda hanya perlu pergi ke alamat ini:

http://www.malaysianbar.org.my/find_a_law_firm.html

 

Kita akan test nama Koo, Tip, Hoo, Tang & Partners dulu dan kemudian nama Koo Tip sahaja. Lepas tu… Hmm… Tengok videolah lagi senang

 

WRIT SAMAN

Setelah tamat tempoh Notis Tuntutan dari Tuan Loyar (biasanya 14 hari) dan tiada bayaran atau maklumbalas dari peminjam (samada mintak tangguh bayaran melalui surat atau secara peribadi) Bank akan mengarahkan tindakan seterusnya iaitu menfailkan Saman.

Ini adalah tindakan undang undang atau “legal action” yang sebenar. Surat tuntutan tadi adalah amaran atau bolehlah juga dikatakan “pemula” tindakan Mahkamah macam surat kreatif Tuan Loyar yang kita katakan tadi.

Tuan Loyar akan menyediakan Notis Tuntutan iaitu kiraan hutang, faedah dan kos untuk difailkan di Mahkamah berserta dengan sebab musabab kenapa permohonan Saman tersebut perlu dikeluarkan.

Ini adalah contoh Writ Saman yang dikeluarkan. Ia akan disertai dengan surat “pengenalan” atau “cover letter”:

Writ_Page_1 Writ_Page_2 Writ_Page_3 Writ_Page_4 Writ_Page_5 Writ_Page_6 Writ_Page_7 Writ_Page_8 Writ_Page_9

 


 
Perhatikan bahawa ada beberapa perkara yang perlu diketahui dalam Writ Saman ini iaitu:

  1. Tarikh pendengaran kes. Kalau dulu ada disebutkan bila kena datang Mahkamah, sekarang kena “kira” sendiri iaitu dalam tempoh 14 hari Writ Saman disampaikan kepada anda. Kalau surat tu hilang atau tersorok kat mana mana maka nayalah anda. Sebabnya kalau tak hadir pada tarikh tersebut maka Penghakiman Ingkar akan dijatuhkan terhadap anda. Jikalau anda tak puashati nak lawan, anda kena cepat cepat ke Mahkamah untuk mengesahkan kehadiran anda pada tarikh tersebut. Kalau takde duit nak bayar pun, sekurang kurangnya anda kena lawan kadar faedah selepas Penghakiman yang tidak mengikut peraturan macam hutang Kad Kredit misalnya, Bank dan Loyar dengan selambanya masukkan faedah kredit kad 12% – 18% termasuk “finance charges” lagi. Kenapa anda tanya Mahkamah tak larang? Saya tak reti nak jawab yang itu tapi biasanya bila TAK LAWAN maka ia dibenarkan. “Aci” ke “Tak Aci”? Takda duit nak upah Loyar? Takde masalah! Anda boleh jadi Loyar “bela” diri sendiri. Kalau dulu pernah jadi wakil debat di sekolah, biasa lawan cakap Mak Bapak atau Cikgu atau sekurang kurangnya “juara” gebang kedai kopi, sepatutnya tidak jadi masalah. Apapun, anda mempertahankan diri sendiri. Camana? Kita akan terangkan dengan lebh detail di Artikel yang lain.
  2. Kadar faedah selepas jumlah Penghakiman. Mengikut Aturan dan Kaedah Kaedah Mahkamah 2012 dibawah Aturan 42 Kaedah 12  jumlah maksima kadar faedah ialah 5%. Disini anda perlu peka dan disini anda perlu lawan kalau tidak caj kad kredit akan dikenakan terhadap anda dan disini akan bermula penganiayaan RIBA/Faedah yang tidak masuk akal macam kes Tuan Idris dalam artikel yang lalu iaitu  KES NAYA: DIAMBANG KEBANKRAPAN – Hutang Pokok RM3,000, Faedah/RIBA Ikut Pintu Belakang RM53,000

Berkenaan dengan perkara faedah selepas Penghakiman ini:

  • Aturan dan Kaedah Kaedah Mahkamah 2012 dibawah Aturan 42 Kaedah 12 ada menyebut:

“12.      Tertakluk kepada kaedah 12A, kecuali apabila telah dipersetujui selainnya antara pihak-pihak, tiap-tiap hutang penghakiman hendaklah membawa bunga pada kadar seperti yang Ketua Hakim Negara tentukan dari semasa ke semasa atau pada kadar lain yang tidak melebihi kadar yang disebut terdahulu sebagaimana yang Mahkamah tentukan, bunga sedemikian hendaklah dikira dari tarikh penghakiman sehinggalah penghakiman itu ditunaikan.”
 
NOTA: Kaedah 12A adalah untuk struktur faedah kewangan “Islam”

Merujuk kepada ARAHAN AMALAN KETUA HAKIM NEGARA BIL.1 TAHUN 2012, ARAHAN PENENTUAN KADAR BUNGA DIBAWAH KAEDAH KAEDAH MAHKAMAH 2012 yang mula berkuatkuasa pada 1hb Ogos 2012, kadar “bunga’ yang dimaksudkan adalah 5%.

Ini adalah arahannya:
 

 

PENGHAKIMAN

 
Jika anda tidak hadir atau tidak menfailkan notis kehadiran (dikira tidak hadir walaupun “hadir” pada hari itu. “Aci” ke “Tak Aci”?) maka Penghakiman Ingkar akan dijatuhkan terhadap anda. Ini adalah contoh Penghakiman yang tidak ada kena mengena dengan contoh sebelum ini tetapi “format” adalah seperti yang ditunjukkan:
 
penghaliman

 

 
Walaubagaimanapun, jika anda tidak berpuashati dengan Penghakiman ini, anda boleh membuat permohonan untuk mengenepikan Penghakiman yang telah dijatuhkan dengan alasan alasan yang boleh “diterimapakai” dalam masa TIGAPULUH (30) hari dari tarikh Penghakiman tersebut. Kalau tidak kira “burn” dan tidak boleh diubah lagi macam kes Encik Idris walaupun kita rasa ketidakadilan telah berlaku.

Kita tengok pula salinan Penghakiman Encik Idris, berapa pulak kadar faedah selepas Penghakiman yang dikenakan:

judgment_idris

Perkara diatas sudah lama berlaku dan sedang berlaku dan akan terus berlaku jika tidak dihentikan dengan segera. Adakah kita semua masih mahu membiarkan perkara ini berlaku? “Aci” ke “Tak Aci”?

Demikian sesi ringkas pengenalan kepada dokumen dokumen sebenar tindakan undang undang melibatkan Mahkamah dan kita akan sambung lagi untuk penerangan yang lebih terperinci. Sesi ini adalah supaya anda tidak mudah ditipu oleh Agen Agen Pengutip Hutang dengan dokumen “Mahkamah” mereka sendiri yang memang sah “palsu”. Kalau ada terima dan masih ragu ragu, anda boleh scan dan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com

 


Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

28 thoughts on “MARI FAHAMI DOKUMEN DOKUMEN UNDANG UNDANG YANG “ORI” DAN YANG PALSU

  • ary

    Saya nk tahu…jika saya ada tunggakan bank 15.000 .pinjaman ni masa saya bujang…dan dlm perkhimtan kerajaan..sekrg saya berkerja swasta dan pendapatan tak tetap..saya dapat panggiln dari bank katanya…
    1.dia ckp nk sita barng rumah kalau tk bayar
    2.dia selalu tlpn istreri saya mintk mklumkan saya ada tuggkan bank(ada kah boleh tindakan dia)
    3.dia msg akan datang rumh dan tempt keje.
    Tunggkan ni dari tahun 2008 start saya kene buang keje…
    Apa tindkn yg perlu saya ambik..saya dah hlg arah..adakah hutang 15000 bank boleh ambik ttindakan.tlg lh bg pendapat kat saya

  • Farid

    Salam tuan Abu Ammar

    Saya ingin tahu berkenaan kos harga untuk kes tuntutan hutang.
    1) Kos Notis Tuntutan
    2) Kos Writ Saman
    3) Kos Penghakiman
    Mohon tuan sudi membalas mesej saya ini.

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Tuan Farid

      Kos Kos ini berbeza mengikut Firma Guaman. Ini adalah kerana bagi Notis Tuntutan, ada Firma Firma yang baru bertapak menawarkan “harga special” terutamanya bagi kes kes yang banyak misalnya RM15 hingga RM30 berbanding dengan Firma yang lebih established. Itupun bergantung kepada perbincangan dengan client mereka baik Bank atau syarikat lain. Untuk menfailkan Saman pula kosnya juga berbeza walaupun proses yang dilalui adalah sama dan belanjanya “lebih” kerana ada kos untuk pergi ke Mahkamah dan faktor masa yang diambil oleh Loyar yang kena pergi Mahkamah. Bagi mendapatkan Penghakiman pula jika tiada bantahan adalah sangat mudah iaitu hadir di Mahkamah dan mengambil dokumen dokumen yang berkaitan dan faktor kos ke Mahkamah dan masa yang diperuntukkan oleh Loyar untuk tujuan tersebut. Biasanya sampai ke peringkat Penghakiman (berdasarkan satu kes yang saya tengok baru baru ni) dalam RM1,200. Boleh jadi kurang atau lebih berdasarkan kepada Firma Loyar. Walaubagaimanapun, jika defendan merasakan bil terlalu tinggi, boleh saja rujuk ke Mahkamah untuk disemak semula.

  • hasnah

    Assalamualaikum Tuan,

    Saya ingin bertanya kan mengenai status penjamin bagi pinjaman peribadi. Saya telah menjadi penjamin kepada sahabat baik saya. Agreement bagi pinjaman tersebut Bermula dari july 2003 sehingga 2010. Walaubagaimanapun, proses pembayaran balik telah terhenti pada July 2008. Baru 2 ini saya telah menerima panggilan dari pada pihak bank yang menyatakan bahawa mereka telah men dapatkan perintah mahkamah untuk menyita rumah saya dalam tempoh 7 hari sekiranya pembayaran penuh tidak dibuat.Untuk makluman tuan, selama ini saya tidak pernah menerima sebarang surat daripada pihak bank. Apakah langkah 2 yang perlu saya ambil? Terima kasih, wslm.

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Hasnah

      Akaun sudah tertunggak sejak tahun 2008. Besar kemungkinan sudah ada tindakan undang undang dikenakan. Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Saya rasa panggilan dari “Bank” tu adalah dari Agen Kutip Hutang atau Bank menggunakan taktik Agen Kutip Hutang. Gempaq nak sita, bawak ke Mahkamah atau beku akaun yang sebenarnya dia TAK BOLEH BUAT. Hubungi Bank untuk mendapatkan baki yang sebenar dan kalau nak selesaikan hutang, boleh minta bantuan AKPK untuk mengurangkan kadar faedah dan pembayaran yang lebih Jangan percaya dengan Geng Kutip Hutang. Baca tentang bab sita menyita disini:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965

  • firdaus

    BOLEH SAYA NAK BERTANYA…
    abg saya telah membuat pinjaman motosikal tetapi abg saya telah menghilangkan diri saya pown taktau kat mner dye…
    pihak agen tu memaksa kami membayar kerana kami adalah keluarga.
    dan jika kami tidak membayar ia akan menyita umah kami..
    boleh ia menyita barangan bkn milik peminjam.

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Tuan Firdaus

      1) Pinjaman dengan siapa?
      2) Berapa baki hutang?

      Agen tidak boleh:

      1) Paksa ahli keluarga bayar sebab tak ada sangkut paut dengan perjanjian hutang
      2) Sita rumah atau barang barang rumah sebab rumah bukan didaftarkan dibawah nama peminjam

      Apa jua ugutan nak sita atau beku akaun adalah PEMBOHONGAN semata mata

  • siddiq

    RM0.00 Anda gagal membuat pembayaran. Bank Islam akan mengambil tdkn undang2 ke atas anda. Utk keterangan lanjut,hubungi Tel bla bla bla..

    salam tuan,
    sy baru tak bayar dalam masa 3 bulan di sbbkan kompeni buang pekerja. dan sy masih struggle utk mencari kerja. pada waktu bila saman atau segala apa2 tindakan yg boleh di ambil oleh pihak bank boleh berlaku?

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Tuan Siddiq

      Sila rujuk kepada proses tindakan undang undang disini:

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Cuma pastikan alamat surat menyurat adalah sama dengan rekod Bank supaya boleh menerima apa jua dokumen yang telah disenaraikan diatas. Kalau tiada lagi apa apa yang berlaku seperti diatas, tiada tindakan undang undang lagi cuma “acah acah” dengan sms atau bagi kat Agen Kutip Hutang untuk “bising bising”

  • nani

    Salam tuan..saya ada buat PL dengan easy RHB sebanyak 21k secara berperingkat..tahun lepas 10k dan tahun ni 11k.. Pada mulanya saya consistent bayar setiap bulan tetapi sejak saya berhenti kerja bulan September saya tidak dapat membayar hutang2 tersebut..pihak bank call suruh saya bayar jugak..saya tiada sumber pendapatan dan gaji suami saya hanya cukup2 makan..dia tak mampu nak bayar hutang2 saya…baru2 ini saya dapat SMS mengatakan sekiranya saya tak bayar pegawai bank akan bekukan akaun simpanan saya kemudian datang kerumah untuk memberi surat saman dan sekiranya setelah disaman saya tetap tak dapat bayar jugak mereka akan datang sita rumah saya..tapi masalahnya tu rumah ibu saya, saya dah tak menetap disitu..boleh ke mereka sita.?bila saya cerita kat ibu, ibu jadi takut..saya memang bercadang untuk bayar sikit2 sebab saya akan mula bekerja bulan 18 januari 2016.. Tapi untuk membayar jumlah yang mereka inginkan tu saya tak mampu..apa yang saya harus lakukan ye?saya buntu..

  • FIE

    Salam .. saya nak tanya pendapat, saya berhutang dengan bank rakyat. hutang saya lebih dri 40k tak silap saya la. dekat 2 thun jugk saya tak byr. sbb tak keje. awal tahun dulu, pihak agency hutang call cakap nak datng rumah nak sita barang dalam rumah.. die bgi tempoh dekat saya satu hari sahaja. saya cakap saya tak dapt apa2 surat dri mahkamah,.. boleh ke dieorang sita barang dalam rumah,. sebab takut.. saya pinjam company.. saya kene jelaskan 6800.. saya dah settlekan 6k.. baki tunggakan saya dah berkurangan… bulan3 saya bayar.. 300.. kembali mcm normal… ade 2 bulan saya sangkut sekejap. sebb betul2 perlukan duit. since tu saya byr bulan2. 300… sejak 3 bulan ni saya terpaksa bayar 250. sbb suami dah tak keje. mmg kewangan tidak mencukupi. Bila saya hanya bayar 250.. agent bising.. paksa saya bayar lagi 50.. klu tak nak keluar surat bankrup. boleh ke mcm tu.. sekarang tunggakkan saya 1700 sahaja.. bulan2 saya bayr,, saya tak lari. call angkat.. cuma saya tak mampu nk bayar 300.. 250 sahaja.. boleh tak tolong saya bagi penjelasan sikit. sya sakit hati betul dieorang ugut saya

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Puan FIE

      Bab bab sita dan beku akaun ni TEMBERANG Agen Kutip Hutang aje. Baca selanjutnya disini:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965

      Sila fahami proses tindakan undang undang dan proses Bankrapsi. Kalau apa apa prosedur dibawah belum berlaku, Puan tidak perlu bimbang:

      Berikut adalah prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Sudahkah Tuan mendapat apa apa surat atau notis dari bank atau loyar seperti yang tertera diatas? Pastikan alamat adalah yang sama dengan rekod Bank supaya boleh dapat apa jua peringatan terutamanya Notis Tuntutan Loyar dan Writ Saman. Sila tulis satu surat yang mengesahkan alamat surat menyurat terkini Tuan kepada Bank. Kalau boleh, hantar by hand atau dengan registered post dan email. Lagi cantik kalau wakil Bank cop penerimaan surat tersebut. Ini akan menjadi SANGAT BERGUNA dikemudian hari.

      Secara ringkasnya proses Kebankrapan pula adalah seperti berikut:

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (seperti diatas)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap

      Pastikan Puan update alamat surat menyurat dengan Bank supaya boleh menerima apa jua Notis dari Bank. Pada pendapat saya teruskan saja bayaran RM250 tu

  • Zeyra Halim

    Slm,
    Sy ada hutang dgn PL Rhb bank pd thn 2011. Start thn 2012 sy tidak dpt membayar atas ketiadaan kerja. Selepas tu sy tak dpt membayar sehingga skrg dan sy pnh cb utk mnt budi bicara pihak bank utk smbg byr tetapi tidak boleh. Sy didesak utk memasuk kn wang berjumlah 7k sblm sy start balik byr mcm biasa. Sy tak dpt patuhi dan smp skrg pihak bank asyik call sy tanpa henti. Bank ada offer pd sy utk ttp interest dgn syarat sy masuk kn amount 2k kemudian monthly RM300/sbln selama 10thn. PL sy ms awl pinjam hanya 10k tetapi skrg dh mencecah 19k. Pd awl nye sy bersetuju dgn cdgn nye dan beri offer utk sy msk kn duit RM300 sj jika sy xdpt msk kn 2k. Apabila sy kira balik amount RM300/sbln utk total 10thn, amount jd 2x ganda. Sy pelik jika interest bank dh ttp mana mungkin amount 19k jadi 36k. Septt nye 19k shj atau lbh sng RM159/sebln. Sy dh cek di ctos & nama sy dh disenaraikan skali WRIT SAMAN pd thn 2013. Cuma surat tidak pnh smp ke rumah. Skrg ni bank masih call dan telah msg pd sy yg pihak bank akn sita / WSS barang rumah.

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Zeyra

      Saya rasa Zeyra berkomunikasi dengan Agen Kutip Hutang yang biasanya mula mula mintak “duit seketul” banayak banyak tapi bila kita kata ada sekian sekian banyak duit aje yang boleh bayar, tiba tiba boleh pulak bayar sikit sikit.

      Biasanya kalau Bank, dia akan meminta cadangan pembayaran secara bertulis dengan meminta satu jumlah yang besar dahulu diikuti dengan jumlah bulanan yang lebih kecil yang dipersetujui. Kalau kita setuju dengan cadangan tersebut dan membuat satu cadangan bertulis, pihak Bank perlu mendapatkan kelulusan dari pihak atasan atau HQ bukan senang senang nak turun harga macam jual beli barang lelong jadi jangan mudah terpedaya.

      Kalau dalam CTOS ada Writ Saman, besar kemungkinan Penghakiman sudah pun dijatuhkan. Zeyra boleh ambil nombor Saman tersebut dan buat semakan diMahkamah untuk mendapatkan kepastian. Kalau ada, boleh scan dan rujuk semula disini dengan menghantar salinannya kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com

      Kalau pasal Agen Kutip Hutang, boleh rujuk page FB saya di https://www.facebook.com/ceritahutang/ atau artikel saya diBlog iaitu

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

      TEMBERANG nak sita boleh baca disini https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965

      Zeyra kena semak samada Penghakiman telah didapati keatas Zeyra.

  • dynhamzah

    Salam, Tuan/Puan/Cik SALMAH BINTI AHMAD, sila jelaskan bayaran Pinjaman Peribadi Banak Rakyat dengan segera no. acc 62072xxxxxxx sebanyak 10791.36, sebelum 21 Dec 15. Pihak bank boleh mengambil tindakan WSS (sita) atau bankrapsi jika tunggakan tidak dijelaskan sebelum tarikh yang ditetapkan. Sila fax resit bayaran ke 03-21413414 untuk kemaskini dan pertanyaan di 03-21452539/ 0111-2859557. Terima kasih

    (Mesej yang diterima oleh isteri saya pada 19/12/2015, jam 11.21)

  • Hanani

    Assalammualaikum.. Sya nak tanya..sy de hutang dgn aeon kredit dlm 5k cmtu.. Sy dh stop byr sbb sy xbekerja.. Skrg sy dh start kja.. Sblm ne nma sy dh kena ctos.. Smlm da org kol ckp nk hantar surat saman sbb sy xbyr. Dia suruh sy naik mhkamah nanti..dia ckp nma sy mybe dlm proses bangkrupsi.. Kemungkinan ke? Stahu sy hutang 30k keatas br bleh bangkrup..dan br 3 thn sy xbyr..cmna ya klu nak tahu betui ke x?

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Hanani

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan. Hmm… “promosi” CTOS tapi tak dapat apa apa pun. 🙂

      Berikut adalah panduan dari satu blog yang saya jumpa tentang cara cara membuat carian.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Untuk proses Bankrapsi, jumlah hutang tambah kos dan denda lewat mesti melebihi RM30K. Fahami tindakan prosedur undang undang supaya tidak tertipu dengan Agen Kutip Hutang:

      Prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

  • Safura

    Assalamualaikum encik boleh tak saya nak tanya pendapat encik saya ada buat personal loan dengan kowaja tahun 2008 melalui agen masa tu saya dah tersilap langkah join saham emas dan ditipu saya pinjam rm13k tapi saya tetap bayar loan saya tiap2 bulan melalui potongan angkasa smpi februari 2015 saya x lagi bayar sebab saya berhenti kerja kerana berpindah kemudian saya xdapat sambung bayar buat sementara waktu sebab saya blum dapat kerja.september ini saya dapat panggilan dr seorang lelaki katanya peguam dan mahu saya bayar langsam baki hutang rm13200 kalau tidak mahkamah akan mufliskan saya…saya tdk pernah menerima sebarang penyata tahunan sejak 2008 dan tidak juga terima apa2 peringatan sepanjang februari hingga september…saya minta jasa baik dia utk kembali bayar bulanan sikit demi sikit macam dulu sebab saya xpunya rm13k utk bayar sekaligus dia tak mahi terima dan tetap mahu saya bayar langsam kalau tidak saya akan muflis..encik tolong bagi pandangan seab saya tiada jumlah sebayak itu terima kasih…

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Cik/Puan Safura

      Pertama sekali saya mohon dari Cik/Puan untuk scan perjanjian KOWAJA tu dan email kat saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Dah lama saya mintak tapi takada yang sudi nak hantar. Ini penting kerana saya hendak meneliti butir butir penjamjian tersebut supaya boleh memberi pendapat kepada mereka yang bermasalah dengan pinjaman KOWAJA.

      Tentang soalan Cik/Puan tu, jangan dilayan Agen Pengutip Hutang tu sebab dia TEMBERANG aje. Untuk tindakan KeBankrapan, baki hutang campur faedah dan kos MESTILAH sekurang kurangnya 30K. Dan juga mesti ada PENGHAKIMAN. Kalau lepas ni dia call nak sita rumah dan barang barang rumah, ituoun TENBERANG juga. Adakah alamat sekarang sama dengan alamat yang ada pada KOWAJA? Kalau sama sudah semestinyalah Cik/Puan menerima apa jua peringatan dan surat menyurat dari KOWAJA termasuk surat tuntutan dari Loyar (jika ada)

      So relax. Jangan stress dengan panggilan tu, Kalau dah ada kemampuan untuk bayar, hubungi mereka dan buat cadangan pembayaran dan pada masa yang sama standby jika ada tindakan undang undang dikenakan. Kalau setakat Agen Pengutip Hutang yang call, boleh abaikan sebab ramai yang MENIPU untuk mendapatkan bayaran.

      • nor farizan

        Assalamualaikum,
        boleh saya nak tanya…

        Saya ada buat pinjaman rm 47200 tapi jumlah yg saya dapat cuma RM 39151.00 pada tahun 2009

        selebihnya
        fi perkhidmatan rm 8024 dan yuran pendaftaran rm 25

        bila saya fight jumlah rm 8024 tu pihak kowaja bgtau ia telah dimaklumkan melalui telefon semasa pinjaman diluluskan..

        dan skrg, surat pinjaman asal saya takde pun chop mati setem . tp bila saya fight dgn kowaja pasal mati setem , pihak mereka membuatkan mati setem pada tarikh terkini.

        Skrg saya terima pula surat tribunal tuntutan dari pihak kowaja melalui suruhanjaya koperasi malaysia..

        beliau menuntut jumlah hutang 50k++ sdgkan jumlah yang dah saya bayar melebihi dari hutang yang saya dah pinjam..

        total yang dah saya bayar rm 53k++

        • Abu Ammar

          Wa’alaikumussalam Cik/Puan Nor Farizan

          Beberapa isu disini:

          1) Kalau bab stamping tu memang mereka tidak menjalankan kerja dengan betul tetapi mereka hanya perlu membayar denda untuk stamping yang lepas daripada tarikh asal.

          2) Bab Yuran, Fee, Pembelian Saham dan sebagainya yang ditolak daripada jumlah pinjaman pada pendapat saya adalah agak “standard” dengan koperasi koperasi yang sedia ada. Itu sebahagian dari pendapatan mereka menjadi Agen Pemberi Hutang dimana Bank adalah “sponsor”nya. Cuma yang menjadi persoalan disini samada ia ada terkandung didalam perjanjian atau Surat Tawaran Pinjaman.

          Yang menjadi isu utama ialah rekod bayaran yang mereka ada dengan rekod bayaran yang sebenar. Kalau Cik/Puan ada semua resit resit bayaran dan dokumen dokumen lain sebagai bukti, Cik/Puan boleh buat aduan di KPDNKK. Perjanjian dapatkan duit melalui “pembelian komoditi” yang ujud diatas kertas pun (walaupun mereka akan mengatakan adalah halal dan tiada keraguan) pada pendapat saya adalah agreement yang mengelirukan dan helah untuk mendapatkan duit pinjaman “secara islam” dan topik ini menjadi perbincangan hangat tentang status kesahihannya. Apapun, kumpulkan bukti dan lawan mereka balik dengan bukti bukti yang ada jika mereka memutuskan untuk menyaman Cik/Puan.

          • Nor Farizan Mazlan

            Tuan,
            jumlah pembiayaan : RM 47000
            fi perkhidmatan : RM 8024
            fi pendaftaran RM 25
            jumlah bersih dapat rm 39151

            Jumlah jualan keseluruhan
            RM 106,000

            …….

            Dalam surat perjanjian tak dimaklumkan RM 8024, tetapi pihak kowaja bila saya bertanya kata pihak mereka telah dimaklumkan melalui telefon kpd saya. Iaitu thn 2009 semasa pnjman dibuat.
            ( pelik sgt)

            ……

            rekod bayaran ada saya simpan, termasuk resit2 yg difotostat dr pihak kowaja..

            …….
            Interest mereka, bila ditanya katanya 8% tapi apabila dikira secara manual oleh pihak bank
            (saudara yg bekerja di bank), interest adalah 12.8%. Kami argue tentang interest tp surat mereka jawab dlm sistem mereka 8%.

            ……
            saya pasti fight…
            terima kasih byk2 utk maklumat dan penjelasan tuan

          • Abu Ammar

            Assalamualaikum Nor Farizan

            Prepare all the details. Standby bila dapat Saman atau perintah ke Mahkamah. Benda ni boleh lawan sendiri. Tak perlu pakai Loyar.

          • NorFarizan Mazlan

            Tuntutan penyelesaian dr pihak kowaja memggunakan rules 78 yg mereka tulis disurat tuntutan..

            Sy tnya pihak bank dan saya google pengiraan rules 78 jatuhnya RIBA’.

            Terlampau tinggi charges melebihi dr principal..

          • Abu Ammar

            Assalamualaikum NorFarizan

            Apa jua lebihan dari pinjaman adalah RIBA. Rule 78 punya formula cuma memastikan pola bayaran akan mengutip interest bulanan yang banyak dahulu dibulan bulan awal dan akan semakin berkurangan apabila sampai ke penghujung ansuran bulanan. Ringkasnya, kutip interest dulu jadi bila akaun tak berbayar “pokok” masih banyak lagi jadi boleh kutip denda lewat bayar lagi. Cara ini adalah cara yang biasa terutamanya loan kereta. Loan loan lain pun sama iaitu menggunakan konsep “sapu interest sebelum principal”. Interest melebihi prinsipal bergantung kepada kadarnya, kalau tinggi macam kad kredit maka ia akan bertambah dengan kadar yang cepat.